MUFIN VANILA MARBLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama aku tak buat mufin..tergerak hati untuk 'memufin' sebab nak bagi makan anak-anak buah aku..jadikan kudapan minum pagi atau minum petang..sebab dorang ni  asyik tanya buat apa pula hari ni? So, aku buatlah Mufin Vanila Marble..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap dan simple ja nak buat..

Aku buat banyak sikit..separuh untuk dimakan dan separuh lagi dijual..

Jom tengok resepi

RESEPI: MUFIN VANILA MARBLE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( aku buat 'double' untuk adunan ni )
90g mentega
70g gula halus
110g tepung gandum }Ayak
1 sk baking powder  }
1 biji telur gred A
50ml susu segar
3/4 sk esen vanilla
3/4 sk collar emulco
1 sm serbuk koko ( aku tambah )
Coklat cip -hiasan

CARANYA:

  1. Putar mentega dan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung yang diayak secara selang sdeli dengan susu segar. Putar lagi.
  4. Masukkan esen vanilla. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian biar plain, 1 bahagian campur coklat emulco+ serbuk koko.
  5. Sudukan 3/4 ke dalam papercup. ( Sudukan adunan kosong, kemudian sudukan adunan coklat ).
  6. Lorekkan dengan lidi.
  7. Taburkan coklat cip.
  8. Bakar dalam oven suhu 180'c selama 20-25 minit.
- Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebelum bakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Boleh la buat minum petang nanti ;D

Okey lah, sampai sini saja dulu entri aku..jumpa lagi..daa

Sekian, wasalam.




24 comments:

  1. aduhh sedapnyee..pos sini sikit..hihi...

    psst : akak, jom join segmen anis nie.. :) adnan-daughter.blogspot.com/2015/01/segmen-bloglist-sakura-blog-qaseh-ku.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tq..anis datang sini..makan banyak pon boleh..^_^

      ok tq invite akak..nanti kak wana join ya

      Delete
  2. Replies
    1. senang nak buat resepi mudah macam ni kan.. :)

      Delete
  3. Sedapnye wana...untung la anak saudara wana punya mak cik yg pandai baking ye ^^

    ReplyDelete
  4. Nmpk cam sedap jea...cheq da tak buka kedai lg..in sha Allah minggu dpn mula nk membaking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..tq cheq da..yalah, wana paham..awal tahun macam ni baru buka sekolah cikgu mesti bz punya.. :)

      Delete
  5. Da lama teringin nak buat muffin tapi tak terbuat lagi...huhuhu

    ReplyDelete
  6. salam singgah wana// ni pun lama dah tak memuffin hii.. insyaallah kalu ada kelapangan nak buat jugak ni... mufin vanila ni pun nampak sedap !!

    ReplyDelete
  7. sedapnya..
    kna cuba buat utk fasya ni

    ReplyDelete
  8. assalam wana. Muffin ni makan panas2 sedap. mel dah jarang buat muffin. Takde yang nak makan nanti..uhuu...

    ReplyDelete
  9. sedapnya.. buat minum petang.. nak buat tu tak rajin sebab takut tak menjadi. hihi

    ReplyDelete
  10. ini bes nih kalo dpt buat utk minum petang hehe

    ReplyDelete
  11. sebelum bakar,cantik..dah bkar berganda cantik..sedap pula vanilla..! :D

    ReplyDelete
  12. haaish kejenya menelan air liur sJa kalau singgah sini.. dahla CT mmg suka bakery bakery ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alolo..ciannya ct telan liur ja..jom terbang ke rumah akak meh..dapat makan hari2..hihi

      Delete
  13. Selain susu segar, susu cair mcm f&n or susu tepung boleh ke kak wana?
    Teringin nk cuba :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..no.prob dear..kalau nak guna susu cair atau susu tepung pun boleh ja..kalau guna susu tepung bancuh jadi cecair..nanti try la buat..senang ja ni.. ^_^

      Delete
  14. Scroll cepat-cepat gambar mufin ni.
    Kalau Abe nampak habis lah dia soh mama buat jugak.

    ReplyDelete
  15. Untungnya anak buah ada mak sedara rajin camni.
    Akak pun suka flavour vanilla ni

    ReplyDelete