TEMPAHAN KELUPIS & CUTI-CUTI MALAYSIA PART 1 @ TM RESORT & MESILAU, KUNDASANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersiaran pada malam ni..ni merupakan entri penutup bagi tahun 2013..kurang beberapa jam  lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2014..terasa masa tu berjalan dengan pantas..sedar nda sedar 2013 bakal melabuhkan tirainya..sudah pasti apa yang sudah berlaku sepanjang tahun ni banyak meninggalkan kenangan manis dan tidak kurang juga kenangan pahit pada kita semua..begitu juga dengan aku..macam-macam yang sudah berlaku pada tahun ni..ada yang suka ada pula yang duka..untuk kenangan pahit aku ingin singkirkan jauh-jauh..yang penting untuk tahun 2014 aku akan terus maju melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang..ingin terus menjadi lebih baik dari sebelumnya  dan mau lebih fokus pada bisnes ..semoga 2014 menjadi tahun yang lebih bermakna..amin.

Okey la, sebelum cerita tentang entri cuti-cuti, aku ingin siarkan gambar order kelupis..sebanyak 150biji kelupis kosong di order bersama kuah kacang. Tempahan adalah dari Ms. Marilyn dari Penampang..thanx ya sebab order dengan kami..harap berpuas hati la hendaknya ya..

KELUPIS KOSONG
Baiklah, cuti-cuti Malaysia kali ni memang sudah di rancang agak lama dengan keluarga..seramai 24 orang kami semuanya..14 dewasa dan 10 orang pula budak-budak dari umur 8 tahun - 1 tahun..bayangkan meriah dan 'havoc'nya percutian kami kali ni dengan konvoi 5 buah kereta..best berkumpul dan dapat bercuti bersama..dapat kumpul dengan sepupu-sepupu, makcik dan anak-anak buah..hehe..percutian selama 3 hari ke destinasi yang berlainan sememangkan memenatkan tapi memang best giler la..destinasi pertama yang kami pergi adalah kundasang dan kami bermalam di TM Resort, Kundasang..tempatnya memang sangat cantik dan berbaloi dengan harga yang kami bayar..ala-ala rumah 2 tingkat dan ada 2 bilik..sesuai la dengan bilangan kami yang ramai ni..huhu..

TM RESORT, KUNDASANG

TM RESORT, KUNDASANG
Ni view dari rumah yang kami tinggal..cantik dan sejuk betul la..tempatnya sentiasa ada kabus..so, memang sejuk..tiada aircon..pakai kipas ja tapi sejuknya mengalahkan pakai aircon..bilik langsung tiada kipas..sejuk gila-gila..tidur pakai sweater dan selimut pun masih kesejukkan..hihi.. bagi yang mau merasa 'natural air' di sini la tempatnya..mau mandi pun malas rasanya sebab sejuk dan kebetulan 'water heater' pula rosak..alahai, mandi pun nda mau lama-lama..mengigil! Kalau tiada kabus boleh la nampak gunung kinabalu..subhanallah..memang cantik ciptaan Allah..lokasi tempat ni adalah berdekatan dengan Pekan Kundasang..dekat juga tempat jualan sayur-sayuran, bunga dan buah-buahan yang sering jadi destinasi tumpuan pelancong..so, senang la kalau mau cari makan dan tengok kawasan sekitar..


View dari luar resort ni..ruang parking yang luas..sempat lagi snap gambar binatang ni..rupa macam lipan tapi bukan lipan..ada yang cakap ni 'gonggok' tapi saiznya luar biasa dari yang biasa..mungkin la kan tempat yang sejuk ni bukan tumbuhan ja yang unik tapi binatangnya pun sama..hehe..


Ini sebahagian rupa dalam rumah yang aku snap..kalau mau masak ada dapur serta disediakan peti sejuk..bestla!
 Putri & Waie antara yang paling seronok dan gembira bila dapat bercuti dengan sepupu-sepupunya..

 Mama dengan adik beradiknya..makcik aku la tu kan..hihi..dari kiri wawa ajah, mama dan angah..paling hujung tu pun sibuk juga ikut begambar kan..haha..

 Tengok la macam-macam posing ada..hehe..

 Putri, fatiha dan damia..dorang seram sebenarnya mau begambar dekat pokok yang ada rupa tu sebab aku cakap mulutnya tu pandai makan tangan kalau masukkan tangan dalam tu..haha..

 posing di laman depan rumah ( resort )
sebahagian dari anak-anak buah.. dari kiri ijam, waie, putri, adib, dhiyan dan damia..
 ni gambar family aku..mama, my dad, my sis, waie, putri dan aku..
Ni lepas check out..mau bergerak ke destinasi seterusnya, sandakan..hanya sebahagian dari kami yang ada dalam gambar..

Gerai jualan sayur, buah dan bunga, Kundasang


Antara bunga-bunga segar yang di jual di sana..cantik kan..sempat juga snap buah strawberi..

 Jumpa buah yang namanya sangat unik iaitu buah cinta..baru pernah nampak..nda beli pun..posing ja..hihi..

Kundasang War Memorial

Kundasang war memorial merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi..untuk masuk ke sana perlu bayar rm2 untuk dewasa..anak-anak free ja..

 Tempat ni nda boleh pijak rumput..ni tunggu turn mau begambar dekat tugu peringatan..

Desa Diary Farm, Mesilau

 Tempat yang menarik dan dikatakan 'New zealand Malaysia'..best juga datang sini..nasib kami kurang baik masa datang sana tempohari sebab semua lembu tiada  di kawasan padang ragut sebab tengah dimandikan dan perah susu..apapun, dapat la juga beli 'fresh milk' di sana..
 Kawasan padang ragut yang sangat luas..cantik kan..ku lihat hijau ja..sejuk pula tu..best..best! heheh..


Dorang ni paling suka bergambar..asyik depan kamera ja..hihi..

Kinabalu Park

 Background kabus ja..sebab masa datang petang sudah memang banyak kabus..so, gunung kinabalu memang nda nampak..huhu..

 Waie dan aku..wajah yang kepenatan..

Okey la semua, bukan main panjang pula entri aku kali ni..akan bersambung pula entri cuti-cuti part 2@ Sandakan..aku mau tidur ni..sudah mengantuk..malas mau countdown..tidur lagi syok..hihi..
jumpa lagi..

"SELAMAT TAHUN BARU 2014"

-Wasalam-






WEDDING ANIEM & SYAMSUL PART 2 @ TELUPID, SABAH.

Assalamualaikum dan selamat malam..

Hallo..kembali bersiaran pada malam ini..baru berkesempatan untuk menghadap laptop..siang tadi sibuk menyiapkan tempahan kek dan kuih-muih jualan..syukur la semuanya sudah siap dan sekarang ni masa untuk rilek-rilek sambil update blog..hihi..

Okey la, malam ni aku hanya mau tayang gambar-gambar majlis perkahwinan sepupu iaitu Aniem & pasangannya Syamsul part 2..kali ni majlis diadakan di tempat pengantin lelaki pula iaitu di Telupid.. sebab sebelum ni yang aku siarkan tu majlis diadakan di kediaman pengantin perempuan di Sipitang..


Majlis di buat di Dewan Institut Perhutanan Telupid..memang meriah la majlis kahwin sepupu di sana tu..kami sebagai keluarga paling dekat dengan pengantin perempuan memang pergi la ke Telupid bagi meramaikan dan memeriahkan lagi majlis sepupu di sana..sebenarnya memang jauh la jarak Sipitang-Telupid..lebih kurang 6 jam masa perjalanan..letih juga duduk dalam kereta 6 jam tu..tapi, best juga sebab dapat tengok tempat orang dan tengok adat dan budaya masyarakat di sana tambahan lagi pengantin lelaki berbangsa jawa manakaala sepupu berbangsa brunei..so, jawa vs brunei la ni..heheh..cantikkan pelaminnya..betul-betul jadi ratu dan raja sehari..


 Ini pula adalah majlis makan beradab..sempat lagi posing kan.

Mau cerita sikit, memang lain la budaya kahwin masyarakat di sana ( Telupid ) sebab majlis kahwin selalunya di adakan pada sebelah malam sekitar 7 malam-12 tengah malam. So, memang mengantuk la masa pegi majlis kahwin malam tu..yalah biasa tidur dalam 10.30 sudah baring dalam bilik..gara-gara nda tahan dan anak-anak buah pun sudah mengantuk dan kepenatan maka sekitar jam 10malam kami sudah chow dari sana..lagipun esok harinya kami perlu bangun awal untuk balik ke Sipitang semula..bersedia untuk perjalanan yang panjang..


Mama dan my dad pun ikut duduk semeja dengan pengantin bagi makan beradab..

