ORDER BLUEBERRY FRESH CREAM CAKE, SNOW CHEESE CAKE & LAYER CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah kembali bersiaran pada petang ni..agak lambat sikit update blog kerana perlu menyiapkan beberapa jenis kek dan apam untuk jualan..petang ni ada pula beberapa urusan yang harus diselesaikan..jadi, update pun kena cepat la..huhu..

Okeylah, hari ni aku mau tayang entri tempahan kek birthday beberapa minggu yang lalu..sudah lama terperap dalam folder ni..tunggu 'turn' ja mau disiarkan..tempahan adalah dari Kak Monica, ni adalah kali ke-2 beliau order kek birthday dengan aku..menurut 'feedback' yang diberikan oleh kak monica, dia dan anak-anaknya suka sangat dengan rasa dan kek yang aku buat..alhamdulillah gembira hati ni mendengarnya..tambah semangat pula rasanya..hihi..^_^

Kali ni kak monica request Blueberry fresh cream cake, Snow cheese cake dan Layer cheese dimana berat  kek masing-masing 1/2 kg dan untuk layer cheese pula sebanyak 4 bar..untuk menyambut ulangtahun kedua anaknya iaitu Fairul Aikal 10th dan Fadzil Aizam 7 th..

Mari tengok gambar kek..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BLUEBERRY FRESH CREAM CAKE
 BLUEBERRY FRESH CREAM CAKE
FILLING: BLUEBERRY
LAYER & DEKO: FRESH CREAM
HIASAN: GULA-GULA JELLY, PATUNG ANGRY BIRD
HARGA: RM48++ ( BERGANTUNG BERAT DAN DEKO )
BERAT: 1KG

Budak-budak memang suka dengan kek fresh cream macam ni kan..yalah, rasa krim pun sudah macam aiskrim..siapa yang nda suka kan..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
SNOW CHEESE CAKE
 SNOW CHEESE CAKE
LAYER & DEKO: CREAM CHEESE
HIASAN: PARUTAN CHEDDAR CHEESE, BELON DAN PATUNG MINION GUMPASTE
HARGA: RM60
BERAT: 1KG

Kek yang sentiasa jadi pujaan ramai..sedap dengan rasa cheesenya yang tidak memuakkan..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
LAYER CHEESE
 LAYER CHEESE
HARGA: RM 13 ( BAR )
MINIMUM ORDER 3 BAR

Layer cheese yang mula mendapat sambutan ramai..dessert yang sedap dinikmati sejuk-sejuk..dengan rasa cheese dan taburan nestum di atasnya buat kek ni sangat menarik untuk dimakan..


Terima kasih banyak ya kak monica sebab percaya dengan hasil tangan ku ini, jangan serik dan tempah lagi nanti ya..hehe..

Jika ada yang berminat untuk menempah, sila hubungi kami di talian tertera ini ya, 012-8244251 ( bbwana ). sms/call/whatsApp..tq

Sekian dulu entri aku hari ni..jumpa lagi..daa..wasalam.


Kek Black Forest untuk Hari Ibu

Assalamualaikum w.b.t & salam sejatera..

Kembali bersua pada hari isnin ni..sebenarnya bermula hari ni, aku akan mulai sibuk sepanjang minggu ni..mana mau buat jualan harian dan persiapan untuk jualan karnival yang akan berlangsung pada hujung minggu ni..so, bila ada masa terluang sekejap aku ambik kesempatan untuk siarkkan entri baru buat tatapan pengunjung blog SRC ni..

Okeylah, hari ni aku mau siarkan entri kek ibu yang diminta oleh anak buah aku, Mimie untuk diberikan kepada mamanya iaitu Norfarahana@ Josie..Mimie request Kek black forest..dorang sambut di rumah mamanya tempohari..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK BLACK FOREST
 KEK BLACK FOREST
HARGA: RM45++
BERAT: 1 KG ++
HIASAN: COKLAT RICE & MARASCHINO CHERRIES

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

 Mimie request tulis nama mama, makcik dan neneknya atas kek..iaitu Josie, Monica & Juliana..

