Jeruk cermai asam boi, Aiskrim pasu, Jeruk buah(pick n mix) & Dorayaki!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni cerita minggu lepas..terasa nak sangat makan bila jumpa 'benda' ni depan mata..

Jeruk cermai asam boi

Sebenarnya dah lama tak makan buah cermai ni..dulu kalau nak makan ambik ja belakang rumah nenek tapi pokok tu dah tiada sekarang..makan cicah dengan garam+cili padi..erm, sedap!! Makan sambil terkenyit mata..hehe..

Sedap makan jeruk ni..sebab tak masam..

Aiskrim pasu

Makan ni time cuaca panas..memang nyaman ja rasa tekak..yummy..sebenarnya boleh ja pun buat sendiri tapi penyakit 'M' tu datang menyerang..so, beli ja la.. ^_^

Jeruk buah (pick n mix)
Okey yang ni memang buat aku rambang mata sangat-sangat..memang kena pula dengan aku yang memang suka makan jeruk..

Banyak pilihan jeruk di sini..dari buah yang jarang jumpa hingga la yang senang nak jumpa..

Aku pilih jeruk mangga kuning, nenas dan buah kelapa nipah..paling best boleh buat pilihan nak bubuh apa atas jeruk. Aku pilih serbuk cili kering. Bila timbang dan bayar agak terkejut juga dengan buah yang sedikit diambil tapi bayar rm9..fuhhhh!!! Rasanya??? Erm, tidak la sedap sangat seperti yang dibayangkan sebab jeruknya ada yang tawar..huhu..kecewa!!

Dorayaki

Dah lama intai 'makanan doraemon' ni..aku beli satu..patut la doraemon suka sangat makan dorayaki ni kan rupanya memang sedap sangat..tak rugi beli..sangat lembut dan berinti krim susu..nyum-nyum..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa di lain entri..insyaallah aku cuba untuk terjah blog kawan-kawan pelan-pelan ya..

Sekian, wasalam




Aktiviti jualan Youth Corner Sipitang kali ke-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menjalani hari-hari yang sibuk akhir-akhir ni buat blog sedikit terabai. Terima kasih buat teman-teman yang terus singgah ke sini dan tinggalkan komen yang sangat banyak walaupun aku belum sempat nak lepak di 'rumah' kalian..maafkan aku dan aku sayang korang!!!

Hari ni aku mau kongsi entrisepanjang aktiviti jualan Bazar Belia, Youth Corner Sipitang yang aku sertai hujung minggu lepas..

Pembantu cilik yang bantu aku menjual tempohari..waie & putri
Thanx pada mama, my sis dan Mimie sebab tolong aku

Macam biasa aku menjual aneka kek budget yang 'hot' dan banyak permintaan pelanggan antaranya:
  • Kek coklat moist
  • Kek cheese leleh ( vanilla/coklat )
  • Kek red velvet
  • Cupcakes
Selain tu, aku juga menjual popia kentang, karipap dan Popia kacang hijau..

Alhamdulillah, sambutan sangat mengembirakan hati..terima kasih pada  semua yang telah mrmbeli produk Sweet red cherry..insyaallah bulan mei ni 'booth' jualan SRC akan dibuka lagi..

Antara booth jualan yang menyertai aktiviti  Youth Corner..


Booth jualan ni jual barangan bundle..berdepan pula dengan booth aku..ada yang tarik minat aku di sana..dan akhirnya sebelum tutup aku 'usha' dan jom tengok apa yang aku dapat..

Aku rembat apron dan 'tote bag' tu..apron tu berguna bila time 'baking' dan masak-masak..dan beg tu boleh la simpan barang yang patut..murah ja..total dua barang ni rm5 ja..nama pun barang bundle kan..^_^


Sempat snap gambar budak-budak main 'giant bubble'..memang best tengok..popular kan main belon air ni..teringat zaman budak-budak suka beli belon ni tapi dulu mana ada saiz 'giant' :)

Okeylah sampai sini saja dulu entri aku malam ni..jumpa di lain entri..

Pertanyaan untuk tempahan: 012-8244251 (bbwana)whatsApp. Tq



Keychain nama yang comel!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru berkesempatan nak update blog..penat dan letih rasanya beberapa hari ni..hari ni tak larat nak buat kuih..nak rehat..

Alhamdulillah jualan aku kelmarin mendapat sambutan dari pelanggan..nanti aku siarkan ceritanya di lain entri..

Aku mau kongsi gambar keychain nama yang comel sangat ni..aku tempah dan siap terus kelmarin. Masa ronda-ronda gerai-gerai jualan yang menyertai Bazar Belia Youth Corner, Sipitang kelmarin..ada satu gerai yang menarik minat aku nak singgah..

Comel kan??
Inilah keychainnya..comel dan murah..untuk aku harus ada..hehe..belanja anak-anak buah sekali..buat putri, waie dan dian..bukan main happy dapat keychain nama masing-masing..^_^

Selain keychain boleh buat tag untuk gantung depan pintu atau mana-mana tempat yang sesuai macam 'home sweet home' tu..dengan warna yang colorful nampak cantik dan menarik sangat. Boleh pilih gambar apa yang nak ditampal macam kek, ladybird, love dan banyak pilihan lain..best kan?..aku suka dengan benda-benda yang comel macam ni..

Okeylah, sampai jumpa lagi di lain entri..mata dah ngantuk dan mau bobok!! 

p/s: maaf..tak larat nak bw..

Sekian, wasalam.

Sedia untuk jualan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku sibuk menyiapkan jualan untuk esok. Aku sertai aktiviti jualan Bazar belia, Youth Corner buat kali ke-2. Aktiviti ni berlangsung selama 2 hari mulai esok.

BAZAR BELIA YOUTH CORNER SIPITANG
TARIKH: 25&26 APRIL 2015
LOKASI: TEMPAT LETAK KENDERAAN BERSEBELAHAN SHELL SIPITANG

Pelbagai produk yang diniagakan. Antaranya aneka makanan, kuih-muih, kek, produk kecantikan dan kesihatan, pakaian dan banyak lagi.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini adalah sebahagian kek budget yang telah siap aku buat..Tengah berusaha menyiapkan jualan yang lain lagi ni..^_^

Okeylah, sampai sini saja. Jumpa lagi di lain entri. Maaf aku tak sempat nak bw..doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar ya..

Buat warga Sipitang dan kawasan yang tinggal berdekatan, jom la ramai-ramai datang ya. Support la peniaga bumiputera. Jom beli barang buatan Malaysia!! ;)

Tempahan kek dan kelupis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari yang sibuk membuat aneka kek budget untuk jualan pada hujung minggu ni. Aku menyertai aktiviti jualan Youth corner(bazar belia).

Semantara tengah berehat kejap ni aku update blog dulu..hee :)

Ini aku nak kongsikan tempahan hari minggu baru-baru ni iaitu kek minyak, kek coklat urai dan kelupis (sambal udang).




Terima kasih atas tempahan ini..sebarang kekurangan mohon maaf ya..

Berminat untuk menempah? Hubungi 012-8244251(bbwana)whatsApp. Tq

KEK BIRTHDAY TIRAMISU

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..setelah keadaan kakiku semakin membaik, aku kembali aktif masuk ke dapur dan akan terus sibuk hingga hujung bulan ni dengan aktiviti jualan..

Terima kasih pada semua yang mendoakan bisnesku ini agar terus berkembang maju..

Okeylah, hari ni aku mau siarkan kek birthday yang aku pada awal bulan April yang lalu..my sis request buat kek ni untuk diberikan pada kawannya..

Layan..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK TIRAMISU
HARGA: RM65
SAIZ: 9"
HIASAN: BISKUT LADYFINGER & MASHMALLOW FLOWER

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ni aku kongsikan gambar kek yang dipotong..nampak tak tebalnya cheese frostingnya..hurm..yummy!!!

Berminat? Jom order. Hubungi 012-8244251 (bbwana) whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.


Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang best dan simple ni..banyak hadiah menarik yang menanti. Mana tau ada rezeki melekat kan.. :)

End: 3 May 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://luarteko.blogspot.com/2015/04/giveaway-1st-luartekoblogspotcom.html

HARGA BESHINE PREMIUM DRINK MASIH KEKAL(NO GST)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agen ID:D2-HBS 0464

Untuk pengetahuan kawan-kawan dan pelanggan semua, HARGA BESHINE PREMIUM DRINK TAK NAIK MALAH ADA PROMOSI BAEK PUNYA!!!!


Ini adalah packaging baru Beshine premium drink. Pek lama masih sah dijual dan digunakan.. ^_^


Harga promosi untuk 3 botol:

Rm250(semenanjung malaysia)
Rm265(Sabah/Sarawak)

Harga asal untuk 3 botol:
Rm255(semenanjung malaysia)
Rm270(sabah/sarawak)

Promosi sah hingga 30 April 2015

Harga sebotol

 HARGA BARU:
SM: RM89
SS: RM95

 + POSTAGE:
SM: RM13
SS: RM9

Klik sini untuk lihat>> kebaikkan Beshine premium drink<<

Jom, jadi cantik dan sihat dengan hanya 1 produk dan harga mampu milik

Aura positif akan terserlah dengan hanya 3 minggu!!!

Wow!! Bestkan..tak caya..jom lihat>> testimoni positif <<pelanggan kami..


 CARA ORDER: HUBUNGI 012-8244251 ( Bbwana ) WhatsApp.
@
Email: sweetred_cherry@yahoo.com

Sekian, wasalam.

Hadiah menang giveaway dari Ummialyaanas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, sejak dari minggu lepas dah banyak parcel yang aku terima..kali ni parcel yang mengandungi hadiah aku menang, MAC Giveaway by Ummialyaanas..

Parcel yang aku terima minggu lepas

 Aku menang tudung Aidijuma Green Label (redstar)..

Thanx banyak-banyak ya ummi..

Insyaallah pasti akan ku gunakan sebaiknya..saatnya pasti tiba nanti..

Ucapan dari Ummi..tqvm.. :)

P/s: terima kasih buat kawan-kawan yang rajin singgah sini dan 'drop' komen..tqvm buat cik ash sebab dah boom komen di sini..aku sangat hargai kalian..labiu all!!

Sekian, wasalam.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join ga yang sangat best ni anjuran blogger IntanBerlian..apa yang paling best syaratnya sangat la mudah dan seramai 26 pemenang..ramaikan?? jom join..

End: 30 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN

http://ihaveasweetsmile.blogspot.hk/2015/04/intanberlian-mega-giveaway-2015.html


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)
TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

KEK KAHWIN 2 TINGKAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Akhir bulan Mac lalu aku menerima tempahan kek kahwin 2 tingkat dari keluarga terdekat. Berdebar juga sebab agak lama tak buat kek kahwin ni..kiranya ni adalah projek kek kahwin yang pertama aku terima untuk tahun 2015 ni. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan?

Setelah berbincang, maka terhasil lah kek ni..

TEMA: KRIM/ MERAH/MAROON

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK KAHWIN 2 TINGKAT
HARGA BERMULA RM150 KE ATAS
( FREE CUPCAKES )

1. KEK PALING BAWAH
KEK COKLAT ( BUTTERCREAM )
FILLING: BLUEBERI
SAIZ: 10 INCI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

2. KEK TINGKAT ATAS
KEK RED VELVET ( CHEESE BUTTERCREAM )
SAIZ: 8 INCI


3. Cupcakes red velvet ( cupcakes iringan )


Gambar di bawah ni masa tengah 'setting' meja kek..kek gambar penuh aku tak sempat nak snap pula sebab sibuk atur kek..huhu..


Yang ni aku tengah sibuk potong kek untuk diberikan pada tetamu yang hadir meraikan majlis potong kek pada malam tu..nampak tak betapa tebalnya kek ni..yummy..

Alhamdulillah, dapat feedback yang sangat memberangsangkan..mereka puas hati dengan kek ni dan kata rasanya sangat sedap..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aksi suap menyuap pasangan pengantin

Tengok la betapa 'sweetnya' pengantin baru ni kan..tahniah buat Amoi & Fikree, semoga kalian berbahagia hingga ke jannah, amin.
Selitkan gambar anak-anak buahku yang nak juga posing atas pelamin..bukan main lagi waie, putri dan daniella..

Okeylah, sampai sini saja entri aku hari ni..sampai jumpa lagi..

ORDER/ PERTANYAAN: HUBUNGI 012-8244251 ( Bbwana ) @ email: sweetred_cherry@yahoo.com
Tq















JINDRISSKA Blog Anniversary Giveaway

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku nak support dan join GA adik manis Aisya yang tengah study di Jerman bersama suami tersayang. GA ni dibuat sempena anniversary blog beliau. Jom support!! Hadiahnya pun menarik tau sebab hadiah dibeli ketika road tripnya ke Austria. Bestkan..

End: 30 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
 http://jindrisska.blogspot.com/2015/04/jindrisska-blog-anniversary-giveaway.html

 Saya nak menang giveaway ni sebab teruja dengan hadiah dan nak kumpul ole-ole dari luar negara.. ;D


 






TEMPAHAN KEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, setelah agak lama bercuti dari masuk dapur, hari ni kakiku telah beransur sembuh dan aku melepaskan gian untuk 'membaking'..tadi aku buat apam dan kek..fuh, rasa happy dan ia adalah terapi yang menyenangkan buat aku ..masa sakit hari tu gatal ja tangan ni nak buat aktiviti 'baking'..alahaiiiiii..

Okeylah, ini adalah antara tempahan kek yang aku terima hujung bulan Mac yang lalu..terima kasih atas rezekimu ya Allah..

Jom cuci mata..

Kek ni ditempah oleh kakak sepupu, Kak Yann untuk ulangtahun anaknya Nana yang ke-14th..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
YAM CAKE WITH CADBURY
BERAT: 1KG++
HARGA: RM50++
HIASAN: COKLAT CADBURY

Kek coklat cheese leleh ni pula di tempah oleh kakak sepupu tersayang, Kak Adi hanya buat makan sendiri saja..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT CHEESE LELEH
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM30

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK VANILA CHEESE LELEH
BERAT: 1KG
HARGA: RM60

Yang ni pula my niece, Mimie request minta buatkan untuk diberikan pada temannya dan di bawa balik ke kampung mamanya..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK VANILA CHEESE LELEH (PEK BUDGET)
HARGA: RM13 (1 PEK)
MINIMUM ORDER: 3 PEK

* BOLEH PILIH PERISA KEK ( VANILA/COKLAT/PANDAN/STRAWBERI/COFFEE)

Apapun, terima kasih buat semua yang telah menempah dengan SRC dan buat keluargaku yang sering support bisnes aku ni terima kasih banyak..luv u all!!!! muahh..muahhhhhh!!!

PERTANYAAN/TEMPAHAN: HUBUNGI 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp @
Email: sweetred_cherry@yahoo.com
LOKASI PENGHANTARAN: SEKITAR KOTA KINABALU, BEAUFORT & SIPITANG

Sekian, terima kasih



GIVEAWAY : RINIE BORHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Join GA lagi..best GA ni sebab hadiahnya adalah produk kesihatan..jom la join sama mana tau ada rezeki kan..

End: 25 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://happywaytales.blogspot.com/2015/04/giveaway-rinie-borhan.html 
 " GLA Complex dan LECITHIN buat badan sihat dan wajah menawan "
 
TAG:

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA teman blogger yang sangat simple ni, anjuran Hidayuayumie sempena ulangtahunnya yang ke-25 (13 April).Muda lagi tu..wink..wink..!!

Pada Ayu, kak wana nak wish "Happy birthday 25th", semoga bahagia selalu, sihat selalu, jadi isteri yang terbaik buat suami, jadi mama yang terbaik buat hensem boy Firash dan murah rezeki selalu, amin.

End: 30 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://hidayuayumie.blogspot.com/2015/04/giveaway-i-am-keychain-by-hidayuayumie.html

Resepi Butter Prawn Berkuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau share resepi..dah lama rasanya tak share resepi. Sebelum aku sakit kaki hari tu, mood aku rajin sangat nak masak..macam-macam aku try masak..Antaranya adalah Butter prawn berkuah..siapa yang tak suka makan kan? Sebelum ni pernah buat juga tapi agak kering..aku suka yang banyak kuah..boleh slurp!!! ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Salah satu menu kegemaran..aduyai..terliur!!!

Buat masa ni mama tak benarkan aku makan yang boleh menyebabkan gatal macam seafood, telur dan belacan. Aku baru tau rasanya, seksa tahan rasa tak boleh makan yang dipantangkan..huwaaaa!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Mandikan udang dengan tepung jagung dan garam..

Simple ja pun..Jom semak resepinya..

RESEPI: BUTTER PRAWN BERKUAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
8-10 ekor udang sederhana besar
2 sm butter
2 ulas bawang putih, cincang
1 tangkai daun kari
3/4 cawan susu cair
2 sm tepung jagung
Garam secukup rasa

CARA:

- Potong muncung udang, belah belakang dan buang urat hitam. Bersihkan.( tak perlu buang kulit ).
- Gaul udang dengan tepung gandum dan garam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
- Panaskan kuali dan masukkan butter. Biar cair.
- Tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan susu cair dan daun kari. Biar mendidih.
- Masukkan udang yang digoreng tadi dan gaul sebentar.
- Matikan api dan hidangkan. Hias dengan cili merah.

-Selamat mencuba-

* Jika suka kuah banyak, tambahkan kuantiti susu cair.


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Layan gambar ja ya.. ;)

Okeylah, jumpa lagi di lain entri..terima kasih jenguk aku di sini..

Sekian, wasalam.

Terima hadiah Top Komentor dari Kak Suria

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Beberapa hari lepas, aku menerima parcel lagi..tertanya-tanya kali ni datangnya dari siapa pula..tengok alamat masih tak boleh teka..


Lepas buka, baru tau parcel ni datangnya dari siapa..rupanya hadiah top komentor dari kak Suria Amanda..yeah!!! Alhamdulillah..

Jom tengok apakah isinya..wink..wink!! ^_^

Aku dapat 'note book' yang comel dan kulit luarnya yang colorful..suka sangat!! Kak Suria macam tau-tau ja yang wana ni suka catit nota..tqvm akak!! Love it!! *_^

Korang boleh la berkenalan dengan kak suria ni>>http://suriaamanda.blogspot.com<<

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..insyaallah pelan-pelan aku bw blog teman-teman.

Sekian, wasalam.

Contest Buy AVON Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama rasanya tak join segmen/Ga..kali ni aku nak cuba nasib join contest yang mudah ni..jom la ramai-ramai contest ni..mana la tau ada rezeki kan..

End: 30 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
 
5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10
 
Bestkan??? Doakan aku terpilih ya..hihik..tq ;D

Bila teringin makan pizza!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tiba-tiba teringin nak makan pizza..masalahnya kat kampung mana la ada restoran Pizza Hut..huu..nak buat sendiri memamg tak la..aku tengah berehat sekarang..tunggu kaki aku betul-betul sembuh..sebab nak begerak sikit pun kaki dah rasa sakit..urat kaki rasa tegang macam nak putus pun ada..sakit sangat..

Nasib baik my niece, bagi cadangan order pizza dengan kawannya yang kebetulan memamg buat pizza..okeylah rasa nak try juga dari pada takde..kang kempunan..huhu..


Alhamdulillah, dapat juga makan pizza..Kitorang order kat Danis Pizza..ada 7 pilihan pizza. Aku pilih Chicken. Selain tu ada mayo tuna, sardin brand, crab flavor, beef, vegetables dan prawn. Cuma ada satu saiz saja iaitu saiz 'regular' dengan harga RM20. Extra cheese caj RM2.

So, amacam? Ada yang terliur tak? Sedap juga pizza ni..lebih kurang macam Hawaiian chicken kat pizza hut..next time boleh order lagi..^_^


Bagi warga Sipitang yang teringin nak makan pizza boleh la tempah dan hubungi Danis Pizza..dorang ada buat 'service delivery' juga dengan caj RM3 hanya untuk area Sipitang. Korang boleh hubungi no hp yang tertera tu. Tapi bukan aku yang buat ya..aku tolong promo ja kot-kot ada sapa yang teringin nak makan pizza macam aku juga..hihi..

Sekian, assalam.

Tempahan Apam Polkadot dan Apam Coklat dari Cikgu Farha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Seperti yang aku telah janjikan..hari ni nak siarkan entri tempahan dari teman blogger,Cikgu Farha. Beliau tempah dua jenis apam iaitu Apam Polkadot dan Apam Coklat.

Sebanyak 100 biji semuanya iaitu Apam Polkadot(50biji), Apam Coklat(50biji). Apam Polkadot tu CF nak filling blueberi semuanya tapi aku mix dengan filling coklat sedikit sebab filling blueberi kehabisan pula..hihi..nasib baik CF tak marah..Thanx dear..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM POLKADOT
HARGA: RM0.50
FILLING: BLUEBERI & COKLAT ( TERDAPAT ANEKA PILIHAN FILLING )

APAM COKLAT
HARGA: RM0.45

* MINIMUM ORDER: 100 BIJI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah, feedback yang diberikan dari CF..dia puas hati dan cakap sedap..kawan-kawan siap berebut lagi katanya..hehe, gembira tau wana dengar..jangan serik order dengan wana lagi ya CF..;D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CF request  letak 5 biji apam coklat dan 5 biji apam polkadot dalam satu bekas..maka begini la hasilnya.. :D

Aku sempat lagi sesat tau cari kat mana sekolah Cikgu Farha mengajar..lepas dapat tanda arah yang betul, akhirnya dapat juga jumpa tempatnya..hehe..thanx pada my sis sebab temankan aku hantar   order ni..yalah, kaki bengkak jadi aku tak boleh nak drive lagi..huhu..

Jika berminat nak tempah aneka kuih/kek, sila hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp.
Lokasi penghantaran: sekitar Kota kinabalu, beaufort dan Sipitang.

Sekian, terima kasih.