CUPPIES...

Hallooo...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua...


Tanpa membuang masa..aku ingin terus kepada tajuk asal iaitu entri aku kali ni ialah cupcakes...syukur alhamdulillah, permintaan untuk cupcakes aku skang ni sangat baik..semakin hari permintaan semakin tinggi..terima kasih pada customer yang support dan beli..makasih banyak-banyaak..

Cupcakes skang ni semakin diminati ramai..pelbagai rupa dan flavour ada.Ia sesuai untuk sebarang acara seperti sambutan birthday, anniversary, hantaran pertunangan dan perkahwinan atau doorgift..

Cupcakes yang aku buat ni adalah untuk jual di tamu..

Aku buat 2 jenis flavour iaitu cupcakes choc.moist dan vanila cupcakes..So, di bawah ni adalah cuppies yang belum di deko..

CUPCAKES CHOCOLATE MOIST & VANILLA ( MEDIUM SIZE )
HARGA RM 1.50 EACH


Cupcakes yang telah siap di deko..


Ni yang suda siap di pek dan ready untuk di jual..



UNTUK TEMPAHAN, HUBUNGI KAMI MENERUSI TELEFON ATAU EMAIL KAMI SEPERTI YANG TERTERA..TERIMA KASIH.

MUFIN COFFEE

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...


Hai, selamat malam dan selamat beristirehat pada semua..setelah seharian penat berkerja dan melakukan pelbagai aktiviti di siang hari..malam adalah masa untuk merehatkan badan dan dapat meluangkan masa dengan orang yang tersayang atau pun keluarga..

Okey la, entri aku untuk malam ni adalah mufin coffee..aku buat ni untuk di jual..aku ada buat 2 saiz iaitu saiz medium dan small..

Meh la kita tguk gambar di bawah ni..

MUFIN COFFEE ( MEDIUM SIZE )
HARGA RM 0.80 EACH

Mengikut resepi asal mufin ni sepatutnya di tabur dengan badam cincang tapi stok badam aku kehabisan time tu..so, aku tabur ja dengan choc.rice..tapi x berapa nampak la pulak..hehe..apapun, mufin ni sedap..time bake mufin ni rumah harum semerbak dengan bau coffee..wangi sangat..emm,nyum-nyum..

MUFIN COFFEE (SMALL SIZE)
HARGA RM 0.50 EACH

Sesuai di makan di waktu petang..'teatime'..tapi rasanya bila-bila masa pun sesuai jugak makan mufin ni..terpulang la pada diri masing-masing..




KALAU INGIN ORDER MUFIN NI, BOLEH HUBUNGI NO TELEFON DI ATAS ATAU EMAIL JA KAMI YEA..TQ..

KEK

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Hai, semuanya...petang ni baru aku berkesempatan untuk memasukkan beberapa entri kek yang telah aku buat untuk minggu lepas..aku agak sibuk beberapa hari yang lalu..so, di bawah ni adalah himpunan gambar kek yang telah aku buat..


KEK COKLAT URAI
Kek ni rasanya sedap dan kalo makan kek ni terasa coklat ricenya ranggup ketika di makan..


KEK SPAN PANDAN
Kek span pandan ni tersangat la lembutnya..rasa pandan yang begitu asli kerana aku menggunakan jus pandan dari daun pandan yang telah aku blender..rugi kalo x try..


 KEK PISANG
Kek pisang ni pun teksturnya lembut dan gebu..bagi peminat kek pisang misti try kek ni..bleh la order..hehe..



KEK MARBLE MENTEGA
Kek marble mentega ni pun sedap jugak..





JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAUPUN INGIN MEMBUAT TEMPAHAN, SILA EMAIL ATAU HUBUNGI TELEFON KAMI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS. TERIMA KASIH.


LAGI, KATERING..

ASSALAMUALAIKUM N SALAM SEJAHTERA SEMUANYA...


Selamat petang..em, best betul cuaca petang ni..mendung ja..tidak hujan dan tidak juga panas..okey sangat untuk berehat..santai-santai sambil tguk tv kan..tambah lagi kalau sambil-sambil makan cucur pisang atau cucur udang kan..uii, sadapnya tu..hehe..

Okey, entri petang ni adalah mengenai tempahan katering lagi. Syukur alhamdulillah, rezeki murah..tempahan ni dari customer tetap kami, tidak lain dan tidak bukan..PEJ. PELADANG..hehe..kali ni katering untuk 20 orang iaitu pada 18 September 2012 ( Selasa )..