 
Pada yang berminat untuk menempah kek atau sebarang produk kuih-muih kami, jangan segan untuk menghubungi kami di talian yang tertera ini untuk info lanjut, 012-8244251 ( bbwana ) - call/sms/whatsApp

Sekian entri pada hari ni..thanx kerana membaca hingga habis. - wasalam-


Birthday Giveaway By Yayaqazrin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom kita join GA yang dianjurkan oleh Cik Yayaqazrin ni..sangat-sangat simple..terdapat 3 hadiah misteri untuk dimenangi..mungkin anda yang bertuah.sila klik banner di bawah ni untuk join..

http://yayaqazrin.blogspot.com/2014/05/birthday-giveaway-by-yayaqazrin.html


TEMPAHAN KATERING PELADANG

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat sejahtera semuanya..aku tengah berehat-rehat ni..sambil tengok ulangan Konsert kilauan emas musim ke-4 separuh akhir, sambil-sambil aku update blog kesayangan ku ini..hihi..

Okeylah, pada petang hari yang sangat cerah ni aku mau siarkan entri tempahan katering dari Peladang..sebenarnya untuk tahun ni banyak kali juga Peladang tempah dengan kami tapi oleh kerana kesibukkan yang sangat-sangat buat aku lupa ambik gambar..dan yang aku siarkan ni adalah antara gambar tempahan yang aku sempat 'snap' huhu..

Antara yang ditempah adalah aneka kek, apam gula hangus dan apam isabella mini, tapai nasi, popia dan pau..jom la layan gambar-gambar di bawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com




http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Apapun, terima kasih banyak ya pada pihak Pej. Peladang kerana masih sudi dan setia menjadi pelanggan tetap kami..

Okeylah, sampai sini saja dulu entri aku pada petang ni..jumpa lagi di entri yang lain pula ya..babai. Sekian.

GIVEAWAY: " KE KOREA DAH KITA..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang sangat simple ni..

http://faraealfarafisya.blogspot.com/2014/05/giveaway-ke-korea-dah-kita.html

Sweet red cherry 2nd Bloggersary

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Alhamdulillah..sedar tidak sedar hari ni genap la usia blog Sweet red cherry 2 tahun..banyak yang telah aku pelajari khususnya dalam dunia blogging ini dimana tujuan asal aku berblog ni adalah untuk mempromosikan produk jualan kami seperti kuih-muih, kek, mufin dan cupcake serta berbagai lagi.

Di samping tu, dapat juga menambahkan kenalan di alam maya ni dari serata tempat di Malaysia ni serta luar negera..seronoknya kerana dapat bertukar pandangan dan info antara satu sama lain..

Jutaan terima kasih kepada pengunjung blog SRC, teman-teman dan silent reader kerana sudi betandang ke blog kami ni, tanpa anda semua siapa la kami ni kan..sokongan kalian semua sangat-sangat kami hargai..maaf jika ada sebarang kekurangan di blog ini..insyaallah akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Follower juga semakin bertambah..terima kasih banyak..pada yang belum follow tu, sudi lah kiranya anda follow blog kami ni..hihi..^_^

Teruskan sokongan kalian semua terhadap blog ini dan doakan semoga bisnes kami ni terus maju, amin. Sekian.

GA Pertama & Sambutan Hari Lahir Anak Bongsu Ana Yg ke2 tahun

Assalamualaikum dan selamat malam..

Kali ni aku join GA pula..sama-sama support GA teman blogger kita ni..mana tau bertuah pula jadi pemenang kan..

Teman yang di tag:

http://adna2029.blogspot.com/2014/05/ga-pertama-sambutan-hari-lahir-anak.html

Segmen: Cari Followers Mei!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom tambahkan followers anda semua dengan menyertai segmen cari followers yang di anjurkan oleh rakan blogger kita ni..selain menambahkan kenalan baru dapat la menaikkan trafik blog anda semua..segmen berakhir 31 mei ini..jom support!!

 http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/05/segmen-cari-followers-mei.html


ORDER KEK CHEESE NESTUM, KELUPIS & APAM LADYBIRD BUMBLE BEE

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Hai, semuanya..kembali bersiaran tengahari ni..ucapan terima kasih pada semua pengunjung blog SRC, teman-teman blogger dan silent reader semuanya kerana sudi bertandang ke blog yang tidak seberapa  ini..tanpa kalian semua, blog ni bukan apa-apa..terima kasih atas komen-komen yang ditinggalkan..tidak lupa juga follower baru..kami sangat-sangat menghargai kalian semua..

Okeylah, hari ni aku mau kongsikan beberapa order pada minggu yang lepas-lepas..Antaranya adalah Kek cheese nestum, Kelupis inti udang dan Apam ladybird bumble bee..jom kita layan gambar di bawah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK CHEESE NESTUM
 Kek ni ditempah oleh BFF ku iaitu, Ms. Norliah yang selalu juga order kek dengan aku..memang feberetnya la ni..asal order kek mesti mau yang ada tabur nestum..heheh..thanx banyak ya geng..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
 Apam ni pula di tempah oleh regular customer, iaitu Kak Ct Sarah..akak ni kalau tempah jarang sikit-sikit..selalunya banyak sampai beratus biji..apapun, terima kasih banyak ya kak..



http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kelupis ni di tempah oleh Kak Ana, sebelum ni memang pernah juga tempah aneka kuih-muih dengan kami..tq.

Jika anda juga berminat dengan produk kuih-muih kami, sila hubungi kami di talian yang tertera ini untuk info lebih lanjut, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp.Tq

Sampai jumpa lagi di lain entri, sekian.


RESEPI PRINCESS CAKE: VANILLA BUTTER CAKE WITH CHEESE BUTTERCREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah bersua lagi kita pada petang hari ni..mood rajin mau update blog ni..lagipun semantara line internet masih laju ni, semangat sikit la mau update blog..taulah..kalau line macam siput upload gambar pun sampai berjam-jam lamanya..huhu..

Baiklah, sebelum ni aku janji mau kongsi resepi Kek princess yang aku buat untuk birthday Putri tempohari..maaf la ya lambat sikit..untuk kek aku guna resepi Kek Butter Vanilla yang aku intai di blog Kak Azie Kitchen..memang sedap dan sangat moist kek ni..thanx kak share resepi..Sebelum buat kek princess ni, banyak juga yang aku google di internet..tengok cara-cara buat kek ni..yalah, bukan senang bagi orang macam aku yang tidak pernah pergi mana-mana kursus 'baking' ni buat kek princess kan..huhu, apapun syukur alhamdulillah kerana kek princess pertamaku menjadi jua..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
PRINCESS CAKE
 Jom kita semak resepinya di bawah ni ya..

PRINCESS CAKE
RESEPI: VANILLA BUTTER CAKE
SUMBER: AZIE KITCHEN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
230 g salted butter
4 biji telur gred B
200 g gula kastor
200 g tepung naik sendiri
60 ml susu segar
1 sk esen vanila

CARANYA:
  • Panaskan oven 170 ' C. Lenser loyang dengan mentega termasuk keliling loyang.
  • Asing kuning & putih telur. Masuk putih telur dalam mangkuk dan pukul hingga kembang dan tidak jatuh bila di terbalikkan.
  • Masuk 50 g gula kastor sikit-sikit hingga kembang. Ketepikan.
  • Pukul mentega dan 150 g gula hingga kembang. Masuk esen vanila dan pukul lagi.
  • Masuk kuning telur satu persatu sambil putar.
  • Masuk separuh  dari tepung dan kacau dengan kelajuan rendah. Masuk susu 2x sebelum masuk baki tepung.
  • Masuk separuh dari adunan putih telur dan putar low speed. Masuk baki putih telur dengan kaedah kaup balik guna sudip hingga sebati.
  • Tuang dalam loyang dan ratakan. Bakar selama 45 minit.
  • Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.
  • ( Aku bubuh adunan dalam 3 jenis loyang yang berbeza saiz. Boleh rujuk dalam gambar di bawah tu ya )
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BAHAN CHEESE BUTTERCREAM
SUMBER: idaddapur.blogspot.com

120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula icing
  • Satukan semua bahan dan pukul hingga kembang.
  • Bahagi adunan untuk letak pewarna yang di kehendaki
  • Sapukan cream seluruh kek sebagai base.
TAMBAHAN:
Strawberi filling - ( untuk filling di setiap layer kek ) -aku tambah

