APAM SUSU BELANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak ketinggalan sedikit mencuba Apam Susu yang tengah famous ni..nampak dah ramai kawan-kawan yang tayang.. Rasa terpanggil pula untuk membuat apam yang dikatakan sedap ni..buatnya pun mudah ja..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pertama kali aku buat apam susu ni..alhamdulillah menjadi dengan gebunya..suka aku tengok kalerful tu..cantikkan? ;D Aku buat versi belang-belang..

Resepi aku intai di blog Kak ita Masam Manis. Jom semak..

RESEPI: APAM SUSU BELANG
SUMBER: AZLITA AZIZ

BAHAN:
2 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder   }ayak
4 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk esen vanila
1 sb ovallete
4 sb susu pekat manis
4 sb minyak jagung
Perasa dan pewarna:
1 sk Coklat emulco + 1 sm serbuk koko
1 sk Strawberi paste + pewarna pink
1 sk esen oren + pewarna oren
1 sk esen lemon + pewarna kuning

CARANYA:
  1.  Panaskan kukusan.
  2. Satukan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila.
  3. Putar hingga gebu dan putih.
  4. Masukkan susu pekat manis.
  5. Putar lagi hingga sebati.
  6. Tambah  minyak jagung dan putar lagi.
  7. Masukkan canpuran tepung. Kaup balik hingga rata.
  8. Bahagikan aduanan kepada 3 atau 4 bahagian dan letakkan pewarna dan esen/paste/emulco.
  9. Gris loyang dengan minyak.
  10. Tuang adunan secara selang seli.
  11. Kukus selama 40 minit. (  Bungkus penutup dengan kain bagi mengelakkan air jatuh atas permukaan kek )
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CARA MELAPIS:
  • Tuang 2 sudu makan adunan coklat ditengah loyang.
  • Kemudian tuang 2 sudu makan adunan pink atas adunan coklat.
  • Tuang  2 sudu makan adunan oren atas adunan pink.
  • Tuang 2 sudu makan adunan kuning atas adunan kuning.
  • Ulangi langkah tersebut hingga adunan hampir habis.(3/4 adunan )
  • Akhir sekali tuang 1 sudu makan adunan coklat atas adunan kuning.
  • Kemudian tuang 1 sudu makan aduanan pink atas adunan coklat.
  • Ulang langkah hingga adunan habis.
Cara melapis boleh rujuk gambar di bawah ni ya..

-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Senang ja kan..tak lah susah mana pun kan..kawan-kawan boleh la try buat juga nanti ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap..lembut pula tu..Boleh la makan sambil kopi-kopi..heheh..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..babai..

Sekian.



28 comments:

  1. Nampak menarik sangat apam tu wana..umi lagi la ketinggalan sebab belum pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..nnti umi try buat ya..sedap tau..bagi anak2 makan..mesti dorang suka

      Delete
  2. nanti nak buatlahh. warna warni gituu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkan kalerful..ok..nanti nano buat :)

      Delete
  3. Wahhhhhh! Sekali lagi wahhhhhhh! Cantik belang apam tu. Macam zebra comel.
    Akak belum pernah rasa lagi, Wana. Nak buat sekarang ni mood baking/buat kuih memang tak ada.
    Jamu mata je lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kak farah ni buat segan wana ja..hehe..apapun, thanx banyak kak..kalau ada pintu doraemon tu..sekarang juga wana hantarkan apam susu ni kat akak nun di sana..

      Delete
  4. Assalam wana..
    sana sini dah buat apam susu ni.Kak lina masih belum berkesempatan mencuba..InsyaaAllah nk try gak nnt...nmpk lembut dan gebu jer apam susu wana ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak lina..

      takpe nanti ada masa akak try la buat juga ya..memang sedap apam ni

      Delete
  5. Wah sedapnya..makan panas2 lagi sedap kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah cik mimie..best juga makan panas2 apam ni cuma kalau nak potong kureng cantik sikit. :)

      Delete
  6. Hmmm.... tengok gambar pun tahu gebu dan sedapnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru tengok gambar kek..blm makan lagi..kalau dah makan lagi la best..sedap ^_^

      Delete
  7. cantik apam ni, mcm syg nak makan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kalau sayang nak makan..pandang ja la sue..hihi..gurau ;)

      Delete
  8. Byk colour buat bb..cheq da buat 3 colour jea

    ReplyDelete
  9. part bancuh tu yang malas tu hahaha..
    tapi CT suka part nak susun susun kaler..

    ReplyDelete
  10. nampak sedap wana, kaknoor belum pernah buat lagi, nak kena try ni jugak

    ReplyDelete
  11. haishh. lapaaaa pulak tengok ni.. hihi,

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. ala ciannya..mungkin ada kesilapan teknik masa bancuh aduanan kek tu..jangan sedih2..nanti try buat lagi..don't give up bebeh.. :D

      Delete
  13. sekali tengok macam kek marble pulak. dap222. ^^

    ReplyDelete
  14. Akak dah pernah buat sekali. Tapi tak berapa nak menjadi, malu plak nak tunjuk dalam blog..hehehe
    Tapi memang sedap kann

    ReplyDelete
  15. Tengok cara macam senang.
    Rasa nak pi beli mixer sekarang.
    Tapi, saya kalau dah pemalas masak tu..tak boleh buatpe kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana menang mixer haritu belum sempat nk membaking lagi nih. adeh la hehe

      Delete
  16. Kombinasi warna dia cantik.. Sedapnya nampak..

    ReplyDelete
  17. kreatif wana...pandai lapiskannya...bole la cuba nanti...

    ReplyDelete
  18. kaler yg mengancam dan selera pon meningkat..hahah

    ReplyDelete