Makanan Etnik Sabah: Rumpai laut @ Agar-agar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin memperkenalkan satu lagi makanan etnik Sabah iaitu Rumpai Laut atau pun di sini lebih dikenali dengan panggilan agar-agar..sedap oh..rugi tak cuba makan..

Agar-agar ni adalah makanan etnik suku kaum bajau di sini..dihidangkan dengan pelbagai menu bakar seperti ikan/sotong/udang/ketam yang dibakar..fuh..telan air liur menyebut semua tu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Agar-agar salah satu makanan 'favourite' aku

Agar-agar yang dicampur dengan mangga muda, hirisan bawang besar dan tomato. Kemudian bubuh garam, perahan limau kasturi, kicap dan cili padi. Lagi pedas lagi umph..memang sedap sangat tu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ok..ini makanan tengahari aku..walaupun sangat simple..nasi+ikan bakar+agar-agar saja tapi sangat sedap dan menaikkan selera makan aku..alhamdulillah kenyang..

Atas pemintaan temanku Cheq Da, aku selitkan resepi agar-agar ni..Jom semak.,

RESEPI: RUMPAI LAUT@AGAR-AGAR

Rumpai laut
Sedikit mangga muda - potong nipis
1-2 biji tomato - potong halus
Sedikit bawang besar - hiris nipis
Cili padi - banyak ikut suka
3-4 biji limau kasturi
Sedikit garam
Kicap

CARANYA:
- Bersihkan rumpai laut dan potong. Ramas dengan garam dan celur dengan air panas kemudian toskan.
- Gaulkan semua bahan dan perah air limau
- Sedia untuk dimakan

- Selamat mencuba -
sumber: google

Jom baca khasiat rumpai laut ni:

1. Menguatkan sistem imunisasi tubuh
2. Menjaga kesihatan hati, jantung dan buah pinggang
3. Kaya dengan protein kolagen
4. Mengandungi kebaikan Omega-3 yang baik untuk sel-sel otak
5. Meningkatkan kesihatan tulang dan fungsi sendi
6. Mengandungi anti-oksidan
7. Mencegah dan mengurangkan selulit

Khasiat utama rumpai laut ialah kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin C, magnesium dan kalsium. Merupakan tumbuhan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan sangat baik untuk kulit. Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu.( sumber: baniza.com )

Best kan banyak khasiat rumpai laut ni..

Okey sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..bye

Sekian

30 comments:

  1. oo kat umah akak ada ni.. lama dah somi akak bawa balik dari pulau mabul ritu.. akak tak tau nak wat ape..tapi yg akak punya tu warna meroon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wana x penah makan kaler maroon tu..tapi bagus akak buat jadikan minuman atau masker..

      Delete
    2. tak pe nanti akak nak try resepi ni... guna rumpai laut kat umah tu.. kalau nak wat minum rasa cam x leh masuk.. tapi kalau wat makan, letak cili padi, mangga dan perah limau lagi mesti sedap makan dgn nasi panas..

      Delete
  2. Knock knock!
    Wana hantar akak barang semangkuk dua....teringin benar ni! Tak pernah makan lagi tapi nampak sangat tempting!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ok jom akak datang sini meh..rasanya kalo Kak Farah try makan mesti ketagih..;D

      Delete
  3. CT tak pernah jumpa yang raw cemtu tapi yang jual kat sushi king pernahlah makan.. sedap sedap..

    ReplyDelete
  4. pernah makan masa gi kk last 2 years. sedap!

    ReplyDelete
  5. Ala2 mcm kerabu..sedapnye lahai...

    ReplyDelete
  6. Bb rumpai laut ni nk proses dia cmana...suami ada bawa blk dr sarawak hari tu..warna coklat2..nk sedia tu camana yea..nk jena basuh dgn pe2 ker...nti bg detail cikit yea..nk buat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, nanti wana akan kongsikan resepi dan caranya ya..

      Delete
  7. Kalaulah rumah kak wana sebelah ni je, Sha dah buat muka tak malu tau ! Sha memang teringin sangat nak makan makanan sabah... especially ambuyat, kerabu rumpai laut dan sambal bambangan :( huwaaaa nak nangis dah ni....

    ReplyDelete
  8. Nampak menyelerakan. Tak pernah makan rumpai laut.

    ReplyDelete
  9. aduuusss.... kak amie pula suka makan kerabu rumpai laut tau.... tiba2 teringin nak makan!

    ReplyDelete
  10. Salam singgah sini dik wana...akak pernah juga makan rumpai laut ni tapi yg jenis berbiji2 kecil tu...

    ReplyDelete
  11. assalam wana. mel tak pernah jumpa rumpai laut ni. kalau tak boleh cuba.

    ReplyDelete
  12. tak pernah makan. nani kalau benda yang tak penah makan or pelik pelik ni sikit tekak tak berapa nak terima.

    ReplyDelete
  13. selalu makan kerabu seeweed sbb ada kkak opismate dari sabah tu suka masak masakan tradisi dorang untuk kami rasa..alhamdulillah kena je dgn tekak kami...heheh

    ReplyDelete
  14. Nti cheq da cuba bb..tak plak nk buat nya

    ReplyDelete
  15. sy xpernah mkn rumpai laut..kalau yg mcm wana buat ni guna rumpai laut yg fresh eh...

    ReplyDelete
  16. waaa.. macam menarik je. tapi rumpai laut bukan ke hanyir. guna lemon tu boleh hilang ke

    ReplyDelete
  17. dlu abang saya ada beli dr sabah..bawa balik mak pun tak tahu nak buat apa..hahaha..sbb xpernah makan tau..last2 saya xtahu jadi apa kat rumpai laut tu.. T_T

    ReplyDelete
  18. Uish mcm bestnya kalau dpt cuba. Ambuyat pn sedap jgk :)

    ReplyDelete
  19. Sedapnya...ada rasa masam, pedas.
    Macam kerabu

    ReplyDelete
  20. Rumpai laut macam tu pernah tengok yang kering je.

    ReplyDelete
  21. Yup Wana, kadang2 masakan yang ringkas tu bila makan panas2 lebih menambat selera.

    ReplyDelete
  22. Tak pernah rasa lagi.. So tak tahu apa rasanya.. Kalau ada kat sini, memang dah cuba ni...

    ReplyDelete
  23. wahh mcm kerabu la. mesti mengancam rasanya ni. teringin nak merasa hehe

    ReplyDelete
  24. nampak macam sedap... first time dengar dan tengok..hihi

    ReplyDelete
  25. Salam...

    Rumpai laut n agar2 tali tu benda yang sama yea?...boleh cuba nanti ni...

    ReplyDelete