JOM RAMAI2 KE KARNIVAL JUALAN SERBANEKA AREA SIPITANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, kawan-kawan semuanya..

Kembali bersiaran pada hari ni..hari ni mau kongsi  tentang Karnival jualan serbaneka buat peniaga yang bisnes secara online untuk mempromosikan produk masing-masing kepada orang ramai..karnival ni berlangsung pada 30 Nov & 1 Dis ni selama 2 hari berturut-turut yang bermula jam 9 pagi hingga 6 petang..pada yang tinggal berdekatan dengan Daerah Sipitang dijemput hadir dan boleh la mendapatkan produk-produk kami khususnya kek, cupcakes dan homemade coklat dengan harga yang sangat menarik..

Kami juga ikut serta dalam jualan karnival ni bagi mempromosikan produk Sweet red cherry dan rakan kongsi kami pada hari tersebut iaitu House of Choco Bites yang menjual pelbagai jenis homemade coklat...selain tu, banyak juga booth lain yang menjual masakan, produk kecantikan, baju dan banyak lagi la..



Untuk yang ingin tahu booth kami adalah yang no.1..maksudnya paling depan sekali la..so, senang ja mau cari kami kan..hehe..

Aneka kek dan cupcakes..

 Aneka homemade coklat







So, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk jualan kami dengan harga yang menarik..bawa la keluarga dan teman-teman ke karnival ni ya.untuk pertanyaan lebih lanjut boleh la hubungi talian kami di 012-8244251 ( bbwana ). Tq.

YAM SPONGE CAKE & APAM POLKADOT

Assalamualaikum wbt..

Hai, selamat berhujung minggu dan beristirehat di ucapkan pada teman-teman dan pengunjung blog SRC yang tersayang..pasti ada yang sedang bercuti dengan anak-anak dan keluarga bersama pada musim cuti sekolah ni kan..tapi ada pula sesetengah orang yang bisnes pada musim cuti sekolah ni la jumlah pendapatan mereka semakin meningkat..macam-macam permintaan dan tempahan dari pelanggan yang order kuih-muih, kek hantaran, kek kahwin dan sebagainya kan..memang tidak menang tangan dibuatnya..

Begitu juga dengan kami..musim cuti sekolah adalah dinantikan sebabnya jumlah permintaan terhadap produk kami meningkat..penat tu memang la penat kan tapi adatlah mencari rezeki ni..biarlah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Alhamdulillah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah..bersyukur atas pemberiannya..

Petang ni mau siarkan entri Yam Sponge Cake dan Apam Polkadot yang ditempah oleh sepupu jugak, Rina untuk jamuan parti perpisahan di sekolah tempat beliau mengajar iaitu Sekolah Ugama Islam Pekan Sipitang..Apapun, thanx banyak-banyak pada Rina sebab order dengan kami..segala kekurangan mohon dimaafi..

YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
LAYER & DEKO: YAM FRESH CREAM
HIASAN: CHERRY, BUNGA GUM PASTE & MANIK GULA SILVER
BERAT: 1KG
HARGA: RM45



Alhamdulillah tempahan ni dapat disiapkan tepat pada masanya walaupun masa ni aku sibuk menyiapkan 2 biji lagi kek birthday yang harus siap pada keesokkan harinya..

APAM POLKADOT, RM0.35 ( SEBIJI )

Rina tertarik order apam polkadot ni sebab first time merasa masa majlis hantar berian Anim pada awal bulan November yang lepas dan Rina sukakan rasanya..so, kami bertukar no.telefon..ndak sangka seminggu lepas tu Rina call dan order apam serta kek sekali..tq very much..

Okey la, sapa-sapa yang berminat untuk menempah sebarang produk kami boleh la email atau terus saja call/sms/whatsApp ke 012-8244251 ( bbwana ) untuk tahu lebih lanjut. Terima kasih.

So, kawan-kawan semua kita jumpa di entri yang baru di lain masa pula okey..thanx baca entri hingga habis..selamat bercuti dan see ya..-wasalam-


INDULGENCE CAKE FOR IZZAT BIRTHDAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam hari jumaat semuanya..okey la, terus saja kepada entri aku pada hari ni masih lagi mengenai kek birthday..kali ni aku buat Kek Coklat Indulgence pula istimewa untuk anak buah aku..Izzat Airil Ridzuan..anak bongsu abang sulung yang menyambut hari lahirnya pada 17 November yang lalu dan genap umurnya 9 tahun..memang sudah lama mengidamkan kek birthday ni..siap pesan lagi maukan kek yang besaar..demi tidak menghampakan perasaan Izzat maka aku buat Kek Indulgence dengan edible image Ultraman seberat 2 kg..hem, puas hati nampaknya dia dengan kek ni..heheh..

KEK COKLAT INDULGENCE
 KEK COKLAT CHEESE INDULGENCE
LAYER: COKLAT CREAM & CREAM CHEESE FROSTING
TOPPING: COKLAT GANACHE
HIASAN: EDIBLE IMAGE, BELON & CHOC.RICE
DEKO: CREAM CHEESE
BERAT: 2KG
HARGA: RM130


Untuk kek ni aku bakar kek dalam 3 loyang untuk mendapatkan 3 keping kek yang tidaklah nipis sangat kan..so, kek ni memang tebal dan sangat sedap dengan gabungan rasa cheese dan coklat tu memang mantap..Untuk kek ni aku gunakan resepi yang berbeza..maksudnya tidak sama macam aku buat kek coklat indulgence yang aku pernah publish hari tu..

Resepinya boleh semak di bawah ni ya..

RESEPI: KEK COKLAT CHEESE INDULGENCE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN KEK:
2 cwn gula pasir ( dikisar )
2 cwn tepung gandum }
1 sk soda bikarbonat   }ayak bersama
1 sk baking powder    }
3 biji telur
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cwn air panas didih
1 sk esen vanila
1 cwn koko

CARANYA:
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian tambahkan esen vanila. Putar lagi.
  2. Masuk susu cair dan minyak. Putar lagi.
  3. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko sedikit demi sedikit. Guna kaedah kaup balik.
  4. Masukkan air panas. Kacau sebati
  5. Tuang adunan yang dibahagikan untuk 3 loyang berasingan. Boleh juga bakar sekaligus dalam satu loyang dan kemudian baru potong 3 bahagian. Ikut suka.
  6. Bakar dalam 20-25minit setiap loyang atau bakar sekaligus dalam 45 minit dalam suhu 175'c.
  7. Sejukkan.
 GANACHE:
2 cwn non diary whip cream
500 g coklat masakan
1/8 cwn golden syrup
  •  Didihkan whip cream dalam kuali atas api yang sederhana panas. Bila didih, padamkan api dan masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair.
  • Masukkan golden syrup
  • Ambil 1 cwn ganache ( untuk buat coklat cream ). Baki ganache simpan dalam peti sejuk.
CREAM CHEESE FROSTING:
Sumber: KakZu Semanis gula
250 g cream cheese
130 g butter
130 g gula icing
  • Putar semua bahan di atas hingga sebati.
  • Simpan sedikit cream cheese untuk tujuan mendeko.
COKLAT CREAM:
1 cwn coklat ganache
1 cwn non diary whip cream
  • Pukul 1 cwn whip cream, tuang 1 cwn coklat ganache. Putar sebati.
CARA MELAPIS KEK:
  1. Letak 1 lapisan kek dan tuang 1/2 adunan cream cheese frosting tadi. Sapu dan ratakan.
  2. Letak lagi lapisan kek yang kedua dan sapukan dengan coklat cream. Ratakan.
  3. Letak lapisan kek yang terakhir dan tuang lagi baki adunan cream cheese tadi.Ratakan.
  4.  Boleh rujuk gambar di bawah. Untuk sekeliling kek aku kemaskan dengan sapuan coklat cream.
  5. Sejukkan dulu kek dalam peti sejuk lebih kurang 20-30 minit untuk set kek.
  6. Akhir sekali, tuangkan coklat ganache atas kek.
  7. Deko ikut suka.
  8. Sejukkan kek dalam peti sejuk.
-Selamat mencuba-



Aku deko simple ja..yang penting Izzat hepi sangat terima kek ni..'Happy Birthday to Izzat Airil yang ke-9..moga jadi anak yang baik dan cemerlang dunia dan akhirat..amin. '

Untuk pertanyaan dan tempahan, sila email kami seperti yang tertera di atas dan boleh terus hubungi kami di 012-8244251 ( bbwana )..tq.

Thanx pada semua yang datang sini dan baca entri hingga habis..sampai jumpa lagi.sekian..

SNOW CHEESE CAKE FOR MISS JUN

Assalamualaikum w.b.t..

Hello kawan-kawan dan pengunjung semuanya..selamat pagi dan alhamdulillah bersua kembali pada hari khamis yang sungguh tenang dan rileks ni..hehe, aku rileks la sebab tidak banyak yang perlu dibuat hari ni..minggu ni mungkin dapat la berehat lebih sikit tapi masuk minggu depan sampai la bulan disember ni, aktiviti aku sangat 'packed'..harap-harap dapat la aku bahagi masa dengan baik dan dapat menyiapkan semua tempahan dengan sebaik mungkin..maklumlah, bulan disember ni perkahwinan sepupu aku so, aku bertanggungjawab untuk membuat kuih-muih yang agak banyak dan kek kahwinnya..nervous pun ada..haha, aku pulak yang nervous kan..patut ka?huhu..

Okey la, hari ni aku mau tayang kek yang mama minta buat untuk diberikan pada 'cikgu terapi' dorang iaitu Miss Jun yang berasal dari Sarawak sempena ulangtahunnya..maksudnya mama dan bapa telah mengikuti program terapi 'elektrik' yang sangat baik untuk kesihatan..tapi terapi elektrik ni tidak la bahaya pun tapi harus ikut cara yang betul supaya tidak 'terkaran'..haha..

Mama minta kek yang berasaskan cheese untuk diberikan pada cikgu terapinya tu..memandangkan Miss Jun masih muda..so, aku pikir bagus bagi Snow cheese cake..kek yang masih dan tengah hot sekarang ni..aku buat dalam 1/2kg..jom la layan gambar..

SNOW CHEESE CAKE
 SNOW CHEESE CAKE
TOPPING & LAYER: CREAM CHEESE
HIASAN: CHEDDAR CHEESE, BUNGA GUM PASTE
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM 30


Inilah kek yang diberikan oleh mama & bapa kepada Miss Jun..'happy belated birthday Miss Jun' dan semoga panjang umur..feedback yang diberikan oleh Miss Jun, dia sangat sukakan kek ni dan terharu dengan pemberian kek ni..syukur la..


Pada yang berminat untuk menempah kek ni atau sebarang produk Sweet red cherry, sila email atau terus saja talian telefon kami yang tertera ni, 012-8244251 ( bbwana )..tq.

Thanx pada semua teman-teman yang rajin jenguk sini dan tinggalkan komen manis..tq juga pada semua pengunjung semua dan tidak lupa pada 'silent reader'..teruskan sokongan anda terhadap kami..jumpa lagi..dadaa..-wasalam-

ORDER KEK & APAM YANG LEPAS

Assalamulaikum dan salam sejahtera semuanya..

Alhamdulillah sekali lagi kita bersua pada hari ni..minggu ni kurang sibuk berbanding minggu lepas sampai mau update blog pun ndak sempat..hanya perlu buat kuih-muih jualan macam biasa yang perlu di hantar ke restoran dan juga jual di tamu..

Baiklah, untuk hari ni aku mau siarkan beberapa order kek, apam polkadot dan apam ladybird & bumble bee..

Jom tengok gambar..

Kek coklat dengan topping coklat ni di order oleh cousin ( Fatin ) untuk anaknya Fatihah, ni adalah repeat order..memang banyak kali sudah cousin order kek ni kalau balik kampung sebab anaknya pengemar tegar kek coklat..
KEK COKLAT WITH CHOC.TOPPING


Kek marble coklat pandan dan Apam polkadot di tempah oleh Usu Piah ( makcik ). Untuk kek memang request di potong kecil..
KEK MARBLE COKLAT PANDAN

APAM POLKADOT
 Untuk filling apam polkadot adalah coklat, blueberi dan strawberi.

