JUALAN BAZAR RAMADHAN 2013: ANEKA KEK DAN CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, selamat malam diucapkan buat semua pengunjung setia blog Sweet red cherry dan  semua teman-teman yang menyokong blog ini..terima kasih atas kunjungan anda semua..maaf la ya, bulan puasa ni kurang update blog..bila ada masa baru la dapat siarkan entri baru..alhamdulillah sekarang sudah masuk 14 hari kita berpuasa..terasa cepat betul masa berlalu kan..so, sekarang ni aku memang berusaha menyiapkan semua tempahan biskut dan kek customer tepat pada masanya..

Baiklah, untuk malam ni aku mau siarkan aneka kek dan cupcakes yang aku buat sempena jualan bazar ramadhan tahun ni..antaranya adalah Kek coklat moist, kek coklat with  choc. fudge buttercream, kek nestum, snow cheese cake.Untuk cupcakes pula aku buat coklat moist cupcakes, oreo cupcakes, pandan cupcakes, hokkaido chiffon cupcakes dan aku frosting dengan buttercream dan choc. fudge buttercream..so, aku memang pelbagaikan jualan aku untuk menarik pelanggan..syukur alhamdulillah sambutan terhadap produk kami sangat menggalakkan..

Jom kita lihat gambar kek dan cupcakes pula..

SNOW CHEESE CAKE

KEK COKLAT MOIST DAN KEK NESTUM
KEK COKLAT WITH CHOC.FUDGE BUTTERCREAM DAN KEK NESTUM

CUPCAKES CHOC.MOIST/PANDAN/OREO WITH BUTTERCREAM

CUPCAKES WITH CHOC.FUDGE BUTTERCREAM & BUTTERCREAM CUPCAKES

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
So, ni la dia antara kek dan cupcakes yang aku jual di bazar ramadhan pada tahun ni..insyaallah di entri akan datang aku akan siarkan pula aneka kuih-muih yang juga aku jual di bazar ramadhan..okeylah ya, badan sudah penat dan mata sudah mengantuk..maka entri ni berakhir di sini..terima kasih atas kesudian anda semua membaca entri ni..jumpa lagi di lain entri..goodnite n wasalam..

ORDER: APAM DAN KEK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Alhamdulillah syukur kerana akhirnya dapat bersua kembali pada hari ini setelah seminggu lamanya blog ni sepi tanpa cerita dan entri baru..minta maaf banyak-banyak pada semua teman-teman dan pengunjung yang datang ke blog SRC ni..kesibukkan yang sukar untuk digambarkan sekarang ni menyebabkan blog ni sunyi untuk seketika..memang betul-betul punya sibuk..menyiapkan segala macam tempahan dari pelanggan..apapun, terima kasih atas kunjungan dan sokongan anda semua terhadap blog ni ya..so, malam ni aku ambik peluang untuk menyiarkan entri untuk tatapan semua..cuci-cuci mata la dengan beberapa order yang aku buat sepanjang beberapa hari yang lalu..antaranya adalah Apam Ladybird & Bumble Bee, Apam Isabella, Kek Coklat dan Kek Nestum..

APAM LADYBIRD & BUMBLE BEE

KEK NESTUM
Ni order dari sorang teman lama iaitu teman sekolej dulu dan teman sekerja juga..Norliah yang teringin makan apam ladybird + bumble bee dan kek nestum..tq lia..

KEK COKLAT
 Ini order dari Kak Nor yang menempah Kek coklat..tqvm..
APAM ISABELLA
 Apam isabella ni pula di tempah oleh Pn. Rabidah juga merupakan kawan mama..
PUTERI MANDI, BUAH MELAKA & APAM GULA HANGUS
Ini juga merupakan tempahan dari sorang teman mama iaitu Pn. Latifah yang order apam gula hangus, buah melaka dan puteri mandi..


So, ucapan terima kasih dari kami kerana menempah produk kuih-muih dan kek dari kami..jika ada yang berminat untuk order produk kami ni, silakan email atau terus kol atau sms ke talian kami yang tertera di atas tu ya untuk maklumat lanjut..tq..

Baiklah, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..thanx kerana membaca entri ni hingga habis..pada kawan-kawan yang datang sini dan meninggalkan komen terima kasih banyak-banyak ya..insyaallah bila ada kelapangan masa tu aku akan buat kunjungan balas ke blog korang pula ya..sekian...selamat berpuasa semuanya.-wasalam-

BISKUT ALMOND BEAUTY

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai..hai..syukur alhamdulillah kita bersua lagi pada malam ni..sedar tidak sedar sudah masuk tiga hari kita semua berpuasa..alhamdulillah semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ni dengan penuh kesabaran dan keinsafan..

Okeylah, pada malam ni aku mau kongsikan entri biskut..ni projek biskut aku pada minggu lepas..iaitu Biskut Almond Beauty..biskut yang aku buat ni tiada masuk dalam list biskut raya yang aku jual ya..hehe..ceritanya masa aku buat tempahan biskut customer tu..banyak putih telur yang tidak digunakan.aku hanya guna kuning telur ja..so, daripada terbiar atau dibuang..sayang  la juga kan..maka aku carilah resepi biskut yang guna putih telur..cari punya cari akhirnya aku jumpa resepi biskut ni di blog Citarasawan..memang menarik biskut ni..sedap dan rangup..dengan celupan coklat putih kemudian ditabur dengan badam cincang atasnya..memang terbaik la biskut ni..hihi..sampai Waie pun asyikm minta biskut ni mau makan..sebab suka sangat!

So, pada kawan-kawan yang berminat mau tau resepi biskut ni..boleh la tengok di bawah..cuba la ya..best tau..

RESEPI: BISKUT ALMOND BEAUTY
SUMBER: CITARASAWAN
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
200 g mentega
50 g shortening
150 g gula kastor
BAHAN B:
40 g putih telur
BAHAN C:
270 g tepung gandum
70 g tepung naik sendiri
1/2 sk baking powder
1/4 sk emplek
10 g koko
HIASAN:
Coklat masakan putih dan badam cincang

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang.
  2. Masuk putih telur dan pukul.
  3. Masuk bahan C dan gaul jadi doh lembut. Rehatkan selama 2 jam atau lebih.
  4. Masukkan doh dalam piping bag dan paipkan atas dulang pembakar.
  5. Bakar dalam suhu 150 degree selama 15-20 minit.
  6. Sejukkan. Kemudian celup dalam coklat yang dicairkan dan tabur badam. 



Haa..yang ni pula adunan biskut yang aku paipkan menggunakan acuan semperit.haha..saja la buat kelainan..kemudian paipkan dengan coklat putih..em, jom makan biskut..tapi tunggu berbuka baru boleh makan ya..haha..kalau makan biskut time siang memang nama puasa 'yang yang yok' la namanya tu..haha..


Baiklah, sampai sini ja dulu..kita jumpa lagi di lain entri..thanx datang sini dan baca entri ni..bye..

LAGI SENARAI KUIH/BISKUT RAYA DAN HARGA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, selamat malam semuanya..sekarang ni baru la dapat update blog dan masukkan entri baru..sepanjang hari tadi aku sangat-sangat sibuk buat kerja aku seperti biasa iaitu buat kuih..tapi macam yang pernah aku cakap sebelum ni, bulam puasa ni kesibukkan tu memang berganda-ganda dari hari biasa  kerana menyiapkan tempahan biskut dan jualan ke bazar ramadhan..alhamdulillah memang rezeki bulan puasa ni murah sangat bagi semua peniaga kan..

Baiklah, kali ni aku mau update pula senarai kuih/biskut yang anda boleh tempah beserta dengan harganya sekali..pada akhir bulan jun yang lepas aku suda masukkan senarai kuih dan biskut..dan yang ni adalah tambahan dalam senarai..antaranya adalah..

BISKUT ULAT BULU
 1. BISKUT ULAT BULU, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT SEMPERIT PANDAN
 2. BISKUT SEMPERIT PANDAN, HARGA RM 0.40 ( SEBIJI )

BISKUT MAKMUR
 3. BISKUT MAKMUR, HARGA RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT COKLAT CIP
4. BISKUT COKLAT CIP, HARGA RM 0.50 ( SEBIJI )

Ada beberapa lagi biskut /kuih raya yang kami buat tapi tiada gambar, antaranya adalah:
  1. KEROPOK PADANG : RM 40 ( 1KG ), RM 20 ( 1/2 KG )
  2. BATANG BURUK NESTUM : RM 50 ( 1 KG ), RM 25 ( 1/2 KG )
  3. BISKUT CORNFLAKES MADU: RM 0.50 ( SEBIJI )
  4. BISKUT COKLAT GULI KACANG : RM 0.50 ( SEBIJI )
  5. BISKUT GHEE KLASIK : RM 0.40 ( SEBIJI )
Dan anda juga boleh menempah kek seperti kek lapis, snow cheese cake, tiramisu cake, red velvet cake dan macam-macam lagi..

Pada yang berminat untuk menempah biskut/kuih raya atau kek, sila la hubungi kami menerusi email yang tertera di atas atau hubungi talian ini, 012-8244251 ( bbwana ) dengan cara kol/sms/whatsApp untuk maklumat yang lebih lanjut. Terima kasih.

Okey la ya, sampai sini entri aku pada malam ni..mau rehat dan tidur dulu..esok mau buat kerja lagi..Selamat bersahur ya kawan-kawan semua dan selamat mejalani ibadah puasa dengan sabar..marilah kita sama-sama hayati dan keberkatan yang ada pada bulan ramadhan ni..jumpa lagi.-wasalam-

Order kek birthday, YAM SPONGE CAKE AGAIN..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Bersua lagi kita pada malam ni..siang tadi memang sibuk betul menyiapkan pelbagai jenis kuih untuk jualan di tamu dan bazar ramadhan esok..lepas tu sempat juga buat biskut yang ditempah..apapun, terima kasih ya kerana mengunjungi blog Sweet red cherry..

Okey, entri pada malam ni adalah mengenai order kek birthday yang di tempah oleh Ms. Uci buat kesekian kalinya..kali ni dia order kek untuk anak buahnya pula yang birthday pada 4 Julai yang lalu iaitu Muhammad Mansur Adham yang menyambut ulangtahunnya yang ke-3..so, kami di SRC juga ingin mengucapkan 'Selamat Ulangtahun untuk Adhan'..

Kek yang diorder pun adalah kek yang sering di order oleh Ms. Uci iaitu Yam Sponge Cake..dorang sekeluarga peminat tegar Yam cake..feed back yang diberikan oleh Ms.Uci sangat mengembirakan hati aku kerana mereka sekeluarga sangat sukakan  rasa kek yang aku buat ni dan kena dengan tekak mereka dan sebab itulah mereka ni selalu order kek yang sama..alhamdulillah, senang hati aku bila customer suka hasil kek yang aku buat..berbaloi penat aku buat kek tersebut..terima kasih..

Okey, mari kita layan gambar kek pula..

YAM SPONGE CAKE
 YAM SPONGE CAKE
- KEK SPAN BERPERISA YAM
- FILLING & TOPPING: FRESH CREAM + YAM PASTE
- BERAT : 1 KG
HARGA: RM 42
HIASAN: BELON




Haa, kalau ada yang berminat dengan kek ni boleh la tempah ya..jangan malu-malu untuk menghubungi kami menerusi email atau pun talian telefon yang tertera di atas tu..

Di sini kami dr SRC juga ingin mengucapkan Selamat menyambut ramadhan al-mubarak dan selamat mejalani ibadah puasa yang bermula esok..semoga pada bulan yang penuh barakah ini, kita semua dapat mengisi dengan amal kebaikan dan dapat menyucikan diri dari segala perkara yang tidak baik..

Okey teman-teman semua, sampai sini dulu..kita jumpa lagi nanti..bye & goodnite..

Majlis sambutan harijadi Waie & friends di TABIKA KEMAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..


Alhamdulillah syukur..akhirnya aku kembali bersiaran pada malam isnin ni..setelah beberapa hari blog SRC sepi tanpa entri baru..bukannya sengaja menyepikan diri tapi keadaan yang tidak mengizinkan aku untuk bebuat demikian..hem, memang rindu sangat-sangat mau menaip dan berkongsi entri dengan teman-teman semua..maaf ya aku sangat sibuk beberapa hari ni..langsung tiada ruang untuk menghadap laptop..ish..ish..ish..ni belum lagi puasa..kalau sudah puasa memang kesibukkan aku tu berlipat kali ganda sibuk membuat tempahan kuih/biskut dan juga jualan di bazar ramadhan..

Okey la, untuk malam ni aku mau kongsikan entri mengenai majlis sambutan ulangtahun Waie dan kawan-kawannya yang menyambut harijadi untuk bulan Jan-Julai di TABIKA KEMAS PEKAN SIPITANG pada 5 Julai 2013 baru-baru ni ( jumaat ) ..so, seramai 15 orang murid yang terlibat dalam sambuatan ni..so, memang meriah la kan..apa tidaknya..seramai 15 orang membawa 15 biji kek/cupcakes..macam-macam kek yang ada..untuk Waie aku hanya sempat buatkan dia Cupcakes Coklat Moist dan Apam Ladybird & Bumble Bee sebab aku sibuk sangat dan tu ja yang sempat aku buatkan dia..alahai, kesian anak buah aku..kawan dia lain bawa kek besar-besar..dan dia tinggal tengok ja..huhu..lain kali la 'Ucu Bb' buatkan kek birthday Waie yang besar ya..

Jom la kita tengok gambar..

CUPCAKES COKLAT MOIST, RM 1 ( SMALL ), EACH
 Aku deko pun yang simple-simple ja..mau buatkan yang lain tapi banyak bahan aku yang sudah habis stok di rumah..mau beli pun nda sempat sudah pasal malam..lagipun tau mengenai sambutan ni pada tengahari khamis dan majlis adalah pada esok paginya..

  Apapun, Waie memang hepi dengan cc  dan apam yang aku buat untuk dia tu..harijadi waie pada 26 April..sebelum ni memang sambut juga di rumah..dan ni kali ke-2 la dia sambut birthday di sekolah dengan kawan dan cikgunya..

 Waie & freinds..
Macam-macam kek ada..puas makan kek pada hari tesebut..
 Bersama cupcakec & kek masing-masing untuk acara potong kek..lucunya Waie pun pegang pisau juga..konon-konon potong cupcakesnya tu..
 Nanyi lagu  Happy Birthday..
APAM LADYBID & BUMBLE BEE

Untuk Waie, sekali lagi 'Ucu Bb' ucapkan selamat ulangtahun yang ke-4 dan Ucu doakan semoga Waie  menjadi anak yang pintar, rajin, baik, hormat dan berbakti pada orang tua dan  jadi anak yang soleh..amin..

Baiklah, kawan-kawan semua..entri ni berakhir di sini..thanx ya semua datang sini dan baca entri ni sampai akhir..jumpa lagi..-wasalam-

KEK MENTEGA OREO STRAWBERI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai, selamat petang semuanya..ada yang tengah sibuk bekerja dan ada pula yang tengah seronok bersantai macam aku sekarang ni..hehe..tapi bukan la santai sangat..sekarang ni tengah  berehat kejap lepas menyiapkan semua kuih jualan untuk hantar ke tamu esok..lepas ni perlu menyiapkan biskut yang ditempah pelanggan..sebab ada customer yang tempah dan maukan biskut tu awal..hehe..aku ni ikut ja permintaan pelanggan..

Baiklah, sekali lagi pada petang ni aku mau kongsikan satu lagi kek mentega yang aku buat kemarin..memang suka bereksperimen buat kek..terutamanya kek yang belum pernah dicuba..entrinya adalah Kek Mentega Oreo Strawberi..haa, kalau mau tau resepinya aku copy paste dari blog dapur ibundo..thanx banyak ya kak kerana berkongsi resepi kek ni..memang tekstur keknya lembut dan gebu..paling best ada rasa oreo + strawberi..oleh kerana oreo tu dicincang kasar so memang terasa la oreo tu..em, nyum-nyum..memang nda rugi la aku try buat kek ni..sedap tau!

KEK MENTEGA OREO STRAWBERI



Untuk teman-teman dan pengunjung yang  berminat mau mencuba buat sendiri kek ni..aku ada sertakan resepinya di sini..mohon izin kak untuk aku panjangkan resepinya di sini..tq.

RESEPI: KEK MENTEGA OREO STRAWBERI
SUMBER: DAPUR IBUNDO
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g mentega
200 g gula kastor
4 biji telur
250 g tepung gandum
5 g baking powder
50ml santan kotak + 50ml air ( kacau ) - aku guna susu cair ja
1 sk strawberi paste
50g biskut oreo ( buang krim ) - cincang kasar

CARA MEMBUATNYA:
- Putar gula dan mentega hingga putih.
Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga kembang.
- Masukkan tepung selang seli dengan santan/susu cair.
- Keluarkan 1/3 adunan dan tambah pes strawberi.Baki adunan kaup balik dengan oreo yang di cincang.
- Tuangkan adunan oreo terlebih dahulu kemudian baru adunan strawberi. Ratakan.
- Bakar dalam oven dengan suhu 175 degree selama 40 minit.

-Selamat Mencuba-


Best makan kek ni sambil-sambil hirup minuman panas..apalagi petang-petang begini kan..so, apalagi jom la kita 'teatime' hihi..okey la, sekian dulu entri aku pada petang hari ni..kita jumpa lagi di lain entri pula..thanx pada semuanya yang sudi mengunjungi blog sweet red cherry..sokongan anda semua amat kami harapkan dan hargai..tq..

KEK MENTEGA PANDAN OREN

SALAM SEJAHTERA...

Hai semuanya..terima kasih ya pada semua teman-teman, pengunjung serta 'silent readers' yang sudi singgah ke blog Sweet red cherry ni..kami amat menghargai semua komen-komen yang anda semua berikan..thanx juga pada followers baru..bertambah kenalan di alam maya ni..seronoknya..

Okey la, pada petang yang cerah ni aku mau kongsikan pula satu entri tentang kek yang baru ja aku cuba buat kemarin..tertarik  dengan resepi keknya yang mudah ni di blog Fiza Cooking..iaitu Kek Mentega Pandan Oren..aku memang suka mencuba kek yang belum aku pernah buat..so, ni aku jadikan sebagai koleksi resepi kek aku..rasanya sedap..tekstur kek pun lembut..dengan rasa oren dan pandan memang wangi la masa tengah bakar kek ni..apapun, thanx ya pada Fiza cooking kerana sharekan resepi ni..dan resepi asal adalah dari Rohaimi Ahmad.

KEK MENTEGA PANDAN OREN


Resepi kek ni ada di bawah ni..minta izin ya pada yang empunya resepi, aku letak resepi ni di sini pula..

RESEPI: KEK MENTEGA PANDAN OREN
SUMBER: FIZA COOKING & ROHAIMI AHMAD
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
200 g tepung gandum
170 g gula halus
200 g mentega
3 biji telur
1 sk baking powder
50 ml susu cair
1 sk esen oren + pewarna oren
1 sk esen pandan + pewarna hijau

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul mentega dan gula halus hingga kembang.Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung gandum yang di ayak dengan baking powder. Putar lagi.
  3. Masukkan susu cair dan putar sebati.
  4. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian, masuk perisa dan pewarna oren. 1 bahagian, masuk perisa pandan dan pewarna hijau.
  5. Tuang adunan secara selang-seli. Kemudian bagi corak marble dengan menggunakan chopstik.
  6. Bakar selama 150-160 degree selama 40 minit -  hingga masak.
- Selamat Mencuba -




Okey la teman-teman semua..sekian dulu entri aku untuk hari ni..ada kerja mau buat lagi ni..so, kita jumpa lagi next entri ya..

Pada yang berminat untuk menempah sebarang produk kami atau ada pertanyaan, silakan email atau kol/sms/whatsapp ke talian 012-8244251 ..terima kasih.