ORDER KEK BIRTHDAY: YAM SPONGE CAKE

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kembali bersiaran pada malam ni..sedar tak sedar hari esok kita sudah melangkah ke bulan mac..cepatnya masa berlalu kan..okey la, hari ni mau tayang entri kek birthday yang diorder oleh regular customer Yam Sponge Cake iaitu Ms. Uci..hihi..thanx banyak ya sebab setia menjadi pelanggan kami..semoga akan terus setia dengan kami ya..^_^


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
YAM SPONGE CAKE
YAM SPONGE CAKE
LAYER & DEKO: YAM FRESH CREAM
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45

Kek ni ditempah sempena ulangtahun adik Alisa Sabrina yang ke-8 kemarin..'happy birthday Alisa..semoga jadi anak yang baik dan pintar ya..'

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com


 Harap adik Alisa suka dengan kek ni..segala kekurangan mohon dimaafi..

Kek di bawah ni pula Kek coklat moist yang diorder oleh sepupu iaitu Fatin untuk anaknya Fatihah yang begitu gemarkan kek coklat ni..memang selalu order dengan aku juga..tqvm..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT MOIST



Kalau ada sapa-sapa yang berminat untuk menempah kek dengan kami dan mempunyai pertanyaan, terus saja hubungi talian tertera ni ya..012-8244251 ( bbwana )..boleh call/sms/whatsApp..terima kasih.

Sekian entri aku pada hari ni..sampai jumpa lagi..goodnite semuanya..-wasalam-

Nazirahnyerr miniGA sempena 3rd Anniversary

Assalamualaikum dan selamat malam..

Malam ni join miniGA yang dianjurkan oleh Nazirahnyerr blog..simple ja pun syarat-syaratnya..

Antara hadiah-hadiah untuk pemenang bertuah adalah frame gambar, kerongsang dan keychain..Kalau minat boleh la join sama miniGA ni ya..

http://nazirahnyerr.blogspot.com/2014/02/nazirahnyerr-miniga-sempena-3rd.html

KEK PISANG MARBLE SUSU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang teman-teman dan pengunjung setia blog Sweet red cherry..terima kasih banyak ya atas kunjungan anda semua..tanpa kalian semua siapalah SRC kan..tiba-tiba petang macam ni mood rajin mau mengupdate blog..hehe..

Okey la entri pada petang ni adalah Kek pisang marble susu yang aku buat hari tu..agak lama juga sudah buat kek ni tapi baru la dapat tayang hari ni..kek pisang memang sedap kan..aromanya yang wangi ketika dalam oven buat nda sabar mau makan kek ni..selalu juga aku buat kek pisang..tapi kali ni aku buat versi marble pula..hehe..sangat lembut kek ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK PISANG MARBLE SUSU
Resepi asal adalah dari Ros Jintan Manis..jom la kita semak resepinya dibawah ni pula..

RESEPI: KEK PISANG MARBLE SUSU
SUMBER: ROS JINTAN MANIS
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula
1/2 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
4 biji pisang masak ranum
2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
secubit garam
Esen vanila/pisang - aku guna esen pisang
Sedikit choc emulco/serbuk koko
3 biji telur

CARANYA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Pisang dilenyek dan campur garam. Ketepikan.
  3. Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan pisang lenyek dan minyak masak. Kacau sebati.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan susu segar dan esen pisang.
  5. Kacau sebati guna spatula atau senduk kayu.
  6. Ambil 2 sb aduanan dan campurkan coklat emulco/serbuk koko. Kacau sebati.
  7. Tuang adunan dalam acuan. Curah adunan coklat dan lorek guna garfu.
  8. Bakar suhu 170' c selama 60 minit.
-Selamat mencuba-
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Buat hidangan minum petang pun sedap ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Baiklah, sampai jumpa lagi di entri yang lain pula ya..thanx sudi baca entri ni..see ya..-wasalam-

DAPAT FM DARI CHEQ SUE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai semuanya..selamat malam dan kembali bersua lagi untuk entri malam ini..malam ni mau cerita pula pasal FM yang aku terima tadi dari sorang rakan blogger iaitu Cheq Sue by Pos Express..sebenarnya kemarin lagi surat ni sudah sampai sebab ada staff dari pejabat pos tu call bagitau yang ada surat pos express dan dia suruh datang sana dan ambil..cuma baru hari ni baru berkesempatan ke sana ambik surat ni..tu pun My dad yang tolong ambik..hehe..kebetulan masa ambik Waie balik sekolah tadika tenghari tadi..pejabat pos tu dekat dengan sekolah..

Apapun, aku memang rasa seronok dan happy dapat FM ni..aku pun tengah mengumpul koleksi fridge magnet ni..tapi belum banyak..ada tu yang beli sendiri, ada pula ole-ole adik ipar dari Kuching, Sarawak dan Perth, Australia..kali ni dapat dari Cameron highland dan Vietnam pula..suka sangat..terima kasih banyak Cheq sue.. ^_^


Ceritanya boleh dapat FM ni sebab aku adalah antara 3 orang pengomen terbanyak di blog beliau selain dari Kak Amie ( Amie Little Kitchen ) dan Nur Hayati ( Cahaya Hidupku )..memang nda sangka juga..memang kalau aku ada masa blogwalking ke blog teman-teman..aku akan tinggalkan komen..rezeki la ni..alhamdulillah.


 Cantikkan..


Aku memang suka ke blog Cheq Sue ni..sebab macam-macam entri yang dikongsikan..antara yang aku suka tengok adalah masakan dan fotografi..so, teman-teman pun boleh la berkunjung ke blog beliau pula di chequesuechekgu.blogspot.com..

Apapun semoga persahabatan kita di alam maya ni berpanjangan..

Okey la sampai sini saja dulu ya entri aku pada malam ni..jumpa lagi..sekian.

#1 TOPUP GIVEAWAY CONTEST

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhir-akhir ni macam terajin pula join giveaway atau segmen..kalau korang minat..boleh la join sama..senang ja pun..

http://addeenclosets.blogspot.com/2014/02/1-topup-giveaway-contest.html

Hadiah-hadiah yang menarik kepada peserta bertuah:

  • Top Refferal - Topup bernilai RM15
  •  Saguhati - Topup bernilai RM 5 x 3 pemenang

APAM GULA HANGUS & APAM ISABELLA UNTUK KENDURI TAHLIL

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Terima kasih banyak pada anda semua yang sudi berkunjung ke blog SRC ni..follower pun nampaknya bertambah sikit..tq ya sebab follow blog ku yang tidak seberapa ni..apapun, aku sangat-sangat menghargainya..maaf kalau nda 'follow back' sebab ada sesetengah tu tiada 'link'..

Baiklah, malam ni aku mau berkongsi dengan kalian semua mengenai entri Apam gula hangus & Apam isabella yang aku buat untuk kenduri tahlil kelmarin..mama minta aku buatkan kuih ni untuk diberikan sebagai sedikit sumbangan untuk kenduri tersebut..kuih ni diberikan pada dua kenduri tahlil yang berasingan dan untuk orang yang berbeza..2 orang saudara terdekat kami meninggal..yang pertama tu sepupu 2x my dad..meninggal akibat tekanan darah yang sangat rendah..selain tu mempunyai penyakit lain iaitu diabetes dan masalah buah pinggang..meninggal seminggu yang lalu..yang kedua tu pun saudara juga meninggal 3 hari yang lalu akibat penyakit jantung..apapun, semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin..Al-Fatihah..

Ni antara sedikit sumbangan kuih apam yang kami berikan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM GULA HANGUS
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM ISABELLA & APAM GULA HANGUS

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat saiz small sebab masa tu mood rajin tiba-tiba datang pula..nampak comel kan buat kecik-kecik..hehe..angkat bakul sendiri..^_^

Kalau ada yang minat mau menempah, sila la email kami atau terus saja hubungi talian ini ya..012-8244251 ( bbwana )sms/call/whatsApp..tq


SOTONG GORENG TEPUNG

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat malam..

Bersua lagi kita pada malam ni..siang tadi agak sibuk sedikit untuk menulis..so, malam ni boleh la kongsikan entri menu makan malam yang aku buat semalam iaitu Sotong goreng tepung..suka makan?sapa la yang nda suka makan kan..sedap bah tu..heheh..kalau makan di luar harganya boleh tahan tapi rasanya nda cukup minta sepiring..kadang-kadang tu rasanya nda berapa kena pula dengan selera..adei, baik lagi buat sendiri kan..selain puas hati dan dapat la makan banyak-banyak..huhu..

Memandangkan ada sotong fresh yang baru dibeli maka jadilah plan aku membuat sotong goreng tepung ni..sebelum ni pernah buat tapi aku maukan resepi yang simple tapi sedap maka aku google resepi..dan akhirnya aku ingin mencuba resepi yang dikongsikan oleh Kak ina@ZalinZalina..tengok gambar cantik dan menggiurkan..so, mau cuba buat..lagipun resepinya sangat simple dan yang penting masa masak tu tidak la meletup-letup macam orang yang beperang di dapur..haha..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
SOTONG GORENG TEPUNG
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hasilnya memang aku suka sangat dengan sotong goreng tepung yang aku buat kali ni sebab menjadi macam yang aku inginkan..ranggup dan sedap.. yang penting nda perlu mau buat perisai dengan tudung periuk ka apa..hehe..^_^..kredit diberikan pada kak ina sebab sudi kongsi resepi yang sedap dan simple ni..aku ingin panjangkan resepinya di sini pula dengan teman-teman semua..jom semak..

RESEPI: SOTONG GORENG TEPUNG
SUMBER: KAK INA@ZALINZALINA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Sotong secukupnya - di potong bulat, basuh, bersihkan, tos dan lap sotong hingga kering ( elak sotong meletup masa menggoreng )
Telur secukupnya - dikocok ( aku guna sebiji ja )
Tepung gandum secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa ( aku guna cukup rasa Maggi )
Ajinamoto - jika suka

CARA:
- Sotong yang telah dikeringkan tadi di gaul dengan garam dan serbuk perasa. 
- Lumur sotong dengan tepung kemudian celup dalam telur dan lumur lagi sekali dalam tepung. ( pastikan semua bahagian dilumur dengan tepung untuk mendapatkan sotong yang ranggup ).
- Goreng sotong dalam minyak yang panas hingga keperangan.
- Sedia dihidangkan.

-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap tau..kalau nda percaya cuba la sendiri..hehe..aku makan semalam sampai berebut sekali dengan Putri dan Waie..haha..

Okey la teman dan pengunjung semua, thanx sebab berkunjung ke sini dan baca entri hingga habis..jumpa lagi..chow dulu..mata ni mengantuk la pula..huhu..sekian.

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST CIKSITI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..pagi-pagi lagi aku join segmen pencarian bloglist yang dianjurkan oleh CikSiti..kalau teman-teman teringin nak join sila kan la ya..


Assalamualaikum


TAMAT : 28 February 2014





KEK NESCAFE

Hai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mood mau mengupdate agak ke laut hari ni..penyakit 'M' dapat menyerang..huhu, rasa malas mau menghadap laptop tu..mungkin cuaca yang agak panas hari buat timbul perasaan malas tu..hihi, petang-petang macam ni suhu panas sudah berkurang so baru ada mood sikit mau buat entri..^_^

Baiklah, untuk petang ni aku mau kongsikan dengan kawan-kawan dan pengunjung SRC tentang entri kek yang aku sudah buat beberapa minggu yang lepas..hari ni baru dapat kongsikan dengan anda semua iaitu Kek Nescafe..resepi asal adalah Indocafe Cake yang dibuat oleh Kak Fiza@ Fiza's Cooking..memandangkan aku guna nescafe maka aku ubah ja la nama kek tersebut..apapun, bahan yang lain masih lagi sama macam yang Kak fiza buat..thanx ya kak share resepi ni..untuk info lanjut boleh tengok resepi ni dalam Majalah Aroma Edisi oktober 2013..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK NESCAFE
Tekstur kek agak lembut juga..wangi dengan aroma nescafe masa bakar tu..em..best makan kek ni sebagai hidangan minum petang..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni memang sedap dengan taburan coklat cip dan kepingan badam di atasnya..lagi best kalau ada coklat cip di dalam kek..lain kali mau bubuh pula di dalam..hehe..selain tu ada nestum juga..memang sedap..di bawah ni aku kongsikan resepinya. Jom semak..

RESEPI: KEK NESCAFE / INDOCAFE
SUMBER: FIZA'S COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
150 g gula halus
200 g mentega/marjerin
3 biji telur gred A
200 g tepung gandum
50 g nestum ( original )
3 sb susu pekat manis
1 sk ovallete
1 sk baking powder
1 sb serbuk indocafe/nescafe
Taburan badam cincang - optional
Coklat cip- optional

CARANYA:
  1. Pukul gula, ovallete dan marjerin hingga kembang.
  2. Masukkan te;ur pukul dan masukkan tepung gandum, baking powder serta pukul lagi.
  3. Masukkan pula nestum, susu dan serbuk indocafe/nescafe. Pukul hingga sebati.
  4. Sediakan loyang bersaiz 8 inci/7 inci. Sapukan marjerin dan alas dengan baking paper.
  5. Masukkan adunan dalam loyang dan tabur badam cincang dan coklat cip. ( kalau suka, boleh bubuh coklat cip dalam adunan ).
  6. Bakar pada suhu 150 C - 160 C selama 45 minit guna api atas bawah.
  7. Setelah sejuk, boleh potong dan hidangkan.
-Selamat mencuba-
 

 Sebelum masuk oven..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semua, sampai sini la dulu ya..sampai jumpa lagi kita di entri yang seterusnya pula..babai, sekian.

FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA

http://xxofia.blogspot.com/@izni sofia

Assalamualaikum..

Saya join GA yang dibuat oleh Izni sofia..hadiah menarik dan mahal..kalau korang minat dan mau join sila la klik banner ya..

CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat malam semuanya..hari ni lambat sikit update blog..kurang sihat sikit la..asyik bersin ja dari semalam..last-last hari ni selsema..susah mau bernafas sebab hidung ni dua-dua tersumbat la pula..huhu..tapi sakit-sakit pun masih lagi boleh senyum sepanjang hari ni..apa ndanya, br1m 3.0 sudah masuk akaun..happy la kan..syukur alhamdulillah..boleh la buat belanja..yes!!..^_^.

Okey la, malam ni aku mau siarkan entri tempahan kek lagi yang di tempah oleh sepupu iaitu Cyah untuk mama mertuanya, makcik aku juga ( Pn. Nafsiah @ angah ) yang menyambut birthday sekaligus hari pencennya dari jadi cikgu iaitu pada 14 februari yang lepas..senang mau ingat tarikhnya kan..sebab tu adalah hari valentine..tapi, kita yang beragama islam ni nda payah la mau sambut valentine-valentine ni kan..tiada maknanya pun..kalau mau sambut hari kekasih ni, nda payah la mau tunggu 14 februari..hari-hari pun boleh sambut dengan orang yang kita sayang kan..hihi..

Untuk kek, cyah request Chocolate fresh cream cake..sambut pun ala kadar dan simple-simple..jom tengok gambar..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
 CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
JENIS KEK: KEK SPAN COKLAT
LAYER & DEKO: FRESH CREAM PERISA COKLAT
HIASAN: COKLAT GANACHE & ANGGUR
 BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku deko pun simple-simple ja..kira mau hias dengan maraschino cherries, tapi aku tiada stok pula..kebetulan masih lagi ada lebihan buah anggur masa aku buat fruit cocktail cake hari tu, so letak la atas kek..hihi..okey la juga kan..Apapun, happy birthday to Angah dan selamat pencen..lepas ni boleh la join kami bisnes pula..heheh..


Ni gambar kek sebelum tiup lilin..sambut ni pun hanya keluarga terdekat ja yang ada..buat di rumah wawa ajah, tiada masak menu yang special sebab memang nda plan mau celebrate..cuma beli goreng pisang ja..hehe, ok la tu kan..memandangkan hari sudah lewat petang so, aku pun memang nda sempat mau snap gambar ramai-ramai macam selalu..dapat snap ni ja..huhu..yang nampak pun tangan-tangan comel anak buah yang nda sabar mau potong kek..adeii..


 Rupa kek selepas di potong..ni pun nasib baik sempat snap gambar baki kek, sebab kek ni banyak yang suka makan..aku pun makan sampai dua slice..haha, apalah kan 'baker' pun ikut juga melantak sekali..bukan apa, best bah makan ramai-ramai ni, berebut lagi tu..huhu..rasa kek ni memang sedap dan nyaman..rasa macam aiskrim coklat..em, nyum-nyum..serius sedap..feedback yang aku dapat semua suka dan puji rasa kek ni..syukur la.


Kalau ada yang berminat untuk menempah, sila la hubungi no yang tertera ni ya, 012-8244251 ( bbwana ) - call/sms/whatsApp..tq.

Thanx sebab baca entri hingga habis..jumpa lagi..aku mau rehat dulu..bye, wasalam.


ORDER KEK BIRTHDAY: FRUIT COCTAIL CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Salam manis dan ceria diucapkan pada semua..terima kasih banyak-banyak pada semua teman dan pengunjung yang masih rajin jenguk dan komen blog SRC walaupun entri belum lagi bertukar..sokongan kalian semua amatlah aku hargai..kesibukkan menyiapkan order buat aku nda berpeluang mau update blog..

Okey la pada petang ni aku mau tayang kek birthday yang diorder oleh customer iaitu Ms. Natasha Adirah..dia order Fruit cocktail cake seberat 2 kg untuk ulangtahun pakciknya..apapun, thanx ya sebab tempah dengan kami..harap Ms. Natasha puas hati dengan kek ni..

Jom layan gambar kek..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
FRUIT COCKTAIL CAKE
 FRUIT COCKTAIL CAKE
LAYER & DEKO: FRESH CREAM
HIASAN: ANGGUR, LIMAU MANDARIN, FRUIT COCKTAIL & COKLAT GANACHE
BERAT: 2 KG
HARGA: RM 70

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pada sesiapa yang berminat untuk menempah kek atau apa saja produk kami, sila hubungi talian yang tertera ni ya, 012-8244251 ( bbwana ), anda boleh sms/call/whatsapp..tq

Sekian saja dulu entri aku untuk hari ni..jumpa lagi..dadaaa,..

SPAGHETTI CARBONARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersua lagi kita pada hari ni..hari ni cuaca mendung dan hujan lagi di sini..apapun, tetap bersyukur diturunkan hujan sebab ada di tempat lain sekarang ni musim kemarau dan cuaca yang sangat panas menyebabkan  permintaan terhadap kipas angin macam 'pisang goreng' panas..

Baiklah, pada petang hujung minggu ni aku mau kongsikan pula entri mengenai Spaghetti Carbonara yang aku buat baru-baru ni..tiba-tiba tekak ni teringin betul mau makan..huhu..so, daripada asyik bepikir dan telan liur nanti ada pula yang kempunan kan..haha, maka bila sudah beli bahan-bahan..aku buat la spaghetti yang sangat sedap dan simple ni..hanya gunakan prego dan tambah beberapa bahan lain ja pun sudah menjadi dan siap..^_^

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
SPAGHETTI CARBONARA
Memang sedap rasa spaghetti carbonara ni..sangat berkrim..slurpp..nyum-nyum..selain tu aku juga sukakan spaghetti marinara..sebab inilah spaghetti pertama yang aku cuba makan dan lepas tu aku mula jatuh cinta dengan rasaanya.

Sini aku mau share resepi dengan kawan-kawan semua..

RESEPI: SPAGHETTI CARBONARA
SUMBER: CIK EPAL06
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Prego carbonara mushroom
Spaghetti
Fresh shitake mushroom - aku x letak
Daging ayam kisar - x letak
Sosej ( direbus ) - didadu
1/4 kotak fresh milk
Parmesan cheese
Bawang besar - dicincang halus
Bawang putih - dicincang halus

CARANYA:
  1. Rebus spaghetti. Letak minyak 2-3 sudu dan bubuh sedikit garam.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih. Masukkan prego, mushroom, daging kisar, sosej dan kacau. Masuk sedikit air dan parmesan cheese.
  3. Gaul dan letak susu. Tuang atas spaghetti
  4. Dah siap untuk dihidangkan.
-Selamat mencuba-





 Senang ja kan..budak sekolah rendah pun boleh buat jugak..hehe..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Paling best makan spaghetti ni masa panas-panas baru sedap kan..kalau sejuk, kurang nikmat..lepas tu minum pula milo ais float..letak serbuk milo banyak-banyak di atasnya..bahagia rasanya bila dapat makan yang diinginkan..syukur alhamdulillah..

Okey la kawan-kawan..sampai sini saja dulu..jumpa lagi di entri yang lain pula..bye..

ORDER APAM POLKADOT VERSI BAKAR UNTUK HANTARAN

Hai,

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Selamat cuti hujung minggu diucapkan buat teman-teman dan pengunjung semuanya..kemarin aku sibuk sangat menyiapkan tempahan kek birthday dan apam..jadi memang nda sempat mau update blog sebab badan terlampau penat..nda larat mau menghadap laptop dan menaip..hehe..

Hari ni cuaca mendung saja di sini..mungkin hujan mau turun..nampaknya banjir di beaufort bertambah buruk bila hujan turun di kawasan Keningau dan Tenom menyebabkan air sungai padas melimpah dan mencapai paras bahaya melebihi 10 meter..banyak tempat dinaiki air termasuk la pekan beaufort, beberapa buah kampung dan sekolah..banyak pusat pemindahan telah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir..anggota SMART juga bertugas menyelamatkan mangsa banjir. Kereta yang kecil memang la nda boleh lalu sebab air naik paras pinggang dan hanya lori dan beberapa kereta jenis hilux boleh lalu..tu pun mungkin orang yang nda sayang kereta..banjir yang menyebabkan banyak tempat terputus hubungan..dikatakan banjir terburuk dalam sejarah..selain beaufort, kawasan tenom dan keningau juga banjir teruk..apapun, marilah kita sama-sama berdoa moga air banjir cepat surut dan keadaan pulih seperti biasa..amin..

Okey la terus kepada entri hari ni iaitu Order Apam Polkadot yang ditempah oleh sepupu iaitu Rina untuk dijadikan hantaran pertunangannya dan untuk hidangan kepada tetamu yang hadir..dia request apam polkadot versi bakar..sebenarnya aku belum pernah lagi buat bakar ni sebab selalu kukus ja kan..so, ikut ja la macam yang di request oleh rina..apapun, alhamdulillah menjadi dan rasanya hampir sama macam kukus cuma tekstur apam macam cupcake..sangat moist..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cuma bagi pendapat aku, aku lebih suka versi kukus punya..sebab kalau bakar ni kaler apam tu akan berubah menjadi keperangan..so, kaler apam tu jadi nda berapa cantik..tapi ni kan request customer so ikut ja la..hihi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Color tema adalah biru purple..aku bubuh filling coklat, strawberi dan blueberi..box apam ni pula aku minta tolong Kak Adi gubahkan untuk aku..tqvm sis, cantikkan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Yang ni pula ditempah untuk hidangan pada tetamu yang hadir..banyak juga kuih/muih yang dihidangkan pada hari tu tapi aku nda  sempat ambik gambar..


Rina yang berbaju biru duduk atas pelamin yang sama kaler juga dengan baju..bersama barang hantaran dari pihak perempuan dan juga lelaki..apapun, tahniah diucapkan pada rina dan tunang..rombongan lelaki datang naik speed boat ke sini dari w.p labuan..

 Tersenyum gembira rina..


Sesi bergambar lepas sarung cincin..bergambar bersama mamanya yang berbaju biru, makcik dan ibu si tunang..hehe..

Okey la, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..thanx ya sudah baca entri hingga habis..jumpa lagi, sekian.



THE BEST CHOCOLATE BROWNIES & ORDER CHOC.BROWNIES

SALAM SEJAHTERA..

Hai, selamat malam semuanya..

Baiklah untuk malam ni aku mau kongsikan pula mengenai brownies..sekarang ni aku sudah mula jatuh cinta dengan brownies..aku suka mencuba resepi brownies yang baru aku dapat..aku suka dengan rasa dan pelbagai jenis brownies samada yang ada topping coklat atau tambah dengan cheese atau hanya tambahkan kekacang..menyediakan brownies pun agak mudah..

Kali ni aku buat The best chocolate brownies hasil aku intai blog Kak Fiza @ Fiza's cooking..thanx ya kak kerana berkongsi resepi. Resepi asal pula dari The frugal chef..apapun, brownies ni memang sedap..pekat dengan rasa coklat dan teksturnya yang kenyal..paling best makan panas-panas lepas keluar dari oven..rasanya memang mantap..kalau nda percaya, korang harus cuba ya..rasanya memang best macam nama brownies ni juga..hehe..^_^


http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
THE BEST CHOCOLATE BROWNIES

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Jom kita lihat resepinya pula..mohon izin aku panjangkan resepinya di sini ya..

RESEPI: THE BEST CHOCOLATE BROWNIES
RESEPI ASAL: THE FRUGAL CHEF
SUMBER: FIZA'S COOKING
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
4 biji telur
2 cwn gula kastor
2 sk esen vanila
1 cwn mentega cair

BAHAN B:
1 1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung gandum
1 sk garam
Almond nib - optional
Walnut - optional
Coklat cip - aku tambah

CARANYA:
  1. Gris loyang dengan mentega dan letak baking paper.
  2. Dalam mangkuk, pukul telur hingga pucat. Masuk gula kastor dan pukul lagi.
  3. Masukkan esen vanila dan mentega cair. Kacau.
  4. Masukkan serbuk koko, tepung gandum dan garam. Putar sekadar tercampur saja.
  5. Masukkan almond, walnut dan coklat cip.
  6. Tuang adunan dalam loyang dan bakar dalam suhu 180 C selama 45 minit.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Senang ja kan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey yang aku pek ni pula brownies yang sama aku buat..sebenarnya ni adalah brownies percubaan..buat pun saja-saja try resepi..oleh kerana banyak dan memang nda boleh habiskan di rumah..so, macam biasa aku bagi dengan makcik, sepupu dan anak buah aku makan..nda sangka pula dorang suka makan..hihi..ni yang aku suka ni bila makanan atau kek atau apa yang aku buat disukai ramai dan habis pula tu..syukur la..


Yang ni pula di order oleh sepupu, lepas merasa brownies yang aku bagi dorang tempohari buat dia teringin dan ketagih mau makan..so, gara-gara teringin punya pasal..sanggup order brownies yang sama untuk dorang bawa balik..thanx banyak-banyak..family aku adalah supporter aku yang paling terbaekk..selalu lepas rasa apa yang aku buat selalunya dorang akan order..termasuk la kek-kek birthday..tqvm..aku sayang korang semua!!


So, kalau anda juga berminat untuk menempah brownies atau sebarang produk kami, sila la hubungi kami menerusi email atau talian telefon ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp..tq

Thanx ya datang sini dan baca entri hingga habis..babai, wasalam.