BELATED BIRTHDAY CAKE: TIRAMISU CAKE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat malam. dan selamat bersua lagi kita pada hari ini..petang tadi di sini hujan lebat betul..syukur alhamdulillah memang menantikan hujan sebab semenjak dua menjak ni cuaca memang panas sangat..tidur malam pun berbahang rasanya..so, lepas hujan ni suhu pun terasa la sejuk sikit..

Berbalik pada entri malam ni aku mau siarkan gambar kek birthday yang aku buat tempohari untuk kakak tersayang aku, Ms Lizawaty..satu-satunya kakak dalam adik-beradik aku..memandangkan kakak tidak request apa kek yang dia mau so aku pun buatkan la Tiramisu Kek ni..sebenarnya kakak adalah peminat tegar cheese cake tapi untuk kelainan pula tahun ni aku buatkan tiramisu pula sebab masih juga ada rasa cheese dalam kek ni kan..hehe..alhamdulillah kakak suka sangat dengan rasa kek yang aku buat ni sebab katanya tidak terlalu manis..just nice..di sini mau wish " Happy Belated Birthday to my beloved sister, Lizawaty.. moga panjang umur, dimurahkan rezeki, hepi dan sihat selalu..WE LOVE U SIS.."

TIRAMISU KEK, HARGA RM 48 (1.2KG )
Kami  menyambut birhday kakak pun sudah lambat kerana pada hari sepatutnya kami semua mempunyai aktiviti masing2 yang tidak dapat dielakkan..hari lahirnya adalah pada 12 Mac tapi kami celebrate pada 25 Mac yang lalu..sambut ala kadar ja di rumah..




Ni la my sis dan yang interframe ni anak buah aku, waie..


Untuk  tiramisu ni aku sapukan dengan filling cream cheese sebagai layer dan sapukan fresh cream untuk menutup keseluruhan kek..untuk kek pula aku buat kek span coklat..lagi satu, aku tidak bubuh yogurt seperti dalam resepi sebab lupa beli apapun rasa kek ni tetap marvellous..jujur aku bagitau bahawasanya ni adalah pertama kali rasa tiramisu kek ni dan ni adalah first trial aku buat kek ni alhamdulillah menjadi dan disukai ramai..kalau ada yang teringin mau mencuba kek ni, di bawah ni aku sertakan resepinya..jom semak..

RESEPI: TIRAMISU KEK

BAHAN:
1 biji kek span kopi/coklat
ISIAN KEJU:
250g cream cheese
120g gula kastor
150g yogurt asli
200ml krim putar ( diary whip cream )
20g gelatin halal
80ml air

BAHAN SIRAP KOPI:
1sm kopi segera
3sb gula
1/4 cwn air panas
HIASAN:
koko/milo

CARA:
- Belah kek kepada 2 lapisan. Buang bahagian atas
- Krim putar pukul kembang. Simpan dalam peti sejuk
- Krim keju potong kecil. Masuk gula dan pukul kembang dan pekat ( 5 min ). Masuk yogurt dan krim putar
- Gelatin dan air dicampur dan panaskan atas api kecil hingga jernih. Sejukkan.
- Campur gelatin cair dalam adunan keju. Kacau dan simpan dalam petisejuk 1 min.
- Ambil selapis kek dan renjis sirap kopi
- Tuang 1/2 adunan krim. Ratakan. Ulangi. Tabur koko di atas.
- Sejukkan selama 5 jam

* NOTA: 
- Untuk mencairkan gelatin aku menggunakan kaedah/tips yang diberikan oleh Kak Ita, blogger Masam Manis..caranya adalah:
- Letak air dalam mangkuk kecil. Air biasa pun boleh.
- Tuang gelatin perlahan atas air. Biar gelatin kembang anggaran 10 min. Pastikan kembang semuanya.
- Rupa gelatin setelah kembang sedikit berbiji-biji dan tekstur seperti jelly.
- Gelatin yang telah kembang diletak dalam bekas guna kaedah double-boiler.
- Panaskan air sehingga mendidih.
- Kacau gelatin hingga mencair.
- Biar suam baru campur dengan krim putar.

- SELAMAT MENCUBA -

 

Okey la..kalau malas mau buat kek ni tapi teringin makan..order ja la dengan kami ya..kol tau email terus ke talian kami yang tertera di atas ni..tq

OREO CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai, selamat bertandang ke blog Sweet red cherry..mau ucapkan selamat bercuti pada yang bekerja tu..hari ni di Sabah cuti umum Good Friday..so, pada yang bekerja tu dapatlah cuti 3 hari termasuk sabtu ahad..memandangkan masih lagi cuti sekolah, maka ada yang mengambil kesempatan untuk balik kampung..bagi aku pula, hari ni memang tiada mau buat apa2..kebetulan tiada tempahan so dapat merehatkan diri ni..

Baiklah, untuk malam ni aku ingin publish cupcakes pula..minggu lepas aku ada buat Oreo Cupcakes..so, malam ni mau tayang la cuppies yang aku buat tu..em, bagi aku yang penggemar oreo ni, memang suka sangat dengan resepi ni dan makan oreo cupcakes ni..em, nyum-nyum..sedap tau..

OREO CUPCAKES, RM 1 ( SAIZ M ), RM 0.70 ( SAIZ S ), EACH


Untuk oreo yang aku gunakan dalam resepi ni adalah biskut oreo yang berperisa coklat..aku kisar halus beberapa keping oreo untuk dibubuh dalam adunan cupcakes dan meletakkan oreo yang dipotong kecil untuk hiasan di atasnya. Jika ada yang teringin mau membuat cupcakes ni..mari kita lihat resepinya..

RESEPI: OREO CUPCAKES

BAHAN:
125g mentega
1/2 cwn gula perang
1 cwn tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder 
2 biji telur
1/2 sk esen vanila
5 keping oreo, kisar halus

CARA:
- Panaskan oven 170 darjah celcius
- Putar mentega, gula perang, telur, tepung naik sendiri, baking powder dan esen vanila. Putar rata dengan kelajuan perlahan. Kemudian putar laju selama 2 min.
- Masuk oreo. Putar lagi.
- Sudukan adunan 3/4 cup penuh
- Bakar dalam oven selama 10-15 min

( BUTTERCREAM ):
125g mentega
70g krimwell
80g gula icing
1/2 sk esen vanila
2 sb susu pekat

- Putar semua bahan tersebut dan sedia untuk digunakan..

Aku tiada buat buttercream ni..hanya buat cupcakesnya ja..sebab bagi aku tanpa buttercream pun cc ni tetap sedap..tapi, bagi anda yang mau menghias cuppies anda tu bolehlah buat buttercream sekali..selamat mencuba.


Okey la semua, kita jumpa pula di entri yang akan datang ya..so, kalau ada yang mau menempah tu..hubungi ja kami menerusi email atau talian telefon kami yang tertera di atas tu..terima kasih.

KEK MARBLE ROS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, salam manis dan salam ceria buat semuanya..petang2 macam ni sedap betul kan dapat makan puding coklat..tambah2 lagi puding yang sejuk..em, sedapnya dimakan ketika cuaca panas macam sekarang ni..semalam ada buat puding yang ditempah jadi aku ada buat lebih untuk makan orang2 rumah..lagipun anak buah aku, Putri teringin sangat mau makan..tapi entri yang akan aku konsikan sebentar lagi ni tiada kaitan dengan puding pun..entrinya adalah Kek Marble Ros. Entri tentang tempahan puding tu akan aku siarkan apabila 'turn'nya sampai..hihi..

KEK MARBLE ROS, RM 28 ( SEBIJI )
Sebelum aku buat kek ni, aku tepikir-pikir kek apa yang aku mau buat..so, cari punya cari tu aku terjumpa resepi kek ni di buku resepi koleksi mama aku yang berjudul Kek Aidilfitri oleh Fauziah Binti Kidam...resepi yang sangat simple dan mudah untuk dicuba..keknya pun sedap dan lembut ja..dan berperisa ros..sebenarnya kek ni ada icing tapi aku tiada buat..jika ingin tahu resepi kek ni..jom kita semak..

RESEPI: KEK MARBLE ROS
SUMBER: KEK  AIDILFITRI oleh FAUZIAH BINTI KIDAM

BAHAN:
225g tepung naik sendiri
2 sk baking powder
225g marjerin
225g gula halus
4 biji telur
2 sb esen ros 
pewarna merah dan kuning..

UNTUK AISING:
100g gula icing
1 sb esen ros
1-2 sb air

CARA MEMBUATNYA:
- Ayak tepung dan baking powder di dalam mangkuk besar
- Pukul marjerin dan gula halus sampai ringan masukkan telur sebiji2. Pukul sampai sebati.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 berwarna merah dan 1 lagi dimasukkan esen ros. ( aku buat 1 warna merah+esen ros, 1 lagi warna kuning+esen vanila )
- Tuang dalam acuan dengan berselang seli warna
- Bakar dalam oven selama 45 min - hingga masak, suhu 175 darjah celcius

AISINGNYA:
- Campur gula icing dengan esen ros dan air untuk mendapat adunan yang halus

HIASAN:
- Tuang aising atas kek dan dibiarkan jatuh di tepi-tepinya.
- Hias dengan gula warna merah

- SELAMAT MENCUBA -

 Ni hasil kek yang aku buat..


Seperti biasa, jika anda berminat untuk menempah mana2 produk kami, sila email atau terus telefon ke talian kami yang tertera di atas ini ja ya..terima kasih..

KEK OMBAK RINDU VERSI KUKUS LA PULAK..

Hai, assalamualaikum..

Salam sejahtera semuanya..terima kasih kepada semua pengunjung yang telah bertandang ke blog kami..sekiranya ada kekurangan mohon di maafi dan kami akan memperbaikinya lagi di masa akan datang ..so, kami mengalu-alukan komen2 anda dan sudi menjadi follower kami..sokongan anda semua amat kami harapkan..

Baiklah, untuk entri kali ni buat sekian kalinya aku menyiarkan lagi tentang entri Kek Ombak rindu/kek alunan kasih tapi ini mempunyai sedikit kelainan dimana kek yang aku buat ni adalah versi kukus so dari segi bahan2 pun ada perbezaan juga..resepi ni aku ambik dari blog rahel..thanx sebab berkongi resepi ya rahel..aku sangat tertarik ketika first time tengok kek yang rahel buat dan suka dengan warna kek tersebut.So, kek yang aku buat ni ada persamaan dengan rahel dari segi warna sebab suka dengan warnanya yang sweet sangat tu..cuma warna biru kurang sikit coz kehabisan..hehe..

KEK OMBAK RINDU VERSI KUKUS, RM 35 ( SEBIJI )
Kalau ada yang teringin membuat kek ni juga, aku sertakan sekali resepinya di sini..izinkan aku share resepi di sini ya Rahel..

RESEPI: KEK OMBAK RINDU/KEK ALUNAN KASIH ( KUKUS )
SUMBER: RAHEL, I LOVE CAKE

BAHAN:

4 biji telur B
220g gula kastor
1 sk ovallete
2 sk baking powder } ayak
260g tepung gandum } bersama
200ml santan ( aku gunakan susu cair ja )
1 sk esen vanila
perwarna, ikut pilihan masing2
100g serbuk koko } untuk hiasan

CARA:
- Pukul telur, ovallete, gula hingga kembang selama 10 min
- Masukkan tepung gandum berselang seli dengan santan/susu cair. Gaul rata
- Masukkan esen vanila, gaul rata. Bahagi adunan 3 bahagian & warnakan
- Tuangkan 1 bahagian adunan ke dalam loyang, kemudian ayakkan serbuk koko di atasnya ( ayak rata ). Lakukan proses sama hingga selesai.
- Kukus kek selama 25-30 min atau sehingga masak dengan api sederhana kecil

- Selamat Mencuba -


Kek ni tidak kurang sedapnya dengan kek ombak rindu versi bakar..ianya lembut..bagi aku kedua2 versi kek ni sama2 sedap tapi aku sukakan versi yang bakar..


  Sweet kan color kek ni..


Haa, kalau ada yang berminat mau makan kek ni tapi tiada masa untuk membuatnya, silakan la order dengan kami..email atau telefon ja kami untuk tempahan. Kami memberikan harga yang berpatutan..terima kasih.

MUFIN KOPI

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat bertemu lagi kita pada hari ni setelah sehari tidak bersiaran..tidak terlambat juga untuk mengucapkan selamat bercuti kepada anak2 yang tengah cuti sekolah sekarang ni..best la kan sudah start cuti..teringat pula zaman bersekolah dolu2 tu..sememangnya cuti sekolah ni adalah saat yang sering dinantikan..macam2 aktiviti yang dirancang bersama kawan2 ataupun keluarga..apapun, semoga cuti sekolah ni diisi dengan aktiviti2 yang berfaedah..

MUFIN KOPI, HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ) SEBIJI
Pada malam ni aku ingin kongsikan pula entri mengenai mufin iaitu Mufin Kopi..Ni antara mufin yang aku selalu buat juga..memang sedap mufin ni..bahagian atas nampak agak keras tapi sebenarnya isi dalam mufin ni lembut ja..mengikut resepi asal perlu taburkan bahagian atas tu dengan coklat susu yang dipotong dadu tapi aku tiada stok coklat susu maka aku hanya taburkan dengan coklat cip..okey la kan..tetap coklat juga..hehe..di sini aku sertakan resepi mufin ni sekali..so, check it out..

RESEPI: MUFIN KOPI

BAHAN:
2 sb serbuk kopi segera ( nescafe pun boleh )
70ml susu segar/susu cair
50g butter
50g gula halus
1 biji telur
150g tepung gandum
1 1/2 sk baking powder
65g milk chocolate

CARA MEMBUATNYA:
- Potong milk chocolate kecil2. Ayak tepung gandum & baking powder
- Campur instant coffee dengan susu segar ( coffee milk )
- Pukul butter. Kemudian masuk gula, pukul hingga putih
- Masukkan telur. Pukul lagi
- Masuk tepung selang seli dengan coffee milk
- Masuk coklat yang dipotong, kemudian kacau
- Sudukan adunan dalam acuan mufin
- Bakar selama 25 min, 180 darjah celcius

- Selamat Mencuba -


Mufin yang aku buat ni ada dalam 2 saiz iaitu medium dan juga small..macam biasa mufin ni aku buat untuk jualan..ada jualan untuk tamu dan hantar ke restoran yang biasa menempah kuih-muih, mufin dan kek kami. So, jika anda juga berminat untuk menempah..silakan email saja kami atau terus telefon talian yang tertera di atas tu.tq..

KEK COKLAT BUNGA LARA

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..

Good morning semuanya..syukur kita bersua kembali pada pagi jumaat yang indah ni..okey la terus ja bercerita tentang entri yang aku siarkan pada pagi ni iaitu Kek Coklat Bunga Lara..ceritanya macam ni, baru-baru ni aku kepingin sangat mau makan kek coklat..so, pikir-pikir mau buat kek coklat yang mana satu..lepas selak-selak buku resepi terus aku terpandang resepi kek coklat bunga lara yang aku salin dari blog Anna Qawina..memandangkan semua bahan untuk kek ni memang ada di dapur, aku tidak tunggu lama..terus mengodek di dapur..oleh kerana tekak ja rasa kepingin makan, maka aku hanya buat dalam suku adunan dari kek..hehe, asal2 tercapai hajat makan kek coklat ni sudah kira okey la bagi aku..

KEK COKLAT BUNGA LARA, RM 15 ( 500gm )
Memang betul seperti apa yang dikatakan oleh Anna Qawina dan Bunga Lara ( tuan punya resepi asal ), kek ni betul2 sedap..bagi aku sendiri, kek ni mempunyai kelainan dari kek coklat yang pernah aku buat sebelum ni..dimana kek ni sangat2 lembab kerana limpahan  topping coklatnya yang sedap..nyaman ja rasa tekak dapat makan kek ni..lepas ja siap buat kek ni aku sempat lagi sejukkan dalam peti ais..setelah sejuk baru aku makan..ui, bukan main laju lagi aku menyuap kek ni ke mulut..siap berebut lagi dengan kakak aku dan 2 orang anak buah aku, Putri dan Waie..dorang pun sangat sukakan rasa kek coklat ni..thanx pada Bunga Lara dan Anna Qawina yang sudi share resepi kek yang tersangat sedap ni..so, izinkan aku untuk kongsikan pula resepi kek coklat ni di sini ya..jom, kita lihat resepinya..

RESEPI : KEK COKLAT BUNGA LARA
SUMBER : BUNGA LARA ( FB )
DICUBA OLEH : ANNA QAWINA & SWEET RED CHERRY

BAHAN: 
4 biji telur gred A
1 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 1/4 tepung gandum *
1 cwn koko *
1 sk soda bikarbonat *
1 sk baking powder *
* bhn2 trsbt perlu diayak terlebih dahulu

CARA:
- Pukuk telur dan gula sehingga kembang. Guna whisk pun boleh.
- Masuk susu pekat, minyak dan susu cair.
- Masuk bahan yang di ayak tadi.
- Tuang dalam loyang/bekas yang hendak dikukus
- Kukus selama 1 jam 30 min.
* Perlu diingatkan jika bekas kecil, kukus dalam 15 min- 30 min. Tapi jika guna bekas yg.besar, kukus 1 jam 30 min. Pastikan jangan bukak2 penutup ketika sedang masak.

TOPPING:
200g coklat masakan/ coklat compound
3 sb susu pekat ( resepi asal 5 sb )
3 sb minyak masak
1 1/2 tin susu cair

CARA:
- Campur semua bahan topping & masak dalam periuk non stick lebih bagus nanti dia tidak melekat dan tidak hangus. Pekat dan cair topping bergantung kepada susu pekat. Kalau rasa nak manis sikit tambah lagi. Kalau rasa nak pekat sikit, kurangkan susu cair. Jangan lupa toppingdah sejuk ia akan pekat sikit.

NOTE BUNGA LARA:
* Harap maklum: Kebanyakkan orang buat topping menggunakan kaedah double boiler tapi saya tidak. Ini krn. saya menggunakan periuk non stick n slow fire. So ia tidak melekat. Tapi make sure jgn. tinggalkan krn. ia boleh berkerak di atas. Untuk memudahkan tiada kerak tsb., pastikan sentiasa kacau hingga sejuk.

** Semasa kek ini baru diangkat PASTIKAN TOPPINGNYA JUGA BRU TUTUP API DAN CURAHKAN TOPPINGNYA YG MASIH PANAS ITU KE DLM KEK TERSEBUT. LAKUKAN DUA TIGA KALI LEBIH KURANG. BIAR TOPPING ITU SERAP KE DALAM DAN LAKUKAN SEKALI LAGI..TP, JGN BYK SGT NNTI KEK AKAN MENDAP. SELAMAT MENCUBA

**NOTE ANNA: Biarkan kek suam2 dulu baru tuang topping, sebab nanti kek tak basah sangat kat dalam kerana kek yang baru masak akan ada rongga2, so topping tu akan cepat resap sangat, kita takleh makan yg gitu, hehe..nak yang sedang2 ajer..Anna buat 2 kali siram je.. 

** Note Sweet Red Cherry: untuk topping tu, aku guna kaedah double boiler ja sebab tiada non stick pan dan cara mencurah topping kek pula , aku menggunakan kaedah Anna..


Yang ni aku hanya sempat tabur dengan coklat rice ja di atasnya sebab mau cepat2 simpan dalam peti sejuk.( nda sabar suda mau makan ni kek..hihi )..okey la jika ada yang ingin menempah kek coklat ni, email atau terus kol untuk lebih lanjut lagi..tq.

KEK SPAN PANDAN

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Hari ni aku agak lapang sedikit..tidak banyak yang aku kerjakan hari ni..so, boleh la aku mengupdate blog awal dari kebiasaannya..sambil tengok tv sambil tangan tu menaip entri..hehe..okey la, untuk pagi ni aku mau kongsikan entri kek yang baru aku buat minggu lepas iaitu Kek Span Pandan..rasanya semua pun sudah tau kan..seperti namanya, kek ni sememangnya sangat lembut seperti span..ianya berperisa pandan dan aku memang gemar dengan rasa pandan ni..ketika bakar dalam oven, aroma wangi pandan tu keluar memenuhi ruang..em, makan kek ni sambil minum panas memang ngam sekali..

KEK SPAN PANDAN, RM 20 ( SEBIJI )
Bagi yang ingin mencuba kek ni, di sini aku ada sertakan sekali resepi kek ni..sila semak resepi di bawah.

RESEPI: KEK SPAN PANDAN

BAHAN:
150 g tepung superfine
150 g gula kastor
5 biji telur gred A
15 ml ovallete
80 ml air daun pandan ( aku buat 1sk pandan emulco + 80 ml air dibancuh )
80 ml minyak / mentega cair
5 ml/1 sk pes pandan
1 sk baking powder
sedikit pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan gula kastor, ovallete, tepung superfine, baking powder dan telur dalam mangkuk. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 min dengan kelajuan maksimum.
- Perlahankan kelajuan, masuk pes pandan, air pandan dan pewarna. Pukul dengan laju selama 1 min.
- Tuang minyak dan gaul sebati dengan senduk.
- Gris loyang dengan minyak dan lapiskan loyang dengan kertas minyak.
- Bakar 45 min, 150 - 180 darjah celcius.. 

-Selamat mencuba-
 


Bagi yang berminat untuk menempah produk kuih-muih, kek, cupcakes mufin dan sebagainya, sila email kami atau terus telefon kami ke talian yang tertera di atas untuk maklumat lebih lanjut. Terim kasih.

KUIH-MUIH YANG DITEMPAH SEMPENA SAMBUTAN 1 MILLION PURPLE WALK

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan buat semua yang mengunjungi blog SRC ni..terima kasih banyak-banyak kerana sudi bertandang..

Kali ni aku ingin menyiarkan pula kuih-muih yang ditempah sempena sambutan ' 1 Million Purple Walk '..pada hari sabtu yang lalu iaitu 17 Mac 2013 bagi peringkat Daerah Sipitang, dimana sambutan ini turut diadakan serentak di seluruh negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Kuala Lumpur. Ia adalah merupakan acara jalan kaki yang dijalankan serentak seluruh negara dan program ini disambut sempena majlis sambutan hari wanita antarabangsa..Kerajaan juga telah mengiktiraf wanita sebagai golongan yanga amat penting dan berperanan amat besar dalam usaha membangunkan negara..wah, berbangga la kita sebagai wanita kan..

Okeylah, kuih-muih yang di order ni adalah sebahagian dari kuih-muih yang akan diberikan kepada orang ramai yang terlibat dalam program ini..antara yang ditempah adalah kelupis inti sambal udang, apam gula hangus dan mufin vanila coklat rice..sebanyak 600 biji kuih yang ditempah..alhamdulillah rezeki..jom la kita lihat gambar..

APAM GULA HANGUS, RM 0.35 SEBIJI

KELUPIS, RM 0.40 SEBIJI

MUFIN VANILA COKLAT RICE, RM 0.50 ( SMALL )

Ni antara kuih yang telah siap di pek di dalam plastik..


Ribuan terima kasih kerana menempah produk kuih-muih kami..lepas ni jangan serik ya..okey la, setakat ini saja mengenai entri tempahan ni..kita jumpa di entri yang akan datang pula..bye..

MUFIN VANILA MARBLE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, besua kembali lagi pada malam ni..aku baru ja lepas merayau-rayau pegi tengok blog orang lain..best dapat jamu mata..hehe..niat dihati tu sebenarnya  mencari resepi kek keladi/yam kek..tapi, rata2nya adalah kek keladi yang berlapis dengan kastad keladi walhal aku maukan resepi kek yam yang berkrim..last2 aku dapat juga la resepinya..satu dari Sky blue kitchen dan yang satu ni betul2 menarik minat aku iaitu blog mybakingworkshop.blogspot.com..kerana banyak juga info yang beliau kongsikan tentang kek ni di dalam blognya..yang aku kagum tu adalah hasil kek2 yang telah beliau buat dan kongsikan tu sangat cantik ja kejadiannya walaupun beliau tiada ikut kursus baking..salute sangat..

Baiklah untuk malam ni, aku ingin siarkan mengenai mufin yang aku buat iaitu Mufin Vanila Marble..hasil mufin ni lembut ja jadinya..aku bubuh esen vanila untuk bahagian yang bewarna putih manakala yang bewarna coklat tu aku bubuh coklat emulco..

MUFIN VANILA MARBLE, RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ) EACH
 So, mufin yang aku aku buat ni ada dalam 2 saiz iaitu medium dan small..


Jika ada yang berminat untuk menempah mufin ataupun produk kuih-muih kami yang lainnya..silakan email atau telefon no talian kami yang tertera di atas ni..terima kasih.

KATERING UNTUK PELADANG

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Sekarang ni masa untuk rileks2 depan laptop sambil update entri baru masuk dalam blog..yalah, kalau tidak update maka bertambah lagi la entri yang tunggu turn untuk disiarkan. Okeylah, entri pada petang ini adalah tempahan katering dari Peladang lagi..dorang ni memang aktif tempah katering dengan kami..dalam sebulan tu mau juga beberapa kali..kami dengan senang hati menerimanya..alhamdulillah ini la dinamakan rezeki..

Katering kali ni diadakan adalah untuk majlis jamuan untuk bos Pej.Peladang cawangan Sipitang iaitu En. Ali Hasan kerana beliau akan berangkat mengerjakan umrah..majlis diadakan di Pejabat Peladang pada 15 Mac 2013 yang lalu..Banyak juga menu yang kami sediakan.Antara menu yang diminta adalah  Mi goreng, Mihun goreng, Nasi putih, Kari ayam, Ikan masak merah, telur masin, acar nenas, kelupis, kek coklat, kek lapis biskut marie, Puding pelangi, 2 jenis minuman panas iaitu kopi dan teh dan air mineral. 

