Order kek sempena krismas

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri terakhir untuk bulan disember pada tahun 2014..dah masuk ambang tahun 2015..cepatnya masa berlalu..tahun 2014 pasti akan jadi ingatan buat kita semua sebab banyak kejadian yang berlaku pada tahun ni..semoga kita dijauhkan dari perkara yang buruk untuk tahun 2015..

Baiklah, hari ni aku tayang pula gambar tempahan kek krismas..alhamdulillah..banyak juga yang aku buat..tak menang tangan dibuatnya sebab kek diorder saat akhir..

Jom layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hiasan gula-gula coklat m&m atas request..

RED VELVET CAKE + CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: GULA-GULA COKLAT M&M
HARGA: RM55
 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

WALNUT CARROT CAKE + CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: SLICE ALMOND, HAWAIIAN COCONUT
HARGA: RM60
BERAT: 1.2 KG++

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT LAPIS CHEESE
HARGA: RM45
LOYANG SAIZ 9


Kek ni pula free gift customer aku yang tempah biskut rm200++..3 biji kek coklat moist diberikan pada customer yang bertuah bernilai rm30..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih pada semua pelanggan yang telah menempah dengan kami..ada pelanggan baru dan ada regular customer..semoga puas hati..maaf jika ada sebarang kekurangan..

ORDER/PERTANYAAN: 012-8244251 ( BBWANA ) WHATSAPP @ EMAIL: sweetred_cherry@yahoo.com

P/s: Semoga keadaan banjir di kawasan yang terlibat akan pulih dan takziah buat pesawat QZ 8501 Air Asia..semoga keluarga mangsa tabah dan sabar ya..

Segmen: Zaman Persekolahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2014/12/segmen-zaman-persekolahan.html


Aku tergolong dalam no.8&9..

Teringin dah lama nak join segmen ni..nasib baik sempat..

Aku pilih no.8 sebab dekat dengan birthday aku..18hb april..hehe..

Aku dengan kawan aku kalau jumpa tak pernah la nak duduk diam mulut tu..ada ja benda yang nak diceritakan..sampai malam pun belum tau lagi habis becerita..heheh.. macam-macam benda la yang diceritakan..dari hal besar sampai hal kecik..ish..ish..ish..

Tapi aku budak baik..kalau datang sekolah tak nak datang dengan pakaian yang tak di iron..kalau baju tak iron aku sanggup tak datang sekolah..sebab malu..huhu..bleh macam tu?

 Aku jarang ponteng sekolah..rekod kehadiran aku sangat cemerlang..nakal-nakal biasa ja aku buat macam tak siap homework, kuku tak potong..hihi..selalu kalau time spot check, aku sembunyi di tandas.. kikiki :)

Terlalu banyak kenangan manis zaman persekolahan..aku rindu zaman itu!!!

NOTA: aku join saja-saja segmen ni.. maaf aku tidak memenuhi syarat sebab aku tiada akaun fb, twitter dan insta..


 

Mini Topup Giveaway by Kapas Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lagi join giveaway..support segmen rakan blogger..jom la join..mana tau anda yang bertuah..

END: ANYTIME

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Mini Topup Giveaway by Kapas Putih

SEGMEN KAPAS PUTIH JANUARY 15 BLOGLIST

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku marathon join ga/segmen..harap jangan muak..huu..banyak aku ketinggalan..pada yang tag aku dan aku tak sempat nak join tu jangan marah ya..maafkan aku..

End: 31/12/2014 ( 11.59pm)

KLIK BANNER UNTUK JOIN
SEGMEN: Kapas Putih January 15 Bloglist

SIMPLE GA FRIENDSHIP FRIDGE MAGNET

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nasib baik sempat juga aku join GA ni..pada yang belum join tu mari lah ramai-ramai join..support kawan-kawan..

End: 31/12/2014 (11.59pm) - akan dilanjutkan jika perlu

KLIK GAMBAR COMEL NI UNTUK JOIN!
http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/12/simple-ga-friendship-fridge-magnet.html

Segmen Bloglist 2015 By SITI YANG MENAIP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Masih sempat lagi join segmen ni sebelum tamat esok ( 31/12/2014 )..jom la ramai-ramai join meriahkan segmen ni..

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://sitiyangmenaip.blogspot.com/2014/12/segmen-bloglist-2015-by-siti-yang-menaip.html

TEMPAHAN BISKUT KRISMAS 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua..serius rindu betul mau menghadap blog macam selalu..rindu dengan kawan-kawan semua..nampaknya banyak cerita yang aku ketinggalan..:(
 Insyaallah ada masa nanti aku jenguk blog kalian ya..

Alhamdulillah.. Rezeki akhir tahun yang tidak putus-putus akhir-akhir ni buatkan aku tersangat sibuk..so, aku harap kalian paham kenapa aku dah lama tak update blog dan blogwalking..

Entri hari ni aku ingin kongsikan tempahan biskut krismas baru-baru ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lebih 50 balang juga jumlah kesemuanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pelbagai jenis biskut yang di tempah..

Antaranya  ulat bulu, tat nanas cheese, tat nanas gulung, almond london, suji salju, popia serunding udang dll.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih pada semua yang telah menempah dengan kami di SRC..menurut beberapa feedback yang diberikan oleh pelanggan, mereka sangat puas hati dan nak tempah lagi lain kali..syukur alhamdulillah gembira rasa hati mendengar.. :)

Okey lah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..sampai jumpa lagi ya..hari ni aku masih lagi sibuk menyiapkan tempahan biskut untuk tahun baru pula..hee, sempat lagi update blog kejap..

Pertanyaan produk/tempahan, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp. Tq

Terima kasih Kak Farah MF

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat malam semuanya..

Alahai lamanya aku nda update blog..malam ni baru lapang sikit..kesibukkan yang melampau akhir-akhir ni bukan saja buat aku nda cukup rehat malahan mau update blog pun nda sempat apalagi mau blogwalking..maafkan aku ya kawan-kawan.. :(

Apapun, aku sangat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan olehNYA..tempahan tak putus-putus..alhamdulillah..kerja keras aku siapkan tempahan biskut sempena krismas..fuhh..makan pun tak sempat..sampaikan tadi jumpa  teman lama yang order biskut krismas cakap aku makin kerempeng..ish ish aku sendiri pun tak sedar rupanya berat badan aku makin turun.. sudahlah aku memang dalam kategori underweight sebelum ni..huu..T__T

Okeylah sebenarnya aku mau kongsikan barang pos yang aku terima tengahari tadi..jeng..jeng..jeng..


Sapa dapat agak kiriman ni dari siapa? Hehe.. betul la tu..Kak Farah MF@si ratu kraf..harap akak tak marah dengan title tu..hee  ^_^..serius aku kagum gila tengok hasil kerja tangan kak Farah yang sangat kreatif ni..memang berangan nak dapatkan kraf sentuhan Kak Farah sebab semua yang dia buat nampak awesome!!!!

Angan-anganku menjadi nyata bila aku diumumkan sebagai salah sorang pemenang teka bahan yang dianjurkan diblog Kak Farah tempohari..dan aku dapat la 'gift' ni..


Kak farahhhhh...wana suka sangat dengan hadiah ni..sangat cantik dan rasa sayang nak guna..hihi..


Aku dapat greeting card yang cantik, cermin muka bentuk compact dan buku nota yang comel..paling special muka depan ada nama aku..pasti semua ni aku akan simpan elok-elok dan akan gunakannya..terima kasih banyak kak farahhh!!! sayang akak sangat-sangat.Nak peluk!! Hee.. :)

P/s: maaf aku belum sempat nak blog walking..esok sampai akhir bukan ni aku akan terus sibuk dengan order..

Terima kasih atas kunjungan dan komen kalian..aku sangat hargainya..

Sekian

Akhirnyaaaa...Kerabu Maggi Siam!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Akhirnya tercapai juga hasrat aku untuk membuat sendiri dan menikmati keenakkan kerabu Maggi siam ni..Terima kasih Cheq da..memang sedap dan lain rasa dari kerabu maggi tomyam << resepi sila klik.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
maggi siam & cameron tea ( perisa strawberi )

Betul-betul maggi siam tau bukan guna Maggi tomyam..sebab menurut temanku Cheq Da, kalau buat guna Maggi siam lebih terasa kesedapannya sebab meenya agak kenyal berbanding Maggi tomyam..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apa yang paling best, penuh kerabu tu aku bubuh dengan hirisan crabstik, udang, tomato dan kubis..heheh..minum pula dengan secawan teh berperisa strawberi..semua ni adalah ole-ole dari cheq da.Memang enjoy sangat aku makan..^_^

Okey la jumpa lagi di lain entri. Aku mau sambung buat tempahan biskut krismas lagi ni..

p/s: cheq da..kenyang perut wana terima barang ni semua..terima kasih banyak..moga cheq da dimurahkan rezeki ya..amin.



Hoyeahh!! Hadiah dah sampai..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru ja menerima bungkusan poslaju tengahari tadi..bila pegang..ahahh!! Aku dah dapat agak apa isinya..yeah!! Hadiah menang GA Nursaila Norman dah pun selamat sampai..terima kasih banyak ya awak..semoga tambah murah rezeki awak..amin.


Alhamdulillah.. aku terpilih jadi salah sorang pemenang..dan hadiahnya adalah Shawl..kalernya aku suka..cantekkk!!!


Shawl ni pasti berguna buat aku nanti.. :)

Sekian, wasalam.



Roti gulung ketam cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Petang baru sempat mau update entri..hari yang sibuk..dari pagi tadi menyiapkan kek dan pelbagai jenis apam untuk jualan..kemudian sambung pula buat biskut tempahan krismas..alhamdulillah syukur dengan rezeki dariNYA..

Tiba-tiba mood rajin mau buat menu minum petang..Roti gulung ketam cheese. Aku pernah kongsi resepinya..kalau minat boleh la jenguk > Resepi roti gulung ketam.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apa yang paling aku suka adalah lelehan cheese ditengahnya..makan panas fuhhh memang la tak terkata dibuatnya..nyum-nyum..


Menu yang simple dan kudapan yang disukai anak-anak..

 { Tiba-tiba terkenang dengan putri & waie..rindu dengan anak-anak buahku walaupun kekadang ada telatah dorang yang menyakitkan hati..sebab budak berdua tu suka sangat makan roti yang aku buat ni..siap makan berebut lagi..kekadang sampai bergaduh..haha..masa cuti sekolah ni dorang bersama mama dan ayah dorang di kk..hampir sebulan dah nda jumpa dorang..putri dan waie berada dibawah jagaan kami di kampung semasa sekolah semantara mama dan ayahnya bekerja di bandar.. * ucu bb rindu dengan putri & waie..tiada kawan gaduh..huu T__T }


p/s: aku sudah mulai blogwalking secara pelan-pelan..pada kawan-kawan yang belum sempat aku bw, akan aku terjah ya..harap bersabar.. ^_^

 

Takziah buat BFFku Lia..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tadi aku menerima mesej whatsApp dari my BFF, Lia menyatakan dia nda sempat mau balas mesej yang aku kirim semalam sebab sibuk dan dia beritahu aku yang ayahandanya tercinta telah meninggal dunia kelmarin akibat sakit jantung..

Sebenarnya tak sangka juga pemergian arwah sebab menurut cerita Lia..arwah bapanya telah disahkan sihat dan baru ja keluar dari wad ICU kelmarin..sempat lagi arwah bergurau dengan mama kepada Lia. Pada jam 1 petang, bapanya sekali lagi kena serangan jantung kemudian jam 4.30 petang arwah batuk dan muntah berdarah dan akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.50 malam kelmarin di samping keluarga tersayang..

Nasib baik teman ku Lia sempat menatap wajah arwah bapanya buat kali terakhir sebelum jenazah disemadikan..alhamdulillah urusan pengkebumian berjalan dengan lancar dan jenazah dikebumikan sebelum solat zohor..

Gambar kenangan di hari persandingan my Bff pada bulan ogos yang lalu..disaksikan oleh arwah bapa dan mama Lia disamping pasangan pengantin.

Takziah diucapkan buat Lia dan keluarga..

Nota buat sahabat:
"Lia..aku tau ko sedih, walaupun aku tiada disampingmu tapi aku sentiasa ada saat ko perlukan kawan bercerita walau hanya sekadar mesej whatsApp yang menghubungkan kita saat ini..aku harap ko banyak-banyak bersabar, solat dan doakan kesejahteraan arwah, kuatkan semangat dan tabahkan hatimu kawan.."

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,amin.

Al-Fatihah..

Sekian,wasalam.




Aktiviti jualan 'Bazar Belia Sipitang' kelmarin..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni rasa perut dah semakin baik..aku rasa lebih sihat dan bertenaga..terima kasih banyak pada teman yang ambik berat dan mendoakan kesihatan aku..sungguh aku terharu punya teman seperti kalian..aku sangat happy dan menghargai korang semua..labiu all..sayang korang ketat-ketat..emmuaaahh..:D

Alhamdulillah aktiviti jualan yang aku join sabtu lalu berjalan dengan lancar dan syukur walaupun pada mulanya seperti kurang sambutan tapi pada sebelah petangnya semua jualan hampir habis dijual..

Terima kasih pada semua..

Jom layan gambar..



Cupcakes vanilla + yam/strawberry buttercream
Bun Sosej/Coklat rice/Coconut
Kek budget: Snow cheese cake, Red velvet cake, Coklat moist cake, Graham cheese
Kuih-muih: Kelupis(inti udang),Wajid Ubi, Popia kentang, Karipap, Pulut panggang, Campiang
Apam Ladybird bumble bee/Coklat/Gula hangus


@ BOOTH BALQIS BATRISYA COLLECTION

Produk kecantikan Esther Cream
BeShine Premium Drink
Koleksi tudung Balqis Batrisya Collection

@ D'TISYA COLLECTION

Menjual baju dan barangan FROZEN
Peralatan sekolah seperti beg/alatulis
Menjual baju anak lelaki dan perempuan


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Sweet red cherry, Balqis Batrisya Collection dan D'Tisya Collection boleh berhubung terus dengan aku, 012-8244251(bbwana)call/sms/whatsApp
@ Email: sweetred_cherry@yahoo.com

Sekian, terima kasih.


Layan Bubur untuk hari ni..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sepanjang hari tadi perut aku sangat tak selesa..asyik memulas..kejap-kejap mau ke tandas..nda tau la kenapa samada silap makan ka atau apa..so, selera makan pun hilang..rasa lapar pun tiada langsung..badan pun rasa lemah dan tidak bertenaga..aku hanya makan sedikit cekodok pisang dan nestum untuk mengisi perut yang kosong..



Malam ni aku buat 'plain porridge'..betul-betul bubur kosong tanpa sekarang tambahan garam..supaya lebih berasa bubur tu aku tabur bilis goreng, potongan lobak masin dan sedikit kicap soya cair..alhamdulillah habis juga dua mangkuk bubur aku makan..hehe..


Tadi sudah telan ubat..dan sekarang ni tengah berehat..

Okey la ya, sampai sini saja entri aku..sampai jumpa lagi..maaf sebab belum sempat blogwalking..

Selamat malam, sekian.

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI KE BAZAR BELIA SIPITANG, ada 'booth' jualan SRC!!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini aku ingin mempromosikan tentang 'Bazar Belia' yang akan diadakan pada hari sabtu ni..dan Sweet red cherry juga ada membuka 'booth' jualan pada hari tersebut..


BAZAR BELIA SIPITANG
TARIKH: 13 DISEMBER 3014 ( SABTU )
TEMPAT: TEMPAT LETAK KENDERAAN BERSEBELAHAN SHELL SIPITANG(DEKAT ESPLANADE)
MASA:8 PAGI-5 PETANG

Apa yang ada di 'Bazar Belia Sipitang'?
Aneka kuih-muih, produk kesihatan/kecantikan, baju dan pelbagai lagi..

Sweet red cherry akan menjual aneka kek budget/cupcakes dengan harga MAMPU MILIK seperti Cheese cake leleh, Red velvet cake, Kek coklat moist, Graham Cheese dan menjual Mini Bun, Donut & Aneka Apam.



Selain tu, boleh juga mendapatkan koleksi tudung Balqis Batrisya Collection, Krim Kecantikkan Esther dan BeShine Premium Drink..


Esther cream

Beshine Premium Drink

Pelbagai barangan FROZEN di D' Tisya Collection..


Dan pelbagai pilihan baju jersi yang berkualiti Gred AAA..dengan harga yang sangat berpatutan



Pada yang tinggal berdekatan dengan kawasan Sipitang, jangan lepaskan peluang untuk ke bazar ini kerana produk yang dijual dengan harga ISTIMEWA!!!

Jom ramai-ramai serbu bazar ni..

p/s: pada kawan-kawan, terima kasih kerana jenguk dan tinggalkan komen..aku masih lagi sibuk. Insyaallah bila bazar ni sudah selesai, aku bw korang pelan-pelan..( sekarang tengah siapkan produk jualan aku )

Salam jumaat, wasalam.











Order Kek Coklat Moist & Snow Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat malam semua..hari ni aku mau siarkan tempahan kek minggu lepas..aku menerima tempahan kek mengejut..apa tidaknya, tempah pada petang khamis dan ambik kek pada tengahari sabtu..3 biji kek pula tu..oleh kerana tidak mau kecewakan pelanggan aku terima dan sedaya upaya siapkan tepat pada masanya..


Kek di tempah oleh seorang gadis yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai anak Cikgu Aman..budaknya comel..masih muda remaja lagi aku tengok..Thanx banyak dik ^_^

Jom tengok gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Color krim cheese warna purple ni di request oleh adik comel..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SNOW CHEESE CAKE
BERAT:1/2KG
HARGA:RM30

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Semua deko kek di request dengan deko yang simple kerana kek ni hanya untuk dimakan macam tu ja..:)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kek coklat moist

KEK COKLAT MOIST
SAIZ 8"
HARGA:RM30
HIASAN: PARUTAN COKLAT & FLOWER MASHMALLOW

Jika ada yang teringin merasa kemewahan rasa cheese cake dan keenakkan rasa kek coklat moist, jomlah order!!


Hubungi: 0128244251(bbwana) whatsApp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com


P/s: maaf pada kawan-kawan..aku masih tak sempat nak BW blog kalian..maafkan aku..:(


ORDER KEK BIRTHDAY: KEK YAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku mau tayang kek birthday yang di tempah pada minggu lepas..regular customer yang sering tempah Kek Yam..Thanx banyak-banyak to Ms.Uci..

Jom cuci mata..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bentuk kek, wording dan hiasan simple ni adalah request by customer 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK YAM
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM30

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Order?? Hubungi 012-8244251 ( bbwana )call/ whatsApp
Email:sweetred_cherry@yahoo.com

P/: Maaf pada kawan-kawan yang aku belum sempat balas komen dan blogwalking blog kalian..beberapa hari ni aku agak sibuk..insyallah bila aku free nanti aku terjah blog korang pula ya..

Sekian, babai..

HARGA BELIAN HEBAT BESHINE PREMIUM DRINK, 2 HARI LAGI!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni aku mau bagitau hanya tinggal 2 hari saja lagi harga belian nilai Hebat Beshine Premium Drink..


Promosi sah sehingga 8 Disember 2014
Beli 3 botol
Semenanjung Malaysia:RM240
Sabah/Sarawak: RM255

Harga sebotol:
SM: RM84
SS: RM90

+ postage
SS:RM6
SS:RM10

Jom dapatkan harga JIMAT untuk wang anda!!

Antara masalah yang boleh ditangani dengan meminum Beshine Premium Drink:


Khasiat/ Kehebatan "BeShine Premium Drink"

Jika anda inginkan kulit yang cantik, anjal, putih dan badan yang sihat..apa kata minumlah Beshine Premium Drink. Insyaallah anda pasti puas hati dengan hasilnya..

HARGA MAMPU MILIK!!!

 Kami adalah agen sah untuk produk ini. ID: D2-HBS0464

INFO LANJUT, BACA SINI

PERTANYAAN/ORDER: 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp
Email: sweetred_cherry@yahoo.com