CARA SUSUN KEK:
  1.  Sejukkan kek yang berlainan saiz tersebut sebelum digunakan.
  2. Letak kek yang paling besar saiz atas papan kek. Sapukan cheese buttercream kemudian letak filling strawberi.
  3. Letak kek yang sederhana atas kek tadi dan sapukan cheese buttercream dan filling kemudian letak kek yang berbentuk bulat di atas sekali. Sapukan seluruh kek dengan cheese buttercream sebagai base. 
  4. Potong hujung kek paling bawah untuk membentuk skirt princess yang kembang. 
  5. Hasilnya akan jadi seperti di bawah. ( maaf aku lupa ambik gambar kek sebelum sapu base ).
  6. Kemudian boleh deko kek princess anda seperti yang korang harapkan.
  7. Akhir sekali, cucuk patung princess di tengah kek. ( patung boleh didapati di kedai khas bahan kek ).
-Selamat mencuba-
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mencabar juga buat kek ni sebenarnya..kalau salah potong hujung kek..takut skirt princess tidak jadi kembang pula..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah kek princess pertamaku yang menjadi..bukan main suka lagi Putri dengan kek birthdaynya tahun ni..sudah lama diidamkan..




http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni la rupa kek yang telah di potong..memang sedap kek ni..dengan rasa kek butter vanila yang moist, di tambah pula dengan filling strawberi dan cheese buttercream..sapa yang nda suka makan kan..hihi..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

PRINCESS CAKE
HARGA: RM 60++ ( bergantung berat/ jenis kek/ krim ( buttercream/cheese buttercream )

Jika ada sapa-sapa yang berminat untuk menempah kek ni ataupun produk lain Sweet red cherry, sila hubungi kami untuk pertanyaan dan info lebih lanjut ya, 012-8244251 ( sms/call/whatsApp ). Tq

Jumpa lagi di entri yang lain. Sekian.

Segmen geng blogwalkers

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi ni aku join segmen Nurfaezah Abdullah..salah seorang blogger yang aku follow dari Brunei Darussalam..so, sebagai teman dan juga orang yang berbangsa brunei seperti pae, aku harus support segmen ni..heheh..untuk bagi translate bahasa brunei kepada bahasa malaysia, tiada masalah bagi aku sebab bahasa brunei adalah bahasa pertuturan di rumah dan juga masyarakat di sini kerana kebanyakkan adalah bangsa brunei..jom meriahkan segmen pae ni..

" inda ku merati kurapak Brunei "

maksudnya adalah

TIDAK KU FAHAM CAKAP BRUNEI

 http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/2014/05/pengumuman-segmen-geng-blogwalkers.html


TEMPAHAN KEK CHEESE LELEH ( VANILA/COKLAT ) & KEK COKLAT MOIST VERSI BAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam pagi jumaat semuanya..pagi ni aku free sikit so, dapat la awal update blog..heheh..okey la tanpa membuang masa aku ingin kongsikan entri tempahan kek dalam bentuk bar dari kakak sepupu tersayang, kak adi pada minggu yang lepas-lepas..baru sempat mau update hari ni..huhu..

Antara kek bar yang di tempah adalah Vanila cheese cake leleh, Coklat cheese cake leleh dan Kek coklat moist..ini adalah antara kek yang sangat popular pada masa ni dan mendapat banyak permintaan..apapun, syukur alhamdulillah atas rezekiMU ya Allah..

Jom la kita layan gambar..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
VANILA CHEESE CAKE LELEH

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Keenakkan cheese cake leleh ni pasti buat yang memakannya jadi ketagih..dengan cream cheese leleh dan taburan cheddar cheese di atasnya membuatkan kek ni sangat mewah dengan rasa cheese..pada yang belum pernah merasa, anda kena cuba kek ni..rasanya pasti tidak menghampkan..yang penting rasa cheesenya tidak memuakkan..

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
COKLAT CHEESE CAKE LELEH

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK COKLAT MOIST
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini juga merupakan kek yang sering ditempah dan mendapat sambutan dari pelanggan Sweet red cherry..keenakkan rasa coklat yang mewah dengan topping coklat ganache di atasnya membuatkan kek ni mendapat tempat di hati penggemar kek coklat..dengan tekstur kek yang sangat moist..memang mantap la rasanya..


 HARGA KEK BAR:
1. CHEESE CAKE LELEH = RM 13
( PERISA VANILA, CORKLAT, PANDAN, STRAWBERI & COFEE )
2. KEK COKLAT MOIST = RM 10

MINIMUM ORDER ADALAH 3 BAR

Pada siapa yang berminat untuk mendapatkan kek kegemaran anda dalam bentuk bar, sila hubungi kami di talian yang tertera ini ya untuk pertanyaan dan tempahan, 012-8244251 ( bbwana ).Call/sms/whatsApp..tq

Sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..sampai jumpa lagi ya semuanya..thanx kerana baca entri ni hingga habis..-wasalam-

Segmen: Ucapan Selamat Hari Guru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, selamat malam semuanya..malam ni aku join segmen yang dibuat oleh ayu sempena hari guru pada 16 Mei ni..jom la kawan-kawan join segmen ni dan support rakan blogger..

Di kesempatan ni aku ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua guru yang pernah mengajar aku dari tadika hingga la kolej..guru, kau ibarat lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain..jasamu guru tidak akan dilupakan..

Tidak lupa juga buat cikgu ayu..

SELAMAT HARI GURU

http://www.ayuinsyirah.my/2014/05/segmen-ucapan-selamat-hari-guru.html

FRUIT COCKTAIL CAKE FOR MOTHER'S DAY

Assalamulaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..bersua lagi kita pada hari ni..baru ja siap buat kuih-muih jualan..so, dapat la berehat sekarang ni dan mengupdate blog ni..hihi..kemarin aku hanya join GA dan habiskan balas komen serta blogwalking ke blog teman-teman..kalau ada yang belum sempat aku terjah tu, insyaalah aku akan 'bw' korang juga ya..

Okeylah, hari ni aku mau kongsikan tentang order Fruit cocktail cake sempena hari ibu yang lalu dari kakak sepupu tersayang, Kak Adi yang memang setia dan rajin order kek dengan aku..terima kasih banyak ya kak..kek ni diorder dan diminta untuk di deliverykan ke rumah mamanya iaitu Pn. Hajah Aishah pada hari ibu tersebut sebagai surprise..memandangkan kak adi tidak dapat balik ke kampung, jadi dia minta aku dan keluarga wakilkan dia untuk menyambut hari ibu tu..so, kami pun celebrate dengan majlis yang sangat simple pada petang tu..

Jom tengok gambar..
http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
FRUIT COCKTAIL CAKE
 FRUIT COCKTAIL CAKE
BERAT: 1 KG
HARGA: RM 45
HIASAN: FRUIT COCKTAIL & MARASCHINO CHERRIES

http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tulisan atas kek, kak adi request tulis happy mother's day dan happy birthday..yang birthday tu adalah bapa kepada kak adi iaitu Hj. Mali..so, sekalikan la juga..

http://www.dapurjirankuerasap.blogspot.com

Tengok la tu, anak-anak buah aku yang semangat potong kek..macam biasa, kalau bab potong kek ni dorang la yang paling laju..excited..heheh..apapun, walaupun simple tapi sambutan hari ibu sangat bermakna buat mereka yang sudah bergelar ibu..mereka tidak mengharapkan sebarang hadiah yang mahal ataupun berharga, cukup la sekadar ucapan selamat hari ibu pun sudah buat mereka tersenyum gembira..

Di kesempatan ini, aku juga ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mama tersayang, Pn. Norsiah..beliau seorang ibu  yang paling sabar di dunia, sangat memahami, sangat penyayang pada anak dan cucu-cucunya, pandai masak dan  paling terbaik buat kami adik beradik..kami mungkin tidak terbalas jasamu mama..WE LOVE U MOM..

Selamat hari ibu pada semua insan yang bergelar ibu..jasa dan pengorbanan seorang ibu itu sangat banyak dan tidak mungkin akan terbalaskan..hargai lah ibu anda selagi masih ada masa untuk bersama..

Sekian, wasalam.