ORDER KELUPIS FROZEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersiaran pada petang hari ni..berehat sekejap lepas buat kuih..sambil tu menyempatkan update blog..hihi..

Okey la, aku ingin siarkan order kelupis frozen baru-baru ni dari Kak Sofia..beliau menempah sebanyak 400biji kelupis frozen dan kuah kacang untuk dibawa balik ke tawau..alhamdulillah jauh jalan kelupis ni..ni merupakan tempahan kali ke-3 beliau dengan kami..Terima kasih banyak ya Kak..senang beurusan dengan beliau ni..suka sangat..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kelupis kosong
Harga sebiji: Rm0.40
Minimum order: 100biji

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Pada yang berminat untuk menempah kelupis atau produk kami, sila hubungi talian ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq


Kek minyak lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yeah..siang tadi aku sempat menjalankan misi 'blogwalking'..tapi belum sempat habis kan sebab petang tadi aku menyambung projek 'meroti'..alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan buat aku tambah semangat belajar buat bun ni lagi..

Okeylah, malam ni aku siarkan tentang Kek minyak yang pernah jadi fenomena tidak lama dulu..masa tu sana sini sibuk tayang kek ni..tidak ketinggalan juga aku..heheh..sudah banyak kali juga aku sudah buat kek ni..sangat suka dengan hasil kek yang cantik dan teksturnya pula gebu..rasanya pun sedap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pertama kali nampak kek ni di blog kak lina@ teratak mutiara kasih..rakan blogger yang sering muncul di majalah dengan resepinya yang sedap dan lazat..sila jenguk blog akak senior aku ni di SINI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sangat senang buat kek ni..pernah aku kongsikan resepinya sebelum ni..anda boleh tengok resepi kek ni di SINI..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk kek ni aku buat 3 jenis perisa iaitu strawberi, oren dan pisang..bayangkan la betapa wanginya aroma semasa bakar kek ni..sedap, sungguh!! ^_^

Okey la, sampai sini saja entri pada malam ni..terima kasih kerana bertandang ke sini..selamat malam semuanya. Sekian, wasalam.


Cara buat 'stack cake'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam ceria semuanya..okey lah, hari ni aku mau tunjukkan bagaimana cara buat 'stack cake' macam yang aku buat baru-baru ni ( 2 stack cake: frozen theme )..kredit diberikan pada bzee cake kerana tunjukkan step by stepnya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Caranya:

1.First sekali perlu buat kek yang berlainan saiz..untuk kek paling bawah saiznya perlu lebih besar dari di atas..contohnya saiz kek 10 inci di bawah dan di atas pula 7inci..

2.Letak kek yang paling besar di bawah sekali, kemudian cucukkan straw besar ke dalam kek. Cucuk di bahagian tengah hingga masuk ke dalam.( sukat saiz straw terlebih dahulu, potong straw mengikut ketinggian kek, straw tenggelam sedikit lagi bagus). Tujuan masukkan straw tersebut adalah untuk menyokong berat kek yang di atas. ( sila rujuk gambar ) Memandangkan aku, buat kek span, straw besar sudah cukup untuk menyokong berat kek. Tapi jika anda buat kek yang berat, harus guna 'chopstick' supaya lebih kukuh. Jangan guna straw pula, karang ada kek yang runtuh..

3. Letakkan kek yang kedua di atas kek. Untuk lebih cantik saiz tapak kek yang ke-2 tu biarlah 'ngam-ngam' atau lebih kecil dari saiz kek. Aku pula guna saiz yang besar sikit sebab aku tiada stok tapak kek yang lebih kecil masa tu..huhu..

4. Untuk menutup tapak kek yang kelihatan tu, aku tutup dengan deko. Deko mengikut kreativiti masing-masing..

Hasilnya tadaaa..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah, customer sangat berpuas hati dengan hasil dan rasa kek yang aku buat..rasa berbaloi penat lelah buat kek ni bila dapat 'feedback' yang 
baik dari pelanggan..apapun, aku akan terus belajar untuk memperbaiki hasil baking dan deko aku..

Jika ada sebarang pertanyaan, boleh whatsApp aku di 012-8244251 ( bbwana) atau email: siti.salwana@yahoo.com.

Sekian, wasalam.

Fenomena fritters kentang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Maaf la ya, malam baru post entri baru dan hari ni aku tiada buat aktiviti blogwalking..siang tadi aku agak sibuk sedikit membuat kuih-muih jualan untuk hantar ke restoran biasa yang kami hantar dan aku sibuk dengan projek 'meroti' aku..insyaallah aku kongsikan entrinya nanti ya..tunggu tau!!!

Malam ni aku ingin kongsikan menu minum petang kami tadi  iaitu Fritters kentang yang semakin menjadi fenomena sekarang ni..sana-sini teman blogger tayang fritters kentang yang dikatakan ranggup dan sedap ni buat aku teruja ingin mencuba juga..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Fritters kentang ni dikenali juga sebagai jemput-jemput kentang..kalau disini dikenali juga sebagai 'laksamana mati dibunuh'..dasyat tau..huhu..aku tanya mama kenapa nama kuih ni dipanggil macam tu..mama cakap sebabnya kentang tu dipotong cincang-cincang..haha..nama ja ngeri tapi rasanya sangat sedap apalagi cicah sos cili..ranggup di luar, lembut didalam..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx pada penyumbang resepi asal..tapi untuk resepi ni aku intai dari  blog Kak Ina KL. Jom kita lihat resepinya..

RESEPI: FRITTERS KENTANG
SUMBER: KAK INA KL
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 biji kentang ( sagat halus )
4 sb tepung jagung
3 sb tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang / daun sup
Serbuk lada sulah
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

CARA:
  • Satukan kentang yang telah disagat, tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula. Gaul sebati.
  • Panaskan minyak masak, sudukan dan goreng agak leper, balik-balikkan,  tunggu sampai masak atau kekuningan.
  • Toskan dan sedia dihidangkan.
-Selamat mencuba-
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la, mata pun rasa macam dah malap macam lampu tidur..heheh..jumpa lagi di entri yang lain..terima kasih kerana membaca..dadaaa..

-Wasalam-

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni aku join GA teman blogger Jindrisska..di tag oleh blogger Farhana..tq dear..labiu!!..hihi..

Jom la join..banyak hadiah yang disediakan untuk dimenangi..mana tau bertuah pula kan..

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://jindrisska.blogspot.com/2014/09/paris-souvenirs-giveaway-by-me.html





Syarat2 penyertaan:

  • Follow blog JINDRISSKA ni. (Kalau dah follow, skip je syarat ni.)
  • Buat satu entry khas bertajuk "Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!" , letak banner, copy syarat2 penyertaan ni dan backlink ke blog JINDRISSKA.BLOGSPOT.COM.
  • Wajib tag sekurang-kurangnya 3 orang rakan blogger, dan inform diorang. (Kalau kawan tuh dah di-tagged, janganlah tag diorang lagi. Kesian diorang dapat notification banyak2. Heheheh.)
  • Lastly, letakkan link entry korang dalam ruangan komen kat blog JINDRISSKA ni. (Jangan letak tempat lain plak, hehehe)
  • Siap!
Aku tag:

BISKUT BANGKIT CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua..hari ni aku ingin kongsikan satu resepi biskut yang sedap iaitu Biskut bangkit cheese..memandangkan hari raya aidiladha tidak lama lagi ni, mana tau ada yang terpikir dan sedang mencari resepi biskut yang sedap untuk dihidangkan pada hari raya nanti..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat ni masa hari raya puasa yang lepas sebab rasa tertarik sangat dengan biskut ni sebab apa tau..sebabnya biskut ni ada cheese..hikhik.maklumlah pencinta cheese macam aku ni semua makanan yang ada cheese memang menarik minat aku..tekstur biskut memang sangat ranggup..harus try!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: BISKUT BANGKIT CHEESE
SUMBER:ALONGROZ
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250g mentega
180g gula icing
2 biji kuning
250g tepung ubi - disangai 10 minit
225 tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/4sk garam
70g parutan cheddar cheese
sedikit parutan keju-hiasan

CARA:
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur dan pukul sebati.
  • Masuk bahan-bahan kering.
  • Canai dan terap ikut acuan kesukaan masing-masing.
  • Taburkan parutan keju atas nya.
  • Susun dalam dulang pembakar yang di alas dengan baking paper.
  • Bakar 160'C selama 15 minit.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cepat ja habis biskut ni..suka sangat makan..insyaallah pada tahun depan aku akan buat 'open order' untuk biskut ni..sebab hari raya yang lepas ada permintaan terhadap biskut ni..apapun, terima kasih ya..

Okey, sampai sini saja entri pada hari ni..jumpa lagi ya..insyallah aku akan balas kunjungan ke blog kawan-kawan yang tinggalkan banyak komen di sini..labiu!!!

Selamat berhujung minggu..sekian, wasalam.

ORDER BIRTHDAY 2 STACK CAKE: FROZEN THEME

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..

Hari ni aku mau siarkan entri kek birthday yang ditempah pada minggu lepas oleh Pn. Jue sempena ulangtahun anak kesayangannya Einn Uzma Dharwisha yang ke-4 tahun..selepas berbincang akhirnya Pn Jue memutuskan untuk menempah kek 2 tingkat yang bertemakan frozen..color pink dan biru. Keknya pula adalah kek coklat blueberi fresh cream..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

2 STACK CAKE: FROZEN THEME
JENIS KEK: KEK SPAN COKLAT
FILLING: BLUEBERI FILLING
LAYER & DEKO: FRESH CREAM
HIASAN: EDIBLE IMAGE
HARGA: RM 100++ ( harga bergantung dengan deko )

Agak mencabar juga buat kek ni sebenarnya..rasa terketar-ketar tangan mendeko sebab menggunakan fresh cream untuk keseluruhan kek..untuk pengetahuan, fresh cream ni agak sensitif dan akan cepat cair jadi kalau lambat deko..lama juga aku pikir macamana deko yang sesuai dan setelah menggoogle, akhirnya aku dapat idea dan hasilnya seperti dalam gambar..alhamdulillah aku dapat buat dan menyiapkan kek ini dengan jayanya..Fuh, memang tersangat lah leganya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang paling aku happy tu bila dapat 'feedback' dari Pn. Jue yang menyatakan puas hati dengan kek dan  mengatakan ianya sedap..alhamdulillah, rasa terharu dan gembira bila customer suka dengan hasil kerja kita ni kan..buat aku tambah semangat tau..dari jauh tau Pn. Jue ni..beliau tinggal di Kuala Lawas..

Apapun, terima kasih banyak ya pn.jue kerana menempah dan mempercayai kami..dan terima kasih atas kesudian untuk berkongsi gambar birthday tersebut..tq tq tq..heheh..^_^


Comel kan birthday girl tu..dengan penampilan ala-ala Princess Anna..so, cute!!!! Mesti suka dan teruja Einn pada hari lahirnya..


" Happy birthday to Einn Uzma Dharwisha, moga menjadi anak yang pintar dan solehah, amin "

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tengok la kotak yang aku modified..hihik..menjadi kan..kredit diberikan kepada blog Badariah Delight..insyaallah aku akan kongsikan cara buat kotak kek bertingkat ni ya dan cara buat 'stack cake'..tungguuuuu!!!! ^_^
 
Okey la, sampai sini saja entri aku pada hari ni..lepas ni aku kena buat kek birthday untuk anak buah aku Waie untuk dibawa ke sekolah tadika esok sempena sambutan ulangtahun pelajar yang lahir dari bulan jan-september..babai..

Berminat untuk menempah? sila hubungi talian tertera, 012-8244251 ( bbwana ). call/whatsapp/sms. Tq


GIVEAWAY FLORAL SKIRT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

GA ni sangat senang saja syarat-syaratnya..menarik tau..2 orang pemenang bertuah dicari..jom ramai-ramai join..mungkin ianya rezeki anda kan..

' senyumlah, hidup ini indah '

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/09/giveaway-floral-skirt.html

Segmen Blogwalking bersama Bazlia Amoza

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom meriahkan segmen blogwalking blogger Bazlia..beliau nak bagi special gift yang bernilai RM50 kepada blog yang berjaya menarik perhatiannya..mana tau anda yang bertuah itu!!! Dari 22-30 september 2014..

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://www.bazliaamoza.com/2014/09/segmen-blogwalking-bersama-bazlia-amoza.html


MOIST WALNUT CARROT CAKE UNTUK MAMA..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri hari ni adalah tentang kek yang aku buat khas untuk mama tersayang sempena birthdaynya yang telah berlalu awal bulan ni iaitu Moist walnut carrot cake..memandangkan mama kurang suka makan kek yang berunsurkan coklat, maka aku pilih untuk buat kek ini..lagipun, aku yang sebenarnya sudah lama mengidam makan kek ni..heheh..aci tak? ;-p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

MOIST WALNUT CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
HARGA: RM60
BERAT:1.2 KG
HIASAN: KEPINGAN BADAM & HAWAIIAN COCONUT

Kek ni sangat sedap tau..kalau nda percaya kenalah rasa..bila makan tu terasa cream cheese dan keranggupan walnut di dalamnya..aku tidak bubuh nenes, kismis atau serbuk kayu manis..sebabnya aku kurang suka..lain orang lain taste kan..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni memang sedap sangat tau..sekali lagi menggunakan resepi yang sama dari blog mamasya dan kak zu..memang aku suka sangat kek ni..kalau nak resepi, boleh tengok di entri aku yang lepas di SINI.


Ni gambar mama dan nenek..

 " Semoga mama diberikan kesihatan yang baik dan dilanjutkan lagi usia dan semoga mama terus dikurniakan rezeki yang murah, amin " Kami sayang mama !!!!


Kami hanya buat sambutan yang simple saja, macam biasa buat dirumah dan hanya kami-kami saja yang sambut..sebenarnya mama tidak harapkan pun ada sambutan ni..tapi, aku yang beria mau buat kek..my sis Liza sponsor ayam panggang dan sayur campur chap choy..hikhik..okey la kan.. yang penting mama gembira..paling happy cucu-cucunya la yang beria potong kek..putri dan waie..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hiasan kek ni aku ambik idea dari blog Rahel..suka tengok dekonya..hikhik..tq rahel..labiu ; )

Berminat untuk menempah kek ni? jangan malu untuk menghubungi kami di talian 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

First Giveaway : Giveaway Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom kita ramai-ramai join GA yang tersangatlah simple ni..berlangsung selama 4 hari ja..23-26 september ni..

http://twosevenzerosixzeronine.blogspot.com/2014/09/first-giveaway-giveaway-contest.html

Hadiahnya comel dan menarik tau..di bawah ni adalah hadiahnya:

 

POPIA SAYUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang ni aku mau kongsikan entri Popia sayur yang aku buat kelmarin..menu yang sangat sedap buat dimakan ketika minum petang..makan panas-panas memang cepat ja habis kan..ranggup pula tu..krup krap krup krap masa mengunyah..heheh..makan popia sambil minum kopi o atau teh panas memang sesuai kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat ni pun sebab teringin sangat mau makan popia sayur ni..di sini agak susah sedikit untuk mendapatkan popia sayur ni..rata-rata penjual hanya menjual popia kentang..mama pun selalu buat popia kentang..jadi, beralih anginla pula mau makan popia sayur..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku kongsikan resepinya di sini dengan kawan-kawan semua..Mana la tau ada yang terliur dan mau buat sendiri pula kan..resepi yang sangat simple..jom semak!!

RESEPI: POPIA SAYUR
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN : ( INTI )
Sayur kubis - dimayang
Mix vegetable
Bawang besar -dihiris nipis
Bawang merah }ditumbuk
Bawang putih }
Udang / ayam - dipotong dadu kecil
Garam
Maggi cukup rasa
Sedikit gula

  • Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk hingga wangi. 
  • Masukkan bawang besar, udang dan mix vegetables.
  • Masukkan maggi cukup rasa, garam dan gula.
  • Matikan api dan sejukkan.

Kulit popia
Minyak untuk menggoreng

  • Letak inti ditengah kulit popia, lipat dan gulungkan kemudian lekat hujungnya dengan air.
  •  Panaskan minyak dan goreng popia hingga keperangan.
  • Sedia dihidangkan.
-Selamat mencuba-


Aku makan cicah dengan sos cili ja..simple kan..^_^


Layan ja la..sedap tau!!! :-P

Okey la sampai sini saja entri aku, sampai jumpa lagi..terima kasih kerana jenguk blog ni..luv u all!!

Sekian


THE LIEBSTER AWARD AGAIN, TAGGED BY FARHANA MOHAMAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat kesekian kalinya aku ditag untuk liebster award ni. Kali ni aku di tag lagi oleh blogger, Farhana Mohammad..Thanx tag aku farhana..best juga jawab soalan ni kan..^_^

 
Ini adalah soalan yang diberikan pada aku:

1. nama penuh anda dan umur. nama timangan anda? 
Nama penuh aku, Siti Salwana Binti Mohamad Ballas dan berumur 32 tahun..oh, aku macam x percaya!! :-P. Nama timangan aku dalam keluarga dan kawan-kawan, bibie. Kalau di alam maya pula, bbwana @ bb @ wana
2. apa negeri kelahiran anda dan sekarang tinggal kat mana?
 
Negeri lahir Sabah dan sekarang tinggal di Sipitang bersama keluarga..

3. bila anda last peluk dan cium ayah?

 Soalan cepumas ni..huhu..memang lama sangat tidak peluk cium ayah..kalau ingat-ingat masa sekolah  agaknya..huuu..
4. suka pakai baju kurung tak? *kalau tak, explain sikit.hihihi

Hihi soalan ni macam soalan perangkap..haha, wana tak berapa suka pakai baju kurung. Pakai hanya untuk majlis tertentu. Wana lebih selesa pakaian kasual macam jeans dan t-shirt..senang bergerak laju dan driving..^_^

5. jika diberi peluang melancong antara Banda Acheh (Indonesia), Korea, dan negara Eropah, negara mana pilihan anda? kenapa pilih negara tersebut? 
Wana nak pergi Seoul, Korea..kerana ingin melihat sendiri keindahan tempat yang menarik di sana..macam dalam cerita korea tu..hikhik

6. binatang apa yang anda fobia/takut? kenapa?
Cicak dan katak.. bukan takut lebih kepada geli dengan tekstur badannya yang lembik dan licin..hee..

7. apa yang anda buat bila ada ular masuk ke dalam rumah?
Rasanya mungkin akan 'stuck' di tempat itu saja, tidak berani buat apa-apa..huhu..

8. anda makan organ dalaman ayam tak? 
Ya, makan. Aku suka makan bedal. Kaki ayam pun aku suka makan..eh, tu organ dalaman ke?hehe..

9. favourite
games
yang anda selalu main ketika kecil?
Banyak sangat favourite games yang aku suka main masa kecil macam main getah, congkak, main ting-ting, main masak-masak, main kawin-kawin ..haha..banyak lagi la..

10. bahasa apa yang anda nak sangat belajar and wish to apply dalam kehidupan anda?
Aku mau belajar bahasa mandarin sebab peluang pekerjaan banyak jika pandai bahasa mandarin..sebelum ni, aku hanya belajar basic bahasa mandarin ja..

11. pernah tak kena tikam dari belakang oleh kawan? ce bagi ucapan untuk diaorang. 
Soalan ni memang kena sangat dengan diri aku..memang aku pernah kena tikam dari belakang..aku baik dengan dia, aku percaya cakap dan janjinya selama ni, aku anggap dia sebagai kawan tapi last-last dia mungkir janji  dia berubah dan buat sesuatu perkara besar dalam hidup aku..dia rampas apa yang aku ada secara perlahan-lahan..

Ucapan aku pada dia: semoga ko sedar apa yang ko buat selama ini salah dan fikir la dalam-dalam kesannya..ko cakap aku macam-macam sampai tahap menghina..ko sedar la diri juga..ko bukan la sempurna sangat pun..sama juga macam aku, jangan sampai keluarga atau adik-beradik ko kena buat orang macam ko buat aku..bila aku diam bukan bermakna ko menang dan aku kalah..aku hanya tidak mau panjangkan lagi masalah..aku tidak mau bergaduh..jadi, cukup-cukup la apa yang sudah ko buat pada aku selama ni..ko pikir la secara positif dan jangan hanya tau menunding jari dan meletakkan kesalahan pada orang lain..sekian.
Habis sudah soalan aku jawab..apapun, tq farhana kerana buat soalan ni.. ^_^

-wasalam-

RESEPI DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang aku telah janjikan tempohari, hari ni aku ingin kongsikan resepi Devil's food chocolate cake..kek ni sangat sedap dan menarik tau sebab ada rasa kek coklat, cheese dan coklat ganache..sebenarnya mudah ja buat kek ni cuma ada beberapa langkah membuatnya menjadikan kek ni memakan masa untuk siap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita semak resepinya di bawah ni..aku intai resepinya dari Kak ita @ Masam Manis..thanx ya kak ita..aku kagum sangat dengan hasil kerja beliau sebab setiap kek yang dihasilkannya sangat cantik dan kemas tau..

RESEPI: DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
SUMBER: KAK ITA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN ( KEK COKLAT ):
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk garam
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula perang
125 g mentega
2 biji telur gred A
2 sk esen vanila
1/2 cwn buttermilk ( 1/2 cwn susu segar + 1 sk cuka, rehatkan 10 minit )
1 cwn air suam

CARA:
  • Panaskan oven 170'C.
  • Ayak tepung, serbuk koko , soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan gula sampai ringan dan kembang. Tambah telur.
  • Bila semua sudah sebati, masukkan bahan kering selang selang seli dengan bahan basah .
  • Akhir sekali, masukkan esen vanila.
  • Bakar 30 minit-masak.
  • Sejukkan.
CREAM CHEESE FROSTING:
125 g cream cheese
60 g mentega
1/2 cwn gula icing
1sk esen vanila
1 sk jus lemon  - aku x bubuh
1 sk lemon paste
  • Pukul cream cheese dan mentega hingga creamy, tambah esen vanila dan lemon paste.
COKLAT GANACHE:
100 ml double cream/ whip cream
250 g coklat masakan - cincang halus
1 sb golden syrup
1 sk esen vanila

  •  Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat. Kacau rata. Bila sudah cair, angkat dan sejukkan.

CARA MELAPIS:
  1. Tuang cream cheese atas kek dan ratakan. ( aku ikut cara kak ita, masukkan adunan cheese dalam piping beg dan paipkan atas kek. )
  2. Simpan dalam petisejuk dalam 20-30 minit
  3. Tuang coklat ganache di atasnya
  4.  Hias ikut kreativiti masing-masing
NOTA: Untuk memotong kek yang ada cream cheese, celup mata pisau pada air panas atau panaskan mata pisau atas dapur, lap mata pisau dan potong. Bertujuan supaya kek yang dipotong tu nampak kemas..
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni mewah dengan rasa coklat dan cheese tau..tengoklah tebal lapisan cheese tu..Terdapat 3 lapisan: kek coklat + cheese + coklat ganache..so, yummy..


Ok la ya..sampai sini entri petang ni..jumpa lagi.. babai..

Pertanyaan @ tempahan, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) . Call/sms/whatsApp. Tq

Segmen Follow Saya boley?? dari blog SAYA ISABELLA IDURA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku join pula segmen yang menarik ni, bertujuan untuk menambahkan follower..bagus join segmen ni..jom ramai-ramai join..boleh tambahkan bilangan follower blog korang..

