KEK BIRTHDAY: PRINCESS CAKE & FOOTBALL CAKE FOR PUTRI & WAIE

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Selamat petang teman-teman semuanya..panas betul cuaca beberapa hari ni kan..rasa panasnya membahang..berpeluh-peluh dibuatnya..memang nda sanggup la mau pigi mana-mana..baik duduk rumah layan tv dan menghadap laptop..hihi..

Okey la, hari ni aku mau siarkan entri mengenai serba sedikit majlis sambutan 3 in 1 birthday baru-baru ni..sempena menyambut ulangtahun putri (11hb), waie (26hb) dan termasuk la aku (18hb) sekali..hehe..memandangkan birthday kami pada bulan yang sama iaitu April cuma berlainan tarikh, maka kami putuskan untuk buat majlis sekaligus..hehe, jimat la kan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
PRINCESS CAKE

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
FOOTBALL CAKE
Cerita pasal kek birthday yang aku buat untuk anak-anak buah kesayangan aku, Putri & Waie memang banyak cabaran yang aku hadapi..pertama kali aku buat Princess cake ( Vanila butter cake + strawberi filling + cheese buttercream )  & Football cake ( Russian black & white cake ) ni..alhamdulillah menjadi juga dengan jayanya..memang kek tersebut jadi idaman mereka berdua..dari tahun lepas lagi maukan kek ni..tahun ni baru terlaksana..insyaallah aku akan siarkan resepi kek dalam entri yang akan datang ya..

Kek untuk aku pula tiada..huhu..nda sempat buat untuk diri sendiri demi menyiapkan kek-kek anak buahku..biarlah..nanti-nanti ja buat..yang penting dorang ni happy..

Jom layan gambar-gambar..

 Putri di samping Kek princessnya..memang hepi dan suka sangat dapat kek idamannya..


 Alhamdulillah..kek yang menjadi juga akhirnya..Puteri Farisha Fasha masuk 7 tahun dan Muhamad Waie  Wazien masuk 5 tahun..



" Happy birthday to Putri dan Waie, Ucu Bb doakan semoga kalian menjadi anak-anak yang cerdik dan pintar dalam pelajaran, cemerlang di dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh dan solehah serta berbakti pada orang tua, amin ".

 Berkumpul dengan sepupu-sepupu dorang yang lain..seronoknya dorang!!!hehe..
Dari kiri: Yaya, Adib, Waie dan Putri
Di belakang: Ella, Damia dan Dian

Di bawah ni adalah antara menu yang dibuat time birthday tu..sebenarnya banyak..tapi oleh kerana terlalu sibuk aku lupa snap gambar menu lain..ni ja la yang sempat aku snap..huhu..ada Macaroni fruit salad, Cheesy ball, Ayam goreng, Mee goreng, Kari ayam, Apam Ladybird bumble bee, Air longan dan Cola..

 

 Ni pula adalah 'goodies bag' untuk anak-anak buah lain yang datang..hihi, simple ja isinya..tapi memang kegemaran budak-budak la..ok la kan ^_^..


Baiklah, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..aku akan kongsikan resepi kek princess dan football cake serta resepi macaroni fruit salad dan cheesy ball..

Sampai jumpa lagi..terima kasih kerana membaca entri hingga habis, wasalam.

SEGMEN: AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER BARU DAN LAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku join segmen yang dianjurkan oleh Ayu..pada rakan-rakan yang belum join tu, marilah join sama segmen ni..

Aku masih ingat lagi, aku mula berblog ni adalah pada 24 Mei 2012..belum lama sangat dalam dunia blogging ni..apapun, ,memang best dapat ramai teman baru di alam maya ni..

http://www.ayuinsyirah.my/2014/04/segmen-ayuinsyirah-mencari-rakan.html

ORDER KEK BIRTHDAY: CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE & KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum w.b.t..

Hai semuanya..selamat petang diucapkan pada semua teman dan pengunjung blog SRC tersayang..sambil tengah berehat ni ada baiknya juga aku update blog buat tatapan para pengunjung semuanya..

Okeylah, petang ni aku mau siarkan entri tempahan kek birthday dari makcik aku untuk anaknya iaitu Ikin yang menyambut ulangtahunnya yang ke-14..Makcik Rusinah tempah 2 biji kek seberat 1kg setiap satu iaitu Kek coklat moist dan Chocolate fresh cream cake untuk anak kesayangannnya itu sebab sebiji Ikin mau bawa ke sekolah, celebrate di sana dan yang sebiji lagi untuk sambut dirumah bersama keluarga..bestnya Ikin kan..

Jom kita layan gambar kek..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
 CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
KEK SPAN COKLAT
LAYER & DEKO: FRESH CREAM COKLAT & COKLAT GANACHE
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
 ' Happy belated birthday to Ikin '..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT MOIST
 KEK COKLAT MOIST
FILLING & TOPPING: COKLAT GANACHE
HIASAN: BISKUT ROLL COKLAT & GULA MANIK
BERAT: 1KG
HARGA: RM45 ( BERGANTUNG BERAT & DEKO )


Apapun, terima kasih banyak kerana order dengan kami..harap puas hati dengan hasil kek ni..segala kekurangan harap mohon dimaafi..

PADA YANG BERMINAT UNTUK MENEMPAH, SILA HUBUNGI TALIAN YANG TERTERA NI YA, 012-8244251 ( BBWANA) UNTUK INFO LEBIH LANJUT. TQ.

TEMPAHAN APAM POLKADOT, APAM LADYBIRD BUMBLE BEE & APAM GULA HANGUS

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, alhamdulillah kembali bersiaran pada hari ni..selamat berhujung minggu ya..pada yang bekerja tu teruskan tugas anda..okey la, beberapa hari kebelakangan ni aku agak sangat sibuk hingga tidak sempat untuk menulis entri..hanya sempat join segmen/GA saja..mohon maaf ya pada teman-teman..serba salah pada teman yang sudah berkunjung ke sini dan tinggalkan komen-komen manis..apapun, terima kasih banyak semuanya..insyaallah lepas ni aku terjah blog korang pula ya..

Baiklah, kali ni aku mau siarkan entri tempahan Apam polkadot, Apam Ladybird Bumble Bee dan Apam gula hangus pada minggu yang lepas..alhamdulillah atas rezekiNYA ini..jom layan gambar..

Apam ladbird bumble bee ni ditempah oleh teman Kak Majorie..apapun, thanx ya kak sebab tolong promote dekat teman-teman yang lain..filling apam mix..
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM LADYBIRD BUMBLE BEE


Apam polkadot ni pula ditempah oleh sepupu iaitu Rina..request color pink dan hijau..dan fillingnya adalah strawberi..untuk diberikan pada tunangnya nun di seberang iaitu WP. Labuan..sweetnya kan..hihi..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM POLKADOT


 Apam gula hangus dan Apam polkadot ni pula ditempah oleh makcik aku iaitu Pn. Rashidah..untuk diberikan pada anaknya yang berada di Beaufort buat majlis 'potong jambul' untuk cucunya..


Apapun, terima kasih banyak ya pada semua yang menempah kuih-muih dengan kami..pada yang berminat, anda juga boleh menempah dengan kami dengan menghubungi talian kami yang tertera di sini ya, 012-8244251 ( bbwana )..tq..

Sekian entri pada hari ni..jumpa lagi..da daa..^_^

Segmen First Anniversary Blog Asha Lya 1 Year

Assalamualaikum & salam sejatera..

