Entri kali ini aku ingin kongsikan tentang kek yang aku buat hari sabtu yang lalu iaitu kek birthday untuk anak buah aku yang bernama Muhamad Izzat Airil sempena ulangtahunnya yang ke-8 pada 17 Nov yang lalu. Aunty ucapkan, " Happy Birthday to Izat " dan doakan semoga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya..yang penting jangan nakal-nakal..
Kek yang aku buat ni adalah black beauty chocolate cake..ni bukan aku yang memandai bagi nama tapi memang nama kek ni begini..so, ni pun first time juga buat kek ni..selalunya aku buat Kek coklat moist tapi kali ni ingin cuba resepi lain la pulak kan..asalnya aku mau buat Rainbow Cake tapi aku tidak sempat beli bahan-bahan kek so, aku buat ja la kek ni..
Okey, mari kita lihat gambar kek pulak..
BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE HARGA RM40 ( 1 KG) |
Kek ni aku tuang dengan topping coklat kemudiaan di bahagian tepinya pula aku piping dengan coklat fudge buttercream..em, memang la kek ni mewah dengan rasa coklat..hias dengan bunga gum paste dan tabur sprinkle beads sikit..dekonya simple saja..apapun, kek ni memang sedap..100% rasa coklat..hehe..
So, jika ada juga yang berminat menempah kek seperti ni atau produk kuih-muih kami, jangan malu jangan segan, sila la email atau telefon saja no. kami yang tertera di atas ni. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment