JJCM PADANG BESAR, PERLIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni episod jalan-jalan cari makan pula masa berada  di Perlis hari tu..dan lokasinya adalah di Padang Besar.

Pertama kali sampai di Padang Besar memang tak sempat la nak 'round' tempat makan sebab mata dah rambang tengok banyak baju murah. Lagipun penat dan kejar masa nak balik homestay..tapi mata sempat jeling menu yang aku teringin nak cuba makan iaitu Kerabu kaki ayam & Somtam.

Kali kedua ke Padang Besar hajat selain shopping memang nak makan di sana tapi tak sempat juga. Last-last takut kempunan aku 'tapau' la..menunya adalah Tomyam Seafood, Somtam & Kerabu kaki ayam. Apa yang paling best adalah ianya original thailand..tapi halal okey..wink-wink!

Layan...
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Pertama kali makan kerabu kaki ayam ni..aku dah jatuh cinta dengan rasanya..serius sedap gila tapi pedas oi..aku sorang ja makan sebab family tak pandai..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sampai juga rasa somtam ni..boleh la..memang layan juga rasanya..tapi pedas.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Okey yang ni memang 'favourite' aku..walau pedas berasap dan makan sambil garu kepala sebab pedas sangat aku tetap habis makan..heheh..menurut kata kak LinaPg, tomyam kelapa lagi best..insyaallah kalau ada peluang ke Perlis aku akan singgah sana lagi try menu ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
layan coffee freshmilk & cocoa freshmilk..big size!! : Packaging pun unik..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Masa jalan-jalan tu cuaca panas dan tekak pun cepat haus..nampak gerai ni di tepi masa nak balik homestay aku singgah beli, memang rasanya sedap dan satu cup tu cukup untuk kami share 5 orang..haha..sebab saiz cup tu besar..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi entri sambungan seterusnya..

Jom baca entri sebelumnya:


Sekian, wasalam.


Sekian

8 CPUV On going..tqvm nuffnang!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
 
Lama tak buka nuffnang..bila buka nampak CPUV yang tengah 'on going'..ada lapan!!! Kalau tak silap aku 'last' aku 'check' tinggal dalam 2,3 saja..alhamdulillah..rezeki. Terima kasih nuffnang!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

p/s: mohon ringankan la jari jemari kalian klik nuff2 aku tu ya dan moga kalian murah rezeki juga..amin..

Sekian,wasalam.


Top Keywords: Semua tentang Coklat & Cheese Leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semua..jom tengok apa keywords yang popular di Sweet Red Cherry minggu ni..ehem!!!

Nampaknya banyak yang google tentang apam coklat, resepi coklat ganache, kek coklat cheese leleh dan Red velvet cheese leleh..thanx banyak..semoga apa yang aku kongsikan di sini sangat bermanfaat buat kalian semua ya..

Sekian, wasalam.



Wordless Wednesday: Ingat lagi gula-gula ni?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Masa kecik dulu selalu beli gula-gula ni..makan sambil nyanyi lagu nano-nanoooo!!! :D

Sekian, Wasalam

Resepi Kek Coklat Moist Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aktiviti aku hujung minggu lepas buat Kek coklat moist untuk anak buah aku, Fatiha yang gemar makan kek coklat buatan aku..asal nak makan kek coklat mesti cari aku. asal cari aku mesti  makan kek coklat..siap panggil aku 'aunty kek'..gelaran tu dah memang 'famous' di kalangan anak-anak buah aku..sabor jalah kan..heheh..;D

Pernah babahnya belikan kek coklat di kedai tapi tak habis..tak sedap katanya..huhu..lepas tu memang jarang beli di kedai..kalau kek lain fatiha tak berapa suka..krim calit masuk mulut, keknya buang..ish ..ish..ish..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kek coklat yang mewah dengan rasa coklat..dengan lelehan topping coklat dan taburan coklar rice..nikmat!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku ingin kongsikan resepi kek coklat yang tersangat mudah ni..tapi hasilnya memang 'superp'. Bagi yang baru belajar buat kek digalakkan cuba resepi ni..gerenti menjadi!!!

Jom semak!!

KEK COKLAT MOIST MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
185g mentega
2 cawan tepung naik sendiri
2/3 cawan serbuk koko
2 sudu kecil esen vanila
1 3/4 cawan gula pasir
1 cawan air
3 biji telur

CARANYA:
  • Putar semua bahan tersebut dalam mangkuk adunan selama 2 minit hingga sebati.
  • Lenser loyang dengan mentega dan tuangkan adunan coklat kemudian ratakan.
  • Bakar suhu 180'C selama 45 minit.
  • Sejukkan.
Resepi Topping coklat rujuk sini >> Resepi Topping Coklat Ganache <<
 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Makan sambil tutup mata..'heaven' sangat!! ^_^
Okeylah, sampai jumpa lagi..daaaa!!

Sekian, wasalam.




WAIE & HARI POTENSI TABIKA KEMAS KEBANGSAAN PERLIS (PT 2: PENUTUPAN )

Assalamualaikum  dan salam sejahtera..

Entri sambungan..

ACARA PENUTUPAN HARI POTENSI TABIKA KEMAS KEBANGSAAN, UITM ARAU PERLIS.

Okey..akhirnya acara pada malam tu berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya hujan turun dengan lebat sekali sebelah petang sebaik saja acara sukan selesai..nasib baik hujan teduh..kerana acara penutupan dibuat di Stadium Uitm Perlis..tempat duduk terbuka tu..kalau hujan gerenti basah..huhu..

Team Waie & the gang, acara sprint hurdle merangkap wakil sabah berjaya mendapat  Top 4 dari  12 kontinjen yang ambil bahagian..agak sukar juga di pusingan akhir kerana saingan yang sangat sengit dan juara Sprint hurdle 2015 adalah milik Selangor..tahniah!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
We proud of you,Waie..

Walaupun tidak menjadi juara tapi tidak kecewa sangat sebab waie& kawan-kawan sudah buat yang terbaik..
Bergambar kenangan pada malam penutupan..Waie & kawan-kawan..tahniah semua!!

Meriah sangat!! Kontinjen sabah mengenakan baju biru
Majlis penutupan di rasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis..
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis bertempat di Stadium UiTM Arau, Perlis

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis bertempat di Stadium UiTM Arau, Perlis.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Majlis Perasmian Penutupan Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 telah dirasmikan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Raja Perlis bertempat di Stadium UiTM Arau, Perlis.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Upacara dimeriahkan dengan perlawanan bolasepak..comel-comel sungguh anak-anak ni..

Juara untuk keseluruhan acara juga adalah milik kontinjen Selangor..buat kontinjen Sabah jangan putus asa, teruskan semangat dan moga tahun hadapan Sipitang hantar wakil Sabah lagi..waie dah tak boleh ikut sebab dah darjah 1..huuuu.. ;D


Fireworks..colorful!!!
Entri akan bersambung Lawatan Waie & tha gang ke Penang Hill & JJCM Perlis..tunggu..

Jom baca:

Sekian, wasalam.

Mee Udang & Fresh Plum Lime Juice

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Teringin sangat makan mee yang ada sup..bila nampak Mee udang ni terus order nak cuba..yalah kan udang salah satu makanan kegemaran aku..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Rasanya? So-so saja..tidak seperti yang aku harapkan..kalau pedas sikit mesti sedap tapi habis juga la semangkuk tu sebab lapar..heee..

Memandangkan cuaca tersangat panas, tekak nak mnium sesuatu yang menyegarkan..dan akhirnya order Fresh plum lime juice..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Memang sedap..sangat fresh!!!!

Tada!!! Hirup sampai habis..alhamdulillah kenyang..

Sekian, wasalam.


Wordless Wednesday: Hai, Carilah Saya!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jeng..jeng.. ;p
p/s: kucing kesayanganku..blacky dalam kenangan.. tayanggg black pegi mana? Napa x balik2? Rindu!!! T__T


WAIE & HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN ARAU, PERLIS ( PT 1 )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri sambungan..ambik masa lama nak 'continue'..huhu..

NOTES: Entri mengandungi banyak gambar..harap 'bertabah' ya.. :D

HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2015 PERINGKAT KEBANGSAAN UITM ARAU, PERLIS

Kali ni dimulakan dengan perjalanan Waie & rakan-rakannya serta cikgu pegiring  bersama team Sabah yang lain dimana masing-masing menjadi johan dan mewakili acara tertentu yang dipertandingkan di UiTM, Arau Perlis..semua tiket penerbangan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah..

Oleh kerana Waie lain pesawat dan bersama team Sabah yang lain maka kami memberi sepenuhnya tanggungjawab dan kepercayaan kepada guru pengiring untuk menjaga dia..risau juga sebab ini merupakan pengalaman pertama Waie naik kapal terbang..

 Masa ni di KKIA 2, Tg. Aru..team Sabah berkumpul di airport sebelah petang..dijangka sampai ke Airport Sultan Abdul Halim pada sebelah malam..kemudian bertolak ke Arau menaiki bas sewa. 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kehadiran anak-anak ni menarik perhatian di airport..dengan pakaian seragam yang ditaja oleh AirAsia Kk nampak comel sangat dorang sampai banyak orang ambik gambar..
Tapi sebelum tu, waie memang sangat teruja nak naik kapal..mama dan my dad orang yang sangat risaukan cucu kesayangannya tu..maklumlah, budak 6 tahun naik pesawat bersama orang lain..mestilah risau kan..

Yang pakai 'cap' tu waie..senang ja cam dia walaupun ramai dengan kawan-kawan yang lain..hehe..muka teruja sangat tu!! ^_^
Semua team yang mewakili negeri masing-masing tinggal di asrama UiTM Arau..dijaga oleh guru pengiring masing-masing
'Dorm' waie & the gang di aras 2..yang ada jemur baju  di tingkap tu.. :)
Ni gambar kami sekeluarga masa melawat waie di asrama..hari ni acara bebas jadi dibenarkan keluar bawa anak masing-masing jalan-jalan..
Harus melalui 'security guard' ni..

Layan pemandangan sekitar kampus UiTM Arau yang cantik menghijau..

Dan acara pun bermula!!!
Siap pakai 'headband' SABAH BAH!!!
Team Waie untuk acara Sprint Hurdle ( lari berganti berhalangan ) bersiap sedia menunggu giliran untuk bertanding..
Interframe okey..huhu..panas terik cuaca masa tu..berasap juga rasa..hee
Sebanyak 12 buah negeri bertanding untuk acara sprint hurdle ni..semuanya hebat-hebat belaka..walaupun cilik-cilik tapi semuanya pun pantas berlari..riuh rendah suasana penyokong lihat acara ni..seronok!!!

Yang lebih membanggakan adalah team Sabah acara sprint hurdle berjaya melepasi saringan kelayakan kepusingan Akhir. Hanya 6 buah negeri saja yang dipilih dari 12 buah negeri..memang saingan hebat-hebat belaka!!

Hampir habis suara serak menyokong...
Setelah selesai acara..waie tak mau berenggang dengan 'kembar siamnya'..atok tersayang..siap minta dukung lagi..manja betul..layankan ja..
Selesai ja acara hujan turun dengan lebat..hujan rahmat.

Layan gadget masing-masing..waie dan kawan-kawan..waie tak pernah berenggang dengan kawannya, Balqis..ewahh!!
Acara penutupan dibuat pada sebelah malam..dan nak tau keputusan team waie & the gang..baca episod seterusnya ya..

Bersambung..

JEMPUT BACA:

Sekian, wasalam.





ORDER: KEK COKLAT CHEESE LELEH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhir bulan januari yang lalu my sis Liza order kek untuk birthday beberapa orang BFFnya yang menyambut hari lahir pada bulan januari..

My sis requested sebiji kek yang jadi kegemaran BFFnya iaitu Coklat Cheese Leleh yang memang 'super' sedap dan yummy..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
wordingnya simple saja atas requested my sis..
COKLAT CHEESE CAKE LELEH
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM30
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK YANG 'HOT' PERMINTAANNYA SEPANJANG ZAMAN.. ;D

Okeylah sampai sini saja..jumpa lain entri..

Order/pertanyaan: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Delivery untuk sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.

Makan-makan CNY: Kek coklat lapis cheese & Nasi ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masa cuti CNY baru-baru ni, kami buat aktiviti makan-makan yang simple saja..tujuannya adalah berkumpul ramai-ramai dengan keluarga, sepupu dan anak-anak buah yang lain memandangkan masa ni la baru dapat berkumpul semua..semua balik kampung!!!

Macam biasa bila dah ramai berkumpul pasti riuh dan meriah..memang best.Ni adalah aktiviti rutin yang selalu kami buat apabila ada masa terluang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Oleh itu, aku buat sebiji kek untuk makan-makan..memandangkan ada yang minat kek coklat dan ada pula yang minat cheese cake maka aku mengambil keputusan untuk buat kek gabungan coklat dan cheese iaitu Kek coklat kukus lapis cheese..

Ceritanya memang berebut la makan kek ni..huhu..bila makan berebut ni lebih seronok kan.. ;D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
NASI AYAM
Nasi ayam ni pula mama masakkan special sempena cuti CNY..macam biasa memang sedap!!!! Apalagi air tangan mama..tq ma..luv u!!! muahhhmuahhhhhh!!! heee ;D


Aku hanya snap gambar anak-anak buah kesayangan saja..masa ni memang meriah dengan suara dan jeritan mereka..insyaallah ada masa lain lagi pasti akan berkumpul ramai-ramai lagi dengan seluruh keluarga..

p/s: Ucapan takziah buat dua orang sepupuku, cyah yang dimasukkan ke emergency ( tambah air ) tak selera makan kerana mengandung dan kak yann yang 'warded' kerana keguguran kandungan masuk 5 bulan..harap kalian tabah dan bersabar ya..

Sekian, wasalam.

Wordless Wednesday: Pisang goreng adabi cheese!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..

 http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Pisang goreng adabi cheese

Nikmatnya minum petang.. :D



Tahun Baru Cina, Limau Mandarin & Ang pow!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aktiviti beraya tadi pagi..

Kami sekelurga beraya ke rumah jiran berbangsa cina yang tinggal belakang rumah..satu-satunya jiran berbangsa cina yang sangat baik dan selalu bagi hamper tiap kali menjelang hari raya puasa..memandangkan petang ada aktiviti keluarga maka kami beraya pada sebelah pagi..

Jom layan gambar..

Bestnya dapat makan limau mandarin dan dapat angpow pula tu..yeayyy!!! ;p

Meriah sangat dengan anak-anak buah aku..kebetulan sepupu datang rumah jadi ajak dia sekali pergi beraya cina.. ^_^
Seronok tau!!

Antara hidangan yang disajikan pada kami..keropok dan makanan panjang-panjang tu yang laku..namanya aku lupa pula tapi rasa ikan ..balang asyik betukar tangan..hehe..buah plum dalam bungkusan tu pun sedap..

Anah-anak buah sempat posing di taman mini rumah tauke cina..hehe..yang penting background ada 'dragon'..muahaha..

 Hasil beraya tadi..sempat tapau!!wink2!!

KEK COKLAT MOIST
Kek coklat moist ni pula buah tangan kami untuk tauke cina tu..nampak happy ja terima buah tangan ni..alhamdulillah..

Okeylah, sampai sini saja entri kali ni..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.








Resepi Sotong Kicap Simple

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku beli sotong sebab rasa teringin dah lama tak makan..jadi, aku masak simple saja mengikut bahan yang ada dirumah..maka terhasilah Sotong masak kicap..walaupun simple tapi buat selera makan bertambah sampai tambah nasi lagi..hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Untuk resepinya, sila semak di bawah ni ya..

RESEPI: SOTONG KICAP SIMPLE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
3 ekor sotong saiz sederhana besar ( buang kulit, cuci dan potong bulat-bulat ).
1 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih }hiris
1 inci halia }
1 biji cili merah }
1 biji tomato - belah 6
3 sb kicap manis
1 sk sos tiram
Garam secukup rasa

CARA:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan sotong dan kacau.
  3. Masukkan kicap, sos tiram dan garam. Masukkan tomato. 
  4. Tambah sedikit air. Biar seketika. Tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah, samapi sini saja entri aku pada hari ni..jumpa di lain masa pula ya..

SELAMAT TAHUN BARU CINA & SELAMAT BERCUTI

GONG XI FA CHAI!!! ^_^

Sekian, wasalam.

Kek Birthday: Coklat Cheese Cake Leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cerita hujung bulan januari yang lalu..kami menyambut ulangtahun insan kesayanganku, my dad!!! Macam tahun yang sudah-sudah, kami sambut dengan sedarhana saja..yang penting ada kek dan acara makan-makan sekeluarga..pun sudah okey kan..

Memandangkan anak buah aku Putri request mau makan cheese cake kegemarannya maka aku pun buat la  Coklat cheese cake leleh sebagai kek birthday..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
nyum-nyum..

my dad di apit waie dan putri
" Semoga terus kuat dan sihat selalu, dilanjutkan usia dan sentiasa dibawah lindungan Allah..amin" Luv u dad!!!

Teruja masa potong kek..

Celebrate birthday di restoran kegemaran kami sekeluarga.. Nasi Ayam!!!!

Antara menu yang sempat di snap, sayur tauge, sup fishball dan bedal ayam..sedap giler!! Nasi ayamnya lupa snap..boleh pula lupa..huhu...

wajah insan kesayanganku..

wefie dengan anak-anak buah tersayang..

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.