SELAMAT HARI RAYA QURBAN

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hai, camana dengan hari raya korang semua..meriah ka? banyak ka rumah yang korang suda pigi..em, hati2 la yea..jangan pula sampai sakit perut gara2 terlebih makan pula.hehe..kalo aku, tiada la buat apa-apa raya haji tahun ni..macam raya haji tahun-tahun yang lepas juga..sambutan yang biasa-biasa saja..

Lagipun, kalo di sabah sambutan untuk hari raya haji agak kurang di sambut..tidak berapa meriah..tidak seperti sarawak atau semenanjung..kalo di sabah ni paling 'happening' sambut hari raya haji adalah dari suku kaum bugis..em,paling best la beraya ke rumah dorang ni sebab pelbagai juadah suku kaum mereka yang enak2 belaka dihidangkan..Nak cite sikit, aku masi ingat lagi ketika aku zaman sekolah..aku dan geng2 rapat aku suka la beraya ke rumah kawan kami yang berbangsa bugis ni..yang aku suka sangat makan tu adalah coto makasar dan ayam lengkuas..fuh, memang sedap giler..x malu menambah..hehe..tapi, adat bugis ni kita tidak boleh makan juadah yang disediakan sebelum mereka selesai kenduri baca doa semacam tulah yang aku pham..so, kami yang nakal ni selalu la kol kawan kami tu tanya suda selesai kenduri ke belum..pasal tidak sabar2 mau makan..hehe..kalo ingat-ingat zaman tu indah sekali sebab bekumpul dengan geng-geng 'karas' time skolah dulu..pada teman-temanku, Mia, Mira, Mar dan Noey..korang adalah BFF ku (bestfren forever)i luv u all..dan aku akan slalu ingat dengan team kita 'Girl Power'..hehe..

Okey la, aku minta maaf kerana beceloteh panjang sangat..skang meh kita tguk juadah istimewa yang mama kesayangan aku masak untuk kami di hari raya haji ni..Menunya adalah nasi ayam pandan, kari ayam dan kelupis..so, jom kita tguk gambar..

Nasi ayam pandan ni adalah juadah yang istimewa. Kami jarang2 dapat makan..selalunya ketika ada acara tertentu atau perayaan baru dapat makan nasi ayam pandan ni..
Nasi ayam pandan ni dihidang bersama acar nenas,tomato, timun dan lada..



So, ni la isi ayam yang digoreng dibungkus dengan daun pandan ..emm, memang sedap..
 aku makan sampai menambah beberapa kali..hihi.







Ni nasi ayam untuk anak2 buah aku..oleh kerana dorang ni tidak makan sayur dan pedas maka, aku hidang nasi dan ayam pandan ja..
Ni la my beloved niece and nephew..putri dan waie..nda sabar2 mau makan nasi tapi sempat posing minta gambar lagi...hehehe..








Ni ayam yang telah diperap kemudian dibungkus dengan daun pandan. Lepas tu kami perap semalaman dan simpan dalam peti sejuk..esoknya, baru digoreng..

Gambar kelupis dan kari ayam aku tidak sempat ambik..sori yek.Okey la...sampai sini saja dulu..jumpa di entri yang akan datang pulak yeh...babai.

TRIPANA MARBLE KEK & SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hai, semuanya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

TRIPANA MARBLE KEK

Sebenarnya sebelum membuat kek ni aku agak terpikir-pikir la juga apa lagi kek yang aku mau buat..habis aku bukak buku resepi yang aku salin resepinya dari blogger resepi cari apa kek yang aku mau buat ni..Last-last aku jumpa juga resepinya iaitu Tripana marble kek..aku pernah buat kek ni sebelum ni tapi belum pernah lagi siarkan kek ni dalam blog SRC ni..

Apapun, thanx la banyak2 pada blogger resepi kerana telah berkongsi resepi yang sedap dan mudah untuk dibuat ni..Kalau ada yang mau try, boleh la order dengan kami yek..hehe..Email atau telefon ja kami untuk tempah..

Di kesempatan ini juga kami, SWEET RED CHERRY ingin mengucapkan Selamat menyambut hari raya aidil adha atau hari raya korban pada semua pengunjung blog ini dan juga pada seluruh umat islam..Hayati la apa makna 'korban' itu..dan fikir apakah pengorbanan yang telah anda lakukan dalam hidup anda dan adakah pengorbanan itu sememangnya ke arah kebaikan atau sebaliknya..Renungkan la yea..Apapun, semoga bergembira dan ceria menyambut hari raya di samping orang-orang tersayang..

MUFIN PANDAN BADAM

Selamat sejahtera...

Hai, ada yang belum tidur lagi ka..em, begitu juga dengan aku..baru ja habis tguk rancangan masterchef Malaysia musim ke-2 ni untuk pusingan penyingkiran..best sangat tguk..lagipun aku memang suka tguk channel masakan ni..aku tguk juga channel AFC dan TLC..ia banyak beri ilham pada aku la juga dalam masakan dan juga mem'baking' ni..
Baiklah untuk entri pada malam ni adalah mufin pandan badam..resepinya mudah dan ringkas saja..ni mufin kegemaran aku..aku suka sangat la membuat mufin ni..dengan rasa pandan dan ditabur dengan badam cincang di atasnya, mufin ni memang sedap..

MUFIN PANDAN BADAM
HARGA RM 0.80 SEBIJI ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL )




Boleh la order dengan kami sekiranya ingin mencuba mufin ni atau produk kuih-muih kami yang lain. Sila email atau kol ke no.telefon kami yang tertera di atas. Tq.

MOIST CHOCOLATE CAKE

ASSALAMUALAIKUM SEMUANYA..


Hai..selamat petang rabu dan selamat beristirehat ku ucapkan pada semua..dan bagi yang bekerja pula diucapkan selamat bertugas..terima kasih kerana berkunjung ke blog sweet red cherry..

MOIST CHOCOLATE CAKE

Entri aku pada kali ni adalah moist chocolate cake..resepi kek ni lain sikit dari kek coklat moist yang aku selalu buat tu..maksudnya dari segi bahan tetapi moistnya tetap sama dan sedap..teksturnya yang agak sedikit basah menambahkan kelazatan kek ni..kalo simbah dengan toping coklat kek ni lagi 'umph' la..hehe..

Kek ni aku buat setengah adunan ja..

Layan ja gambar kek..





























Sebarang pertanyaan atau tempahan, sila email dan telefon kami yang tertera di atas ini. Terima kasih.

TEMPAHAN KARIPAP

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hai, salam sejahtera semuanya...selamat malam di ucapkan..

Baru-baru ni sekali lagi kami menerima tempahan..kali ni pula kuih yang ditempah adalah karipap..okeylah kan sebab sebelum ni kami pun biasa juga buat karipap ni. Masa tu kami masi lagi ada kontrak membuat tempahan kuih-muih untuk budak-budak asrama 2 tahun yang lepas..so, agak lama la juga tidak membuat karipap ni..Karipap ni di order oleh orang yang sama menempah kuih wajid ubi yang baru-baru ni jugak..so, mau ucap terima kasih banyak-banyak la pada yang menempah kerana sekali lagi menempah kuih dengan kami..tq so much..

Sebanyak 500 biji karipap yang telah ditempah..wow, agak banyak la juga kan kuantiti yang perlu dibuat. Karipap yang ditempah ni adalah sebahagian kuih yang akan diagih-agihkan pada peserta larian 1 Malaysia dan juga orang ramai..Untuk pengetahuan, larian 1 Malaysia tersebut baru ja diadakan hari minggu yang lepas iaitu 21 Okober 2012.

Skang ni kita layan gambar pulak..
Memang sakit juga badan buat karipap ni..apa tidaknya, kena gelek dulu doh tu dengan penggiling baru masuk dalam acuan karipap..bayangkan la, perlu buat 500 biji..adui, memang sakit belakang..keja-keja membuat karipap di buat dari tengahari hingga hampir malam..manakala, malam goreng separuh kemudian subuh goreng lagi separuh..Pastu, order ni perlu dihantar pada jam 5pagi..tapi, x apa la kan..berniaga begini la kan..

Ni pulak inti karipap..ubi kentang yang telah dimasak. Siap untuk digunakan.

Peralatan yang digunakan untuk membuat karipap.












Sebahagian karipap yang belum di goreng..


Ni pulak adalah sebahagian karipap yang telah siap di goreng..


Untuk tempahan, anda bolehlah telefon atau email kami..tq.

SNOW CHEESE CAKE AGAIN..

SALAM SEJAHTERA SEMUANYA...


Entri pembukaan pada hari isnin ni adalah snow cheese cake..hem, nampaknya memang tidak jemu makan kek ni..lagipun aku buat kek ni bagi memenuhi permintaan anak buah aku 2 orang tu, putri dan waie yang ingin makan kek ni lagi..so, aku buat la..lagipun, aku pun tumpang sekaki la jugak makan...hehehe..selain tu, aku memang mau habiskan stok cream cheese aku yang ada..

SNOW CHEESE CAKE
HARGA RM 25 ( 1/2 KG ), RM 45 ( 1 KG )

Kali ni aku memang salut dengan cream cheese yang banyak..memang kasi 'kaw-kaw' punya la..so, bila makan tu memang terasa betul cheesenya..lazat sekali..yummy..



Kek ni lagi sedap bila simpan di peti sejuk..em, dapat di bayangkan keenakkan kek ni..









Ni la dia peminat setia snow cheese cake yang aku buat..anak buah aku, waie wazien 3thn...tidak sempat ambik gambar kakaknya, anak buah aku yang sorang lagi tu..puteri farisha fasha 5thn..dorang berdua la yang request minta buat lagi kek ni..




SEKIRANYA ANDA JUGA BERMINAT UNTUK ORDER KEK NI, BOLEH EMAIL ATAU TELEFON KAMI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS. TERIMA KASIH.

MUFIN STRAWBERI CHOC.RICE

SELAMAT SEJAHTERA...


MUFIN STRAWBERI WITH CHOC.RICE
HARGA RM 0.80 EACH ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL )

Cuaca petang ni mendung betul...rasanya bila-bila masa ja pun hujan akan turun..em, best juga la kan berehat di petang hujung minggu ni kalau hujan turun kan kerana secara automatik suhu pun akan sejuk..nyaman saja rasanya kan..tidak perlu la pakai aircon lagi..heheh..

Okey la...mufin yang aku buat kali ni adalah mufin strawberi coklat rice..seperti biasa, aku buat mufin ni untuk di jual ke tamu dan juga restoran..Selalunya, aku akan buat kek atau mufin yang berlainan untuk di jual supaya ada variasi..so, pelanggan atau pembeli pun tidak la bosan kan..


Kalo ada yang mau order mufin ni, email atau kol kami untuk lebih lanjut..alamat email dan no telefon kami ada tertera di atas. Terima kasih.

RICH CHOCO MARBLE CAKE SHEILA MAMBO

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

RICH CHOCO MARBLE CAKE SHEILA MAMBO

Aku sebenarnya geram ni..niat aku mau update blog aku ni terbantut gara-gara asyik blackout ja..untuk hari ni ja pun sudah berapa kali 'blackout'..hem..mau buat apa pun tak bleh..nasib la keja aku buat kuih muih untuk jualan suda siap di buat.jd, tidak la berapa risau..ni pun baru ja ada bekalan elektrik..


Okey cerita pasal kek yang aku masukkan ni adalah rich choco marble cake sheila mambo..ini kali kedua aku membuat kek ni dan merupakan kali pertama aku publishkan di dalam blog ini..kek ni memang ramai blogger resepi yang sudah mencuba..dan hasilnya kek ni memang sedap..sesuai dengan nama kek ni rich coklat kerana coklat yang digunakan adalah coklat masakan yang telah di cairkan kemudian di campur dalam sebahagian adunan..emm,nyum-nyum..sedapnya..tidak rugi mencuba resepi ni..


Kek ni berperisa coklat dan vanila..sekiranya berminat untuk menempah kek ini..sila hubungi kami, call atau email saja kami..Kita jumpa lagi di entri yang akan datang..tq.



TEMPAHAN WAJID UBI..

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...


WAJID UBI
HARGA RM 0.35 SEBIJI

Selamat malam di ucapkan pada semua..time-time ni masi lagi sibuk mengupdate blog..konon-kononnya terlebih rajin..hehe..padahal, mata suda mulai mengantuk nih..apapun, kita langsung kepada entrinya iaitu tempahan wajid ubi..

Baru-baru ni kami mendapat tempahan dari sorang kawan kakak yang mahukan kuih wajid ubi ni iaitu sebanyak 150 biji.Memandangkan tempahan yang mengejut maka, mama pun kelam kabut la cari ubi kayu dan daun ngirik di tamu sebab ubi kayu yang dekat rumah ni belum cukup besar..nasib baik la ada juga dua bahan penting dalam wajid ubi ni..( ubi kayu & daun ngirik ).Dari tengahari hingga la ke malam mama siapkan tempahan ni sebab tempahan ni akan di ambil pada keesokkan harinya..kesian mama aku..tapi, memang begini la orang bisnes kan..penat tu tolak tepi..tapi, hasil yang di perolehi lepas tu memang membuahkan senyuman...


Ni adalah wajid ubi yang sudah siap di masak tapi belum dibungkus dengan daun ngirik..


Ni adalah sebahagian wajid ubi yang telah siap di bungkus dengan daun ngirik..sedang dalam proses menyiapkan..

Ucapan terima kasih kepada yang telah mengorder wajid ubi ni dengan kami..lain kali boleh order lagi yeh..hehe..













SEKIRANYA ANDA BERMINAT INGIN TAHU MENGENAI PRODUK KUIH MUIH KAMI..SILA EMAIL ATAU TELEFON KAMI UNTUK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN. TERIMA KASIH.

APAM INDON @ APAM PELANGI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Salam sejatera di ucapkan untuk semuanya..selamat pagi..mood pagi hari ni kurang baik..mungkin kerana tidur yang terganggu semalam gara-gara 'blackout'..panas..x perasan pula jam berapa 'blackout' tu...sekarang ni pun asyik 'blackout' ja.kemudian dengarnya ada notis yang mengatakan start malam semalam hingga 21hb ni tiada bekalan elektrik dari jam 12-2am.aduiyaii..time-time tidur pula tiada karan..betapa tidak bestnya..sebab tiada karan,kurang pasti pula kenapa..hisy, bikin geram pun ada jugak..

APAM INDON @ APAM PELANGI



Apam ni nampak ceria sangat dengan warnanya yang berwarna-warni kan...sedap apam ni..cubalah..
Apam ni aku buat adalah untuk jual di tamu dan juga restoran..


KALO ADA YANG MAU TRY MAKAN APAM PELANGI @ APAM INDON NI, BOLEH LA ORDER DENGAN KAMI YEA..HEHE..BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI TELEFON ATAUPUN EMAIL. TQ.

 

SNOW CHEESE CAKE

Hello semuanya..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


SNOW CHEESE CAKE
HARGA RM 25 ( 1/2 KG )


Baru-baru ni aku teringin sangat mau makan snow cheese cake atau juga di kenali sebagai kek keju bersalji ni..em, rasa terliur sangat la gara-gara mengingat kesedapan kek ni..Oleh kerana aku sudah pun membeli cream cheese maka hasrat membuat kek yang aku idamkan tidak aku tangguhkan lagi..dengan penuh bersemangatnya aku membuat kek ini..hehe..

Bila ja siap kek ni aku sendiri makan sampai nda ingat dunia..lebih 3 potong aku makan time tu juga..haha..em, yang bestnya lagi bila makan berebut dengan anak-anak buah aku yang 2 orang tu..putri dan waie sebab drang ni pun suka betul makan snow cheese cake ni...siap minta buatkan lagi kek ni..
Kek ni pun tidak sampai 3 hari, sudah habis..tu pun kerana di sorok..kalau tidak, memamg hari tu pun habis terus..hehe..

So, pada pengemar cheese cake, kek ni adalah cheese cake yang perlu ada cuba dan makan..tidak akan rasa muak pun walau makan berkali-kali..dan sekali makan kek ni akan buat kita ketagih...hehe..










JIKA TERINGIN UNTUK MENEMPAH, SILA HUBUNGI KAMI MELALUI TELEFON ATAUPUN EMAIL KAMI YANG TERTERA DI ATAS INI. TERIMA KASIH..

LAGI, KEK MARJERIN

HAI, ASSALAMUALAIKUM SEMUA...


KEK MARJERIN
Untuk kali ni adalah entri ulangan..sebab sebelum ni sudah pernah siarkan mengenai entri ni iaitu kek marjerin..kek ni sudah buat beberapa hari yang lepas untuk jualan tapi baru siarkan hari ni..


Kek ni sedap dan teksturnya juga lembut..sesuai di makan ketika minum2 petang..tapi terpulang pada diri sendiri..sebenarnya, bila-bila pun boleh makan kek ni..hehe..so, pada pengemar kek..kalau teringin makan..boleh la order yeh..















UNTUK PERTANYAAN ATAU INGIN ORDER, SILA HUBUNGI KAMI MENERUSI EMAIL DAN TELEFON KAMI SEPERTI YANG TERTERA DI ATAS. TQ.