Antara menu yang di request adalah nasi goreng seafood, nasi putih, acar nenas dan timun, sayur nangka masak lemak, ikan masak merah, sambal lada, kek, kelupis, puding, minuman panas dan mineral water.

Harap maaf untuk gambar yang kurang jelas..

IKAN MASAK MERAH


SAYUR NANGKA MASAK LEMAK

ACAR TIMUN & NENAS

SAMBAL LADA
Untuk pengetahuan semua, sebenarnya sambal lada ni adalah sambal lada untuk 'nasi katuk'.nasi katuk ni seperti nasi ayam juga..cuma nasinya adalah nasi putih biasa dihidang bersama ayam goreng dan timun..yang buat nasi ayam ni special adalah sambal lada ni la..rasanya pedas-pedas manis..tapi, memang combination yang terbaik..rasa susah mau berenti makan..hehe..tapi, sambal lada ni sesuai juga dimakan bersama hidangan yang lain selain 'nasi ayam katuk'..

NASI GORENG SEAFOOD


KEK LAPIS KUKUS VELVET HAWFLAKES



KELUPIS INTI SAMBAL UDANG


PUDING STRAWBERI

NESCAFE

TEH


SO, NI ADALAH ANTARA MENU YANG TELAH DIMINTA OLEH PELADANG..




PADA YANG INGINKAN KHIMAT KATERING KAMI ATAU INGIN TEMPAH PRODUK KUIH-MUIH KAMI, SILA HUBUNGI KAMI MENERUSI EMAIL ATAU TELEFON SEPERTI YANG TELAH TERTERA..TERIMA KASIH.




JUALAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUANYA..



Pada 16hb september 2012 telah diadakan sambutan hari kemerdekaan bagi Daerah Sipitang...pelbagai acara telah diatur sepanjang hari tersebut..pada sebelah siang ada acara perbarisan, persembahan tarian singa, pertandingan tarik tali dan banyak lagi la. Sebelah malam pulak ada perarakan kereta berhias dan tanglung, pertandingan karaoke dan akhir sekali adalah pertunjukkan bunga api yang memang di tunggu-tunggu oleh setiap pengunjung..dianggarkan pengunjung melebihi 10 ribu org..wow, banyak tu..keadaan jangan cakap la kan..memang sesak giler..

Setiap kali ada acara atau apa2 ja sambutan di Daerah Sipitang ni akan banyak la peniaga-peniaga yang akan berniaga..kmi pun x ketinggalan juga menjual beberapa produk kuih-muih kami..time macam ni rezeki murah sangat..syukur alhamdulillah..

Antara yang aku buat adalah 3 jenis kek dan cupcakes..

KEK COKLAT + TOPPING COKLAT

Kek coklat mudah dgn toping coklat dan di taburi coklat rice..emm, sedapp..hehe..

KEK SPAN NESTUM

Kek span vanila yang di lapisi dgn buttercream, kemudian ditabur dgn nestum..kek ni sangat lembut dan gebu..kalau tguk tekstur kek, ada customer yang menyangka ni adalah cheese cake..tapi hakikatnya bukan..ni adalah kek span nestum..hehe..
















KEK VELVET KUKUS PELANGI
















Kek ni  resepinya sebenarnya sama ja dgn kek lapis kukus velvet hawflakes yang aku slalu buat tu..bezanya adalah kek kukus velvet pelangi ni tiada hawflakes @ asam manis dan istimewanya adalah setiap warna dan lapisan mempunyai rasa yang berlainan..kalo putih-esen vanila,purple-yam paste,hijau-pandan emulco,pink-strawberi emulco dan kuning-esen oren..hehe..kuning lari skit dr yang sepatutnya..yg betulnya kuning-esen lemon..tapi,stok esen lemon aku memang tiada. So, aku bubuh ja esen oren..okey gak kan..haha..apapun, kek ni bukan ja cantik tapi rasanya pun sedap o..



CUPCAKES CHOC.MOIST WITH BUTTERCREAM

Cuppies aku yang bewarna-warni...comel kan..

Alhamdulillah..sambutan terhadap cuppies aku agak menggalakkan..


















JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN ATAU INGIN MENEMPAH PRODUK KUIH-MUIH KAMI, ANDA BOLEH MENGHUBUNGI MENERUSI TELEFON ATAU PUN EMAIL KAMI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS INI. TERIMA KASIH.

