Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Walaupun hari ni cuti umum tapi aku agak sibuk di dapur..menyiapkan pelbagai jenis jualan..bisnes sendiri ni kena rajin kan..kalau malas pun mesti rajinkan juga..heheh..sekarang ni tengah berehat..
Hari ni aku ingin berkongsi menu yang aku buat beberapa hari yang lalu..aku buat Daging goreng berlada..asalnya aku mau buat daging salai tapi saat akhir aku tukar pikiran..semantara masih ada stok daging korban dalam peti sejuk maka misi pun bermula..
DAGING GORENG BERLADA |
Rasanya sedap..gabungan rasa pedas, masam, sedikit masin dan manis. Makan dengan nasi panas-panas memang best!!!
Jom tengok resepi..
RESEPI: DAGING GORENG BERLADA
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
Daging secukupnya - dihiris nipis dan lebar ( jangan terlalu nipis )
(A):
2 ulas bawang putih
1/2 sb serbuk kunyit
sedikit air
- Kisar bahan-bahan tersebut.
1/2 biji bawang besar
1/2 biji tomata
1 biji lada merah
Cili padi - ikut suka ( kalau suka pedas, bubuh la banyak-banyak )
sedikit air
- Kisar semua bahan B.
- Daging yang dihiris perlu direbus terlebih dahulu dengan bahan A dan letak garam secukupnya.
- Biarkan daging menyerap semua bahan tersebut.
- Angkat dan toskan
- Tumbuk daging tersebut dengan lesung batu kemudian panaskan minyak dan goreng.
- Ketepikan daging yang telah digoreng.
- Panaskan minyak ( guna minyak goreng daging, untuk rasa yang lebih sedap ).
- Hiris bawang merah dan goreng hingga naik bau.
- Masukkan bahan B dan biar hingga keluar minyak.
- Masukkan daging dan sedia untuk dihidangkan.
Daging yang telah direbus |
Daging yang telah ditumbuk |
Daging yang siap digoreng |
Enjoy sangat makan..^_^
Okey lah ya, sampai sini saja dulu..jumpa di lain entri pula..terima kasih kerana datang sini dan tinggalkan komen..aku sangat menghargainya..insyaallah aku akan blogwalking ke blog kalian..
Sekian, wasalam.
Walaupun agak rumit tp nmpk sgt sedap^^
ReplyDeleteBetul tu..kena Cuba baru tau..heheh
Deletenak cuba lah, nmpk sedap je nie ;)
ReplyDeleteNanti try la buat ya
DeleteSedapnya...leh cuba nanti, mohon copy resepi yer wana.
ReplyDeleteOk..sila kan mama..nanti try buat ya..^_^
ReplyDeleteowh memang kena tumbuk eh..? patutlah masa CT makan kat kedai kan CT dok tertanya awatlah daging ni macam nak hancus aje.. rupanya mmg ada eh orng tumbok :P
ReplyDeletewahhhh.
ReplyDeletefeberet sy nih yang!
hari2 makan pun takpe.
oh sedapnya XD
ReplyDeleteSedapnya dik Wana..en.Hubby akak suka makan daging ni...InsyAllah nak cuba resepi daging goreng berlada wana ni...
ReplyDelete