KEK SPAN COKLAT LAPIS ALA APPOLO

ASSALAMUALAIKUM W.BT..

Salam manis dan selamat petang semuanya..syukur la akhirnya siap juga 4 jenis kek aku buat hari ni..bisuk mau buat mufin, cupcakes dan donut pula..ni adalah sebagai persediaan untuk jualan sempena Karnival Syiok Bah Komuniti 1 Malaysia pada hari sabtu dan ahad minggu ni..macam biasa, kami jarang ketinggalan menyertai jualan sempena pesta semacam ni..maklumlah, time begini la dapat meningkatkan pendapatan..di samping mempromosikan produk kuih-muih kami yang lainnya..

KEK SPAN COKLAT LAPIS ALA APPOLO, RM 25 ( SEBIJI )
 Baiklah, untuk entri yang seterusnya pada petang hari ini adalah Kek Span Coklat Lapis Ala Appolo..keknnya adalah kek span coklat yang biasa cuma aku belah kek kepada 2 bahagian kemudian aku sapukan coklat putih yang telah dicairkan terlebih dahulu kemudian di campur dengan strawberi paste sebagai flavour dan sedikit color pink untuk mencantikkan lagi warna coklat putih tersebut..coklat putih ni sebagai jem la..so, apabila kek ni ditangkupkan dan dipotong kecil-kecil jadi la macam kuih appolo tu kan..hehe..


 Ini rupa kek yang belum lagi di potong kecil-kecil..


Kek ni memang sangat lembut..yalah, nama pun kek span kan..apapun, kek ni memang sedap..peminat setia kek ni 2 orang anak-anak buah aku tu..dorang suka makan kek yang ada inti jem ataupun berkrim..memang yummy..

Untuk tempahan, terus kol ke talian kami yang tertera di atas ataupun email ja okey..

RESEPI KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE

Hai, kita bertemu lagi pada petang ni nampaknya..sebenarnya aku agak sibuk juga hari ni buat kek..tadi buka blog nampak pulak comment dari sorang blogger, Kak Norlie Harumaini yang request resepi kek lapis kukus bisku marie ni..so, untuk tidak menghampakan Kak Norlie..di sini aku kongsikan resepi kek ni dengan beliau dan pengunjung-pengunjung blog Sweet Red Cherry..

Jom kita semak resepi di bawah..

NAMA RESEPI: KEK LAPIS KUKUS BISKUT MARIE
SUMBER          : SAJIAN SELERA MAJALAH MINGGUAN WANITA

Bahan A:
4 biji telur
175 g gula kastor
1/2 sk esen vanila
2 sk ovalette

Bahan B:
100 ml susu ideal/susu cair
1/2 sk garam
1 sk pandan emulco

Bahan C:
150 g tepung gandum

Bahan D:
Biskut marie perisa coklat/kopi/cappucino

Cara Menyediakannya:
- Satukan bahan ( A ) dan pukul hingga gebu selama 10 minit.
- Masukkan bahab ( B ) sedikit demi sedikit diikuti dengan ( C ), kacau hingga sebati.
- Bahagi kepada 5 bahagian, susunkan biskut marie pada setiap lapisan.
- Kukus selapis demi selapis hingga selesai.

*Nota: Aku kukus setiap lapisan 5-7 min..lapisan terakhir kukus selama 10-15 min..


Kek ni memang sedap..setelah kek dipotong pun..biskut marie dalam kek ni masih lagi ranggup..so, sapa yang suka dan ingin mencuba kek ni sila kan..yang aku buat ni lapisan biskut agak banyak so, ia kelihatan padat..

 
So, selamat mencuba ya..bye..

KEK COKLAT RICE BERLAPIS

SALAM SEJAHTERA..

Aku baru ja lepas makan ni..alhamdulillah kenyang..mana tidaknya..2x aku tambah nasi..haha..walaupun malam ni makan lauk yang simple ja..ikan goreng dan ikan masin berulamkan timun dan lobak putih cicah dengan belacan..fuh, memang makan pun sedap sangat la kan..boring betul makan ayam ja beberapa minggu ni kerana fenomena 'laut merah' di sini..so, tidak boleh makan ikan yang kecil, udang, sotong dan segala jenis kerang-kerangan..takut la keracunan nanti..lagipun akibatnya boleh menyebabkan kematian juga..ei, ngeri la..Okey la, daripada aku terus melalut cerita pasal makan..kita terus kepada entri yang aku siarkan untuk kali ni iaitu Kek Coklat Rice Berlapis..

KEK COKLAT RICE BERLAPIS, HARGA RM 30
Kek yang aku buat ni harus di masak di dalam loyang yang berasingan..tapi, aku pula terpaksa masak satu persatu kerana loyang hanya satu..hehe.ambik masa yang lama sikit la dari yang sepatutnya.so, moralnya..beli la lagi loyang kan.. haha..mempunyai dua perisa iaitu yang putih tu perisa vania dan yang satu perisa coklat dan kedua-duanya dibubuh dengan coklat rice..setelah kek masak dan sejuk, aku sapukan dengan jem blueberi di tengahnya kemudian tangkupkan kedua-duanya..so, kek ni akan melekat..kejadiannya seperti gambar dibawah ni..


 Yang ni gambar kek yang sudah ditangkup dan belum dipotong..

Kalau ikutkan mengikut resepi asal, di tepi kek tu perlu sapu dengan buttercream kemudian tabur dengan coklat rice..tapi, aku tidak buat..ikut suka masing-masing.kek ni memang sedap dan lembut..resepi ni aku dapat dari majalah resepi koleksi mama aku dulu-dulu..beliau rajin kumpul majalah resepi..banyak betul koleksi beliau..penuh 1 almari..banyak juga la manfaatnya untuk aku kerana banyak bahan rujukan tentang masakan dan pelbagai jenis kuih dan kek lainnya.













So, kalau mau order tu sila la email atau telefon no kami yang tertera di atas ini ya..terima kasih.

TEMPAHAN KEK BIRTHDAY

Hallu...assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Selamat malam diucapkan pada semua pengunjung blog SRC..terima kasih kerana sudi mengunjungi blog kami ni..setelah sehari tidak bersiaran..maka hari ini aku mau menyiarkan entri terbaru iaitu tempahan kek birthday..tapi tempahan ni tidak la baru sangat pun..sudah berlalu beberapa minggu yang lalu tapi aku ja baru berkesempatan untuk menyiarkan entri ini..

Baiklah..tempahan ini kami terima dari seorang pakcik di mana sebelum ini beliau juga pernah menempah kek dengan kami..kali ni beliau menempah untuk hari ulangtahun 'babyboy'nya yang pertama yang baru masuk 1  tahun pada 17 Februari baru-baru ni iaitu MOHD. IMAN HIRFAN..Pakcik order Kek Coklat Fresh Cream + Choc.Fudge Buttercream seberat 2kg..Kami ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada pakcik kerana telah menempah dengan kami..harap tempah la lagi akan datang..hehe..dan untuk baby Iman..Happy Belated Birthday,1st year..

Mari la kita lihat gambar kek..

KEK COKLAT FRESH CREAM + CHOC.FUDGE BUTTERCREAM, RM 84 ( 2 KG )
 Syukur alhamdulillah pakcik amat sukakan kek ni dan beliau juga sukakan rasa kek ini..kek adalah kek span coklat yang disapukan dengan fresh cream coklat dan piping dengan choc.fudge buttercream..fuh, memang mantap la..



So, jika anda berminat ingin menempah sebarang jenis kek mahupun produk kuih-muih kami, jangan malu dan segan..terus ja telefon kami atau hantar ja email anda kepada kami.Harga kami adalah berpatutan Terima kasih..

TEMPAHAN KATERING..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Salam manis dan salam ceria buat semua pengunjung blog Sweet Red Cherry..syukur alhamdulillah kerana kita dapat bersua pada hari ini..macam lama rasanya aku tidak update blog padahal baru 2 hari..rindu mau menulis..walaupun badan rasa penat sekarang ni tapi aku sedaya upaya untuk menyiarkan entri baru pada hari ni..

Entri yang aku siarkan pada hari ini adalah tempahan katering yang telah dibuat pada 16hb yang lalu sempena majlis penerimaan sumbangan Sentuhan Kasih dan BR1M 1.0 & 2.0 di Sipitang...tempahan yang kami terima pada saat-saat akhir kerana kami menerima panggilan telefon dari customer yang mahukan tempahan siap pada esok paginya..persiapan pun dibuat agak kelam-kabut sikit kerana kami perlu membeli bahan-bahan untuk katering pada malam itu juga..macamanapun, alhamdulillah la kerana semuanya berjalan dengan lancar juga..