Hari ni belum ada entri kuih-muih atau kek..hanya sempat join segmen dan GA saja..insyaallah bila aku 'free' nanti, aku akan update entri blog pula ya dan blogwalking ke blog kawan-kawan..jom support segmen Asha Lya ni..

http://blogashalya.blogspot.com/2014/04/segmen-first-annivessary-blog-asha-lya.html

Dzureen's 20th Birthday Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA blogger Dzureen's ni..

http://dzureendarwis.blogspot.com/2014/04/dzureens-20th-birthday-giveaway.html

MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua teman dan pengunjung blog Sweet red cherry tersayang..semantara tengah rilek-rilek ni aku mau konsikan satu entri mufin yang aku buat pada minggu lepas iaitu Mufin coklat oreo ( eggless )..mufin ni sangat sesuai bagi mereka yang alah pada telur..sebab bukan semua orang boleh makan telur..ada yang alahan jika makan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )
Untuk resepi, aku gunakan resepi eggless coklat cake, tapi maaf la ya sebab aku nda ingat dari mana aku cedok resepi ni..apapun, thanx atas perkongsian resepi ni..untuk lebih sedap aku tambahkan dengan biskut oreo yang di patahkan kecil-kecil dan tabur atas mufin..kebetulan aku ada stok biskut oreo..hehe..jom semak resepi..

RESEPI: MUFIN COKLAT OREO ( EGGLESS )
DIBUAT OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn serbuk koko
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1/3 cwn minyak masak/butter cair
1 cwn air suam
1 sb jus lemon
1 sk esen vanila
Hiasan: Biskut oreo yang dipatahkan kecil

CARANYA:
  • Campurkan semua bahan-bahan kering dalam mangkuk. Kemudian campurkan semua bahan basah ke dalam bahan kering. Gaul dengan whisk hingga semuanya sebati.
  • Tuang aduanan dalam papercup 3/4 cup mufin.
  • Taburkan dengan oreo.
  • Bakar suhu 170'C selama 25-35 minit.
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tekstur mufin agak moist..memang sedap dan layan makan mufin coklat kan..apalagi ada oreo..em, nyum-nyum..hehe..buat pun senang ja..hanya guna handwhisk..godek-godek kejap dah siap..sesuai juga dijadikan sebagai breakfast untuk anak-anak..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semuanya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..jumpa lagi di entri yang lain pula ya..selamat bertugas pada anda yang bekerja dan selamat beristirehat pada teman yang tengah duduk rumah tu ya..hehe..bye, sekian.

MiniGiveaway #2 by Ayie Atiqah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom ramai-ramai join mini GA by Ayie Atiqah ni..caranya pun simple saja..GA berlangsung selama 3 hari ja tau..mari support GA rakan blogger kita ni ya..

http://ayielifememory.blogspot.com/2014/04/minigiveaway-2-by-ayie-atiqah.html

TEMPAHAN KEK BIRTHDAY: KEK COKLAT MOIST & CHEESE CAKE LELEH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semuanya..kembali bersiaran pada hari isnin yang cerah ni..setelah beberapa entri sebelum ini hanya la entri aku join GA..hehe..apapun, terima kasih ya pada kawan-kawan yang sudah blogwalking ke sini..insyaallah aku akan balas kunjungan dan terjah blog korang pula ya pelan-pelan..

Okeylah, untuk hari ni aku mau siarkan entri  tempahan kek birthday dari sorang teman my BFF, Joycee..dia tempah 2 biji kek birthday iaitu Kek coklat moist dan Kek cheese leleh dimana setiap satu kek seberat 1kg untuk 2 orang adik sepupu kembar kesayangannya yang menyambut ulangtahun mereka yang ke-15 iaitu Jainah & Jaidah..aku ambik kesempatan ni untuk mengucapkan, " Happy  sweet 15th birthday to Jainah & Jaidah, may god bless both of you, amin..".

Jom layan gambar kek..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT MOIST
 KEK COKLAT MOIST
FILLING & TOPPING: COKLAT GANACHE
SAPUAN KEK: FRESH CREAM COKLAT
HIASAN: BISKUT, COKLAT BEBOLA & GULA MANIK
BERAT: 1KG
HARGA: RM45 ( harga berubah mengikut berat & deko )

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHEESE CAKE LELEH
CHEESE CAKE LELEH
LAYER & TOPPING: CREAM CHEESE LELEH
HIASAN: CHEDDAR CHEESE
BERAT: 1KG
HARGA: RM 60

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk pengetahuan, cream cheese yang aku gunakan adalah cream cheese yang berkualiti iaitu Philadhelphia..untuk rasa cream cheese yang lebih sedap..bagi yang belum pernah makan cheese cake leleh ni memang rugi sebab kek ni memang sangat sedap dan mewah dengan rasa cheese..makan sambil tutup-tutup mata tau..huhu..^_^..