KLIK SINI UNTUK JOIN
http://isabellaidura.blogspot.com/2014/09/segmen-follow-saya-boley.htm

Saya follower yang ke #259

Follower saya setakat ini # 269

MiniGiveaway #3 by Ayie Atiqah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku join GA..syarat yang tersangat lah simple..jom, ramai-ramai join GA Ayie ni..seramai 4 orang pemenang dicari..

Hadiahnya adalah:

Cabutan pertama: 1 kotak Pensel O'BON
Cabutan kedua: 1 kotak Pensel O'BON
Cabutan ketiga: Topap RM 5
Cabutan keempat: Topap RM 5



KLIK BANNER UNTUK JOIN

http://ayielifememory.blogspot.com/2014/09/minigiveaway-3-by-ayie-atiqah.html?m=0

Tempahan kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terima kasih ya buat teman-teman yang rajin bertandang ke sini..aku minta maaf kerana belum sempat buat kunjungan balas..insyaallah bila ada masa aku terjah korang..

Hari ni aku ingin siarkan tempahan kelupis tempohari..ditempah sebelum cuti sekolah haritu oleh Hj.Muilin untuk jamuan di sekolah sebanyak 250 biji kelupis kosong..Thanx banyak ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kelupis kosong
KELUPIS KOSONG: RM0.40 ( SEBIJI )
MINIMUM ORDER: 100 BIJI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Berminat untuk menempah? Sila hubungi talian ni, 012-8244251( bbwana ). Call/sms/whatsApp..tq

Aktiviti santai hujung minggu: Makan-makan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai..Hai..bersua kita pada petang ni..aku siarkan entri tentang aktiviti santai hujung minggu aku bersama keluarga tersayang..selalunya bila kami semua berkumpul adalah aktiviti makan ni..maklumlah, semua pun pencinta makanan..haha..hubungan keluarga sebelah mama memang sangat rapat..so, acara macam ni macam sudah kebiasaan buat kami..time tu la boleh berjumpa, becerita, berbincang sesama kami..memang sangat best!!!


Menu ni dibawa masing-masing..kami sudah berbincang setiap yang datang bawa makanan..pot luck la kiranya kan..bila digabungkan terhasil la menu di atas..ada KFC, sate ayam/daging, donut, popia, kuih kacang dan cakui..aku pula macam biasa bawa kek iaitu snow cheese cake dan marble cake..^_^


Ada mi goreng, air buah koktel bersusu dan minuman berkabonat..pilih ikut suka minuman yang mana..


Antara gambar anak-anak buah..suka betul bila jumpa sepupu yang lain..


Ini pula layer chesse..ada sorang sepupu aku minta buatkan..sudah lama teringin makan kek ni..hihi..layan ja ya..

Okeylah ya, sampai sini saja entri aku hari ni..dadaaa..

Projek kelas 'baking' !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sepanjang hari yang bakal sibuk pada hari ni iaitu perlu menyiapkan kek birthday 2 tingkat dan 1 biji kek untuk diberikan pada my BFF..bab menyiapkan kek  2 tingkat tu yang aku menggeletar sikit..apapun, kita tengok ja hasilnya nanti ya..Semantara menunggu kek masak aku ambil kesempatan mengupdate blog kejap.heheh..

Hari ni aku mau siarkan entri projek kelas baking bersama sepupu, Kak yann..sebenarnya bukan la kelas baking betul-betul pun..hihi, sesi mengajar biasa-biasa ja sebenarnya..tiada yuran dikenakan sebabnya suka-suka saja..hikhik! Lagipun, aku belum layak lagi ajar orang 'membaking' sebab aku pun masih dalam tahap belajar..tapi, apa salahnya berkongsi ilmu yang ada kan..


Kak yann beria-ia mau belajar buat kek yang berkrim macam ni..sebab anak-anaknya request mau makan kek yang berkrim tapi mau hasil tangan mamanya..hikhik..gigih ka yann belajar dengan aku..kek di atas tu aku yang buat sebagai contoh masa mengajar..