 Ini pula persalinan kedua pada majlis malam tu lepas makan beradab..
 Ini kek kahwinnya..cantik kan..
Acara potong kek dan suap-menyuap kek antara pengantin perempuan dan lelaki..hehe, nampak malu-malu kucing la pulak..
Antara menu yang dihidangkan pada tetamu pada malam tu..sempat lagi aku snap gambar sebelum makan. Antaranya ayam masak dengan cendawan, sweet & sour fish, sayur campur, rendang daging dan kari ayam..malam tu aku layan ayam masak dengan cendawan dan sayur campur ja..

 Antara makanan yang turut dihidangkan mini apam polkadot, mini coklat cupcakes dan kek sarang semut..

 Sebelum makan, posing dulu..1,2,3..


Pandai betul anak-anak buah aku ni posing depan kamera..hihi..sweet la sangat kan..dari kiri putri, dhiyan dan waie..

Okey la, berakhir sudah entri mengenai majlis kahwin sepupu aku..insyaallah aku akan masukkan pula entri cuti-cuti Malaysia kami ke kundasang & sandakan..thanx sebab berkunjung ke sini dan baca entri hingga habis..sampai jumpa lagi..goodnite semuanya..-wasalam-

TEMPAHAN KEK KAHWIN & WEDDING ANIEM & SYAMSUL PART 1 @ SIPITANG, SABAH.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat petang di ucapkan pada kawan-kawan dan pengunjung setia blog SRC..terima kasih ya atas kunjungan dan sokongan anda terhadap kami..cuaca yang mendung dan hujan yang turun renyai-renyai pada petang ni buat rasa badan jadi malas dan mata mula mengantuk..memang best dapat tidur-tidur time macam ni kan tapi sebelum aku tidur..aku mau kongsikan dengan anda semua tentang entri tempahan kek kahwin dan serba sedikit majlis perkahwinan sepupu aku iaitu Aniem & Syamsul..

Okey la, sebenarnya kek kahwin ni memang sudah agak lama juga Aniem tempah dengan aku..memang sudah lama bagitau tentang order ni cuma dalam 2 minggu sebelum majlis kahwin, baru confirmkan apa flavour dan krim untuk kek..aku pun bila sudah awal bagitau tentang tempahan memang ready la beli barang-barang kek yang diperlukan..untuk kek, Aniem order 2 jenis kek buttercream yang berlainan perisa  iaitu Kek coklat moist (2kg) dan Kek red velvet (1kg).Selain tu, aku juga berikan free Coklat moist cupcakes atas pilihan pakej kek yang telah direquest..

 1. Kek coklat moist ( 2kg )
Filling & layer: coklat ganache & blueberi filling
Deko: buttercream
Hiasan: bunga gum paste
2. Kek red velvet ( 1kg )
Filling & layer: blueberi filling & buttercream
Deko: buttercream
Hiasan: bunga gum paste, patung kahwin
3. Cupcakes coklat moist ( 25 pcs )
Deko: buttercream
Hiasan: Tag nama pengantin dan sweet red cherry

Bagi aku kek kahwin yang aku buat ni banyak cabarannya..selain buat kek, pada hari sebelumnya aku sudah bertungkus-lumus menyiapkan 1000pcs kuih-muih..kemudian, lepas siap acara malam berbedak/berinai tu baru aku buat kek dan cupcakes ni..memang penat gila masa tu tapi aku harus juga siapkan tempahan kek kahwin ni sebab mau guna pada keesokkan harinya..maka 'baking' kek, oven pula buat masalah sebab api bawah nda mau panas-panas..terpaksa my sis Liza tolong pergi rumah makcik ( Ucu ) pinjam oven dengan dia..tq my dear sis Liza dan Ucu..syukur selesai satu masalah..masa deko kek red velvet masalah baru pula yang timbul..buttercream tu susah mau dilepa..aduhai, masa deko rvc ni memang berjam-jam aku cuba untuk kemaskan sapuan atas kek tapi sukar mau dikemaskan..ada saja yang nampak hodoh..tulah padan dengan muka aku sendiri sebab buat buttercream ikut resepi baru..konon-konon mau mencuba..haa, tulah padahnya kan..huhu..jam sudah masuk jam 3pagi..mata sudah mengantuk gila dan badan letih yang teramat..aku berdoa dan cuba tenangkan diri untuk buat kemasan yang cantik untuk rvc tu..alhamdulillah menjadi juga..dan aku buat keputusan untuk deko kek coklat moist pada esok harinya..nasib baik cupcakes aku sudah deko..fuhh..


Esoknya aku berjaya deko kek coklat moist dengan menggunakan resepi buttercream yang aku selalu buat..dan alhamdulillah siap pada jam 9pagi..memang aku tarik nafas lega sangat-sangat.so, lepas tu aku mandi dan bersiap-siap untuk pergi ke majlis kahwin sepupu aku tu sebab bertugas bagi 'doorgift' pada tetamu yang datang..nasib baik la rumah dekat..sebelah rumah ja pun.. hihi..oleh kerana memang aku kelam-kabut untuk ke majlis kahwin tu menyebabkan aku sampai lupa ambik gambar kek yang aku buat ni sebiji-sebiji..adeh, so maaf la ya..ini ja yang sempat aku snap..ok la tu kan..

 Majlis memotong kek..harap Aniem puas hati dengan kek yang aku buat ni..segala kekurangan mohon dimaafi..
Selamat pengantin baru buat Aniem & Syamsul dan menempuhi alam baru..semoga kekal bahagia sampai ke akhir hayat..amin.
 Acara suap kek pasangan pengantin..


 Ini baju tema kami pada hari tersebut, peach..bergambar dengan pasangan pengantin..

 Antara orang yang bertanggungjawab jadi barisan hadapan pada hari tu..sambut tetamu..

Ini pula doorgift yang diberikan pada tetamu..sapu tangan yang di gubah menjadi lolipop dan cupcakes serta bunga aromaterapi yang dibubuh dalam mufin cup..comel kan..

Okey la, sampai sini saja entri pada hari ni..jumpa di lain entri pula..mau tidur dulu kejap..hihi..bye.-wasalam-





ORDER KUIH-MUIH & MAJLIS MALAM BERBEDAK/BERINAI ANIEM & SYAMSUL

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..good morning..

Lama rasanya tidak update blog kesayanganku ini..masuk seminggu entri tidak bertukar-tukar..aduhai..minta maaf banyak-banyak pada kawan-kawan dan juga semua pengunjung blog SRC..bulan ni boleh dikira pakai jari berapa kali ja aku update blog..huhu..bulan disember ni aku betul-betul sibuk dengan tempahan pelanggan yang agak banyak..syukur alhamdulillah dan sibuk dengan perkahwinan sepupu dan juga sempat jalan-jalan dengan family ke Kundasang, Sandakan dan Telupid..ceritanya akan aku masukkan dalam entri yang akan datang.

Okey berbalik pada tajuk entri di atas, pagi ni aku ingin kongsikan antara tempahan kuih-muih yang di tempah oleh Pakcik ( Hj. Sitam ) untuk anaknya ( Aniem ) sepupu aku, sempena majlis berbedak/berinai pada awal bulan disember yang lalu..memang banyak juga yang ditempah..dan semua kuih-muih tu aku dan mama bertungkus-lumus menyiapkan kalau tidak silap lebih dari 1000 biji semuanya..alhamdulillah semuanya siap dengan jayanya..walaupun agak penat tapi sangat hepi dan puas hati..

Jom layan gambar..

Antaranya adalah Apam isabella, Apam gula hangus, Apam Coklat, Kek Coklat urai, Kuih bakar pandan dan banyak lagi di bawah ni..



TAPAI NASI

JELURUT

KEK COKLAT PANDAN MARBLE

AGAR-AGAR MINI

WAJID NASI

APAM POLKADOT ( FILLING COKLAT, BLUEBERI,OREN & LEMON )

APAM GULA HANGUS

KELUPIS INTI UDANG

KUIH BAKAR PANDAN

KEK PISANG
Ini pula adalah gambar sepupu ( Aniem ) dalam majlis berbedak kecil..


 Majlis berbedak kecil dimulakan oleh pakcik iaitu bapa pengantin perempuan..


Di bawah ni wajah-wajah anak-anak buah dan sepupu yang menjadi Puteri Lilin pada petang tu.dorang ni bertugas pegang liliin masa bakal pengantin perempuan dimandikan oleh penganggun..dari kiri Putri, Nadhrah, Caca dan Atul..



 Ini adalah majlis nikah Aniem & Syamsul pada jumaat petang di kediaman pengantin perempuan..


 Pelamin nikah..cantikkan..


Ini pula majlis berbedak besar-besaran yang diadakan pada sebelah malam..nda banyak gambar pada malam tu yang aku sempat ambik sebab aku sibuk sangat bertugas urus kuih-muih..huhu..

Okey la, cerita ni akan bersambung di entri akan datang pula..so, thanx ya pada semua yang singgah sini dan baca entri sampai habis..sampai jumpa lagi teman-teman..bye..sekian.