Roti Putih ala Gardenia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat cuti hujung minggu semuanya..hari ni mood rilek..tiada buat apa-apa..malas mau berjalan..lepak rumah saja..mungkin layan novel dan blogwalking ja la hari ni..

Okey lah, hari ni aku mau tayang projek meroti aku hari khamis baru-baru..Aku buat Roti Putih..teringin nak mencuba buat sendiri roti ala gardenia tu..

So, jadi tak? Hehe..alhamdulillah menjadi dengan sukses..yahooo!!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Rotinya lembut..aku sapu jem coklat..boleh bayangkan tak sedapnya..hehe..Mama dan anak-anak buah aku puji kejadian roti aku yang menjadi dengan kembangnya..Sekembang hatiku ini.. ;D

Aku guna resepi paling mudah..tapi agak leceh sikit la sebab kena rehatkan kemudian uli lagi dan rehatkan lagi..banyak kerja..tapi, kalau rajin jom la semak resepi..

RESEPI: ROTI PUTIH
SUMBER: wanie-theatozofmylife.blogspot.com
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
450g tepung roti
11/2 sk yis segar ( aku guna instant yis )
1 biji telu
1 biji kuning telur
2 sb mentega
1 sk garam
2 sk gula
Air suam secukupnya

CARA:
  1. Telur dipukul sekadar teradun.
  2. Campur yis dan air suam hingga mencapai 300ml. ( aku rehatkan selama 10 minit - hingga berbuih )
  3. Adunkan tepung roti, garam dan gula serta mentega hingga membentuk tekstur seakan serbuk roti.
  4. Masuk adunan telur sikit demi sedikit. Kemudian tuang air campuran yis dan adun tepung hingga jadi doh kenyal dan lembut. Uli selama 10 minit.
  5. Rehatkan doh dalam bekas yang diminyakkan selama 1 1/2 jam, sehingga doh naik 2x ganda.
  6. Uli lagi 5 minit dan bentukkannya mengikut bekas.
  7. Sapukan minyak dalam  loaf pan. Kemudian masukkan doh dan rehatkan selama 30 minit.
  8. Panaskan oven 220'C, bakar selama 30-35 minit.
  9. Roti masak jika bahagian bawah diketuk dan dengar bunyi. Kalau padat, bakar lagi.
-Selamat mencuba-
Boleh tengok gambar langkah demi langkah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Roti naik 2x ganda setelah direhatkan selama 30 minit

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Proses membakar roti ..nampak tak roti tadi naik cantik ja kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lepas ni kalau rajin boleh lah buat lagi..hee..

Okeylah, sampai sini saja entri kali ni..sampai jumpa lagi semua..

Terimma kasih banyak pada Hikayat seorang budak, Mama3farhanah, Dr.Shikin, Mama papa amir dan Ros Rezza yang komen MALATOP  di blog wana..terkejut tengok berderet komen kalian. Tak lupa juga buat teman-teman yang lain sudi singgah dan komen di sini. Aku sangat menghargainya..Insyaallah, aku akan terjah semula blog kalian pula..tunggu ya!! :D

Dadaa..sekian.


29 comments:

  1. nani dah serik nak buat roti kak wana. tak pernah menjadi. hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya ada salah step tak nani..xpe, boleh try lagi next time :)

      Delete
  2. Suka nengok roti tu..... gebunya.

    ReplyDelete
  3. nice resepi...boleh Nad try lepas ni...
    rajin la Wana..hehe...anyway roti buat sendiri lebih sedap dari yang beli...plus bila makan panas-panas memang sedap sangat...hehe

    Wana...nad tag wana utk "First and Simple Giveaway by Cik Iman"...jemput join kalau senang... :)

    ReplyDelete
  4. rajinnya kak wana. kalau tambah kismis pun sedap ni. ^_^

    ReplyDelete
  5. Cantik gebu roti wana.. yg wana buat ni x pyh guna breadmaker pun cantik je naik rotinya...kagum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx banyak sue..wana xde breadmaker so kena uli pakai tangan..huhu..sabor ja la..hehe

      Delete
  6. Hai bankrup la gardenia pasni... he he he

    ReplyDelete
  7. gatal je jari ni nak menguli tepung... sayangnya, takde oven ! huwaaa

    ReplyDelete
  8. Salam singgah pagi dik wana..wahh...nmpak sangat kesedapan roti wana ni....

    ReplyDelete
  9. pandai nya buat roti... kalau saya lah... harus main beli jer...

    ReplyDelete
  10. Wah..bergardenia plap bb..eh kat sabah ada gardenia x?kalau di sarawak dulu xde..nk mkn terpaksa beli di airpot utk bawa blk miri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabah ada gardenia ni cheq da cuma takde bun gardenia kecik2 tu..wana pun suka makan juga..selalu kirim sapa2 yang pegi KL belikan..heheh

      Delete
  11. cantik jer roti tu naik.
    jeles tengok wana pandai membaking

    ReplyDelete
  12. elok je kajadian roti tu.. buat roti ni kena pandai menguli kan..

    ReplyDelete
  13. nak tanya, roti ni tahan berapa lama yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya tahan dalam 3-4 hari kot dalam suhu bilik..tapi kalau simpan dalam petisejuk lagi lama tahan kan..heheh.. yang wana pun tu tak sampai 3 hari dah habis kena makan :D

      Delete
  14. cayalah..Wanan ni mmg pandai masaklah ..ce buka bakeri or jual pada kenalan..mmg laris nih

    ReplyDelete
  15. Wah, cantik roti tu mengembang :) bila la ada masa nak buat semua ni :)

    ReplyDelete
  16. wahhhh tingginya roti kak wana naik! besnya buat roti sendiri hehe

    ReplyDelete
  17. sy xpenah try wat roti...nnti nak copy resepi leh tak wana...kalau menjadi sy share hasil nyer...kununnyee laaa...hahhaahhaa

    ReplyDelete
  18. perghh anis memang suka roti2 nie.. gebuuuuu....

    ReplyDelete
  19. Mak oiiii kembangnyA..
    Bravo..bravo..
    Cuma leceh ea..
    Hanya dengan yang sabar je buleh jadi roti ni.
    Kalau x sabar macam saya, jadi getah sekerap.

    ReplyDelete
  20. lya dh bookmarks resepi ni...
    nak buat jugak..sbb fasya mmg mkn roti je.. jrg sgt mkn nasi...
    ari2 duk beli roti kedai.. baik buat sdiri

    ReplyDelete
  21. CT tak pernah try buat roti.. kazen pandailah buat..
    tangan dak gifted nak buat roti.. bestlaaa Kak Wana serba serbi terer =D

    ReplyDelete