RESEPI APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE

SALAM SEJAHTERA..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua yang berkunjung ke blog Sweet red cherry..sebelum menyiapkan order cupcakes dan juga apam, sempat lagi publish satu entri untuk hari ni untuk dikongsikan dengan kawan-kawan dan pengunjung tersayang..
 
Kali ni aku mau kongsikan resepi Apam Ladybird & Bumble Bee yang sangat laku akhir-akhir ni dan jadi pilihan pelanggan untuk di order selain apam-apam yang lain..mungkin rupa dan saiznya yang comel menyebabkan pelanggan tertarik untuk menempah selain terdapat pelbagai jenis filling di dalam apam ni seperti blueberi, strawberi, coklat, oren dan lemon.
 
APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE

 
Nampak comel kan apam ladybird & bumble bee tu..sanggup cari 'prop' dan susun cantik-cantik untuk shoot gambar..hehe..
 
RESEPI: APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE
OLEH: SWEET RED CHERRY
 
BAHAN:
2 cwn tepung naik sendiri
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 cwn susu cair/segar
1 sk ovallete
2 sk esen vanilla
Pewarna merah, kuning, hitam
Filling strawberi/blueberi/coklat/oren/lemon ( ikut suka bubuh yang mana satu )
 
 
CARANYA:
 
  1.  Panaskan kukusan
  2. Campur telur, gula halus, ovallete dan esen vanilla dalam mangkuk. Putar hingga kembang dan putih.
  3. Tuang susu cair dan putar sebati.
  4.  Masukkan tepung kemudian putar lagi hingga adunan sebati.
  5.  Bahagi adunan kepada 4 bahagian dan bubuh dengan pewarna. 1 bahagian biar plain. Bahagian warna hitam dan putih tidak perlu banyak. Cukup untuk warnakan badan dan mata sahaja.( bubuh dalam piping beg untuk mudahkan buat corak badan  dan mata ladybird & bee)
  6. Tuang adunan merah/kuning sedikit, kemudian bubuh filling yang disukai. Kemudian bubuh lagi adunan merah/kuning.
  7. Buat corak ladybird dan bee.
  8. Kukus selama 10minit.
Kalau tidak berapa jelas, boleh tengok gambar di bawah ni..
 
 
Untuk lebih senang, aku buat garisan terlebih dahulu..baru aku buat dot-dot dan penuhkan garisan tersebut. Untuk buat mata pula, aku paipkan warna putih sedikit kemudian titikkan warna hitam.


Yang ni pula, sudah siap buat corak ladybird dan bee..ready untuk dikukus. So, selamat mencuba ya.

 
Tengoklah ladybird aku tengah sibuk 'meeting'..bumble bee aku pulak sibuk cari madu di bunga..haha,ada ka madu di bunga raya?..
 
Okey la kawan-kawan, aku mau undur diri dulu, aku mau siapkan tempahan customer ni..apapun, jumpa lagi di entri yang lain ya..
 
Teringin mau makan apam ni? tapi tiada masa atau malas mau buat, haa..jangan la malu-malu untuk hubungi kami untuk menempah di talian 012-8244251 (bbwana)..tq.Boleh juga hantar email anda untuk sebarang pertanyaan..alamat email ada tertera di atas tu ya..

14 comments:

  1. Comel2 ladybird mesti budak2 suka dpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak..budak2 la yang paling teruja dan suka makan apam ni..hihi

      Delete
  2. pernah buat dengan anak-anak...dah siap macam2 corak ada...lama dah tak buat...

    comel gambar bawah tu...meeting yup ladybird

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la kan kak bila buat dengan anak2..hihi..macam2 corak keluar..haha, ladybird pun pandai meeting...

      Delete
  3. tomei2nya apam lady bird dan bumble bee itu...
    resepi apam sama di blog mamasya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..memang ala tomei2 apam ladybird dan bee tu..resepi apam sya pakai apam polkadot..kalau x silap resepi kak siti delima..

      Delete
  4. Memang comel2 jak apam tu....gebus nampak....resepi senang diikut...nanti mau cuba resepi u pulak...tq share resepi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey rahel..silakan cuba resepi yang aku share sini ah..tq datang sini rahel..

      Delete
  5. Filling apam ni jem ke kak? Contoh mcm jem strawberi ke? Gitu ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. filling ni lebih kurang macam jem tapi teksturnya lebih pekat..boleh didapati di kedai2 khas yang jual bahan2 kek..sekiranya tidak ada filling, boleh gantikan dengan jem..

      Delete
  6. Nk tnye la ovalette n filling blueberri o straberi nk crik kt mne yer?? Sbb 1st nk buat nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf ya lambat jawab..kalau nak cari filling straweberi/blueberi atau pelbagai lagi perisa filling..boleh cari di kedai jual bahan kek..kalau tiada jumpa filling..guna jem biasa pun boleh.

      Delete
  7. nak try resepi ni la nanti..
    hehehehe

    ReplyDelete