Menu pun agak simple juga..kerana customer tu mahukan mi goreng ayam, ayam goreng,kuih-muih seperti kelupis, apam gula hangus, kek coklat dan kek blended oren serta 2 jenis minuaman panas iaitu kopi dan teh dan juga air mineral. Jom kita lihat gambar-gambar pula..

  Yang ni untuk VIP

KEK COKLAT
KEK BLENDED OREN

KELUPIS

APAM GULA HANGUS

So, ni la dia antara yang telah di tempah..jika anda juga mahukan khimat katering kami atau ingin tempah produk kuih-muih kami..sila email atau kol ke talian yang tertera di atas untuk maklumat lebih lanjut.harga adalah berpatutan. Terima kasih..

KEK & CUPPIES HANTARAN PERTUNANGAN

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya...

Sudah berhari-hari aku tidak meninggalkan sebarang entri baru dalam blog kesayanganku ini..rindu rasanya mau menulis dan menyiarkan entri..semenjak dua menjak kebelakangan ini aku tidak dapat lari dari kesibukkan..memang tidak boleh dielakkan..so,aku minta maaf la ya kerana baru hari ni aku update blog..

Baiklah, untuk pengetahuan semua entri yang aku kongsikan pada hari ni adalah kek dan cupcakes yang dibuat untuk hantaran pertunangan Ms. Adienia..majlis pertunangan ini telah diadakan pada cuti tahun baru cina yang lalu iaitu pada 12 Februari 2013 ( hari selasa )di rumahnya..majlis hanya dihadiri oleh sanak saudara ke dua-dua belah pihak keluarga..Di sini aku ( Bbwana ) ingin mengucapkan tahniah kepada Ms. Adienia yang telah kuanggap sebagai adik kerana telah melangkah maju setapak kehadapan dalam perhubungannya dan telah memegang title 'tunang org'..hehe..semoga kalian cepat kawin dan banyak bersabar dalam menempuh alam pertunangan yang penuh dengan dugaan ni..maklumlah, orang bilang korang tu darah manis sekarang ni..

Jom kita lihat gambar-gambar kek & cuppies yang dibuat sebagai hantaran dari Ms Adienia kepada 'si tunang'( Mr. Azmi ) tersayangnya..

SNOW CHEESE CAKE
Adienia mejadikan Snow Cheese Cake sebagai kek hantarannya kepada tunang tersayang kerana si tunang teramat suka makan kek ni..apalagi kalau Adienia yang buat..hihi..

CUPCAKES COKLAT MOIST WITH FRESH CREAM FROSTING
Cuppies ni pun hantaran juga..saiz small sebanyak 25 pcs

 Ini adalah hantaran dari pihak perempuan sebanyak 9 dulang yang berbalas 15 dulang..em, bukan main banyak lagi hantaran pihak lelaki kan..macam-macam ada..
Ms. Adienia bergambar dengan barang-barang hantaran dari pihak lelaki bersama dengan mama dan kakak tersayang..












Cincin pertunangan telah disarungkan oleh kakak kepada Mr. Fiance ( Azmi ) iaitu Kak Ana sebagai wakil  kerana mamanya yang tidak dapat hadir pada hari itu kerana kurang sihat. Okey la ya..setakat ini saja dulu..kita jumpa lagi nanti ya..-wasalam-

APAM AMBON

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat petang semuanya..tanpa cerita panjang lebar..aku ingin terus kepada entri yang aku ingin kongsikan pada semua iaitu Apam Ambon..ini kali kedua aku siarkan entri mengenai apam ini kalau tidak silap aku..tapi kali ni aku menggunakan resepi dari blogger lain pula.. sememangnya apam ni sangat lembut kerana ianya dikukus..dan mempunyai rasa yang berbeza di setiap warna dalam apam ni..ada 3 perisa yang terkandung dalam apam ni iaitu warna hijau-perisa pandan, warna merah-perisa strawberi dan warna putih-esen vanila..

APAM AMBON

 Untuk adunan ni hanya perlu tuangkan setiap warna secara selang-seli dan dimasak sekaligus yang dimasak secara kukus selama 20 minit  ataupun hingga masak..

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin menempah produk kuih-muih kami, sila email kami atau terus saja telefon ke talian kami yang tertera di atas ini ya..terima kasih..

TEMPAHAN KUIH-MUIH

SALAM SEJAHTERA SEMUANYA..

