Spaghetti Bolognese Prego

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam kesibukkan menyiapkan tempahan kek, sempat lagi ni aku post entri baru..heheh..sebenarnya aku berehat kejap..okeylah entrinya Spaghetti bolognese prego..haa, ni masa kan itali yang aku suka sangat-sangat makan..aku peminat tegar spaghetti..hari tu nampak adik aina tayang spaghetti di blog dia..alahai, bukan main terliur lagi aku tengok..dikna, serius akak terliur okeyy!!! Haha..


Hias ala kadar..heheh..ok la kan janji nampak berseri..senang ja buat spaghetti ni..tambah mudah dengan adanya sos spaghetti prego ni..hanya perlu tambah sikit-sikit ja..aku bubuh sosej dan tambah tomato..kebetulan cendawan butang tiada stok..masak apa yang ada ja la..




Jom aku ingin berkongsi resepinya yang simple ni..

RESEPI: SPAGHETTI BOLOGNESE PREGO
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1/2 biji bawang besar - didadu
2 biji tomato- didadu
2 batang sosej- didadu
Cendawan butang- dihiris
Sos prego tradisi - secukupnya
Spaghetti secukupnya - rebus hingga lembut, tambah garam & sedikit minyak
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak

CARA:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan sosej , sos prego, tomato, cendawan, garam dan gula.
  3. Tambah sedikit air jika perlu.
  4. Angkat dan tuang atas spaghetti.
-Selamat mencuba-


Nyum-nyum..sedapnya..

Okeylah ya, sampai sini saja dulu..banyak kerja aku mau buat ni..byeeeeee...

Sekian.

16 comments:

  1. Saya pun suka makan spagetti. Tapi cik husband ngan anak-anak tak bape nak makan. Kalau buat pun saya sorang yang nak kena perhabihkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..hehe..nak tak nak terpaksa habis kan sorang2

      Delete
    2. Itu lah, kita jugak yang makin besar, hehehe.

      Delete
  2. Sedapnye..lama dah x mkn spaggeti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mandi ada masa buat la..tapi jangan lupa panggil saya ya.^_^

      Delete
  3. saya kalau malas masak spaghetti je la.. hehe.

    saya menabung sini ^^,

    ReplyDelete
  4. ada orang suka letak daging... sha panaskan sos cenggitu je... perghhh sedap !

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.... lama dah tak masak spaghetti. Tengok Wana masak spaghetti bolognese ni teringin lah pulak.

    ReplyDelete
  6. Salam singgah Jumaat dik Wana...sedapnya....akak baru sekali makan spaghetti itupun kat pizza hut...hehe...ada masa nak try resepi wana ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti akak try buat ya..Betul ni sedap..^_^

      Delete
  7. hahaha ini makan hari hari pun tak apa tak jemu haih.. boleh aje ngap. trasa nak pi masak pulak :D

    ReplyDelete
  8. stress tengok gambar ni.hahaha. lapar pulak tetiba

    ReplyDelete