KEK MOCHA SERPIHAN COKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Bestnya hari ni dapat berehat sepenuhnya..tiada apa-apa kerja yang perlu disiapkan..so, memang dapat bersantai-santai depan tv..hari ni masih lagi public holiday di sini start kemarin iaitu cuti sempena Pesta kaamatan yang disambut pada setiap 30 & 31 Mei setiap tahun yang disambut oleh kaum kadazan dusun di Sabah ni..so, bagi yang merayakan sambutan ni..aku ucapkan 'KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN'..lagipun esok pun PH untuk harijadi yang di Pertuan Agong kan..memang panjang cuti orang bekerja kan..hari ni kebanyakkan orang melangsungkan pernikahan..maklumlah, ramai yang ambil kesempatan untuk menamatkan zaman bujang time cuti sekolah ni..sebab time ni banyak saudara mara dapat berkumpul..

Okey la, berbalik kepada tajuk entri yang aku post pada petang ni iaitu Kek mocha serpihan coklat yang sangat sedap aku buat..dengan gabungan rasa coklat dan nescafe dalam kek ni menjadikan ianya bertambah sedap apaalagi dengan taburan coklat cip di atas dan aku bubuh dalam kek juga..resepi aku salin dari satu majalah..nda ingat sudah majalah apa..lupa pula tulis hari tu..hihi..maaf ya.. tekstur kek pun agak lembut jugak..

KEK MOCHA SERPIHAN COKLAT, HARGA RM 20 ( 1 BAR )


Di bawah ni aku sertakan resepi sekali bagi yang mau mencuba kek ni..mari kita semak..

RESEPI: KEK MOCHA SERPIHAN COKLAT
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
150 g mentega
120 g gula kastor
3 biiji telur
120 g tepung berserbuk penaik
3 sk esen vanila
30 g serbuk koko
150 g coklat cip
1 1/2 sk kopi segera ( aku guna nescafe )
1 1/2 sk baking powder

CARA MEMBUATNYA:
  1. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu dan putar. Kemudian masukkan esen vanila. Putar.
  3. Masukkan tepung, baking powder, serbuk koko & kopi segera. Pukul sebati.
  4. Campurkan coklat cip.
  5. Tuang dalam loyang yang disapu mentega dan tabur sedikit tepung.
  6. Tabur coklat cip atas kek.
  7. Bakar 175 degree, 30-35 minit.
-Selamat Mencuba-
Ada yang teringin mau mencuba kek ni tapi malas mau membuatnya, haa hubungi ja la kami untuk menempah ya..terus la telefon/sms ke talian telefon kami atau hantar email anda untuk pertanyaan..terima kasih..okey kawan-kawan dan pengunjung semua..aku mau undur diri dulu..jumpa lagi..babai..

KEK PELANGI

SALAM SEJAHTERA..

Hai, kembal bersiaran untuk hari ni..memang agak lambat sebab tadi memang sibuk sangat menyiapkan tempahan apam dan kuih bakar dari kakak sepupu, Mrs.Adimatul dan mahu ambik kuih ni pada esok hari..dan dia juga menempah kelupis sebanyak 500biji dan wajid ubi sebanyak 800biji dan totalnya adalah 1300 biji yang perlu disiapkan kerana semua kuih ni akan diambil esok..tapi tugas menyiapkan tempahan kelupis dan wajid yang sangat banyak ni adalah mama serta adik-beradik mama yang lain..aku bab bungkus2 ni memang 'failed'..bukan x pernah cuba..pernah juga buat tapi tidak cantik..ada yang pendek, gemuk..ish..ish..tiada bakat langsung..so, tugas aku hanya buat kuih-muih yang lain..

Okey la tapi hari ni aku belum lagi siarkan mengenai entri tempahan tu..hari ni aku publish entri Kek Pelangi yang telah aku buat pada minggu yang lepas..resepinya yang sangat mudah dan aku dapat resepi ni dari buku resepi yang bertajuk KEK DAN BISKUT ( keluarga ) yang diterbitkan oleh Penerbitan Pena Sdn.Bhd..keknya lembut dan cantik ja dengan warna-warni pelangi..

KEK PELANGI, RM 28 ( SEBIJI )
Bagi yang ingin mencuba untuk membuat kek pelangi ni, di sini aku kongsikan resepinya. Untuk membuat kek ni aku hanya buat separuh dari adunan resepi dan penggunaan 'aun' aku telah tukarkan kepada gram supaya mudah untuk anda semua menyukat bahan..taulah penggunaan 'aun' ni banyak digunakan dalam sukatan bahan dalam buku resepi yang lama-lama..

RESEPI: KEK PELANGI
SUMBER: BUKU RESEPI KEK DAN BISKUT ( KELUARGA )
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
225 g marjerin
225 g gula halus
225 g tepung gandum
1 sk baking powder
4 biji telur
1 sk esen vanila
pewarna merah, kuning dan hijau

CARA MEMBUATNYA:
  1. Ayak tepung dan baking powder. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga cukup kembang dan putih.
  2. Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
  3. Masukkan tepung sikit-sikit sambil dikacau perlahan-lahan hingga rata. Bahagi tiga adunan itu kemudian warnakan tiap satu.
  4. Minyakkan loyang dan taburkan sedikit tepung supaya kek tidak melekat. Tuangkan adunan tadi berselang-seli mengikut suka masing-masing ( seperti warna pelangi ) 
  5. Bakar 180 degree, 35-40 minit.
-Selamat Mencuba-

Untuk yang berminat untuk menempah atau ada pertanyaan mengenai produk kami, jangan malu-malu untuk hubungi kami menerusi email atau talian telefon yang tertera di atas itu ya..terima kasih..

Okey la teman-teman, entri ni berakhir di sini dan kita jumpa lagi nanti ya..

ORDER KEK COKLAT MOIST

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat malam dan salam ceria diucapkan buat semua pengunjung blog SRC..terima kasih kerana berkunjung ke sini ya..terus ja kepada entri yang aku post pada malam ni iaitu kek yang mempunyai peminat yang ramai..ramai yang gemar makan kek ni termasuklah aku..heheh..keknya adalah Kek Coklat Moist..
Ni aku mau cerita sikit..pada pagi 25hb Mei yang lalu ada cousin aku telefon ( Dk.Fatin )..dia mau tempah kek dengan aku untuk anaknya, Fatihah yang teringin sangat makan kek kerana sebelum tu Fatihah nampak kek birthday masa lihat kartun di Baby Tv channel tu..minta mamanya buatkan tapi mamanya malas dan terus telefon aku dan tempah..memang kebetulan pulak pada hari tu aku bercadang buat kek coklat moist ni untuk dibawa masa kenduri arwah makcik baru-baru ni..sajalah bawa untuk makan-makan dengan keluarga di sana di samping tu teruslah juga promote kek ni kalau ada berminat yang tempah..haha, sempat lagi bisnes kan..berbalik pada cerita tempahan tadi, lepas ja bertelefon dengan cousin aku tu, cepat-cepat la aku ke dapur untuk menyiapkan kek tersebut sebab bila kek siap aku janji call cousin aku tu suruh dia 'pick up'..kesian dengan anak buah aku tu yang teringin makan kek..alahai..

KEK COKLAT MOIST
 KEK COKLAT MOIST
BERAT: 600GM/1KG++
HARGA: RM 20/ RM 38
TOPING COKLAT
HIASAN: COKLAT RICE & GULA MANIK



Ini la Fatihah yang teringin makan kek tu..alalala, ciannya dia..baru masuk umur 2 tahun..minat gila dengan angry bird..apa saja barangan yang ada gambar binatang ni dia mau minta beli..nama juga budak-budak kan..macam tu la..

Yang ni kek yang aku bawak masa kenduri tu..memang laku..cepat habis..semua berebut-rebut makan..ramai yang puji kek ni sedap..syukurlah..


Kek coklat moist ni macam-macam variasi yang ada..ada kukus dan ada juga bakar..kandungan bahan pun agak berlainan sedikit. So, kalau ada yang teringin mencuba kek yang macam aku buat ni, di sini aku ingin kongsikan dengan teman-teman resepi kek yang tersangat sedap ni..yang aku buat ni versi bakar punya..jom kita semak resepinya di bawah ni..

RESEPI: KEK COKLAT MOIST
BY: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
2 cwn tepung gandum } ayak
2 sk baking powder } 3x
2 cwn gula halus
4 biji telur
250 g mentega
2 sk esen vanila
1 cwn koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair

CARA MEMBUATNYA:
- Masukkan koko, gula halus dan air panas dalam periuk dan jerang atas api yang kecil sambil kacau hingga berkilat. Lepas tu, matikan api. Tuang susu cair dan kacau. Sejukkan. Ketepikan.
- Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan pula terur sebiji demi sebiji dan putar lagi. Masuk esen vanila dan gaul.
- Masukkan tepung selang seli dengan pes coklat yang dijerang tadi.
- Bakar 175 degree selama 1 jam.

TOPPING COKLAT

BAHAN:
1/2 cwn koko
1/2 cwn susu pekat
1 sb minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
- Masuk semua bahan dalam periuk dan kacau atas api yang kecil. Panaskan topping sampai semua bahan sebati
- Boleh tuang atas kek yang telah sejuk dan tabur dengan coklat rice dan gula manik.
* Gandakan bahan topping jika mahukan topping yang banyak sebab yang aku buat ni sikit ja.

- Selamat Mencuba-

Sekiranya ada pula yang berminat untuk menempah kek ni, terus ja la email kami ataupun hubungi talian telefon kami yang tertera di atas untuk lebih lanjut lagi ya..terima kasih..

So, kita jumpa lagi ya teman-teman di entri yang lain pula..bye..

TEMPAHAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

Hai semuanya..alhamdulillah kerana kembali bersiaran pada malam ni..tiada masa mau menghadap laptop..sibuk dengan tempahan yang masuk sempena cuti sekolah ni..syukur alhamdulillah atas rezeki ni..baiklah, orang kata walaupun malam masih muda tapi mata ni terasa berat..mengantuk la..penat kerana membereskan kerja-kerja aku yang tertangguh..so, tanpa buang masa aku mau siarkan tentang entri tempahan yang kami terima pada minggu lepas iaitu pada 26 Mei yang lalu iaitu pada hari ahad yang telah di tempah oleh pakcik ( Hj.Sitam - abang sulung my dad ) sempena kenduri arwah isterinya ( Hj Zaharah ) yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser beberapa tahun yang lalu..

Oleh kerana kenduri ni diadakan pada jam 2 petang maka menu yang diminta pun adalah menu yang sesuai untuk minum petang. Antaranya adalah Kuih bakar pandan, Apam gula hangus, Kelupis, Mee goreng dan mihun goreng..so, simple ja la kan menunya..

KUIH BAKAR PANDAN

APAM GULA HANGUS

KELUPIS

MIHUN GORENG

MEE GORENG
Ni la dia menu yang ditempah..okey la, katil macam dah lambai-lambai ja ni..mau baring dan rehatkan mata yang ngantuk ni dulu..walaupun belum makan malam, aku abaikan ja la dulu..yang penting tidur..hihi..okey semua..goodnite n chow  -wasalam-

KEK PISANG MUDAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Salam sejahtera dan selamat petang diucapkan buat semua pengunjung SRC yang budiman..terima kasih ya kerana sudi menziarahi ke sini..sebenarnya kami sekeluarga baru balik dari rumah pakcik( Hj.Sitam Dullah, abang sulung kepada my dad) kerana mengadakan kenduri arwah untuk arwah makcik( Hjh. Zaharah Ghaafar )..so, sekarang ni aku tengah bersantai-santai la sebab semua kerja-kerja aku untuk hari ni sudah aku bereskan pagi tadi sebelum pergi ke rumah pakcik..ala, sebenarnya nda jaun pun..sebelah rumah ja..hihi..

Untuk hari ni aku mau kongsikan satu entri kek yang aku buat baru-baru juga..keknya adalah Kek Pisang Mudah..seperti nama resepi..bahan dan cara membuat kek ni pun tersangat la mudahnya..resepi kek ni tidak sama dengan resepi kek pisang yang pernah aku siarkan sebelum ni..sudah lama aku ambik resepi kek ni dan ini merupakan kali pertama aku try buat kek ni..dan hasilnya jadi dengan sangat cantik dan gebu..malah tersangat lembut dan sedap..betul ni, nda tipu..korang mesti try..tapi tulah, aku tiada salin sapa yang empunya resepi asal sebab time aku salin resepi ni tidak terpikir pun aku mau masukkan dalam blog..hem, pengajarannya bagi aku, lepas ni kalau salin resepi dari tempat lain kenalah tulis sumbernya dari mana supaya senang merujuk..huhu..

KEK PISANG MUDAH, RM 28 ( SEBIJI )

Add caption
Kalau ada yang ingin membuat sendiri kek ni, di sini aku sertakan sekali resepi kek yang sangat mudah ni..jom semak..

RESEPI: KEK PISANG MUDAH
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
1 cwn gula
5 biji telur
1 sm ovallate
BAHAN B:
5 biji pisang berangan/embun
1 cwn minyak/butter cair ( marjerin pun bleh ja )- lenyek pisang dan sebatikan dengan minyak
BAHAN C:
1 1/2 sk bikarbonat soda
1 1/2 sk baking powder

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul bahan A hingga kembang. 
  2. Kemudian masukkan pula bahan B. Putar sebati.
  3. Akhir sekali, masuk bahan C dan kacau sebati.
  4. Tuang dalam loyang telah digriskan dengan minyak.
  5. Bakar dalam oven 175 degree selama 45 minit.
-Selamat Mencuba-




Macamana, senang ja kan cara buatnya..bahan-bahan pun yang simple-simple ja..kalau sudah teringin mau makan tapi malas mau buat tu boleh la order ja dengan kami ya..kami sentiasa menerima tempahan sepanjang masa untuk semua produk yang kami iklankan..hanya email atau sms/call ke talian kami yang tertera di atas tu ja.. Okey la..jumpa lagi next entry..bye..




ORDER: KEK TIRAMISU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semantara menunggu kuih yang aku buat tu masak, aku ambik kesempatan ni untuk memasukkan satu lagi entri baru yang tertunda..sebenarnya hari ni agak sibuk juga menyiapkan tempahan kuih-muih yang telah ditempah seawal minggu lepas..kuih-muih ni ditempah untuk kenduri arwah makcik esok..entri tentang tempahan kuih ni akan aku siarkan nanti sebab harus tunggu giliran untuk ditayangkan..hehe..

Baiklah entri pada petang ni adalah order kek birthday yang ditempah pada 20hb Mei iaitu pada hari isnin baru-baru ni..yang menempah ni bernama Cikgu Nor yang mahukan Kek Tiramisu seberat 1kg untuk sambutan ulangtahun di Pra-sekolah pada 21hb Mei..dia telefon aku pada petang isnin tu dan mahu ambil kek pada esok paginya seawal 6.20pagi kerana kek tersebut perlu dibawa ke sekolah..so, lepas ja ditelefon tu aku terus menggodek di dapur menyiapkan kek..nasiblah semua bahan-bahan kek ada aku stok di rumah..biasalah, takut terima tempahan mengejut macam ni..lebih kurang 11.30 malam baru aku selesai buat kek ni..alhamdulillah..

Ini kali kedua Cikgu Nor tempah kek dengan aku..yang pertama tu dia order Red Velvet Cake untuk birthday..syukur la..harap-harap Cikgu Nor berpuas hati dengan hasil kek yang aku buat dan menepati seleranya..

Jom kita lihat gambar-gambar kek pula..

KEK TIRAMISU
TIRAMISU KEK
BERAT: 1KG
FILLING & TOPPING: CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: COKLAT RICE, COKLAT CIP & MARASCHINO CHERRY
HARGA: RM 45

 Cikgu Nor maukan wordingnya adalah 'Selamat hari lahir Pra-sekolah Jan-Jun'..aku tuliskan wordingnya di board kek..


Resepi kek ni pernah aku kongsikan di entri yang lalu.. Okeylah ya, sampai sini saja dulu coretanku pada kali ni..kita jumpa di lain entri pula ya..

Bagi yang mau menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila hantar email anda atau kol/sms ke talian kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih..

MENU LUNCH TADI,Nasi Ayam Special..

Salam sejahtera..

Hai..kita bersua lagi pada petang ni..sekarang ni mau kongsikan pula menu lunch kami pada tengahari tadi..Nasi Ayam Special..apa yang specialnya pada nasi ayam ni adalah kerana ianya adalah hasil air tangan mama..kami sekeluarga sangat sukakan nasi ayam buatan mama ni sebab sedap..rasanya yang buat tambah special tu adalah cicahan lada yang mama buat tu..ada rasa masam, masin dan pedas..memang makan menambah-nambah la nasi..hehe..mama jarang buat menu special macam ni kecuali pada hari-hari tertentu seperti perayaan hari raya atau ada majlis istimewa..so, mama buatkan kami menu yang sedap ni pada hari ni mungkin sebab hari ni PH dan semua pun ada di rumah..lagipun, tiada sebarang order yang perlu disiapkan pada hari ni..boleh la masak istimewa sikit untuk kami sekeluarga..

Jom kita layan gambar pula..


 Sayurnya pula selain dari timun, ada sambal tauge..emm, pedas tapi sedap..memang layan..

 Mama sengaja tidak buat sos kicap tu sebab kami kurang menggemarinya..selalunya cicahan lada tu la yang laku dan cepat habis..
 Ni la cicahan lada yang aku cakapkan tadi tu..antara bahan2nya adalah tomato, cili padi yang diblend dengan bawang besar kemudian diperasakan dengan limau kasturi dan garam..

Okey la semua..sampai sini ja la dulu ya..kita jumpa lain entri..tq kerana membaca..

HAPPY 1ST BLOGGERSARY..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hai..semuanya..selamat hari wesak dan selamat bercuti diucapkan buat semuanya..memang best kan sebab hari ni PH dan cuti sekolah yang sudah pun bermula pada hari ni..

Entri pada pagi ni adalah mengenai Ulangtahun pertama blog Sweet red cherry..syukur alhamdulillah kami dalam dunia blogging ni sudah pun mencapai setahun..tapi masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam dunia blogging ni yang serba canggih ni..kiranya kami masih mentah lagi..masih teringat pertama kali sign up..sangat terkial-kial juga untuk mengikuti langkah-langkah untuk menghasilkan blog..hanya berpandukan langkah-langkah yang di ajarkan dan sedikit info dari teman my sis iaitu kak emphi kerana beliau lebih dulu buat blog dan hasilnya ini la blog yang jadi kesayangan kami..syukur alhamdulillah.SRC..tempat kami mengiklankan produk-produk kami dan share resepi dengan teman-teman dan mengeratkan hubungan sesama rakan blogger..memang seronok.apapun, kami akan sentiasa memperbaiki segala kekurangan yang ada pada kami..pada semua teman2 dan silent reader, teruskan sokongan anda pada kami dan semua komen anda sangat2 kami hargai..pada semua follower terima kasih tidak terhingga..

gambar ihsan google

So, sempena 1st bloggersary SRC ni, kami jemput makan cupcake ni..cc perisa coklat strawberi dan cream cheese frosting serta sebiji ceri di atas..yummy..silakan la ya..tapi tiada air..huhu..

Jumpa lagi
-wasalam-

KATERING LAGI..

Hai..assalamualaikum dan salam sejahtera..

Good morning..hari ni dapat la update blog awal sikit daripada biasanya sebab kurang sibuk..mau buat sebiji kek ja..so, okey la kan..banyak masa lagi..hehe..sekali lagi aku meyiarkan entri mengenai katering..alhamdulillah syukur pada Allah atas rezekiNYA yang tidak pernah putus-putus..katering kali ni adalah order pelanggan setia kami iaitu Peladang pada 21 Mei yang lalu ( selasa )untuk menu makan tengahari dorang lepas mesyuarat..mesyuarat apa tu nda tau la pula..

Antara menu yang direquest tu adalah nasi putih, telur masin, acar timun, sambal terung, kari ayam, ikan masak masak sos dan sebagai dessertnya adalah buah tembikai, kek pisang & agar-agar santan pandan serta dua jenis minuman panas, nescafe dan teh..

Ni la gambar menu..

IKAN MASAK SOS

KARI AYAM

SAMBAL TERUNG

TELUR MASIN

ACAR TIMUN

KEK PISANG

TEMBIKAI MERAH & KUNING

NESCAFE & TEH
AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
 So, ni ja la antara menu-menu yang kami buat untuk Peladang..antara favourite menu dorang..so, jangan heran kalau ada menu yang sama juga dengan entri katering yang lepas-lepas..hihi..baiklah, aku mau undur diri..kita jumpa lagi nanti..babai..

KEK SANDWICH

Hai..salam sejahtera..

Bersua lagi kita pada hari rabu ni..semantara tengah berehat-rehat ni dapat la menghadap laptop dan update blog..sekurang-kurangnya nda la juga banyak lagi entri tertunda yang masih dalam 'waiting list'..hihi..baiklah, untuk hari ni aku kongsikan satu lagi kek yang aku buat pada minggu lepas..kek ni aku olah semula dimana resepi asalnya nama kek adalah Kek Impian Coklat tapi setelah aku olah jadilah nama kek ni Kek Sandwich.. apapun, kek ni memang sedap dengan jem/filling coklat ditengahnya..kalau ikutkan resepi asal kek ni disapukan dengan buttercream dan tabur dengan coklat rice..

KEK SANDWICH
 Kalau ada yang berminat mau tau resepi kek ni, aku ada sertakan resepinya sekali di bawah ini..jom semak..

RESEPI: KEK SANDWICH
SUMBER: KEK AIDILFITRI dari dapur VARIANITA
OLAHAN SEMULA: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
100 g tepung naik sendiri
1 sk baking powder
100 g mentega
100 g gula halus
2 biji telur
Jem/filling kegemaran

CARA MEMBUATNYA:
  1. Ayak tepung dan baking powder dalam bekas.
  2. Pukul mentega dan gula halus sehingga ringan dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
  4. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  5. Tuang dalam loyang. Bakar kek hingga masak dan sejukkan atas wire rack dan potong kepada 2 bahagian.
  6. Lapiskan dengan jem/filling.
  7. Bakar 180 degree selama 30-40 min.
  8. Nota: Aku gandakan adunan untuk mendapatkan kek yang lebih besar.

Okey la semua, aku mau rehat dulu ni..penat lepas buat kuih-muih untuk jualan di tamu nanti..kita jumpa lagi di lain entri pula..tq kerana berkunjung ke sini dan membaca entri hingga habis..bye.

REZEKI KATERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah rezeki kebelakangan ni mencurah-curah..banyak menerima tempahan katering serta order kuih-muih yang lainnya..Bersyukur sangat atas rezekiNYA yang diberikan kepada kami serta teman-teman  yang telah mendoakan bisnes kami maju..tq..

Terima kasih pada sokongan teman-teman yang rajin menjenguk blog SRC dan komen serta teman follower yang baru..terharu dengan sokongan korang..apapun, minta maaf la ya sekarang ni jarang update blog..bukannya malas tapi masa yang sangat terhad untuk berbuat demikian..memang sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan terutama katering..

Baiklah, pada petang yang indah ni aku mau siarkan entri tentang katering pada minggu lepas iaitu bermula 16,17 & 18hb Mei yang lalu selama 3 hari berturut-turut di dewan Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Sipitang. Kami perlu memberi makan kepada 50 lebih orang peserta yang mengikuti kursus Asas Kontraktor termasuk pengurus kursus dan juga fasilitator dalam kursus tersebut..Kami perlu menyediakan juadah minum pagi, makan tengahari dan juga minum petang. 

So, memang banyak la yang perlu buat..kerja aku lebih tertumpu kepada kuih-muih, kek dan puding..yang lainnya seperti menu yang berat macam nasi, sayur dan lauknya mama yang handle bersama makcik2 yang lain..(adik-beradik mama)..my dad pula bertindak sebagai yang angkat barang2, setting meja makan di dewan dan juga sebagai driver..memang tidak dinafikan memang kami semua kepenatan tapi bersyukur sangat dengan rezeki ni serta kami gembira kerana mereka sangat berpuas hati dengan perkhimatan katering kami dan jika ada sebarang 'event', mereka mau menggunakan khimat kami lagi..alhamdulillah..

Yang aku siarkan ni adalah gambar-gambar kuih yang aku buat..yang lain seperti nasi, sayur dan lauk selama 3 hari tu aku tiada ambik gambar..maaf ya..

POPIA KENTANG

KEK COKLAT URAI

APAM ISABELLA

KARIPAP

KUIH BAKAR PANDAN

APAM GULA HANGUS

ONDE-ONDE @ BUAH MELAKA

KEK COKLAT MUDAH


PUDING PELANGI

APAM DOT COM
SARI AYU
Haa..nilah antara  yang telah aku buat..baiklah, sampai sini saja dulu entri aku pada petang ni..thanx kerana membaca..jumpa lagi di lain entri..babai..