ORDER KEK BIRTHDAY: PRINCESS CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku tiada mood sebab kurang sihat..rasa macam mau demam pun ada..selsema dan sakit tekak..mungkin kerana faktor cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini dan aku ada kena hujan masa jalan beli barang..payung pula lupa bawa..terpaksa redah hujan dan 'cover' kepala dengan sweater ja..huu..

Okey lah, hari ni aku ingin kongsikan order kek birthday dari sepupu, cyah untuk little princess kesayangannya, princess Elsa iela @ Dk.Daniela Batrisya yang menyambut birthday ke-4 tahun..sepupu tempah kek doll ala-ala princess dan nak bergaun biru..biasalah anaknya fanatik dengan kartun Frozen tu jadi bila panggil princess bukan main suka dan meleret senyuman..heheh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
PRINCESS CAKE
PRINCESS CAKE
KEK SPAN COKLAT
KRIM DEKO: FRESH CREAM
FILLING: COKLAT FILLING
HARGA: RM85
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sepupu request buat dress princess kembang-kembang..dan inilah hasilnya..

Asyik merenung kek..^_^..birthday girl yang bergaya ala-ala princess elsa..hihi, comelll..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Semua anak-anak buah berkumpul pada malam birthday tu..majlis dibuat di gerai makan kepunyaan sepupu, jakie..semestinya meriah dan happening!!!


Masa nyanyi lagu happy birthday, pelanggan di gerai makan yang berdekatan juga ikut sama-sama menyanyikan lagu birhday..dorang memang sporting..

Malam tu kami disajikan dengan sate ayam/daging dan mee goreng..minuman pula kami diberi kebebasan untuk order minuman kesukaan masing-masing..thanx banyak belanja kami cyah..best!!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Gambar di atas tu adalah contoh loyang yang aku gunakan untuk buat  kek gaun/dress..sebelum ni ada rakan yang pernah tanya macamana loyang yang aku gunakan..maaf lambat kongsi ya..

Untuk kotak kek pula, aku buat sendiri kotak bertingkat tu, untuk tahu cara-caranya sila klik SINI

Pertanyaan/order, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) call/sms/whatsapp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com. Tq

Sekian, babai..

5 comments:

  1. Assalam wana...cantik kek doll tu..kak lina belum pernah tst skill buat kek camni..
    Entah la rasa tgn kayu ni x berani lak menerai.
    Semoga terus sukses ya

    ReplyDelete
  2. Wah..kek my 'lil princess suda masuk dalam blog..tqvm dear..

    ReplyDelete
  3. Ini kalau anak buah saya tengok mesti nak kek macam ni juga.. dia pun suka tengok Frozen.. =)

    ReplyDelete
  4. Cantek lah! Elsa serba biru :)

    ReplyDelete
  5. wahhhh, comelnyaaa~ frozen di mana2. ehhe.

    ReplyDelete