LIEBSTER AWARD TAGGED by KAK FARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Yeay..liebster award lagi..sebenarnya Kak farah tag semua adik-adik yang rajin lepak di tower beliau..so, aku rasa terpanggil buat liebster award ni..hehehe..apapun, tq akak..

Ni soalan kak farah:
  1. Jika boleh pilih mana-mana tempat di dunia ni untuk tinggal dan settle down (and bring along someone with you), anda akan pilih,...Mengapa?
Soalan akak ni perah otak juga..:D..setakat ni wana belum terpikir lagi nak tinggal di mana mana tempat di dunia ni, sangat selesa tinggal di tempat tinggal sekarang ni..kampung, kiri,kanan, belakang rumah semua pokok buah-buahan dan dipenuhi dengan tanaman bunga mama yang mekar selalu..sedap mata memandang, bunyi kicau burung, cengkerik..tenang rasa..wana nak tinggal dengan kesayangan wana dalam hidup semestinya keluarga dan mr.love ( harap dah kawen masa tu, doakan ya ) 

2.Tempat kegemaran anda [restoran/kafe] apabila makan di luar. 

Ada beberapa tempat wana suka makan antaranya :
1.Kedai Kopi Happy ( selalu gelar soto endut ja sebab asal pegi sana mesti nak order soto dan endut tu pula nama pekerja kedai yang suka layan bila kami datang..haha..glemer kan dia )

2. Lan Satay ( Sipitang terkenal dengan keenakkan satay dan kuah kacangnya )
Memang kami sekeluarga suka makan sini..satay dan kuah kacangnya serius sedap. Sayap ayam panggangnya pun sedap giler. :)

3. Restoran Malaysia, Beaufort
Selalu singgah sini bila dalam perjalanan ke KK..terkenal dengan paunya yang besar dan sedap..wana paling suka makan pau ayam..kena dengan selera..pau tempat lain kurang menepati selera wana.. 

3.3 orang [tidak kisah siapapun] yang anda akan jemput untuk makan malam bersama anda. Mengapa?

 Pening jap pikir..haha..my darling,my dad & mama..sebabnya tak penah lagi kami makan malam bersama..selalu makan malam beramai-ramai..hehe 

4.Satu makanan yang anda pretend suka (tetapi sebenarnya tidak!) semata-mata untuk jaga hati orang lain or simply nak nampak cool! Hahahah!

Apa ya? em, rasanya cendol kot..eh, cendol makanan ke minuman..ala, boleh la kan kak..yang penting hijau2 dalam cendol tu dimakan kan..haa, sebab ada hijau2 tu la wana x suka..sebab imagine lain..huhu..  

5. Filem 'romantic comedy' kegemaran anda?

Lama x tengok filem..jadi lupa pula.. maafkan wana.. 

6. Filem/TV Show dalam koleksi anda yang paling banyak ditonton.  

Wana koleksi cite Harry potter..suka sangat tengok dunia magic..:)  

7.Bad mood. Apa yang boleh buat anda kembali senyum?

Main dengan kucing kesayangan atau layan karenah anak-anak buah yang bermacam ragam tu..

8.Orang pertama yang anda akan cari jika perlukan bantuan atau teman bicara.

My fiance  

9.Perkara paling 'adventurous' yang pernah anda lakukan.

Panjat anak tangga di Batu Caves sampai penghujungnya sebab nak kira berapa banyak anak tangga dan tengok dalam gua..fuh, gila penat..bila turun tangga tu lutut rasa dah begegar..  

10.Satu skill/kemahiran yang anda ingin kuasai. Mengapa?

Nak belajar bahasa mandarin sebab selain bahasa malaysia dan inggeris, bahasa mandarin sangat penting dalam dunia pekerjaan..kalau mohon keja dan ada kelebihan dalam mandarin senang sangat nak dapat keja..wana pernah belajar basic mandarin..boleh paham sikit-sikit la..yang lucunya selalu ada yang salah anggap wana ni chinese dan siap bawak cakap cina tapi wana balas dalam bahasa melayu ja..hihi

11.Satu benda/tool/gadget milik anda yang rosak atau perlu dibaiki.

Laptop kesayangan wana..perlu dibaiki sebab ada masalah software..sekarang ni pinjam laptop mama..huhu..
 
-Tamat-
 
Tiada tag sapa-sapa..:)

13 comments:

  1. Wahhh, dah buat! Thanks Wana sebab sudi jawab. No. 1 & 3 tu sweetttt :)
    Akak pun suka dunia magical Harry Potter. Wana, satay kat Sabah beza kan dgn sate semenanjung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sama2 juga kak..tq..wana tak pasti pula kalau satay sabah dan semenanjung beza atau tak..tapi yang pasti satay tempat selalu wana makan tu memang sedap sangat..hihi..kuah kacangnya pun best :)

      Delete
  2. hahaha.. no 9 tu tak tahan.. sanggup wana buat cam tu...

    adeh.. gegor lutut rasanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tulah pasal..gara2 nak sangat sampai atas tu..sanggup naik sampai lutut gegar pastu..haha

      Delete
  3. Wah tahniah wana dah panjat tangga batu caves ye..sue sekadar lalu je..blom pernah naik lagi.

    ReplyDelete
  4. Pergh! Kak Wana da panjat batu caves hebat la..hehehe..Cik Mimie pun x berapa suka cendol sebab manis sangat :)

    ReplyDelete
  5. Saya suka cendol, nak pulak tambah pulut.
    Saya pun pernah naik tangga batu caves tu, berapa kali berhenti sebelum nak sampai atas tu.

    ReplyDelete
  6. Waah dah panjat batuu cave. Hebat tu kak.
    Laptop rosak yee. Takpe2 nanti baiki elok lah.Anto kedai, hihihi

    ReplyDelete
  7. sama la, saya pun tak suka yang hijau2 dalam cendol tu. sebab bayangkan something. hehehe.
    bahasa mandarin tu memang betul, satu kelebihan bila nak apply kerja. untung la kak wana, tau jugak sikit2. ^_^

    ReplyDelete
  8. Hometown is the best place in the world.
    Ever...
    Takde tempat lain setandingnya..

    ReplyDelete
  9. Uyoooo penah naek batu cave.. mmg btl2 mncabar ni kak wana... tp ayu xmnt dunia hary poter tu.. xtau nape... hahaha ayu tau kak wana bygkan ape mase tgk cndol hijao2 tu... dulu pon ayu cmtu jugak.. skg tak da...

    ReplyDelete
  10. perhhh. dengar kak wana sebut pasal kedai makan tu pun dah boleh terbayang. nnti kalau saya ke sana, ley x bawakan saya :P

    hehehe.... eh, x sangka lak kak Wana layan cter Harry Potter. saya pun suka juga!!!
    betul2. mandarin pun dah macam bahasa utama kan... senang kalau pape..

    ReplyDelete