Tempahan aneka kuih-muih

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sedar tak sedar hari ni adalah hari jumaat terakhir untuk bulan Februari..cepatnya masa berlalu kan..apapun, semoga hari-hari mendatang akan dijalani dengan penuh warna-warni..

Hari ni aku ingin siarkan entri tempahan kuih-muih sempena majlis kenduri doa selamat pakcik  (abang sulung my dad) pada 19 febuari bersamaan CNY hari tu..

Sebenarnya kenduri doa selamat ni diadakan sebab pakcik selamat keluar dari hospital setelah hampir sebulan di tahan di wad akibat bengkak kaki dan tak boleh berjalan..alhamdulillah..kini pakcik dah boleh berjalan seperti biasa tanpa menggunakan tongkat..

Jom jamu mata kuih-muih yang di tempah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Apam polkadot ( filling coklat dan blueberi )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kek coklat dan kek pisang

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Apam gula hangus(small) dan apam coklat (small)


Yang ni pula kuih-muih yag telah siap masuk dalam 'tapau' ataupun kami panggil 'campur' untuk diberikan pada tetamu yang hadir pada petang tu..


Ini pula juadah yang disediakan untuk 'disantap' tetamu..best!!! Ada sate ayam dan daging, ketupat dan lemang, kelupis dan kari ayam..kari ayam aku tak sempat nak snap..malangnya aku hanya dapat makan secucuk sate, kelupis dan kari ayam ja..huhu..sedih :(

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi ya dan babai..

TEMPAHAN/PERTANYAAN: HUBUNGI 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp
@ email: sweetred_cherry@yahoo.com
Tq






Dapat hadiah lagi!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tersenyum lebar aku bila dapat sampul surat pada petang selasa yang lalu..bila aku belek-belek, rasanya aku dah dapat teka siapa pengirimnya..

Siapakah???? Hehe..siapa lagi kalau bukan 'ratu kraf' kita..Kak Farrah MF..pemilik FAMF Tower..terima kasih banyak akak..

Labiu akak!!!! wana selalu teruja tau dapat 'something' dan 'homemade card' yang comel-comel dari akak..pasti wana simpan dengan rapi pemberian akak tu..


Kak Farrah dengan murah hatinya bagi 'something' pada aku dan beberapa teman yang lain sebagai penghargaan pada kami sebab rajin singgah famf tower sepanjang tahun 2014..

Semoga persahabatan kita terus terjalin dan semoga akak bertambah murah rezeki..amin.. :D

Apa yang best kalau korang lepak di Famf tower???

- ada perkongsian resepi mudah
- belajar perkataan baru  terutamanya bahasa inggeris
- ada tips/cara buat 'homemade card' yang sangat cantik dan comel
- ada perkongsian chord gitar
- dan banyak lagi
 
Pada yang belum berkenalan dengan kak farrah..sila la terjah tower beliau di sini >> famf-tower.blogspot.com<<

Okeylah, sampai jumpa lagi di lain entri..terima kasih kawan-kawan rajin singgah dan tinggalkan komen. Pada followers baru, terima kasih banyak-banyak semua..

Sekian, wasalam.

Pucuk ubi goreng belacan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan satu resepi yang berasal dari Sarawak. Hari tu tengah godek-godek resepi di LetsMasak, ternampak pasal pucuk ubi goreng ni..menarik!!! Sebab aku selalu makan masak lemak atau buat ulam ja..

Dah lama aku tercari-cari resepi ni sebenarnya sebab kalau tak salah aku pernah makan pucuk ubi ni masa kecik dulu bekas kakak ipar masak..sedap dan unik rasanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau korang pun nak cuba, mari lihat resepinya. Sangat simple..

RESEPI: PUCUK UBI GORENG BELACAN
SUMBER: redcarz.blogspot.com
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:

1 ikat pucuk ubi
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 batang serai, dititik
sedikit belacan
ikan bilis secukupnya
cili padi, banyak ikut suka
garam secukupnya

CARA:
  • Buang tangkai pucuk ubi dan bersihkan dengan air.
  • Tumbuk pucuk ubi hingga lumat. Jangan sampai hancur. Asingkan
  • Tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis, belacan dan cili padi.
  • Panaskan api, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau.
  • Masukkan pucuk ubi yang ditumbuk beserta garam.
  • Gaul sebati.
  • Tambahkan air jika perlu. Matikan api dan hidangkan.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Pucuk ubi segar baru petik dari ladang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tumis bahan yang telah ditumbuk

Ini pula resepi yang aku kongsikan di Letsmasak..
Pucuk Ubi Goreng Belacan

Kalau nak register di LetsMasak, sila klik sini>> register << 
Korang boleh earn point+redeem=dapat duit jika kongsi resepi atau tips..tak rugi join..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi semua..bye..

Sekian, wasalam.











Al-kisah jadi 'Babysitter'..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak cerita  kisah aku jadi 'babysitter' hari sabtu yang lalu..ceritanya kakak sepupu aku, Kak Adi minta tolong jagakan anak-anaknya, damia dan adib sebab pada hari tu dia ada hal penting yang perlu diuruskan dan tak mau bawa anak-anak..aku pun memang 'free' masa tu, jadi tak ada masalah aku tolong..hal kecik ja..lagipun, Kak Adi banyak tolong aku selama ni..apa salahnya aku tolong pula kan ;)

credit: google
Dan bermula la cerita..

Sebenarnya bukan la susah sangat nak jaga mia dan adib sebab dorang bukan la baby..hihi..mia masuk 7 tahun dan adib pula 4 tahun..tapi bila campur jaga putri dan waie pening juga la kepala aku bila dorang ni sudah bergabung..masing-masing punya 'peel'..aiyakk!!!

Sesi tidur..

Lepas bermain, siap makan dan lepas tu harus la tidur kan..cabaran suruh dorang ni tidur sebab asyik bercerita dan ketawa. Aku siap ugut, siapa yang tak tidur tak boleh ikut jalan pergi tengok 'acing-acing' bak kata waie, bak kata adib pula 'tung-tung cang'..apa benda tu?? haha..sebenarnya dorang ni nak tengok tarian singa sebab rumah dekat dengan tokong cina..maklumlah masih tahun baru cina kan.. ^_^

Untuk pastikan dorang ni tidur, aku pun ikut serta baring dengan dorang..siap ada bantal aku juga paling hujung tu..hahaha..pok silap tidur la tu ;p

Bila dah petang bawa la dorang nak tengok 'singa' dekat tokong..tapi nasib malang sebab hari tu langsung tak ada 'singa'..yang ada hanya 'naga'..mia nangis tak mau tengok 'naga' sebab takut kena makan..hahah..jadi, lepas tu pujuk bawa main di taman..hiburkan hati dorang..putri,waie, mia dan adib bukan main gembira lagi..

Lepas main taman, masing-masing kepenatan..destinasi last bawa dorang makan di esplanade..

Tengah nak berangkat balik, tiba-tiba hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya..habis kami semua kena hujan..dah la tak bawa payung..adib pula menangis minta beli gula-gula kapas yang jauh nun di sana..alahai, dilemanya aku!!! Kereta pun jauh paking..adehhh!! Hampir setengah jam kami terperangkap di esplanade akibat hujan..nak tunggu teduh macam tak nak teduh..last sekali, pinjam payung dengan pemilik gerai dan ambik kereta parking dekat baru bawa budak-budak balik.. 

Tak lupa belikan gula-gula kapas..karang ada yang mengamuk jadi ultramen mebius..huhu..kemudian hantar mia dan adib balik rumah neneknya sebab 'mummymia' belum balik lagi..

Walaupun penat dan pening kepala layan karenah budak-budak tu semua tapi aku seronok juga dapat gembirakan hati dorang..

Sekian kisah aku jadi babysitter..terima kasih kerana membaca..dadaaaaa!!



Makanan etnik sabah: Latok@Anggur laut

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni baru ada mood mau menulis..beberapa hari lepas penyakit M datang menyerang..mood pun cuti CNY juga..hihi..aku hanya buat entri segmen saja..

Hari ni aku ingin kongsikan satu lagi makanan etnik Sabah iaitu Latok. Latok merupakan sejenis rumpai laut selain agar-agar dan bentuknya seperti anggur bewarna hijau..latok adalah makanan tradisi suku kaum bajau di Sabah..

