Kuih getas-getas susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semuanya bersua lagi pada malam ni..tengah berehat dalam bilik..semalam lepas makan jeruk epal asam boi yang menggiurkan dan sedap tu, tiba-tiba aku terbayang sejenis kuih yang aku teringin mau makan..Haha, macam-macam punya teringin mengalahkan orang mengandung..:p

Lepas aku google dapat la resepinya, ni dia Kuih getas-getas..sebelum ni aku pernah makan..dijual dengan salut gula icing dan susu tepung..sedap giler..makan panas-panas..kenyal-kenyal pula tu memang best!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KUIH GETAS-GETAS SUSU
Sebelum ni aku memang nda tau apa nama kuih ni..selalu panggil kuih pulut ja..lepas tengok kak linapg tayang kuih ni di blog beliau, baru aku tau nama sebenar kuih ni..heheh..

Petang tadi aku mejalankan misi membuat kuih ni buat minum petang kami sekeluarga..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jom tengok resepinya..senang ja pun buat kuih ni sebenarnya

RESEPI: KUIH GETAS-GETAS SUSU
SUMBER: SERIPAYAKU.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g tepung pulut
20 g tepung gandum
150 g kelapa parut putih
130-150 ml air
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Gula icing - untuk salut ( aku tambah )
Susu tepung - untuk salut( aku tambah )

CARANYA:
  1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, kelapa parut dan garam.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit.
  3. Gaul adunan hingga menjadi doh. Adunan jangan terlalu lembik
  4. Biarkan 10 minit.
  5. Ambil adunan dan bulat-bulatkan, bentuk lonjong dan leperkan. Letak dalam dulang/talam yang di sapu dengan minyak. Untuk elakkan adunan melekat.
  6. Goreng dalam minyak yang panas atas api sederhana. Perlu selalu dibalik-balikkan bagi mengelakkan kuih menjadi mengelembung dan meletup.
  7. Angkat dan toskan. 
  8. Salut kuih dengan gula icing dan susu tepung. ( aku guna susu tepung nespray ).
Bagi yang suka salut dengan sira gula, sila semak resepinya dibawah ni ya..

SIRA GULA:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air

CARA:
  • Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
    Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
    Biarkan ia selama 7 minit.
    Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Selalu orang buat digaul dengan sira gula kan..kalian cuba pula salut dengan susu..gerenti ketagih makan..haha..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni disalut dengan sira gula..kurang cantik salutan tu di situ..nda pa..next time try buat lagi sira gula ni cantik-cantik..heheh..yang penting rasanya masih sedap..

Okey lah,sampai sini saja entri aku pada malam ni..jumpa lagi..bye..insyaallah mau blogwalking..kotak komen aku diserang oleh beberapa rakan blogger..sampai berpuluh komen..heheh, apapun aku suka dan terima kasih banyak kawan..chow..bye.

Sekian, wasalam.


11 comments:

  1. Nmpk mcm nugget pun ye jg. First time dgr nama kueh ni.

    ReplyDelete
  2. klu kat johor kuih ne biasa jumpa..org jual time sarapan pagi.

    ReplyDelete
  3. laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... nama dia kuih getas-getas ke? -.- baru tau.. padahal minat sangat dengan kuih ni... kalau g kedai pun, akak nak kuih ni.. hahahaha.. xtahu nama. nak tanya segan.

    mekasih kongsi resepi sis! :D

    ReplyDelete
  4. saya suka makan ni...! ahahaha.. kuih getas,selalu lupa namanya..yg letak susu tak pernah lagi..biasa mak saya buat,sbb sya request..resepi tak tahu la dari mana..

    ReplyDelete
  5. Wahhh ape niii, tak pernah makan lagi, macam sedap jee, nyum3

    ReplyDelete
  6. TU LE MAK SELALU BUAT SIRA NGAN GULA... SENANG AJE WAT DIA KAN WANA.. LEH TRY NI ... DULU MAK BUAT LANGSUNG TAK AMBIL KISAH PN..

    ReplyDelete
  7. kuih ni asal mana ye? ada sapa2 tahu tak?

    ReplyDelete
  8. heee..xpernah dgr nama kuih ni..alorr, cik Mimie tak suka susu..

    ReplyDelete
  9. makanan orang sabah ke..? CT tak pernah dengar and tak lagila tak pernah rasa hihihi..

    ReplyDelete
  10. Akak suka sangat dengan kuih getas2 ni....sedap...

    ReplyDelete