Kelas baking yang pertama kak yann request belajar buat Yam cream cake..dan tadaa gambar di bawah ni hasil deko pertamanya..Dari segi hiasan deko tu masih banyak yang boleh dipelajari..biasalah, budak baru belajar ni memang teketar-ketar tangan..hihi..normal la..aku pun macam tu dulu tapi aku belajar sendiri..aku banyak buat research di Google..


Untuk kelas ke-2, kak yann request belajar buat Durian cream cake..mentang-mentang musim durian..kek pun mau rasa durian..heheh..



Kek yang aku buat sebagai contoh semasa sesi mengajar..memang sedap sangat tau..tengoklah filling durian yang tebal tu.memang sangat terasa duriann..sebab aku gunakan durian asli..insyaallah aku kongsi resepinya nanti ya.layan habis makan!!! ^_^


Ini hasil deko kak yann..hihi, boleh la tu..yang penting ada peningkatan sudah dari segi deko..praktice makes perfect, right? ^_^..yang penting kena banyak sabar dan jangan mudah putus asa..

Okey la, sampai sini saja entri aku pada hari ni..aku mau sambung buat kerja aku dulu ya..jumpa lagi semua..daaaaa

-wasalam-


Booth jualan Sweet red cherry di Festival Antarabangsa GATA Sipitang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua lagi di entri yang ke-3 untuk hari ni..hihi, ni memang budget tengah rajin post entri..lagipun line internet tengah laju sekarang ni buat aku semangat mengupdate.. heheh..

Okeylah, seperti yang telah aku janjikan tempohari..aku akan masukkan entri tentang aktiviti jualan selama 3 hari yang kami join sempena festival GATA akhir bulan lepas..buat kesekian kalinya Sweet red cherry berkolaborasi dengan House of Choco bites..alhamdulillah sangat, sambutan dari pelanggan sangat mengalakkan..syukur pada Allah..

SWEET RED CHERRY

Terima kasih buat semua pelanggan yang telah datang ke booth jualan kami..ada beberapa jenis kek yang aku jual dalam bentuk pek budget dan harga mampu milik..antaranya adalah Cheese cake leleh ( coklat/ vanila ), Red velvet cake, Kek coklat moist, Graham cheese cake, Layer cheese, Blueberi cheese tat,  Pavlova dan Cupcakes ( pisang/ strawberi/coklat). Ada juga pelbagai kerepek ubi yang kami jual..sebanyak 12 jenis kerepek ubi..banyak pilihan..


Booth kami agak meriah sebab anak-anak buah semua pun ikut turun padang..supaya dorang belajar dunia bisnes ni dan tengok betapa susahnya mencari duit..hendak seribu daya kan..kalau mau melentur buluh biarlah dari rebungnya..


Ni dia pelanggan pertama yang beli mix fruit satay ( strawberi & anggur )..paling menarik di celup dengan coklat menggunakan coklat fountain ( air terjun coklat) besttt!!! Thanx banyak....^_^

HOUSE OF CHOCO BITES
Ni pula homemade coklat jenama HCB..pelbagai bentuk coklat yang comel..harga pun murah tau..antaranya adalah Loli Choc, Pre Line Choco, Bouquet of Choco Roses..untuk lebih banyak entri tentang homemade coklat ni sila klik SINI

D'TISYA COLLECTION
Ni pula booth jualan sepupu yang menjual barangan FROZEN..haa, sapa yang gila frozen tu di sini la tempatnya boleh membeli-belah..hikhik..anak-anak la sebenarnya yang excited mau membeli kan..macam-macam barang frozen yang dijual antaranya baju, tudung, crown, jam dan banyak lagi la..

 Alhamdulillah aktiviti jualan yang berlangsung selama 3 hari 3 malam tu memang sangat-sangat mendapat sambutan yang memberangsangkan..memang banyak sangat pengunjung dan pembeli..alhamdulillah syukur..

Terima kasih daun keladi, 
lain kali bila kami berjual,
datang la lagi..heheh..

Okeylah, sampai sini entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di lain masa pula..daaa..

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai kek, homemade coklat atau barangan frozen, sila hubungi talian ni ya, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq