Tanda mata dari Sis JM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni baru sempat nak update tentang 'gift' yang Sis Jari Manis bagi pada aku.. dapat 'fridge magnet' yang cantik dan paling 'special' FM tu tertulis nama aku..wah, sukanya!!!!!


Thanx ya Sis atas gift ni..wana hargai sangat..^_^


Sebelum ni pernah terima ole-ole dari korea dari Sis Jm..memang suka dan terharu sangat!!  Semoga murah rezeki sis ya..

P/s: Minggu ni agak sibuk sikit dan tak cukup tidur..pening..huhu..

Sekian, wasalam.








Harga Promo BeShine Premium Drink hanya RM69!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom dapatkan supplemen kecantikan dan kesihatan BeShine Premium Drink..

Salah satu supplemen tambahan untuk dapatkan kulit yang cerah menawan, glowing semulajadi dan badan yang sihat bertenaga.

Kami adalah agen sah untuk produk ini. ID: D2-HBS0464

 Harga PROMOSI!!!!!!

BESHINE PREMIUM DRINK hanya RM69 SEBOTOL!!!

Harga Asal: RM89 ( SM )
                  RM95 ( SS )

 * Harga belum termasuk postage


  " BERSERI, SIHAT, RAMPING DAN BERAURA POSITIF DALAM 3 MINGGU"
 



Rugi tau tak cuba..jom dapatkan selagi stok masih ada!!


CARA ORDER: PM/WHATSAPP: 012-8244251 ( bbwana ). Tq



ORDER: BROWNIES COKLAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru berkesempatan update entri lagi..maaf tak sempat lawat kawan-kawan..

Malam ni aku kongsikan order dari kakak sepupu untuk 'hubby' tersayangnya yang menyambut ulangtahunnya baru-baru ni..Memandangkan order 'emergency & last minute' maka kazen putuskan tempah saja brownies paling disukai En.Hubby iaitu Brownies coklat.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Request simple deco
BROWNIES COKLAT
HARGA: RM35
HIASAN: KIT KAT BITES & COKLAT GANACHE
 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Simple dan sedap!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Terima kasih buat kakak sepupu tersayang yang paling rajin dan support aku!!! Labiu!!!


PERTANYAAN/ORDER: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

SATAR GULUNG FROZEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu aku dapat ole-ole dari seorang teman yang kakaknya baru balik dari berkursus di Semenanjung. Oleh kerana terlalu banyak, maka teman aku tu  bagi aku sebungkus..

Ini adalah pertama kali aku dengar dan makan satar..mulanya tertanya juga apa benda satar ni..lepas 'google' baru tau rupanya ia adalah makanan tradisional terengganu yang diperbuat dari isi ikan dan beberapa ramuan lain termasuk kelapa..nampak lebih menarik kerana ianya dibalut dengan daun pisang dan di panggang..mesti lagi sedap kan..

Tapi yang aku dapat ni Satar gulung frozen..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Satar yang dibalut dengan kulit popia dan goreng..
Hasilnya...
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Lebih ranggup dan sedap..makan dengan cicah sos cili..nyum-nyum..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku tak perasan pula dalamnya ada cili padi potong..bila aku makan tergigit serius pedas sangat..huhu..

Okeylah, sampai jumpa lagi di lain masa ya..selamat berhujung minggu semua..


Sekian, wasalam.





Mee Sup sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cuaca dingin sebab hujan turun sejak pagi tadi..alhamdulillah..best sejuk..tapi bila hujan- hujan mesti perut cepat lapar mau makan yang panas-panas seperti sup kan..

Layan mee sup macam ni memang sedap..tambahan pula ni salah satu makanan kegemaran di cafe yang aku selalu pergi..harga pun berpatutan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Erm, ayam tu cicah dengan cili padi memang sedap..nikmat sungguh..syukur atas rezeki ini..

Sekian, wasalam.





Rahmatnya hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah sudah beberapa hari ni hujan turun dengan lebat di sini..suhu panas sudah menurun dan jerebu pun makin menghilang..

Kalau tidak, hari-hari hidu bau asap akibat kebakaran hutan di sana sini..

Credit: google
 DOA KETIKA HUJAN TURUN

Credit: google

Tidur malam pun rasa dingin ja..syukur atas rahmat hujan..

Sekian, wasalam.

Kek pujaan ramai..Cheese Cake Leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri tertunda..sambutan ulangtahun satu-satunya kakak kesayanganku, Sis Liza pada bulan mac yang lalu..hanya buat sambutan sederhana dan dikelilingi oleh keluarga..walaupun simple tapi seronok!!

Untuk kek aku siap-siap tanya kek apa Sis Liza request..dan memang kek pujaan ramai ni juga yang jadi sebutan..Cheese cake leleh..anak-anak buah pun cakap mau makan cheese cake..memang tak pernah jemu makan kek ni..tak apa la kan yang penting semua pun suka dan happy makan..

Layan gambar..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mama, my dad, putri, my sis dan waie
Nanyi lagu happy birthday dan berdoa..  :D
 
" Semoga kakak sihat selalu, ceria sentiasa, panjang umur, dimurahkan rezeki, mendapat  jodoh yang baik dan dirahmati Allah..amin"

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Masing-masing ambik potongan yang besar..hihi

Makan-makannya sebelah malam..makan ikan bakar cicah mangga muda dan latok(rumpai laut)..walaupun simple tapi sedap dan oleh kerana masing-masing sudah kenyang maka potong kek buat sebelah siang keesokan harinya..hehe ^_^

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..daaaa!!

Sekian, wasalam.

Giveaway Kalender Minion + Buku Travelog by JINDRISSKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekian lama tak join GA..hari ni aku join + support sorang adik blogger, Aisya cayang yang nun jauh di Jerman sana..

 Jom la kawan-kawan pun join sama..hadiahnya comel dan syaratnya pun simple saja..jom.

END: 18 APRIL 2016

 KLIK BANNER UNTUK JOIN
 http://jindrisska.blogspot.my/2016/04/giveaway-kalendar-minions-buku-travelog.html


Psttt Aisyaaa!!! Kalau menang GA ni memang rasa besar hati sangat sebab tarikh tutup tu birthday kak wana tau..wink-wink!! ^_*. ( haha bodek ni )