Agen/ Pengedar Biskut Raya 2015

* STICKY POST*

Sila scroll ke bawah, untuk entri baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ingin menambahkan pendapatan ? Ingin mencari pendapatan sampingan ? Jom jadi agen/pengedar biskut raya kami ( Sweet red cherry ).

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Biskut raya GUARANTEE sedap, berkualiti, buatan tangan (homemade) dan 100% produk muslim bumiputera.
  1. Produk berkualiti tinggi pada harga terendah di pasaran.
  2. Berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang pembuatan biskut.
  3. Biskut yang dipilih adalah yang 'HOT' & terlaris sepanjang tahun.
  4. Kuantiti sebalang 40biji-50biji, muat-muat bekas.
Harga agen/pengedar biskut raya 2015:

1 balang RM20
Minimum order 12 balang

Harga pasaran 1 bekas RM25-RM30

 Kami menawarkan 17 jenis biskut raya yang enak dan 'hot':
  1. Biskut Almond london
  2. Biskut Tat nanas cheese
  3. Biskut Tat nanas gulung
  4. Biskut Suji salju
  5. Biskut Semperit susu
  6. Biskut Snow almond
  7. Biskut Ulat bulu
  8. Biskut Shortbread
  9. Biskut Smarties
  10. Biskut Mama carries
  11. Biskut Bangkit cheese
  12. Biskut Cerelec
  13. Biskut Bebola crystal
  14. Biskut Nestum
  15. Biskut Bebola sultana
  16. Biskut Cornflakes madu
  17. Biskut Makmur kacang/susu
Untuk melihat gambar biskut sila klik>>aneka biskut<<
* Diutamakan buat WARGA SABAH!!!

BERMINAT?? HUBUNGI: 012-8244251,Bbwana - call/whatsApp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com

TAWARAN DIBUKA HINGGA 1 RAMADHAN SAHAJA!!

Sekian, terima kasih.

TERIMA 3 HADIAH SEKALIGUS!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni cerita hari jumaat minggu lepas..aku menerima 3 hadiah serentak. Wah syukur alhamdulillah rezeki!!! Bukan main berbunga-bunga hati ni..seronok sangat dapat banyak hadiah!!!!

Hadiah pertama datang dari blogger Rinie Borhan. Hasil join giveaway beliau aku menang Produk Shaklee iaitu Letichin..best!! Teruja sangat dengan produk ni yang sangat terkenal dengan pelbagai kebaikkan dan yang penting produk ni HALAL dan SELAMAT..


Aku tengah makan supplement ni sekarang. Insyaallah..nanti aku buat review ya..

Aku dapat baucer tunai rm10 untuk beli barangan shaklee..wah..suka sangat..Thanx banyak Rinie..I likeeee!!! ^_^

Hadiah kedua dari SIS JM..serius teruja bila sis JM minta 'details' aku hari tu..aku selalu jeles bila tengok kawan-kawan dapat kiriman ole-ole dari beliau..dan kali ni tuah aku dapat juga sebab termasuk dalam top komentor beliau..hoyeahhh!!!


Aku dapat 'ketip kuku' korea!!! Rasa sayang nak pakai..huhu..thanx banyak sis..
 
Hadiah ketiga datang dari Nazirah..aku terpilih sebagai salah seorang pemenang bertuah untuk Segmen Projek Syukur..sebenarnya agak lama juga tunggu hadiah ni baru dapat minggu lepas..tak kisah la janji selamat sampai kan..:D

Seronok sangat sebab banyak yang aku dapat..antaranya 'notebook', pen, klip matahari yang comel dan info dan harga produk shaklee..seronoknyaaaaaaa!!!

Terima kasih buat Rinie Borhan, Sis JM dan Nazirah atas hadiah yang telah diberikan pada aku..semoga kalian semua bertambah murah rezeki lagi ya..amin..

Okeylah, sampai sini saja dulu..jumpa lagi.

p/s: tengah sibuk menyiapkan jualan esok



Xhh




blogger

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni entri join segmen..jom support GA blogger Afidah Azmi yang sangat-sangat simple ni..

Seramai 5 orang pemenang bertuah yang dicari!!!

End: 27 June 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://afidahazmi88.blogspot.com/2015/05/1st-segmen-giveaway-by-afidah-azmi88.html

Buat hadiah 'Hari Guru'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam kesibukkan menyiapkan pelbagai tempahan aku sempat memenuhi permintaan anak-anak buahku, waie dan putri untuk membuat sendiri (d.i.y) hadiah sempena hari guru untuk diberikan pada guru mereka..

Semua idea tu aku dapat hasil dari 'lepak' di tower Kak Farrah..aku tertarik sangat nak buat Manisan untuk guru..senang dan simple..Thanx Kak atas perkongsian idea tu..waie dan putri suka sangat!!!

Jom tengok hasilnya..


Aku taklah sekreatif macam kak Farrah dan tangan ni tak berseni langsung..tapi asal waie dan putri suka dah buat aku gembira..hihi..


Tag ucapan hari guru yang simple..

Ni hadiah waie untuk 3 orang gurunya..

Idea pun aku dapat dari Kak Farrah..hehe..akak..memang berguna sangat hadiah sticky notes yang akak bagi tempohari..^_^. ..suka..suka..suka..

Ini pula hadiah putri untuk gurunya..

Okeylah kalau ada yang minat nak buat macam ni atau tengah cari idea, bolehlah tengok sini>>manisan  untuk guru<<
>> klip penanda buku<<  aku tak ikut 100%..aku mix dengan idea aku sendiri juga.. ;D

Sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..

YAM FRESH CREAM CAKE (ROSES)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih lagi tentang entri tempahan kek sempena hari IBU..alhamdulillah, syukur atas rezekiNya..

Kali ni menerima tempahan kek Yam fresh cream..kek yang paling popular di Sweet red cherry. Banyak betul peminat kek yam@keladi ni kan..siapa yang pernah order, pasti akan repeat order berkali-kali..;D

Untuk kek ni, aku dapat 'request' deko kek bunga ros..dan hasilnya..

Di tempah oleh kakak sepupu, Kak Yann..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

YAM FRESH CREAM CAKE (ROSES)
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM35

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Comel kan tag tu? 

Gambar ihsan dari Kak Yann..dikelilingi oleh anak-anaknya tersayang..bestnya!!!

Ini pula di tempah oleh Cikgu bahasa inggeris untuk ibunya. Anak sedara, Nana yang cadangkan cikgunya tempah dengan aku..tq dear..


Feedback dari cikgu..Dia kata, tak pernah jumpa kek sebegini cantik..wah, rasa terawang-awang kejap..huhu..:p


Apapun, terima kasih banyak  kerana telah tempah kek dengan aku. Bila customer gembira dengan kek yang aku buat, aku pastinya lebih gembira.

SELAMAT HARI IBU..

Jumpa di lain entri ya..

PERTANYAAN/ORDER: 012-8244251(Bbwana) whatsApp. Tq

P/s: tengah sibuk buat tempahan biskut raya..

JOM PRE ORDER CRUNCHY KAPITZ!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni nak promosi tentang Kuih Kapitz Crunchy berinti yang sangat sedap. Kuih Kapitz Crunchy kini telah menembusi pasaran antarabangsa iaitu Brunei dan Singapura.
 
Terdapat pelbagai perisa yang enak dan lazat. Kuih dijamin sedap dan ranggup. Harga pun berpatutan.
  http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kuih Kapitz Crunchy ni terdapat 8 jenis pilihan inti:
  • Pandan
  • Oren
  • Mangga
  • Blueberi
  • Strawberi
  • Coklat
  • Peanut
  • Asli/original
  http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KUANTITI SEBALANG: 55 KEPING
HARGA SEBALANG: RM20

Jom tempah sekarang..harga lebih MURAH jika anda order banyak!!!

Jangan risau, tempahan dibuka sepanjang masa..;D

PERTANYAAN/TEMPAHAN: 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp. Tq

TEMPAHAN KEK HARI IBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rasa bersalah membiarkan blog tanpa entri baru. Jadi aku ambik kesempatan update blog kejap..

Sempena hari IBU yang lalu, walaupun tiada buat 'open order', alhamdulillah bertalu-talu aku menerima tempahan untuk kek hari IBU..padahal dalam masa yang sama aku sibuk jualan untuk booth..nak tolak rasa tak sampai hati sebab kebanyakkannya adalah 'regular customer'..syukur alhamdulillah rezeki..

Jom cuci mata..

Ditempah oleh Mimie untuk mama dan aunty-auntynya..tq dear..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CHEESE CAKE LELEH
SAIZ: 9" 
BERAT: 1KG ++
HARGA: RM60

Ditempah oleh Bab..untuk nenek tersayangnya..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

YAM FRESH CREAM CAKE
BERAT: 1/2  KG
RM30

Ditempah oleh Ms. Anum..sanggup order dan datang dari jauh tu..dari Kuala Lawas, Sarawak..terharu!!!
http://daapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK FRESH CREAM COKLAT
BERAT: 1/2KG
HARGA: RM35

Ditempah oleh Pn. Julela, juga dari Kuala Lawas, Sarawak..beliau merupakan salah seorang regular customer aku..thanx banyak..Beliau tempah 2 biji kek sekali..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT FRESH CREAM
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM 30

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST
BERAT: 1/2KG ++
HARGA: RM30
HIASAN: BISKUT ROLL COKLAT

Gambar sambutan hari ibu dari Pn. Julela..meriah sangat tengok tau..


Aku ucapkan terima kasih banyak pada semua yang telah menempah dengan aku..rata-rata 'feedback' yang aku dapat mengatakan kek sangat sedap dan tak rugi beli..lain kali nak order lagi..syukur..rasa besar hati bila pelanggan suka hasil air tangan aku..penat leleh rasa berbaloi..

" SELAMAT HARI IBU "

Okeylah, sampai sini saja dulu..ada masa jumpa di entri lain pula ya..

p/s: Maaf sibuk sangat..banyak hutang blogwalking..

Terima kasih Sue..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..dapat juga mencari ruang untuk menulis..kesibukan yang berpanjangan buat masa menghadap blog semakin berkurang..badan pun tak cukup rehat..

Okeylah, Khamis lepas aku menerima sampul surat..tertanya-tanya juga dari siapa..tapi bila dah tengok nama pengirimnya, aku jadi tersenyum. Tak sabar nak tengok isi kandungannya pula..wink wink ^_^

Hadiah datangnya dari teman blogger Suhaila Hamid @ Sue..Aku tersenarai sebagai top komentor di blog beliau untuk bulan april lepas..alhamdulillah..

Aku dapat pin tudung yang sangat comel..boleh pakai nanti..thanx banyak-banyak ya sue..muaahhh..muaaahh..semoga bertambah lagi rezeki sue lepas ni..Amin..

Nota ucapan dari Sue..

Pada yang belum kenal siapa Sue, jom singgah blog beliau >>www.sihatitunikmat.com<< Beliau adalah  pengedar produk Shaklee yang sah..boleh order produk kesihatan/kecantikan Shaklee atau dapatkan khimat nasihat tentang kesihatan. Sue juga berkongsi resepi dan pelbagai lagi info lain. Mari terjah!!! ;D

Okeylah, sampai jumpa lagi..bye..

Sekian, wasalam.

SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni join segmen pula..segmen mudah ja..jom la join sama..banyak hadiah menarik yang bakal dimenangi..mana tau bertuah pula kan :)

End: 07 Jun 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Hadiahnya:
1) Hadiah Pertama - Preloved : RM 35 X 10 Pemenang
2) Hadiah Kedua - Selendang Dilara : RM 25 X 20 Pemenang

Jom Join Ceria 1st Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah lama tak join GA, jadi malam ni merajinkan diri join..mana tau ada rezeki melekat kan..mari kawan-kawan support GA rakan blogger kita ni..hadiahnya sangat menarik tau

End: 25/05/2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN

TAG:

Wish me luck okay.. ^_^

KEK KUKUS PUTIH TELUR MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak kongsi resepi. Jadi hari ni aku mau kongsikan resepi kek yang aku buat minggu lepas iaitu Kek kukus putih telur.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Timbul idea nak buat kek ni bila terdapat banyak lebihan putih telur masa buat biskut. Buat biskut hanya guna kuning telur.Jadi, sayang putih telur tu kalau tak buat apa-apa..

Aku kongsikan resepi kek yang sangat mudah ni..jom semak!!

RESEPI: KEK KUKUS PUTIH TELUR
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
200g gula pasir
250g tepung gandum
1 cawan putih telur
100ml minyak masak
100ml santan/susu cair
1sk ovallete
1sk esen vanila
Pes strawberi/coklat
Pewarna pink

CARANYA:
  1. Pukul putih telur, gula pasir dan ovallete hingga kembang.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan masukkan minyak masak dan santan. Kacau rata.
  3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian bubuh pes strawberi +  pewarna pink, 1 bahagian bubuh pes coklat + serbuk koko dan 1 bahagian biar plain.
  4. Gris loyang dengan minyak dan tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.
  5. Kemudian tuangkan adunan pink dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
  6. Akhir sekali, tuang adunan plain dan kukus selama 15 minit.
  7. Sejukkan baru potong.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap makan kek ni..lembut dan ada gabungan rasa vanila, coklat dan strawberi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada hari ni. Sampai jumpa lagi..bye

Sekian, wasalam.


ORDER: KEK COKLAT FRESH CREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ada kelapangan sedikit..jadi bolehlah update blog lagi..rindu mau update blog hari-hari macam selalu..insyaallah bila ada kelapangan aku pasti jenguk blog kawan-kawan semua..

Okeylah, ini adalah tempahan minggu lepas..jom tengok gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK FRESH CREAM COKLAT
KEK SPAN COKLAT
FILLING: COKLAT FILLING
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM30

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah, senang hati aku dengar dengan 'feedback' yang aku dapat dari customer ni..katanya kek sangat sedap dan puas hati dan dia siap promo dengan kawan-kawannya dan nak repeat order lagi..syukur..

Kalau anda juga teringin untuk merasa kesedapan kek ni boleh la hubungi talian ni ya, 012-8244251 (bbwana) whatsApp.

Okeylah, sampai sini saja dulu entri hari ni..jumpa lagi..daaaaa..

Sekian, wasalam.

Tempahan Cupcakes Coklat dari Cikgu Farha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kesibukan dan keletihan menyebabkan blog aku terabai..nampaknya bulan mei ni adalah permulaan bulan yang sibuk sehingga la dekat hari raya nanti..sebab aku akan sibuk membuat tempahan biskut raya..selain tu, aku sibuk buat kuih-muih jualan dan buka 'booth' Sweet red cherry..alhamdulillah rezeki..
Kalau ada yang minat nak order atau nak jadi agen boleh la hubungi aku..

Sekali lagi teman blogger, Cikgu Farha tempah dengan aku. Kali ni CF tempah 'Plain Cupcakes' berperisa coklat sebanyak 50 biji..CF sengaja tempah 'plain' sebab nak buat aktiviti deko bersama anak-anak murid di sekolah..best kan? Aktiviti yang sangat menyeronokkan.. :D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CUPCAKES COKLAT (PLAIN)
HARGA: RM0.80, PCS
MIN ORDER: 50 PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom tengok cupcakes yang telah di deko oleh cikgu-cikgu Sk. Mutiara..gambar adalah ihsan Cikgu Farha..tq CF..labiu!!!! Muahh..muahhh..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hasil deko..cantik dan kalerful kan..memang ceria...

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Cikgu-cikgu yang sangat sporting..'CF & the gang'.. (teka mana satu CF?hehe..) diam-diam mereka ni punya bakat terpendam..hebatlah!!! Memang terbaeek..hehe..

Apapun, thanx banyak CF sebab order dengan wana..segala kekurangan harap dimaafi..jangan serik order dengan wana ya ;)

Baiklah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi di lain masa..Insyaallah ada masa aku pasti akan terjah blog kawan-kawan pelan-pelan.

ORDER: HUBUNGI 012-8244251(Bbwana) whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

DAPAT HADIAH ISTIMEWA DARI KAK SA, TQ!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelmarin sebelum jam 7 pagi aku dapat 'missed call' dari Pejabat Pos..aku dah biasa dapat 'missed call' dari pejabat pos ni ..tu tandanya ada kiriman poslaju dah sampai..tapi awal sangat kot kol aku pagi-pagi..apa 'kehenya'..hehe..apapun, tak kisah la..^_^..dapat parcel ni siapa lah yang tak suka kan..


Kiriman ni datangnya dari Kak Suria Amanda sebab aku termasuk top 3 komentor di blognya pada bulan april lepas..

Jom teka aku dapat apa? Hehe.. :p

Tadaaaaaa!!!


Aku dapat hadiah buku resepi..yeay sukanya!!!Alhamdulillah.. Memang terharu sangat sebab Kak Suria bagi sesuatu yang berkaitan dengan minat aku..lagi satu kebetulan aku memang minat dan ada mengumpul buku resepi..tq very much Kak!!! Cayang akak ketat-ketat.. ;D

Sekeping nota dari Kak SA..

Apa yang menarik tentang buku resepi tu adalah resepinya yang sedap-sedap dan nampak mudah untuk dicuba..nanti nak cuba buat untuk menu berbuka puasa..

Jom aku mau kongsikan sedikit resepi yang ada dalam buku ni..

Aku penggemar char kuetiau..

Belum berkesempatan lagi nak cuba makan  Mi udang ni..huwaa..

Menu mudah..harus cuba!!!

Dan ini adalah antara menu yang terkandung dalam buku ni..
Amacam? Semuanya pun menarik kan..tak sabar nak cuba masak..hehe..

Bagi yang belum mengenali Kak Suria..jom la terjah ke blog beliau..klik sini>>http://suriaamanda.blogspot.com<< macam-macam entri yang beliau kongsikan..

Okeylah, sampai sini saja dulu ya..sampai jumpa lagi dan thanx buat semua teman dan pengunjung yang tak jemu singgah dan komen sini..sayang korang semua!!!

p/s: aku sibuk menyediakan jualan untuk hujung minggu ni..

Sekian, wasalam..

SAMBUTAN 3 IN 1 BIRTHDAY: KEK TIRAMISU & SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak cerita tentang sambutan birthday 3 in 1 yang dibuat pada minggu lepas..sambutan ni menggabungkan birthdayku(18 April) dengan anak-anak buahku, Putri(11 April) dan waie(26 April)..bestkan? Jadi buat sekali la..hehe..

Aku buat 2 biji kek khas untuk putri dan waie..untuk aku?? Hurm, takkan aku buat sendiri..tak best la..join ja kek budak berdua tu pun ok la..huhu..

Birthday kali ni putri dan waie dah pandai request kek apa dan hiasan yang dorang mau..wah..demand kan? Apapun, aku turutkan saja demi gembirakan hati dorang..

Jom tengok hasilnya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Inilah kek birthday untuk Putri..Kek Tiramisu yang dihiasi dengan biskut roll dan badut..banner 'happy birthday' tu memang aku sedaya upaya siapkan sampai jam 12 tengah malam..penat sebab siang tu aku berjual di Youth Corner..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK TIRAMISU
SAIZ:9" BOARD, 1KG++
HARGA: RM65
HIASAN: BISKUT ROLL COKLAT, MASHMALLOW, PATUNG BADUT & BANNER HAPPY BIRTHDAY

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Yang ni pula kek Waie, Snow cheese cake..waie yang minta bubuh gambar Iron man ni..

SNOW CHEESE CAKE ( WITH EDIBLE IMAGE )
BERAT: 1KG
HARGA: RM60++

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Putri dan waie teruja dan happy betul dengan kek yang aku buat tu..alhamdulillah.. :D

Buat majlis yang simple dan hanya panggil keluarga terdekat ja datang..

Acara potong kek..dengan sepupu yang lain..

" Happy birthday to Me, Putri & Waie "

Majlis ni sangat meriah sebab semua keluarga hadir..thanx semua!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Goodies bag yang sangat simple

Antara menu yang ada..simple-simple ja..








Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar..puas hati sebab semuanya buat sendiri..dan yang penting semuanya gembira dan dapat berkumpul dengan semua keluarga.. ;D

Okey lah sampai sini saja entri aku untuk kali ni..jumpa lagi..maaf kalau aku lambat blogwalking..sedikit sibuk sekarang ni..

PERTANYAAN/ORDER: HUBUNGI 012-8244251 ( BBWANA) WHATSAPP
@
EMAIL: sweetred_cherry@yahoo.com
Tq

Sekian, wasalam.