Feedback yang aku terima dari teman aku yang tempah kek ni, dorang semua memang sangat sukakan rasa kedua kek tersebut..alhamdulillah senang hati aku dengar hasil tangan aku disukai..apapun, terima kasih Joycee sebab tempah dengan aku..jangan serik ya kawan..hihi.

Bagi yang berminat untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, sila hantar email atau terus saja hubungi talian kami yang tertera ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp.Tq.

Sekian dulu entri aku pada kali ni ya..sampai jumpa lagi di entri yang lain..see ya, wasalam.

GIVEAWAY: SAYA NAK SKIRT FREE ITU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom ramai-ramai join GA ni..hadiahnya adalah skirt untuk seorang pemenang..cantikkan skirt ni..

" Saya mesti menang chiffon skirt ini kerana, nak jadikan ianya sebagai hadiah sempena birthday aku pada bulan april ni, ( 18 april ) "

http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/04/giveaway-saya-nak-skirt-free-itu.html

1st Mini GA by NaNie DeaN

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Jom join GA by Nanie Dean ni..hanya perlu ikuti langkah-langkah yang sangat simple..pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah..jom klik banner di bawah ni ya..

http://naniedean.blogspot.com/2014/04/1st-mini-ga-by-nanie-dean.html

FRESH CREAM CAKE & PUTRI BIRTHDAY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali bersua pada hari ni..terima kasih ya buat semua teman-teman dan pengunjung yang rajin bertandang ke sini dan meninggalkan komen..insyaallah bila ada masa dan line internet laju, aku akan blogwalking pula ke blog korang..sebab kalau line macam siput ja, hilang mood mau 'bw'..^_^

Okey la, hari ni aku mau kongsikan entri sambutan birthday Putri secara ringkas saja pada 12hb yang lalu,lambat sehari dari hari lahirnya.birthday sebenar adalah pada 11hb April..kalau ikutkan memang tiada plan mau buat, tapi akhirnya dapat kejutan pula dari ayahnya yang kebetulan balik kampung belikan sebiji Fresh cream cake dan kfc..memang hepi la Putri..lebih-lebih lagi Waie yang teruja mau potong kek..huhu, biasalah pantang nampak kek birthday..dia ja yang mau potong walaupun bukan kepunyaannya..hihi..

Jom la layan gambar..


Kek Putri..Fresh cream cake..rasa kek ni okey ja la..bagi aku kurang menepati rasa..huhu, tapi terima dan syukur la kan sudah dibelikan oleh ayahnya..


 Antara hidangan yang sangat simple..okey apa ada kfc..sambut birthday petang-petang dan makan kfc..ngam betul sebab perut pun memang bekoroncong time tu..heheh..lagipun memang tidak plan mau celebrate pun hari tu..so, memang tiada prepare apa-apa..


 Putri dan waie semangat tiup lilin ditemani ayah dan mamanya..mamanya tiada dalam gambar sebab sibuk jadi photographer..huhu


Puteri Farisha Fasha sudah masuk 7 tahun  pada 11 april 2014 ni..sudah besar anak buah aku ni..


 ' Happy birthday to Putri.. Ucu Bb doakan semoga  Putri jadi anak yang baik, pintar, rajin, solehah dan berbakti dengan orang tua..amin'


Ni la kek yang telah dipotong..tinggal separuh ja..waie yang berabis betul makan..dia memang penggemar kek..hihi..


Sekian entri aku pada kali ni..jumpa lagi di lain entri pula..thanx semuanya..-wasalam-

KEK COKLAT KUKUS SIMPLE versi KONTENA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semuanya..alhamdulillah kita bersua lagi pada petang hari ni mau kongsikan satu entri tentang Kek coklat kukus simple versi dalam kontena pula..setelah beberapa entri sebelum ni asyik join Ga/Segmen ja..hehe, jangan marah dan jemu ya..doakan la aku bertuah dalam banyak-banyak Ga/Segmen yang aku join tu..

Okeylah, sebenarnya kek ni aku buat masa jualan karnival serbaneka yang aku join tempohari..aku buat dalam kontena kecil..sesuai makan dalam bentuk individu..memudahkan makan dan lebih praktikal serta jimat..^_^..alhamdulillah jualan kek dalam versi kontena kecil ni sangat-sangat mendapat sambutan dari pelanggan..syukur sebab semuanya habis dijual..nampaknya lepas ni aku akan buat la lagi macam ni..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT KUKUS SIMPLE
Lagipun kebanyakan peniaga kek sudah lama buat macam ni..aku saja yang tertinggal keretapi..huhu..sebenarnya bukan apa, untuk dapatkan bekas kontena ni susah sikit sebab selalunya habis stok..nasib baik aku pegi time tu ada stok..jadi, dapat la aku buat kek dalam bekas yang comel ni..

Untuk resepi kek, aku intai dari blog Anna Qawina..apapun, thanx ya share resepi..aku ingin panjangkan pula di sini untuk tatapan teman-teman dan pengunjung SRC sekalian..jom semak!! ^_^

RESEPI: KEK COKLAT KUKUS SIMPLE
SUMBER: ANNA QAWINA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn gula kastor/halus
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 cwn minyak masak/jagung
1 cwn susu cair
3 biji telur gred B
2 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder
1 sk esen vanila
1 cwn air panas
Coklat rice- untuk hiasan atas kek

CARANYA:
  1. Panaskan pengukus.
  2. Campur semua bahan kecuali air panas, putar dengan mixer hingga sebati dan masuk air panas. Putar lagi.
  3. Tuang adunan dalam acuan/bekas kontena
  4. Kukus selama 45-60 minit.
  5. Boleh putar dengan handwhisk.
TOPPING GANACHE SIMPLE:
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat manis
1 sb minyak masak
  • Masukkan semua bahan dalam periuk dengan api yang kecil. Panaskan dan kacau bahan hingga semuanya sebati.
  • Tuang atas kek yang telah sejuk
  • Taburkan dengan coklat rice
-Selamat mencuba-

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com


Ni adalah kek yang telah siap dikukus dan dalam proses penyejukkan sebelum di tuang dengan topping coklat.


Bagi yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan mengenai produk kuih-muih kami, sila email atau terus saja hubungi talian yang tertera ini untuk info lebih lanjut ya. 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp. Tq.

Sekian entri untuk petang ni..jumpa lagi - wasalam -

Siapa nak tasbih percuma

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Siapa nak tasbih percuma??? Blogger Ayu zan berbaik hati mau bagi 2 set tasbih pesona di mana setiap 1 set ada 1 tasbih digital dan 2 tasbih pesona ( 33 manik ) pada pemenang melalui cabutan bertuah..jom ramai-ramai support GA Ayu zan dan meriahkannya..

http://ayuzan.blogspot.com/2014/04/siapa-nak-tasbih-percuma.html

GA cuci lemari by mamamursyid.blogspot.com

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Sekali lagi merajinkan diri join GA anjuran mamamursyid ni..hadiah pun menarik. Antaranya adalah top, tudung/shawl dan handsock..jom ramai-ramai meriahkan GA ni..support rakan blogger..hanya perlu jawab beberapa soalan saja..

Jawapan saya:
  1. Nama anak: Mursyid
  2. Pekerjaan mamamursyid: Guru & surirumahtangga
http://mamamursyid.blogspot.com/2014/04/ga-cuci-lemari-by-mamamursyid-blogspot.html

Segmen: Fill in The Blank

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang ni aku join segmen yang unik sikit yang dianjurkan oleh Nurul Syahada..segmen tu kena sambung ayat isi tempat kosong..blogger yang join segmen ni bakal di bloglist selama sebulan dan 5 orang pemenang akan di review serta dapat hadiah topup rm5x2..jom join ramai-ramai..

