Menu AidilAdha: Nasi Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku agak sibuk akhir-akhir ni menyiapkan beberapa siri tempahan biskut dan kek customer..alhamdulillah, rezeki..nanti aku kongsikan entrinya..

Raya haji baru-baru ni kami sambut dengan sangat sederhana..kerana masing-masing sibuk maka kami tiada buat 'open house' kali ni..insyaallah panjang umur tahun depan buat.. :)

Mama buat Nasi Ayam kegemaran aku sekeluarga .. Syukur..Memang seronok dapat makan air tangan mama..nyum-nyum..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Walau nampak simple tapi rasanya umphhh!!!  Cukup dengan cicahan lada..memang sedap..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Alhamdulillah..hari tu perut memang kenyang..

Cuma aku rasa kecewa sikit sebab tak jadi 'reunion' dengan geng BFF 'power girl' sebab masing-masing sibuk dan tak dapat beraya ke rumah Mia yang buat open house pada hari tu..tak ada rezeki..next time..Huhu

Okey lah, jumpa di lain entri..dadaaa..

Sekian, wasalam.

Dapat hadiah 'Contact lens' & 'Pink photo frame'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku menerima hadiah dari dua orang rakan blogger..

Hadiah pertama yang aku dapat dari blogger Musfirah@ blog twosevenzerosixzeronine iaitu 3 set Contact lens'..aku menang join GA di blog beliau tempohari.. Agak lama juga terima hadiah ni atas masalah tertentu.. Tapi, tak Apa yang penting ianya sampai dengan selamat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
3 set Candylicious contact lens..wow!!!! Terujanya..;D


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada kaler hijau dan purple..

Hadiah kedua pula dari Kak Suria Amanda..aku terpilih antara top 3 komentor blog beliau bulan lepas..alhamalhamdulillah..

 
Dapat photo frame yang sangat cantik dan  kaler favourite aku pula tu, pink..hoyeahhh!!! I like..

Apapun, terima kasih banyak atas pemberian hadiah2 ni..aku sangat suka dan menghargainya..pasti berguna buat aku.^_^

Okeylah, sampai sini saja dulu entri aku hari ni..jumpa lagi di lain entri..

p/s: minggu ni akan berakhir cuti sekolah dan pastinya hujung minggu ni akan jadi lebih sibuk kan..aku masih tak sempat nak blogwalking...huwaaaaa!!!

Sekian, wasalam.


TAT BLUEBERI GULUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsi resepi biskut yang aku buat untuk hari raya aidilfitri yang lepas..aku teringin sangat nak rasa dan buat sendiri biskut ni.Tat Blueberi Gebu..

Selain tu aku juga terima tempahan biskut ni masa bulan puasa yang lalu..Erm, rasanya sedap dan hasilnya gebu..bila makan rapuh dimulut tau..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Lebih kurang macam tat nanas gulung..'one of my favourite'

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepinya aku intai dari blog Ain..jom tengok resepinya..mohon izin panjangkan resepinya di sini..

RESEPI: TAT BLUEBERI GULUNG
OLEH: SWEET RED CHERRY
SUMBER: AIN RESEPI KEHIDUPANKU

Bahan:
  • 250gm butter
  • 2 sudu besar gula castor
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • secubit garam
  • 3 1/4 cawan tepung gandum
  • pewarna purple 
  • inti blueberry secukupnya
  • coklat putih sebagai hiasan.

CARANYA:
  • pukul sebati buter dan gula, masukkan telur pukul sebati
  • masukkan bahan lain dan gaul hingga menjadi doh yang lembut
  • bulat2kan inti blueberry..
  • masukkan doh dalam acuan tart dan picit kemudian gulung.
  • bakar pada suhu 180c selama 20minit atau hingga masak.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Paipkan adunan, letakkan inti yang telah di bentuk memanjang dan gulung. Buang lebihan adunan dan kemaskan.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Biskut yang ready untuk dibakar..

Setelah masak..paipkan coklat putih diatasnya dan tabur manik..

Tak lama lagi hari raya aidiladha..boleh buat biskut ni..

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi di lain entri..

PERTANYAAN/ORDER: 012-8244251 ( Bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.


Menu lunch, Spaghetti Bolognese

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menu makan tengahari yang sangat simple tapi mengenyangkan..aku teringin sangat makan Spaghetti Bolognese ni..akhirnya sampai juga hajat makan..alhamdulillah..sukanya!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my

Aku buat simple ja..hanya cincang seketul sosej, dadukan bawang besar dan tomato. Tumis semua bahan dan tuang sos tomato mushroom kimball..dah siap..senang ja kan.. :D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jom jamu selera
Korang makan apa pula tenghari ni??? ^_^

Masih tercari-cari menu makan tengahari yang cepat dan simple,jomlah tengok resepi spaghetti yang mudah ni sila klik >> resepi spaghetti bolognese<< Jom masak!!!

Okeylah jumpa di lain entri pula ya..

p/s: insyaallah ada masa aku akan bw pelan2 blog kawan-kawan semua..sedikit bz sekarang ni..

Byee..




Topping coklat ganache 'top keywords' di blog Sweet red cherry

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan entri paling popular yang pengunjung blog SRC suka baca..

Carta paling atas adalah Resepi topping coklat ganache..page views mencapai 925..wow!!! Kemudian diikuti oleh pelbagai resepi apam, kek dan masakan yang pengunjung suka baca..aku suka sangat share resepi yang aku tau buat rujukan sendiri pada masa akan datang.

Alhamdulillah.. Semoga apa yang aku kongsikan di sini bermanfaat buat semua pengunjung..sharing is caring! ^_^


Jumpa lagi di lain entri..

Sekian, wasalam.


Hadiah dari Sis JM..tq!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah berkurun lamanya dapat kiriman hadiah dari Sis JM, hari ni baru sempat nak 'up' entri..mohon maaf banyak-banyak..kerana kesibukkan melampau sebelum ni dan asyik lupa buat entri ni jadi tertunda..alahai ..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hadiah ketip kuku yang comel..ole-ole dari Korea!!!! wahh, i likeeeeee!!!
Sebelum ni aku selalu jeles bila tengok kawan-kawan blogger dapat ole-ole dari Sis JM..alhamdulillah kali ni rezeki aku pula dapat setelah menjadi salah seorang Top komentor di blog beliau bulan Feb-April 2015..sangat-sangat teruja tau!!!

Thanx banyak ya Sis..wana suka sangat dengan pemberian ni..maaf wana baru sempat nak up entri tentang ni..apapun, moga murah rezeki Sis JM..Amin.
 
Nota dari Sis JM..

Jom terjah blog Sis JM dan kenali beliau dengan lebih dekat..dia banyak share info dan tips tentang 'travel' ni dan tak rugi terjah blog beliau sebab dia ni 'kaki komen berbakul-bakul' tau..betul tak sis?? heheh..
klik>>Sis JM<< untuk ke blog beliau..

Sekian, wasalam.












RESEPI APAM COKLAT KUKUS MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi Apam coklat kukus mudah..resepi agak berbeza sedikit dari apam coklat yang selalu aku buat..selain sedap ianya juga sangat lembut tau..untuk apam ni aku buat versi 'small'..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my

Jom tengok resepinya yang sangat mudah ni..( maaf aku dah lupa sumbernya dari mana..mohon share resepinya di sini ya )

APAM COKLAT KUKUS MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir/gula perang
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn minyak masak/minyak jagung
1/2 cwn air
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 biji telur gred A
2 s/b serbuk koko
Secubit garam

CARA:
- Panaskan air dalam periuk kukusan
- Campur semua bahan kering dalam satu bekas.
- Campurkan semua bahan basah dan tuang ke dalam bekas bahan kering. Pukul aduan hingga sebati.
- Tuang bancuhan dalam acuan
- Kukus selama 15-20 minit.

-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my

Hasilnya apam sangat gebu dan merekah..nyum-nyum..

HARGA: 
RM0.45, PCS ( MEDIUM )
RM0.35, PCS ( SMALL )

* MINIMUM ORDER: 100 PCS
 - Sangat sesuai untuk dihidangkan pada sebarang majlis/kenduri.

PERTANYAAN/ORDER: 012-8244251 ( BBWANA ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.




Mini Giveaway By Impiana Cik Yanie 2015 #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mari join GA Cik Yanie yang 'super simple' ni..ramai-ramai support dan meriahkan GA beliau..

TAMAT: 25 SEPTEMBER 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/09/mini-giveaway-by-impiana-cik-yanie-2015.html

' Booth' Sweet red cherry di Pesta Memancing, Esplanade Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buka 'booth' sweet red cherry sempena Pesta Memancing di Esplanade Sipitang.. Lama tak buka booth sejak bulan puasa..rindu dengan aktiviti macam ni..

Alhamdulillah, sambutan tetap memberangsangkan walaupun aku kurang buat promosi..'last minute' punya keputusan..sebab mula-mula tu mau tak mau nak buka gerai kerana masa tu banyak sangat urusan yang aku kena 'settle'kan..syukur semuanya berjalan dengan lancar..

Jom kita layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Anak-anak buahku, putri, waie & ijam
Macam selalu, aku akan bawa pembantu cilik aku bantu aku menjual..latih dorang ni belajar berniaga..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Antara yang aku jual adalah aneka apam mini ( apam isabella, apam coklat, apam gula hangus ), cupcakes ( coklat/vanila ) dan kek kontena ( cheese cake leleh, kek coklat moist leleh )

Alhamdulillah, sambutan sangat baik dari pelanggan..

Pertandingan memancing sering diadakan di sini kerana banyak sambutan dari dalam dan luar daerah..hadiahnya pun lumayan..

Antara peserta memancing yang mengambil bahagian..tak hirau walau matahari panas terik..ada yang bawa anak isteri lagi bagi sokongan moral..siap pegangkan payung lagi..ewahhhh!! ;p

Bersusun ikan yang digantung yang berjaya didaratkan mengikut berat..
Antara ikan yang berjaya didaratkan..ada bebarapa kategori..
  • 10 ikan pari yang pertama berjaya didaratkan akan mendapat hadiah
  • Ikan yang terberat
  • Ikan paling ringan
Sangat meriah juga tengok hari tu..seronok tengok gelagat para pemancing yang dapat ikan..hehe..

 Okeylah, sampai sini saja..jumpa di lain entri..bye..

Sekian, wasalam.











4 CPUV NUFFNANG 'ON GOING'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..rezeki dari En. Nuffnang lagi..ada 4 Cpuv yang tengah 'on going' sekarang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Semoga rezeki semakin murah..

Kalau nampak iklan ni, boleh lah ringankan tangan klik-klik ya..semoga kalian juga dimurahkan rezeki..amin..

Sekian, wasalam.

Aidil Adha GiveAway by Dyana Hassan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang sangat mudah dari blogger Dyana Hassan ni..hadiahnya sangat menarik tau..jom sama2 support dan meriahkan GA ni!!!

TAMAT: 15 SEPTEMBER 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://minjee08.blogspot.my/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html

3 SEBAB KENAPA BLOG DYANA HASSAN BERBALOI UNTUK DIFOLLOW:
  1. Boleh tengok review produk
  2. Boleh tengok 'food review'
  3. Boleh tengok 'movie review'
TAG:






Penghargaan dari Cik Mimie, terima kasih!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri khas buat Cik Mimie cayang atas sijil penghargaan yang diberikan kerana aku salah seorang Pengomen tegar blog beliau untuk bulan ogos..rasa bangga dan terharu menerima sijil2 dari Cik Mimie..


 

Sempena bulan kemerdekaan, Cik Mimie buat sijil khas yang sangat cantik dan patriotik..sehati sejiwa, Malaysiaku!!!

Antara kawan-kawan yang turut tersenarai menjadi PT di blog Cik Mimie..nama yang sangat gah sebagai kaki komen pukal..tahniah semua!!!

Jom terjah ke blog Cik Mimie dan kenali beliau dengan lebih dekat.. :D

Insyaallah aku akan blogwalking pelan-pelan..daaaaa!!

Sekian, wasalam.


RAIKAN CINTA REENA & RAHMAN(LAST PART): CORAT-CORET

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni genap sebulan sepupuku, Reena menjadi isteri dan hari ni baru sempat update sambungan kepada entri raikan cinta Reena&Rahman>> Part 1, Part 2<<..

Aku ingin kongsikan gambar-gambar sepanjang majlis perkahwinan berlansung sebagai kenangan pada masa akan datang..

Pelamin yang sangat indah dipenuhi dengan bunga-bungaan bunga merah dan putih..lambang cimta!! :)
Idea untuk pelamin tu adalah dari pengantin lelaki sendiri, memang ada taste..

Banner di pasang menuju jalan masuk ke rumah pengantin perempuan..
Barisan hadapan yang bertanggungjawab menyambut tetamu pada hari tu..ibu pengantin dan ahli keluarga yang terdekat..masing-masing posing lawa :D

Barisan hadapan menyambut tetamu bahagian lelaki..

Orang-orang penting yang bertanggungjawab memberi 'doorgift' kepada tetamu yang hadir..

Cantik berseri pasangan pengantin mengenakan rona kuning diraja..maklumlah, raja & ratu sehari  ^_^
Ini adalah pada majlis malam berbedak/berinai..aku langsung tiada snap gambar pada malam tu..gambar ni pun ehsan dari pengantin perempuan, Reena..thanx dear!!

Sesi bergambar..

Okey, tak mau ketinggalan..mengabadikan gambar kenangan dalam entri ni..macam biasa putri, waie dan ucu bb sekali..

Gambar kandid.. ;p

Gambar pengantin bersama family..
Baiklah, berakhir sudah entri raikan cinta Reena dan Rahman..entri-entri ni aku buat khas untuk sepupuku, Reena dan pasangannya..moga berpuas hati dan 'happy' dengan semua entri yang dibuat ni..aku mohon maaf andai ada perkataan yang menyinggung hati samada sengaja mahupun tidak..


Sekian, wasalam.

p/s: mood sedih :(