Rasanya sedap dan ranggup dimakan..aku pun suka makan latok..seperti agar-agar(rumpai laut), latok juga dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk bakar seperti ikan bakar, sotong bakar, udang bakar dan ketam bakar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Macam nilah rupa latok..bertangkai panjang dan membentuk gugusan berbiji kecil seperti anggur..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Boleh makan campur dengan mangga muda kemudian campur dengan sambal belacan..fuh rasanya memang mabeles!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau datang sabah, korang perlu rasa latok ni..serius sedap!!! Rugi tau tak cuba..;)

kredit: amie little kitchen
Selain tu, latok juga sedap dimakan dengan perahan limau kasturi, cili padi dan sedikit garam..krup krap makan tau..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Terdapat pelbagai jenis pilihan ikan bakar..erm, terliur sudah dibuatnya..huhu

Okeylah sampai sini saja entri aku pada hari ini..sampai jumpa lagi di entri yang lain..

Sebelum tu, aku nak ajak kawan-kawan join LetsMasak, boleh register di sini >> register <<

Antara kelebihan yang korang akan dapat dengan mendaftar di LetsMasak ni adalah:

- dapat kongsi resepi dan dapat point+redeem point = dapat duit!!
- boleh join contest dan berpeluang menang i phone 6 plus..

Jom la daftar..tak rugi pun..aku dah daftar..

Sekian, wasalam.





Segmen Bloglist Mac-Jul by miyaamira

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join segmen ringkas ni..mana tau ada rezeki masuk dalam bloglist dan dapat naikkan trafik blog anda-anda semua.. :D

End: 28/02/2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://sigadisberkacamata.blogspot.com/2015/02/segmen-bloglist-mac-july-by-miyaamira.html

Jom kongsi resepi dan join contest di LETSMASAK.COM berpeluang menang I PHONE 6 PLUS!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku ternampak entri berkenaan LETSMASAK.COM di blog Cikna..menarik sangat tau..sebab apa bila kita kongsi resepi, kita dapat 'earning point' sekaligus berpeluang untuk 'Redeem Cash'!! Bestkan..so, aku dengan penuh teruja mendaftar di LetsMasak..

Sesiapa pun boleh join tau..jom kongsi resepi sambil kumpul point..bagi yang nak join contest, kalian boleh tengok cara join di bawah ni ya..hadiahnya menarik sangat-sangat..kalau ada rezeki dapat i phone plus 6 tu.. :D

KLIK BANNER UNTUK JOIN
<a href="http://letsmasak.com/?id=982"><img src="http://letsmasak.com/img/contest/review2015/poster-referral.jpg" width="300" height="300"></a>

Cara join contest ni:
  • Merupakan rakyat Malaysia tanpa mengira umur dan bangsa.
  • Anda mempunyai sebuah blog yang masih aktif mahupun sudah lama tidak aktif. Sekiranya anda tidak mempunyai blog, anda dibenarkan untuk mewujudkan sebuah blog baru bagi tujuan menyertai pertandingan ini
  • Mendaftar di LetsMasak dan mencapai progress sebanyak 50%.
Aku dah mendaftar di LetMasak dan telah berkongsi sebanyak 6 jenis resepi dan 4 tips dan progress aku telah mencapai 80%..alhamdulillah..semoga apa yang aku kongsikan mendapat manfaat untuk orang lain..

Jom tengok apa yang perlu dibuat untuk capai progress yang dikehendaki:
  • Upload avatar (10%)
  • Upload cover (10%)
  • Fill in description (10%)
  • Favorite any recipe (10%)
  • Post comment on recipe (10%)
  • Recook a recipe (20%) - ( ni aku belum buat lagi ) huhu..
  • Submit a recipe (30%)
380
Kiraan point kepada wang tunai pula adalah seperti berikut:

10 LM = RM0.10
100 LM = RM1.00
1000 LM = RM 10.00

Ini adalah antara resepi yang aku kongsikan di LetsMasak..

Chewy Cheese Ball

Kek Butter Coklat Cip

Jom daftar di LetsMasak..tak rugi korang join!! Jadilah pengguna aktif dan berkongsi entri di blog, facebook, twitter, email dan sebagainya..

Hai Blogger adalah merupakan rakan penganjur kepada pertandingan ini..

 "Contest ini dianjurkan oleh LetsMasak.com dan disokong bersama Kelab Komuniti Hai Blogger! http://www.haiblogger.com"

Sekian, wasalam.


KEK TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebenarnya aku agak sibuk hari ni sebab perlu menyiapkan beberapa tempahan kuih yang agak banyak juga. Tapi semantara berehat kejap ni sempat la aku update blog..hehe..

Okey lah, kelmarin aku buat 2 biji kek untuk diberikan pada teman my parents..jiran belakang rumah yang berbangsa cina yang kami biasa panggil 'tauke'..dah selamat hantar kek tu tadi di rumahnya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat sebiji kek berkrim iaitu Vanilla cheese cake leleh dan sebiji lagi kek 'plain' iaitu Kek minyak marble..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Peminat cheese cake sila telan liur :p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kek minyak marble perisa coklat dan strawberi..

 Tauke tu baik sangat dengan kami..setiap kali hari raya mesti dia bagi 'hamper'..sejak tinggal berjiran dengan tauke ni kami tak pernah 'miss' dapat hamper..malam ni tauke jemput kami ke rumahnya..'makan besar' tapi kami segan nak pegi..yalah, takkan orang sibuk makan besar dengan keluarga tiba-tiba kami sekeluarga ada dalam acara tu..macam kacau daun la pula kan..hihi..

Takpelah, nanti kami datang beraya ke rumahnya esok..huhu..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..

Selamat bercuti dan Happy CNY..

Sekian..







Mini GA by Nina + Anies

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Join GA yang tersangat simple anjuran blogger Nina & Anies..jom ramai-ramai meriahkan..

End: 28 Februari 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://aniesandyou.blogspot.com/2015/02/mini-ga-by-nina-anies.html

TAG:

Order Biskut Ulat Bulu, Biskut Cerelec dan Graham Coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelmarin aku sibuk menyiapkan tempahan biskut dan kek..walaupun tak banyak tapi aku tetap bersyukur kerana rezeki tak putus..alhamdulillah..

Biskut di tempah melalui seorang teman yang bertindak sebagai orang tengah..terima kasih Kak Jothy sebab tolong promo..

Biskut yang di tempah adalah Biskut Ulat bulu dan Biskut Cerelec

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Comel tak macam ulat bulu? Heheh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kaya dengan salutan susu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek Graham Coklat ni pula di tempah oleh sepupu, Cyah..tq dear!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Biasanya aku buat filling cream cheese tapi atas permintaan sepupu, dia nak filling coklat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx banyak ya sebab tempah dengan Sweet red cherry..

Sebarang pertanyaan/order: Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp @
email: sweetred_cherry@yahoo.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku hari ni..jumpa lagi..aku kena buat kek lagi lepas ni..dadaaa..

Sekian, wasalam.




Segmen Jom Kongsi Tazkirah by BUDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hati tertarik sangat nak join segmen yang dianjurkan oleh BUDAK@HSB..di mana segmen ni kita boleh berkongsi takzirah, quote, ayat, sajak, lirik lagu yang penting ianya bermanfaat untuk dikongsikan bersama..

Jom la support dan ramai-ramai join segmen ni..semoga apa yang dikongsikan ada manfaatnya..

End: 22/02/2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://rainfallasleep.blogspot.com/2015/02/segmen-jom-kongsi-tazkirah-by-budak_16.html
Di sini aku kongsikan tazkirah: 

DOSA KEPADA IBU BAPA

Bismillahirrahmanirrahim
Kuliah subuh dari surau – Ahad 17.01.2010
Dosa yang paling Allah percepatkan balasannya ialah dosa kepada Ibu bapa. Dosa yg Allah paling lewatkan balasannya ialah dosa Syirik.
Manakala terpercik sahaja rasa kecil hati ibu bapa kita terhadap kita, maka berdosalah kita.
Al Qamah ialah seorang sahabat Rasulullah s a w yang kuat solat berjamaah, puasa, zakat dan bersedekah. Semasa  sakratul maut beliau alami siksaan yg amat dashyat, tidak boleh mengucap, nyawanya tersekat dihalkum…tidak boleh keluar.
Selepas diadukan kepada Rasulullah s a w., perkara pertama yg ditanya baginda ialah…’Dimanakah ibunya?’…..Sama ada panggil ibunya itu kepadaku atau aku yg berjumpa dengan dengannya.  Oleh kerana Ibu Al Qamah berhemah tinggi dan beradab, walaupun terkedek2 bertongkat..beliau sendiri datang kepada Rasullullah.
Rasulullah bertanya kepada ibu Al Qamah apakah yg dilakukan oleh Alqamah (anaknya) itu sepanjang hidupnya. Ibunya berkata Al Qamah seorang anak yang baik, kuat solat, rajin berjamaah, kuat puasa , zakat, dan suka bersedekah..Mana boleh beliau itu berdosa…
Sabda Rasullullah….mana mungkin. Lantas Rasulullah arahkan para sahabat mengumpulkan kayu2 untuk membakar Alqamah ..daripada membiarkan beliau tersiksa menanggung sakratul maut. Ibu Alqamah merayu supaya jangan dibakar. Lantas Rasulullah..mendesak semula ibu AlQamah supaya mengingat-ingat baik2 semula apakah kesilapan Alqamah semasa hidupnya….
Maka tiba2 Ibu Al Qamah teringat….Oh Rasullullah…mungkin ada satu kali aku ada sedikit terasa hati iaitu apabila anak ku itu telah melebihkan isterinya daripada aku…jika itulah wahai Rasululllah dosanya pada ku…maka aku ampunkan dia…
Rasulullah s a w minta sahabatnya menyiasat kembali keadaan Al Qamah….maka dilaporkan Al Qamah telah dapat mengucap dua kalimah syahadah dengan lancar dan mati dengan sempurna.
Ketika diperkuburan Al Qamah Rasulullah s a w telah memberi  kuthbah/talkin/tazkirah….
“Barangsiapa telah melebihkan isterinya daripada ibubapanya..maka Allah melaknatinya”
Saya difahamkan bahawa hadis ini adalah hadis Qudsi. Hadis Qudsi adalah hadis yang paling kuat…selepas Al Qur’an.
Sekian buat kali ini yg sempat dikongsi...semoga sama2 direnungkan dan dipanjagkan..semoga kita sama2 mendapat rahmat. Amin.

(Sumber: tintarenungan.blogspot.com)

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join Ga simple ni..dan support rakan blogger kita..

End:28/02/2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://myhoneyy.blogspot.com/2015/02/1st-giveaway.html

HADIAH:

Pemenang akan dipilih secara RANDOM.....dan akan menerima hadiah berupa KINETIC SAND. 
Boleh la bagi anak-anak uolls main pasir...tak perlu risau berkudis hehe....eh!mak ayah nak main pun boleh juga, kot la main kecik tak dapat main pasir sebab kena marah ngan mak pak kan, boleh la lepaskan gian :-P

Pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.














Selamat ulangtahun, Angah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelmarin petang aku mandi agak awal sikit berbanding selalu..lepas tu check hp..nampak '5 missed calls' dan whatsApp dari sepupu aku..kelam kabut aku baca..rupanya dia jemput kami sekeluarga datang ke sambutan ulangtahun mertuanya @  adik mama yang kami panggil Angah di rumahnya..

Dan memandangkan sambutan ni tanpa dirancang maka makanan, kek pun beli ala kadar ja..

Jom layan gambar..
Walaupun ala kadar yang penting happy.. ;D

Cucu-cucu meriahkan sambutan birthday petang kelmarin..

" Happy birthday to Angah..moga dilanjutkan usia dan sihat selalu.."


Kek beli ja..Kek fresh cream coklat..ok juga rasanya..aku makan sepotong ja.. ;) 


Ini la juadah yang kami santap..ada mee goreng, sate, ketupat dan kek batik..

Walaupun simple tapi alhamdulillah kenyang..

Okeylah ya, sampai sini saja entri aku..sampai jumpa lagi..

Terima kasih pada kawan-kawan yang  komen da BOMB di sini..tq semua!!! Aku akan jejak kalian semula..

Sekian, wasalam.

Order Biskut CNY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..pada minggu yang lepas aku mendapat tempahan biskut dari customer..katanya sempena Tahun baru cina ni..

Tak 'expect' akan dapat tempahan biskut CNY..syukur la rezeki..tapi, kalau ada yang tempah aku memang buat..tak jadi masalah..tempahan dibuka sepanjang tahun tau..huhu.. *_^

Biskut yang di tempah adalah Kuih Makmur, Biskut Shortbread dan Biskut Semperit Susu..Terima kasih Pn.Linda

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih kerana menempah dengan Sweet red cherry..jika ada sekarang kekurangan mohon maaf..

Maklumat untuk pelbagai jenis biskut yang kami buat oleh hubungi terus dengan kami.Tq

Berminat??? Hubungi talian 012-8244251(Bbwana) whatsapp  @ email: sweetred_cherry@yahoo.com



Tempahan Kek Nestum & Kek Coklat Cheese Leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni dah ok sikit banding kemarin cuma masih tak lalu nak makan..mama masak sedap-sedap tapi aku cuma pandang ja..tak ada selera nak makan..semalam pun susah nak tidur..hidung tersumbat..sekarang ni dah serumah demam!

Terima kasih pada semua teman yang doakan kesembuhan aku..aku happy sangat punya teman yang ambik berat macam kalian..terharu sangat-sangat..sob..sob..

Okey lah, hari ni ni aku mau kongsikan entri tempahan pada minggu lepas..alhamdulillah.. Rezeki..menerima tempahan Kek nestum dan Kek coklat cheese leleh..

Kek Nestum di tempah oleh teman ku..tengah mengidam nak makan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK SPAN VANILA + SAPUAN BUTTERCREAM
HIASAN: NESTUM
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM16

ttp://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni sedap dan lembut..tambahan dengan sapuan buttercream dan taburan nestum di atas..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini pula di tempah oleh kakak sepupu tersayang, Kak Adi..penggemar cheese cake leleh..Tq sis!!

KEK COKLAT CHEESE LELEH
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM30


Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..

ORDER?? HUBUNGI 012-8244251 (BBWANA) WHATSAPP




P/s: salam takziah diucapkan buat pemergian 2 tokoh negara..al-fatihah
Kemarin juga terima berita yang kakak sepupu ditimpa musibah..semoga beliau dan keluarga terus tabah dan sabar menghadapi ujian dariNya. Pasti ada hikmah disebaliknya..


Tak sihat..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masuk hari ni dah 3 hari aku demam selsema..asyik bersin, berhingus, badan kejap panas kejap sejuk..makan tak selera..so, nak buat apa pun aku tiada mood..baking apatah lagi..

credit:google
Aku hanya telan panadol solable ja..nak pegi klinik aku malas..huhu..

Aku sempat jenguk blog kawan-kawan melalui handphone ja..so, ada yang sempat aku baca dan komen..pada yang belum aku bw tu harap sabar ya..insyaallah kalau larat aku akan bw kawan-kawan yang lain.

Ada hikmah juga aku demam ni, boleh berehat sebab sepanjang minggu lepas aku sangat sibuk..mungkin ini saatya aku berehat kan..alhamdulillah..sakit tu penghapus dosa kecil kan :)

P/s: terima kasih pada kawan-kawan yang doakan kesihatan aku..labiu all!!!

Sekian.

Birthday Giveaway by Farahana Ramlan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang simple ni anjuran blogger Farahana

End:14/02/2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://farahanaramlan.blogspot.com/2015/02/birthday-giveaway-by-farahana-ramlan.html


Ucapan buat Farahana Ramlan:

" Moga awak diberikan kesihatan yang baik dan panjang umur, dimurahkan rezeki dan dianugerahkan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya..semoga ceria dan senyum selalu "

# maaf aku tiada instagram

p/s: aku demam sekarang..so, belum sempat nak terjah semua blog kawan-kawan..maaf ya..insyallah aku akan bw kalian bila dah ok nanti..doakan aku cepat sembuh ya..

Sekian.