Isi 'Kelupis' macamana??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku baru ja check di ruangan komen tadi..ada permintaan dari sorang rakan blogger iaitu Norhidana Miswan yang teringin sangat mau tengok 'rupa' kelupis..sebelum ni aku pernah kongsikan..tapi, nda apa..aku kongsikan sekali lagi untuk korang ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini adalah kelupis berinti sambal udang..

Ada kawan blogger pernah tanya macamana agaknya rasa kelupis ni..untuk pengetahuan, kelupis diperbuat dari berus pulut yang ditanak bersama santan. Rasanya hampir sana dengan pulut panggang..bezanya kelupis hanya dikuus tapi tidak dipanggang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini kelupis kosong..sesuai dimakan dengan kari ayam, kuah kacang, rendang. Kalau makan dengan ikan masin pun sedap juga tau..ada juga yang suka makan dengan cicah susu pekat..hihi..apapun cara makannya  semua pun sedap!!! ^_^

Sering dihidangkan ketika musim perayaan,  perkahwinan dan semua majlis..merupakan makanan tradisi suku kaum brunei..aku bangga dengan kuih tradisi kami..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Pada yang berminat, anda boleh tempah kelupis yang sudah masak atau 'frozen'. Terpulang pada pilihan anda..boleh tempah kuah kacang juga.

HARGA:
KELUPIS ( KOSONG ) = RM0.40, SEBIJI
KELUPIS ( INTI ) = RM 0.45, SEBIJI
MIN.ORDER: 100 BIJI

Order? Hubungi kami, 012-8244251 ( bbwana ) call/sms/whatsapp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com. Tq


32 comments:

  1. baru tahu ini kuih tradisi brunei... pernah dengar je nama dia dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu tunsha..ni makanan tradisi kami suku kaum brunei..sedap tau tunsha..^_^

      Delete
  2. ohh gituu wajahnyaa~ hehehe, tertanya-tanya juga selama ini. ehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, alala cian aina..kalau dekat bukan ja dapat tengok wajah kelupis ni..tapi boleh makan sekali tau..bagi kat aina foc..hhehe..suka tak..suka tak..

      Delete
  3. Ohhh macam pulut panggang rupanya. Mesti lembut dan fluffy kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak farah..isi kelupis ni sangat lembut..lagi sedap makan panas2..

      Delete
  4. sedapp tu BB akak duk kat brunei jarang buat ni heee selalu makan yg mertua je buat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, banyak keja juga sebenarnya buat kelupis ni kan kak..cari daun 'ngirik' plak satu hal..nasiblah kat belakang rumah bb, ada tanam..bila nak bungkus tinggal ambik ja..heheh

      Delete
  5. kalau makanan yang tak pernah jumpa ni, memang teruja nak tau luar dalam..uhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..betul tu kan mel..kita sentiasa teruja nak tau makanan yang x ada kat tempat sendiri..

      Delete
  6. waaaaaaaaaa mekasih utk ntry khas ini... teruja nyer
    ada yg ada inti yek, kalu lah boleh poslaju n cpt sampai mmg nak sgt akak tempah ngn awak...

    kire mcm pulut panggang tp mcm lepat pulut jugak sbb dh ada santan kan... msti sedap nih lemak2 gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehe..sama2..^_^..kesiannya..malangnya kita tinggal jauh2..kalau dekat nak juga wana poslaju..rasanya memang sedap dan lemak2..

      Delete
  7. Replies
    1. hihi..saya berbangsa brunei tapi family dah lama menetap di sabah..kaum keluarga masih banyak lagi di brunei tu..cuma kami jarang balik sana..

      Delete
  8. Baru akak tau rupanya makanan tradisi orang brunei...hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, sekarang akak dah tau la kan..^_^

      Delete
  9. teringin sangat tau nak makan kelupis, tapi kat sini mana la nak dapat... -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan cheq sue..kalau dekat2 ni wana bagi rasa cheq sue kelupis ni..

      Delete
  10. Tak pernah tengok yg real lagi kelupis ni dok tgk dalam lappy jer hihi...Teringin tul nak rasa..kalau wana dok dekat2 nak jer order..mesti unik rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak lina..rasanya memang unik dan sedap..kalau makan mesti nak lagi..terutama yang ada inti udang tu..

      Delete
  11. kelupis inti sambal udang menggoda betul. Guna udang fresh or udang kering? terigt kwn saya dari sabah buat sambal udang guna udang kering. sedapnyaa. kelupis nih ada jual kat gerai2 or restoran2 kat sabah tak? or cuma homemade je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk inti kelupis ni sememangnya kami gunakan udang kering..memang sedap..kalau awak ada peluang ke sabah, bagitau wana ya..sya bagi awak rasa..

      Untuk pengetahuan, kelupis ni selalu ada jual di tamu. Tu pun ikut tempat juga..selalu dihidang time majlis perkahwinan atau perayaan..

      Delete
    2. kalau udang kering maybe yg kawan saya masak tuh. memang sedap. tapi dia buat mcm pulut panggang. insya Allah kalau saya ke Sabah nak cari kelupis. terus lapar tengok gambar kelupis nih

      Delete
    3. okey nanti datang sini cari la kelupis ni ya or gerenti jumpa bila awak contact saya..hhehe..

      Delete
  12. Bb dulu masa ngajar di miri..cikgu2 sana suka buat kelupis..cheq da dh pernah merasalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la cheq da dah pernah rasa..hehe..

      Delete
  13. Replies
    1. memang sedap budak..kalau ada peluang ke sabah, rasalah kuih tradisi kami ni..^_^

      Delete
  14. Assalam,
    Sedapnya nampak kelupis tu. Akak take pernah mkn lagi, cam jakunla pulak he he he. Tapi klu mcm Pulut panggang mesti best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak..

      kelupis rasanya memang sedap kak..lagi best kalau dapat makan..heheh..

      Delete
  15. baru first time dengar nama.. aaa kan rupa dia macam pulut panggang. lebey kurang or sebenarnya sama but cara masak lelain.. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..ya betul la tu ct..macam pulut panggang dan cara masak ja lain..hee

      Delete