Untuk apam polkadot di bawah ni di tempah oleh ipar ( Masnani ) untuk anaknya Nadhrah yang sangat sukakan apam ni. Dia request mau kaler macam ni dan filling coklat.
APAM POLKADOT

Mix apam ( apam polkadot/ladybirrd & bumble bee ) di bawah ni di tempah oleh sepupu yang juga selalu order dengan aku ( Anim ). Dia tempah dalam 100pcs sebab mau bawa ke sekolah untuk parti perpisahan sebelum cuti sekolah yang lalu..Fiiling apam adalah roselle, blueberi, coklat dan strawberi.
MIX APAM ( POLKADOT/LADYBIRD & BUMBLE BEE )
So, pada yang berminat untuk menempah boleh email kami atau terus saja hubungi talian telefon kami di 012-8244251 ( bbwana ) untuk pertanyaan dan info lebih lanjut. Terima kasih.

Apapun, thanx pada semua yang telah menempah dengan kami..jangan serik dan kami akan buat sebaik mungkin buat semua pelanggan kami..tq.

KEK PISANG COKLAT URAI

Assalamualaikum w.b.t..

Salam manis dan ceria diucapkan buat teman dan pengunjung semuanya..okey la hari ni aku mau kongsikan pula entri kek yang aku buat tempohari..sudah lama buat kek ni..sudah habis pun tapi hari ni baru berkesempatan menayangnya..

Entrinya adalah Kek Pisang Coklat Urai..resepi asal adalah dari Kak Fiza@ Fiza Cooking..nampak resepi dalam Majalah Aroma bulan Oktober 2013..anda boleh rujuk resepinya ada dimuatkan dalam majalah tersebut berserta temubual ekslusif Kak Fiza..ada juga beberapa resepi lain turut dimuatkan..apapun, tahniah la Kak sebab berpeluang berkongsi resepi dan disiarkan dalam majalah..

KEK PISANG COKLAT URAI
Bahan untuk buat kek ni pun sangat simple..sikit saja..tapi yang penting hasilnya sedap dan tekstur kek ni lembut..ianya tidak kering..lagi satu aroma kek ni wangi..

Aku kongsikan resepi kek ni dengan anda semua..mohon izin ya Kak Fiza..jom kita semak resepinya di bawah ni.

RESEPI: KEK PISANG COKLAT URAI
SUMBER: KAK FIZA @ FIZA COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn tepung naik sendiri
1/2 sk soda bikarbonat
3/4 cwn gula kastor - boleh ganti gula perang
2 biji telur
1 1/2 cwn pisang di lenyek
1/2 cwn minyak masak / mentega cair
1 sk esen pisang
50 g coklat urai

CARANYA:
  • Pukul telur dan gula hingga kembang.
  • Masukkan pisang yang dilecek halus  dan esen pisang .
  • Masukkan minyak masak atau mentega cair.
  • Akhir sekali, masukkan tepung, soda bikarbonat dan coklat urai. Boleh tabur almond cincang atas adunan kek.
  • Bakar dalam suhu 175'c selama 1 jam atau hingga masak.
  • Kek ini juga boleh dikukus.
-Selamat mencuba-



Boleh la dijadikan sebagai menu minum petang kan..teatime sambil makan kek dengan kopi atau milo panas..alahai, bestnya..hihi.


Terima kasih pada yang datang sini dan baca entri ni hingga habis..sampai kita jumpa lagi di lain entri pula ya..bye..sekian.

CUCUR TARAP

Hai, salam sejahtera..

Selamat petang dan selamat beristirehat di hujung minggu ni..terima kasih pada semua pengunjung dan teman-teman blogger yang sudi bertandang ke blog Sweet red cherry..thanx juga pada follower baru..

Hari ni aku ingin siarkan entri minum petang kami kemarin iaitu Cucur Tarap..mungkin ada yang sudah tau apa tu cucur tarap..buah ni senang jumpa di sini tapi bagi yang belum tau tu aku akan terangkan sedikit. Tarap tu adalah sejenis buah..apabila masak rasanya sangat manis dan sedap. Isinya bewarna putih..Selain sedap dimakan begitu saja, buah ni juga sesuai untuk di cucur..Kalau di Semenanjung mungkin panggil lain kan..

Selain tu, buah tarap yang masih muda juga sesuai dijadikan sayur..masak lemak dengan cili padi..pergh, memang sedap..kalau aku makan nasi dengan sayur tarap masak lemak cili padi ni pun sudah cukup..memang layan habis..hehe..

Jom la layan gambar..

CUCUR TARAP
 Makan cucur tarap panas-panas memang sedap..minum dengan kopi atau teh panas ngam betul tu tau..hihi.


Ini la buah tarap yang sudah masak. Untuk tau buah ni sudah masak atau belum, tekan sikit bahagian luar buah ni..kalau masa tekan tu ada rasa lembut maknanya buah ni sudah masak..lagi satu, bau wangi buah ni akan dapat dihidu bila buah ni masak.


 Tengok la isi buah ni yang putih dan nampak lunak ja kan..



 Masuk dalam bancuhan tepung dan ready untuk di goreng..


Cucur yang sudah siap di goreng..tinggal tunggu makan ja lagi..

Okey la kawan-kawan semua, sampai sini entri aku untuk kali ni..kita jumpa lagi di lain entri ya..bye..-wasalam-

PAVLOVA

Assalmualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..

Nampaknya cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula..memang di rumah semakin sibuk la menguruskan anak-anak..ada pula yang merancang untuk bercuti bersama keluarga..bestnya kan..ni la saat yang paling sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga dan yang tersayang kan..

Okey la, hari ni aku ingin siarkan entri Pavlova yang telah di buat oleh Ms.Adienia untuk makan-makan tempohari..sudah lama aku tidak makan pavlova ni..lagipun rasanya terlalu manis bagi aku..tapi pavlova yang Ms.Adienia buat ni sudah dikurangkan sukatan gulanya..dan rasanya memang sedap..terasa nyaman bila makan whip topping dengan taburan mangga yang masam manis tu..so,  masam manis mangga tu telah menyeimbangkan rasa pavlova ni..enak sungguh! hehe..

Layan gambar ja..

Sedap makan yang sejuk-sejuk..tabur dengan mangga..aduh, memang layan habis..boleh tabur apa-apa ja buah yang disukai..
PAVLOVA
Sebenarnya senang ja buat pavlova ni kan tapi jika ada kesilapan masa putar putih telur tu untuk jadikan 'meringue'   maka, ianya tidak akan menjadi seperti yang diinginkan..contohnya jika ada kuning telur termasuk masa asing putih dan telur. Meringue yang menjadi, bila adunan tu diterbalikkan ianya tidak jatuh dan kelihatan seperti bertanduk..macam dalam gambar di atas tu.

Yang ni pavlova yang sudah siap dibakar dan dalam proses penyejukkan. Ms. Adienia gunakan bekas silikon so, senang ja mau keluarkan adunan yang telah masak dari bekas. Tapi, kalau tiada bekas silikon boleh la guna loyang atau dulang yang di alas dengan baking paper. Kalau mau senang bubuh ja adunan dalam papercup jadi la pavlova mini kan..macam comel ja..hehe.


Sapukan whip krim yang sudah di putar atas adunan..akhir sekali, boleh la tabur buah yang disukai. Sejukkan terlebih dahulu dalam peti sejuk baru sedap makan.

HARGA PAVLOVA:

Pavlova large size RM50. 
Pavlova mini ( papercup ) RM 35 ( 16 Pcs )

* Harga adalah bergantung dengan buah yang digunakan dan layer.

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan, sila hubungi terus ke talian 016-8384119 ( Adinenia ) atau 012-8244251 ( bbwana ) atau boleh email ke alamat kami yang tertera di atas tu. Terima kasih.


WALNUT CARROT CUPCAKES

Salam sejahtera..

Hai, selamat petang..alhamdulillah bersua lagi kita pada petang ni..mood mengantuk ni sebenarnya tapi gagahkan juga menaip entri untuk di publish sebagai tatapan pengunjung semua..penat sebenarnya sebab menyiapkan beberapa tempahan yang tidak berhenti-henti beberapa hari ni..apapun, syukur pada Allah atas rezeki yang telah diberikan ni..terima kasih pada semua yang menempah..

Okey la, petang ni aku ingin siarkan tempahan cupcakes dari kakak sepupuku yang tersayang, Kak Adi..dia teringin sangat mau makan Walnut Carrot Cake selepas merasa kek ni aku buat time hari raya haji yang lalu..banyak reaksi positif mengatakannya sedap dan yummy tapi, kali ni dia minta versi cupcakes supaya tidak perlu di potong-potong dan senang dimakan..hehe..kalau kek pun senang juga mau makan..

Ka adi request kek ni buat ja dalam 1/2 adunan tapi jadikan cupcakes..aku belum pernah lagi buat versi cc ni..lepas buat hari tu, boleh jadi dalam 20 biji cupcakes la bersaiz medium..

Layan gambar..

WALNUT CARROT CUPCAKES WITH CREAM CHEESE
 WALNUT CARROT CUPCAKES WITH CREAM CHEESE FROSTING
HARGA:RM 2, EACH
SAIZ: MEDIUM
HIASAN: BADAM HIRIS

Untuk resepi aku masih gunakan resepi yang sama masa buat kek hari tu..pernah siarkan resepi di entri yang lepas..

 Feedback yang diberikan oleh Kak Adi, dorang semua sukakan cc ni..esoknya sudah habis..dan ada yang mau lagi..hihi..

 Yang ni pulak aku buat kek lebihan dari adunan kek yang aku buat tu..aku bawa pegi rumah makcik masa jalan-jalan ke sana..berebut-rebut makan termasuk aku..memang aku sudah mula sukakan kek ni juga..


Rupa cupcakes sebelum bakar dan setelah masak..sejukkan dulu baru hias dengan frosting cheese..

Okey semuanya, mau rehat dulu ni..thanx sebab jenguk blog ni..komen2 anda semua amat dihargai.

Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila hubungi talian ni ya, 012-8244251 ( bbwana ). Tq

KEK TIRAMISU DAN ORDER LAIN..

Hai, semuanya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada petang isnin yang mendung..baru lepas hujan lebat..so, best la suhu yang agak panas hari ni jadi sejuk sikit..semantara tunggu kek masak aku luangkan masa untuk update blog ni..maaf ya kalau aku tidak berkesempatan untuk 'blogwalking' ke blog kawan-kawan..apapun, terima kasih pada rakan blogger yang jenguk sini dan tinggalkan komen..insyaallah aku akan jenguk blog korang pulak..

Okey la, hari ni aku mau siarkan entri Kek Tiramisu dan beberapa order kuih-muih..yang mana di tempah oleh sepupu yang rajin order iaitu Anim..kali ni dia order kek sempena majlis hantar berian pada 2 November yang lalu dirumahnya..ala, bukan jauh pun..rumah kami besebelahan ja..hihi..kek ni untuk hantaran pada pihak lelaki la..kalau tidak silap pihak perempuan ( Anim ) hantar 9 dulang dan pihak lelaki pulak hantar 7 dulang hantaran..Kek tu Anim mau wordingnya 'Happy birthday to Shamsul'..walaupun, sebelum ni sudah bagi cupcakes tapi kali ni hantar kek terus untuk birthday sekali la..aku ikutkan ja la permintaan pelanggan..

Kuih yang diorder pula adalah Apam Polkadot@Dot com, Kelupis, Kek Coklat dan Popia..kuih ni untuk hidangan pada majlis hantar berian ni la..

jom kita layan gambar-gambar..

KEK TIRAMISU
 KEK TIRAMISU
LAYER: CHEESE
TOPPING: FRESH CREAM
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45
HIASAN: SERBUK KOKO, COKLAT CIP DAN WHITE COKLAT




Ni adalah antara hantaran pihak lelaki dan perempuan..kalau bunga kaler merah tu dari lelaki..kalau bunga kaler peach tu dari perempuan..


Yang tudung soft purple tu la sepupu aku, Anim dan lelaki tu adalah tunangnya..yang lain tu adalah keluarga tunangnya..bergambar bersama barang hantaran mereka..

KEK COKLAT

APAM POLKADOT@DOT COM
 Untuk apam polkadot ni aku buat dalam 4 jenis filling iaitu roselle, bluberi, strawberi dan coklat..

APAM POLKADOT

KELUPIS

POPIA
So, tu la antara yang di order..kalau ada yang minat dengan produk kami, jangan malu-malu..terus saja hubungi email atau talian kami di 012-8244251 ( bbwana ).

Sampai sini saja la dulu ya..thanx pada semua yang sudi datang sini dan baca entri hingga habis..jumpa lagi..tq.