Kelmarin aku agak sibuk menyiapkan tempahan kek birthday yang ditempah saat akhir..selain tu aku juga sibuk membuat biskut untuk hidangan hari raya aidiladha yang akan disambut lusa oleh seluruh umat islam hihi..sempat lagi kan buat biskut..
Aku sangat tertarik untuk mencuba Tat nanas cheese ni..first time nampak di blog Kak noor bulan puasa yang lalu..masa tu aku tidak berkesempatan pun untuk mencuba sebab terlalu sibuk menyiapkan tempahan biskut..kemudian, aku nampak di blog Rahel pula tayang biskut ni..
Hati ni bukan main berkobar-kobar lagi ingin mencuba..taulah aku ni pengemar tat nanas lepas tu tambah pula ada cheese..perghhh, memang nda sabar mau Cuba buat sendiri ni..kebetulan semua bahan sudah ada di dapur..terus jalankan misi!!!
Sedap tau..ranggup di luar dan terasa lembut ja biskut ni bila dimakan..nyaman..rasa yang seimbang antara kulit tat dan inti nanas di dalamnya..
Aku masih menggunakan resepi tat nanas yang aku buat sebelum ni tapi kali ni ada tambahan cheddar cheese dan caranya lain sedikit sebab ni tidak perlu guna acuan tekan tu..jom semak resepinya..
RESEPI: TAT NANAS CHEESE
SUMBER: K.NOR
OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
250 g butter
2 sb gula kastor
2 sb minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sb tepung kastad
1/2 cwn tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cwn tepung gandum
Jem nenas secukupnya
Cheddar cheese parut- untuk hiasan atasnya
CARA:
- Ayak ketiga tepung.
- Pukul butter dan gula hingga putih dan creamy.
- Masuk minyak sapi, kuning telur dan garam. Pukul sebati.
- Masuk tepung sikit-sikit dan gaul hingga jadi doh. Sejukkan dalam petisejuk 10-15 minit. ( untuk memudahkan senang dibentuk ).
- Ambil adunan sebanyak 1 sk. Bulatkan dan leperkan kemudian isikan inti dan bentuk bulat kembali.
- Susun atas dulang yang dilapik dengan baking paper.
- Bakar suhu 150'c selama 15minit masak sampai setengah masak.
- Keluarkan tat, biar suam.
- Oles dengan eggwash dan tabur dengan cheedar cheese parut.
- Bakar kembali, 15-20 minit.
EGGWASH:
SUMBER: RAHEL
2 kuning telur }
1 sk susu cair }campur semua
Sedikit pewarna kuning }
Aku bulat-bulatkan jem nenas terlebih dahulu..
Memang sangat puas hati makan biskut ni..peminat tat nanas patut cuba makan biskut ni..istimewanya ada taburan cheese di atas..
Sampai sini saja dulu ya, aku harus siapkan beberapa tempahan kek ni..sampai jumpa lagi dan selamat membuat persiapan raya ya..
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Sekian,wasalam.
Sedap nya..
ReplyDeletehihik..memang sedap ni cheq da..makan sampai x henggat..
DeleteSedapnya..rajin betul...mila selalunya main tunjuk tunjuk je..xsempat nak buat...alasan org malad..huhu
ReplyDeletehihi..tiba2 mood rajin melanda ni..tulah buat biskut..hikhik..
DeleteSedapnya tart nenas cheese ni...InsyAllah raya tahun depan nak try buat ni sb akak pun pengemar biskut tart nenas ni...hehe
ReplyDeleteokey..nanti akak try buat..x rugi kak..memang sedap betul..^_^
Deleteniat mula datang nk balas kunjungan jer.. tapi terjerat dgn pelbagai resepi yg ada kat sini... follow terus!! hehe...
ReplyDeleteheheh..terima kasih cik wafiy..
DeleteSelamat hari raya aidiladha
ReplyDeleteHidangan tart nenas cheese emm sedappnya
Wah sedap ni.
ReplyDeleteDah pulak tart nanas memang my fevret.
Ditambah pulak ada taburan cheese.
Alo.. Comelnyaa tart tu. Bulat2 hehe.(^_^)
ReplyDelete1st time jumpa tart nenas cheese ni...yummy..
ReplyDeletelain kali boleh try buat tat ni..sedap sangat tau..
DeleteAkak hantu tat nanas! Apa2 bentuk, rupa, rasa semua akak suka. Ni kena tunggu cuti panjang baru boleh buat ni,..
ReplyDelete