" kalau saya pemegang black belt, saya akan melawan orang jahat yang buat kacau di muka bumi ni demi keamanan dunia tanpa menggunakan senjata dan mengadakan kelas untuk orang ramai serta anak-anak sedara saya yang masih kecik-kecik tu mempertahankan diri..sebab orang jahat makin ramai dan ada di mana-mana.."

http://in-finitedream.blogspot.com/2014/04/first-segmen-fill-in-blank.html
SILA KLIK BANNER UNTUK JOIN!

RESEPI CHEESE CAKE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua pengunjung tersayang..panas betul cuaca pada petang ni kan..nda sanggup mau keluar rumah masa sekarang ni..huhu..lebih baik duduk rumah lepak depan tv tengok channel kegemaran..heheh..^_^

Okey la, hari ni aku mau kongsikan entri resepi Cheese cake seperti yang pernah aku janjikan tempohari..sudah lama mau kongsi tapi asyik tertangguh saja..kek ni aku buat masa birthday my sis bulan lepas..kek ni sangat-sangat moist teksturnya..dan semestinya sedap..buat 'cheese cake lover' memang sesuai makan kek ni..nyum-nyum..lebih sedap dimakan sejuk..ada umph!!!

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi cheese cake ni aku intai dari Syapex kitchen..terliur sangat tengok cheese cake dengan topping blueberi tu di blog beliau..tapi, cheese cake yang aku buat ni tidak bertoppingkan blueberi..oleh kerana cream cheese leleh aku masi berbaki dalam peti sejuk maka aku buat ala-ala 'cheesecake salji'..memang top!!
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni rupa kek yang telah masak dan sedang disejukkan..untuk pengetahuan resepi asal adalah dari Kak Lina_Pg..untuk resepi boleh rujuk di bawah ni ya..jom semak..

RESEPI: CHEESE CAKE
SUMBER: LINA_PG/SYAPEX KICTHEN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
200g cream cheese ( aku guna 250g )
400ml susu segar @ 1 tin susu cair
100g mentega
100 g tepung gandum
100g gula halus
4 biji telur gred A
1 sk esen vanila
1 sk jus lemon ( optional )

CARANYA:
  1. Masuk susu segar dalam periuk. Masuk cream cheese hingga cair sambil dikacau guna handwhisk. Masuk butter, kacau hingga cair, padam api. Ketepikan.
  2. Asing putih & kuning telur. Pukul putih bersama gula hingga jadi meringue.
  3. Dalam bekas lain, pukul kuning telur hingga kembang dan masuk adunan cheese, kacau seketika. Masuk tepung sedikit demi sedikit, pastikan tidak berketul-ketul, guna handwhisk.
  4. Akhir, masuk meringue dalam adunan dan esen/jus lemon. Kaup balik.
  5. Sapu acuan dengan marjerin dan letak baking paper. Tuang adunan dalam loyang.
  6. Bakar kek suhu 160'c selama 50 min dengan kaedah steam-bath.
  7. Biar sejuk 10 min dalam loyang baru dikeluarkan dari loyang.
  8. Sejukkan dalam peti sejuk.
Hias ikut cara Syapex kitchen:
Filling dan krim
  • Filling blueberi secukupnya - tuang atas kek sebagai topping
  • Fresh cream   - sapu keseluruhan kek dengan fresh cream
Hias ikut cara Sweet red cherry:
Untuk krim:
250 g cream cheese
120 g susu pekat manis
50ml uht whip cream/susu full cream
Cheddar cheese - diparut dan tabur atas kek
  •  Putar cream cheese hingga lembut. Masuk susu pekat manis dan uht whip cream. Tuang cream atas kek dan taburkan cheddar cheese yang telah diparut.

-Selamat mencuba-

Kalau makan plain pun sedap juga..layan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Baiklah, sampai sini saja entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi di lain entri pula ya..thanx dan bye..sekian.