Jom kita lihat gambar2nya..

Kebanyakkan menu yang direquest ni adalah menu yang sering mereka order..memang menu favourite dorang la ni..
MI GORENG

KARI AYAM

MIHUN GORENG
ACAR NENAS

IKAN MASAK MERAH

TELUR MASIN

KELUPIS
KEK COKLAT

KEK LAPIS BISKUT MARIE

PUDING PELANGI

KOPI & TEH
So, ni la dia gambar2 menu pada jamuan tersebut..ucapan terima kasih banyak2 pada Peladang kerana terus kekal setia menjadi pelanggan kami..kami akan terus memberikan yang terbaik untuk semua pelanggan kami dan harap berpuas hati la hendaknya..baiklah, terima kasih kerana membaca entri ku ini sehingga ke akhirnya..kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..bye.

KEK LAPIS BISKUT MARIE PELANGI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Hai, semuanya..entri yang seterusnya pada hari ini adalah Kek Lapis Biskut Marie Pelangi..kek lapis biskut marie ni lain sikit dari yang aku pernah siarkan sebelum ni kerana ia adalah resepi yang sedikit berbeza dari segi rasa dan warna dan resepi untuk kek ni baru pertama kali aku mencuba dan menyiarkannya..kalau anda masih ingat sebelum ni aku pernah kongsikan gambar dan resepi kek lapis kukus biskut marie berperisa pandan..

KEK LAPIS BISKUT MARIE PELANGI, HARGA RM 35 ( SEBIJI )
Kek lapis biskut marie pelangi ni berperisa vanila dan bewarna pelangi..aku letakkan biskut marie berperisa coklat di setiap lapisan..boleh juga letak biskut marie beperisa asli, kopi atau cappucino..terpulang pada masing2..

Aku suka sangat dengan kek yang pelbagai warna ni..colorful dan ceria..

Sedap kek lapis..anda patut cuba..kalau teringin makan, order ja dengan kami..sila email atau kol ke talian kami untuk lebih lanjut. tq.

MUFIN COFFEE BADAM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Salam manis dan selamat petang diucapkan pada semua yang mengunjungi blog Sweet Red Cherry..tanpa membuang masa, di sini aku ingin siarkan entri mengenai mufin yang telah aku buat pada minggu yang lalu iaitu Mufin Coffee Badam..mufin ni lembut ja kejadiannya dan sangat wangi aroma kopi..aku juga ada taruh sedikit coklat masakan yang telah dicairkan dalam adunan mufin ni menjadikan rasanya sangat sedap ditambah lagi dengan badam cincang yang ditabur atas mufin ni..terasa la juga rangup2 badam tu kan..

MUFIN COFFEE BADAM, RM 0.80 ( MEDIUM ) SEBIJI, RM 0.50 ( SMALL ) SEBIJI

 Yang ni aku buat untuk jualan..

Jika ada yang ingin menempah mufin ni ataupun produk kami yang lainnya, sila email atau terus telefon ke talian kami yang tertera di atas..diskaun diberikan jika kuantiti tempahan banyak..terima kasih.

Lagi, tempahan kuih-muih

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, selamat petang diucapkan pada semua pengunjung2 blog SRC..kita bersua lagi pada hujung minggu yang indah ni..minta maaf la kerana tidak update blog beberapa hari ni kerana sangat-sangat sibuk dengan tempahan..syukur alhamdulillah kerana rezeki agak murah kebelakangan ni..entri yang aku siarkan pada petang ni juga adalah tempahan kuih-muih minum petang untuk Mesyuarat Wanita Cawangan Sipitang pada 13/03/2013..em, cantik kan tarikhnya..

Baiklah antara kuih yang ditempah adalah Kek Mentega Belang, Apam Isabella dan juga Cucur udang serta 2 jenis minuman panas iaitu kopi dan teh..jom kita lihat gambar pula..

KEK MENTEGA BELANG

APAM ISABELLA

CUCUR UDANG

KOPI & TEH
Ini lah menu tempahan kuih yang sangat simple..apapun, terima kasih banyak2 kerana menempah dengan kami ya..okey la, kita jumpa di entri yang lain pula..bye.