Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni aku ingin kongsikan resepi kek yang sedap terutama buat 'cheesecake lover' macam aku..mohon jangan jemu ya..siapa yang mengenali aku pasti sudah sedia maklum yang aku ni penggemar apa saja makanan yang berunsur cheese..
Okeylah, ini dia Cheddar cheese cake..sudah lama aku buat tapi baru teringat nak buat entri..hehe..
Resepi pun mudah ja pun..korang pun boleh buat punya.. ^_^
Jom semak resepi
RESEPI: CHEDDAR CHEESE CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
250g mentega
230g gula halus
4 biji telur gred A
80g cheddar cheese, didadu secara sederhana besar
100ml susu UHT
280g tepung gandum
1 sk baking powder
CARA:
- Putrar mentega dan gula halus hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
- Tambah kiub keju dan gaul adunan hingga sebati.
- Satukan tepung bersama baking powder dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
- Tuang adunan dalam loyang yang telah digris dengan mentega yang dialas baking paper pada dasarnya.
- Bakar dalam suhu 170'C selama 45 minit-masak.
Cheddar cheese yang dipotong dadu..
Tekak tiba-tiba teringin nak makan kek ni..kebetulan memang ada stok cheddar cheese ni..
Yang ni aku siap packing untuk dibawa ke rumah makcik..buat minum petang di sana..aktiviti paling best hujung minggu lepak bersama keluarga, sepupu, anak-anak buah yang ramai dan sentiasa meriahkan suasana..
Sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi semua..bye
Sekian, wasalam.
telan air liur tengok. sedapnyaaa lahaii :D
ReplyDeleteSuka sangat cheese cake, nak buat malas..hehe
ReplyDeleteBestnya..
ReplyDeleteKalo mentega tukar pada butter boleh x wana?
ReplyDeleteok..wana paham maksud sue tu..tak ada masalah kalau nak guna marjerin bagi menggantikan butter.. ;)
Deletekaknoor baru ja buat ni wana mmg sedappp sngt kann
ReplyDeletekek berasaskan cheese mmg sedap!
ReplyDeletebesnyer wana.. minum ngan teh o.. mmg mabeles
ReplyDeleteLar, senang je rupanya..hehehe..boleh la cuba nanti :)
ReplyDeletenampak sedap ni wana tapi kiub keju tu tak berketul2 ke dlm kek selepas bakar ??
ReplyDeletekak wana!!!! alahai ana suka jugak cheesecake! aummm laparnye hehe
ReplyDeletealaaa...wana...sedapnyerrr....sy kalau ada cheese jer mesti cair....hihihihih
ReplyDeletesedappppnyaa..klu ada chedar cis dh bleh try arini..huhuu kna simpan resepi dulu ^_^
ReplyDeletemudah je nengok resepi inih... tp ntah bile nyer rajin nk menterai ntah
ReplyDeleteanis xpandai membaking la..adoiii sedihh..huhu
ReplyDeleteSaya bukan cheese cake lover.
ReplyDeleteTapi, as overall mmg saya jenis suka makan semua jenis kek.
Awww...tergoda tengok.
Akak suka kek keju simple macam ni utk minum petang. Rasa buttery & lemak cheese tu yang mahal :)
ReplyDeletesedap ni... byk cheese
ReplyDeleteBab baking Nad fail sikit la...bukan sikit..banyak...
ReplyDeletemasak-masak ok la lagi hee
adoi jiwa lemah betul tengok benda banyak cheese ni..
ReplyDeletekalo Kak Wana ada recipe kek cheese yang moist tu mai la share hehehe..
CT suka yang lagi lembab lagi sedap..
hahahah demand pulak =P
ReplyDeleteSedapnya.. Sesekali dapat minum petang dngan kek ni, memang best la!
ReplyDeleteSedapnya :')
ReplyDelete