KATERING..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Alhamdulillah skang ni rezeki katering pun boleh tahan jugak..bleh dikatakan skang ni setiap minggu kami menerima tempahan walaupun jumlahnya agak kecil..apapun, kami tetap besyukur..

Tempahan katering ni di order untuk ahli JKK ( Jawatan Kuasa Kecil ) yang bertugas sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang disambut kemarin, 16 september 2012 untuk 40 orang.Kami perlu menyediakan 2 jenis minuman panas dan 3 jenis kuih-muih dan semua perlu dihantar seawal jam 6 pagi..

Kuih-muih tersebut adalah apam gula hangus, sari ayu, kelupis inti sambal udang dan minuman panas adalah nescafe susu dan teh 'o'..


APAM GULA HANGUS

SARI AYU

 KELUPIS INTI SAMBAL UDANG

TEH 'O'

 NESCAFE SUSU


UNTUK PERTANYAAN DAN TEMPAHAN, SILA EMAIL ATAU TELEFON KAMI. TERIMA KASIH.

ORDER, KELUPIS LAGI..

Hai, assalamualaikum semua..


Gd morning n salam 1 malaysia..hari ni adalah cuti ganti untuk Hari Malaysia..em, best la kan dapat bercuti dan rehat2 dengan family..
 
Okey, nampaknya permintaan untuk kelupis skang nie agak memberangsangkan..baru-baru ni kami menerima tempahan untuk sambutan kemerdekaan di Daerah Sipitang pada 16 September 2012 ( Ahad ) sebanyak 500 biji..syukur alhamdulillah..

Ini adalah sebahagian dari kelupis yang baru siap di bungkus..

KELUPIS INTI SAMBAL UDANG
HARGA RM0.35 SEBIJI

Manakala ini pula adalah sebahagian dari kelupis yang sudah dikukus dan di susun dlm kotak.


Kelupis yang di order adalah kelupis yang berinti sambal udang..kmi ingin mengucapkan terima kasih banyak2 coz telah menempah dengan kami..Jika ada yang ingin menempah, anda bolehlah hubungi kami menerusi email atau telefon kami seperti yang tertera di atas ni..Tq.

APAM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...


Hai semua,apam adalah salah satu jenis kuih yang aku suka buat..aku slalu buat apam ni untuk di jual d tamu dan restoran..slalu juga customer aku order apam ni..pelbagai jenis apam yang aku buat..antara apam aku yang popular dan laris di jual adalah apam gula hangus, apam isabella dan apam coklat..

Untuk kali ni aku ada buat 2 jenis apam iaitu apam isabella dan apam mocha....


APAM ISABELLA
HARGA RM 0.35 SEBIJI


APAM MOCHA
HARGA RM 0.35 SEBIJI



Apam ni sangat gebu dan lembut tau..sedap makan bila-bila masa saja..jika ada pertanyaan ataupun ingin order..sila hubungi telefon dan email kami. Tq..




KEK DAN MUFIN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..


Selamat petang..mgkin time ni ada yang tengah rehat-rehat sambil tguk tv..mgkin tguk sinetron d tv3 yang tengah top skang ni, DIA JANTUNG HATIKU..pastu, sambung lagi tguk telenovela, MARA CLARA..best kan cite tu..hehe..atau pun bagi yang bekerja tu, selamat bekerja la yea..

Okeyla..entri petang ni adalah kek, cupcakes dan mufin..antaranya ialah..

KEK SPAN VANILA WITH NUTELLA
HARGA RM 20 ( SEBIJI ), RM 10 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )
           Kek span vanila ni ada jem di tengahnya...aku sapu dgn coklat nutella...

KEK KOKO BASAH
HARGA RM 26 ( SEBIJI ), RM 15 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )
 Kek ni teksturnya memang agak lembap dan basah..rasa coklatnya memang terasa..

CUPCAKES WITH BUTTERCREAM
HARGA RM 1.50 EACH ( MEDIUM SIZE )

MUFIN CHOC.CIP NIGELLA
HARGA RM 0.70 EACH ( SMALL SIZE )
 
MUFIN CHOC.CIP NIGELLA
HARGA RM 1.00 ( MEDIUM SIZE )


So, ni adalah antara kek, cupcakes dan mufin yang aku telah buat untuk beberapa hari ini..jika anda berminat untuk order atau ingin bertanya, anda boleh hubungi no. telefon atau pun boleh juga email kami seperti yang telah tertera di atas ini. Tq..