Hai, bersua lagi kita pada hari ahad ni..selamat cuti hujung minggu diucapkan pada semua..hari yang best untuk relax dan santai-santai di rumah. Semalam mau update blog tapi badan terasa penat betul..saat-saat akhir kami menerima tempahan katering untuk 50 orang pada pukul 8 malam semalam..macamana pun rezeki sudah datang..tidak kan mau tolak pula..so, kelam-kabut juga la kami beli barang-barang dikedai..nasib baik la sempat buat kerana katering tu pada jam 8pagi besoknya..tapi yang aku siarkan sekarang ni bukan tempahan katering hari ni tapi aku siarkan tempahan kuih-muih pada minggu lepas..antara kuih-muih yang ditempah tu adalah Apam Dot Com ( small ), Kuih Bakar Pandan, Kelupis dan Sari ayu..

Jom kita lihat gambar-gambar kuih tersebut..


APAM DOT COM

SARI AYU
Apam dot com yang berwarna-warni dan mempunyai 2 jenis filling di dalamnya iaitu filling bluberi dan oren..

KELUPIS

KUIH BAKAR PANDAN























 So, ni la antara kuih-muih yang telah ditempah..baiklah kita jumpa pula di entri yang lain pula ya.babai..

KEK BATIK ARORA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hai, selamat malam semuanya..alhamdulillah kita bertemu kembali pada hari ini..sebelum aku menyiarkan entri yang terbaru..aku mohon maaf banyak2 kerana hampir seminggu juga aku tidak ada menyiarkan sebarang entri..sepanjang minggu yang lalu tu aku terlalu sibuk..banyak urusan yang perlu diselesaikan sehingga aku tidak larat untuk update blog kerana penat..

Untuk hari ini..aku publish entri tentang kek lagi..kek ni pernah juga aku siarkan sebelum ni..iaitu Kek Batik Arora..kek yang sangat berwarna-warni dan juga mempunyai pelbagai perisa di setiap warnanya..untuk warna coklat-coklat emulco + koko, oren-oren paste + color oren, pink- strawberi paste + pink color,hijau- pandan paste + color hijau dan warba krim tu aku hanya taruh vanila esen ja..kek ni lembut juga..
Mari kita lihat gambar kek..

KEK BATIK ARORA



So, setakat ini saja dulu..kita jumpa lagi entri yang akan datang pula..jika ada sebarang pertanyaan atau tempahan, sila email atau telefon kami di talian yang tertera di atas ini. Terima kasih..

TEMPAHAN KUIH BAKAR PANDAN

Hallo semuanya..assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Sekarang ni aku tengah berehat-rehat..macam biasalah, kalau ada masa yang terluang dan aku tidak penat..aku mesti update blog..masukkan entri yang baru..so, untuk kali ni pula aku mau siarkan entri mengenai tempahan kuih bakar pandan yang dibuat pada minggu yang lepas..seperti yang pernah aku bagitau dulu, resepi ni aku dapatkan dari blog Dari Dapur Ct..sejak pertama kali aku buat kuih ni, alhamdulillah banyak juga yang puji kuih ni sangat sedap..so, aku mau berterima kasih banyak-banyak pada Kak SitiDelima kerana telah berkongsi resepi yang sedap dan mudah ni..bagi aku kuih bakar pandan ni memang rasanya perfect sekali..cukup dengan rasa lemak manisnya..kuih sebegini kalau tawar, nda la sedap bah kan..

Jom kita lihat gambar kuih..

KUIH BAKAR PANDAN



Kuih yang telah siap dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan..

Sekiranya anda berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada kami..hanya hantar email atau telefon terus saja untuk maklumat yang lebih lanjut..harga adalah berpatutan..terima kasih.

TEMPAHAN KEK BIRTHDAY, RAINBOW KEK

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai, salam manis dan salam ceria diucapkan buat semua pengunjung blog SRC pada pagi jumaat yang indah ni..alhamdulillah kita bersua lagi pada hari ni..sebenarnya semalam aku mau update blog tapi line internet yang buat hal ni buat aku menyampah..em, so niat aku untuk update tu aku teruskan untuk pagi ni..syukur la line internet sudah okey..sebenarnya aku tengah buat kuih tempahan ni tapi sambil-sambil tu aku menyempat lagi mengupdate ni..hihi..

Baiklah, entri yang aku publish pada pagi ini adalah tempahan kek birthday dari seseorang yang baru dikenali..perkenalan melalui blog..minta maaf banyak-banyak kerana lupa tanya nama tapi orangnya sangat manis..kecil molek ja orangnya..beliau tempah Rainbow Kek dengan frosting cream cheese seberat 1kg untuk birthday iparnya..beliau mahu kek ni siap pada 1 Februari 2012..Mari kita lihat gambar-gambar kek tersebut..

RAINBOW CAKE WITH FROSTING CREAM CHEESE, HARGA RM 80 ( 1 KG )
Ini lah hasil kek yang telah siap..sebenarnya untuk membuat kek rainbow ni memerlukan kesabaran yang tinggi kerana buat kek ni banyak makan masa untuk menghasilkannya..semakin banyak bermain dengan  warna, semakin lama la penghasilannya..tapi bagi aku, ianya tiada masalah kerana aku memang suka buat kek dan inilah kepuasan aku sebenarnya..

Aku harap orang yang order kek ni puas hati dengan hasil kek ni. Aku minta maaf jika ada sebarang kekurangan..
Ni rupa kek yang belum siap di 'make up'..setiap layer aku pipingkan dengan fresh cream..kek yang penuh warna pelangi..



















Kek yang belum siap sepenuhnya..Actually, berat kek ni 1.4kg..tapi aku hanya charge harga untuk 1kg ja..
Di sini kami dari SRC, ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kerana mengorder kek dengan kami..so, lepas ni jangan serik order dengan kami lagi ya..Ucapan "Happy Belated Birthday to Nanat, sweet 28th"..
















Jika anda juga ingin tempah kek ni atau sebarang produk kuih-muih kami, sila email atau telefon talian kami yang tertera di atas. Terima kasih..

KEK BUAH-BUAHAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Salam sejahtera semuanya..pada petang hari ini aku mau kongsikan gambar kek yang telah aku buat untuk pengunjung blog Sweet red cherry ni..kek yang aku siarkan ni adalah Kek buah-buahan..kek ni merupakan salah satu favourite 'my dad' selain dari kek sarang semut..apa ja jenis kek buah memang my dad suka sangat makan..selalunya kek ni 'wajib' ada time hari raya..

KEK BUAH-BUAHAN
Kek yang penuh dengan rasa buah-buahan..pelbagai jenis buah-buahan/kismis kering dalam kek ni..so, 
memang sangat sedap kalau dapat makan kek ni..



Baiklah semua, ni saja dulu entri aku mengenai kek buah ni..kita jumpa di entri yang lain pula ya..bye..

KEK CHEESE BERSALJI AKA SNOW CHEESE CAKE

SALAM SEJAHTERA..

Hai, salam ceria salam manis diucapkan buat semua pengunjung blog SRC..untuk entri seterusnya ini aku ingin publishkan pula entri kek birthday my dad yang kami raikan secara simple saja pada 30hb Januari baru-baru ni..beliau menyambut ulangtahunnya yang ke-66th..sebenarnya plan sambutan ni 'my dad' langsung tidak tau..saja la kunun-kunun bagi kejutan untuk beliau..hihihi..Aku buatkan Kek Cheese Bersalji atau pun Snow Cheese Cake ni sebagai kek birthday beliau..lagipun kek ni adalah favourite kami semua..so, ngam betul la aku buat kek yang sangat sedap ni..kami sekeluarga menyambut birthday 'my dad' di rumah ja yang kami buat pada sebelah malam..hanya beli KFC sebagai hidangan menu makan..Untuk 'my dad',ucapan kami semoga beliau dipanjangkan umur..dijauhkan dari penyakit..sihat selalu, murah rezeki dan sentiasa dilindungi olehNYA.."Dad, we love u.."

Mari kita lihat gambar-gambar kek..

KEK CHEESE BERSALJI AKA SNOW CHEESE CAKE

Rasa sangat puas bila dapat makan kek yang sangat sedap ni..rasa cheese yang sangat mewah..bila makan terasa sangat nikmat ja..
Aku 3 layer untuk kek ni..so, bila makan tu terasa la triple cheese..



My dad kesayangan potong kek ditemani dengan anak-anak buah aku yang sangat teruja dengan kek ni..dorang pun sibuk juga mau ikut potong kek tu..tengokla dorang ni sampai ternganga mulut potong kek..haha..


Putri dan Waie yang mau sangat minta ambik gambar di samping kek..hem, ada-ada ja..hihi..


JIKA ANDA JUGA INGIN TEMPAH KEK CHEESE BERSALJI NI, JANGAN MALU-MALU..SILA EMAIL ATAU TELEFON KAMI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS INI UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT. HARGA ADALAH BERPATUTAN.TERIMA KASIH.