MAKANAN ETNIK SABAH: AMBUYAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bagi menjawab pertanyaan kawan-kawan yang nak sangat tau apa itu Ambuyat..Jom baca..


Ambuyat.Siapa yang tahu apa itu ambuyat? Ambuyat ni merupakan makanan tradisional bagi suku kaum brunei dan bisaya di sini..ambuyat bewarna putih cair dan tekstur seperti gam.

 Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji. Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut. ( sumber: wikipedia )

 Ambuyat dimakan bersama-sama sebagai hidangan makan tengahari bagi menggantikan nasi..paling best makan dengan ikan bakar, ikan rebus, ulam-ulaman dan yang penting adalah cicahan ambuyat ni..ada yang cicah dengan kuah sardin dalam tin yang dicampur dengan belacan, cili padi dan bawang merah..cicah terpulang pada kesukaan masing-masing. 

Kalau makan ramai-ramai memang best dan berebut-rebut..hihi..

Ini pula rupa tepung sagu ambuyat. Kalau di Sabah banyak jual macam ni..
sumber: google

Kalau nak makan ambuyat kena pakai benda ala-ala chopstick ni yang kami panggil 'candas'..


Kalau aku, suka makan ambuyat cicah dengan membangan/binjai/mangga muda+air ikan rebus+belacan+cili padi..sedap makan sampai terangkat!!! Cuba la.. ;D


sumber: google

Bagi yang belum pernah makan sangat rugi tak merasa keenakkan ambuyat ni..

Ambuyat ni bagus tau dimakan dan ia juga membantu pembuangan toksin dalam badan..

Antara contoh 'cicahan' ambuyat:
sumber : google

sumber:google
 Okey sekian entri khas tentang ambuyat..harap entri ni dapat menjawab pertanyaan rakan-rakan sekalian..

p/s: aku sudah telan liur ni cerita pasal ambuyat..haha, lepas ni ada la yang kena paksa buatkan aku ambuyat..my dad la akan jadi mangsa sebab dia ja yang pandai buat di rumah ni..aku tau makan ja..huhu..

-Wasalam-

39 comments:

  1. teringin nak cuba macam mne rasenye.. selalu tengok je..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya susah digambarkan..kena try rasa juga..tapi memang sedap la.. hee :)

      Delete
  2. Tak pernah makan..sedap ke? Kak Wana buatkan tok Mimie la ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap betul cik mimie..serius!! hehe, kak wana x pandai nak buat sendiri..kena tunggu ayah akak la tolong buatkan..heheh.. :D

      Delete
  3. Replies
    1. kalau ada peluang nanti rasa siti rasa ya..x rugi rasa sebab sedap sangat..

      Delete
  4. Apa rasa ambuyat wana? Kalo x cicah x sedap ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau x cicah rasa pelik la sue..kena cicah juga baru sedap..baru terangkat..heheh..

      Delete
  5. saya baru je makan ambuyat minggu lepas! Nenek dari sabah dtg semenanjung. Dia bawak ambuyat. 1st time saya makan. Nenek buat kuah ketam. So yummy! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. specialnya..siap makan dengan kuah ketam lagi..btw, sedap kan nad..:)

      Delete
  6. Ishhh...kalau tekak saya masih x kenyang ni.
    Kena telan nasik jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..kalau nak makan nasi dengan ambuyat ni boleh ja dr shikini..kalau macam my dad, dia akan makan nasi dulu kemudian makan ambuyat..dr kena try mau tau bila ada peluang.. ^_^

      Delete
  7. pernah dengar....tapi tak pernah cuba....ada ke jual di KL ni yer..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai , tumpang promosi ye ? Kepada kengkawan yang ingin nak merasa kesedapan ambuyat ni.. Bolehlah order kat facebook kawan, google je facebook ambuyat sabah, kawan tu boleh poskan kepada kengkawan yang berminat nak beli sagu ambuyat.

      Delete
  8. hmmmm nnti nk suh kwn akak yg keje kt KK cari lah tepung tuh... suh dia bwk balik semenanjung klu dia dtg semenanjung nih

    ReplyDelete
  9. salam wana, di brunei pun sama ni makanan diaorang ambuyat jugak tapi kaknoor je belum pernh rasa hehe mcm gam ..

    ReplyDelete
  10. adei..mengidam lak nak makan nie..huhu..

    ReplyDelete
  11. kak ana tak pernah cuba lagi wana, tapi kak ana yakin setiap makanan tradisi sesebuah negeri ada citarasanya yang tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  12. Salam Wana....pertama kali tau & nampak ambuyat!...Unik nama dia...satu hari kak atie nak try gak larrrr :D

    ReplyDelete
  13. CT pernah dengar pernah tngk gambar tapi real punya belom.. hehee main pintal2 nak makan.. tekstur macam dodol ke kak wana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah..makan kena pintal2..tekstur ambuyat lain sikit dari ambuyat..nanti kalau ada peluang CT tengok yang real macamana..try sekali pasti nak lagi..heheh..

      Delete
    2. kalau ke sabah boleh cari ambuyat di mana ? pengalaman CT di KK susahnya mau cari kedai makan muslim. kalau ada pun suasananya meragukan..

      Delete
    3. kalau ke sabah boleh cari ambuyat di mana ? pengalaman CT di KK susahnya mau cari kedai makan muslim. kalau ada pun suasananya meragukan..

      Delete
    4. kalau kat kk agaknya susah juga nak cari ambuyat tu ct..kak wana tak berapa tau..kena pegi sipitang dapat makan ambuyat di kampung kak wana..2 jam dari kk-sipitang.. ^_^

      restoran muslim takde masalah nak jumpa ct..tapi kebanyakkannya kalau di bandar kk ada di shopping complex..kalau kat luar kena pegi restoran india atau jawa..sebelah malam pula boleh pegi ke pasar malam kk dekat pasar filifin atau dekat waterfront..banyak pilihan..100% halal..hehe..

      Delete
  14. ini menarik ni kak wana. entah bila dpt nak cuba hehe

    ReplyDelete
  15. pernah tgk..! diaorang makan guna stick tu kan..hehehe.. makanan sabah macam2.. sama mcm sarawak

    ReplyDelete
  16. xpna dnga n xpna mkn. hee
    unik.. jd teringin lak nak mkn :)

    ReplyDelete
  17. Saya pn teringin nak makan lg. pernah mkn sekali je sblm ni. Hehe.
    Kalau brunei famous dgn nasi katok kan kak? Pernah makan x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, best la budak dah penah makan..sedap kan dan mesti nak lagi..heheh..

      a;ah budak..kat sini memang famous nasi katok..sedap sangat..mama akak kekadang buat juga..tapi tengok mood dia rajin..huhu..

      Delete
  18. Ambuyat xde rasa, yg bagi rasa cuma cicah nya saje hahaha

    ReplyDelete
  19. Hello boss.. di mana jual tepung sagu tu??

    ReplyDelete
  20. Pembetulan...sagu itu dari pokok rumbia...bukan sagu dari sawit...

    ReplyDelete
  21. Hai teman teman yang ada dekat semenanjung. kalau berminat berminat untuk membeli sagu ambuyat. boleh pesan dekat blog saya ya ? biar saya bantu teman teman shopping ambuyat k? lawati blog saya di
    http://marimakanambuyat.blogspot.my/

    terima kasih admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...kat mn ya ada jual ambuyat

      Delete