Harga JIMAT NEW UPGRADE BeShine Premium Drink

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agen ID: D2-HBS 0464

Alhamdulillah..Beshine Premium Drink semakin dikenali dan semakin mendapat sambutan yang luar biasa dari pelanggan dari serata tempat..dan kini ianya telah di UPGRADE!! Semakin banyak kebaikkan yang anda peroleh dengan membeli NEW UPGRADE BeShine Premium Drink ni..

Produk yang membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan 1 produk sahaja dan harga MAMPU MILIK!!!
 
" BERSERI, SIHAT, RAMPING & BERAURA POSITIF DALAM 3 MINGGU "
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Harga JIMAT untuk 3 BOTOL:

NEW UPGRADE BeShine Premium Drink

3 BOTOL
 SEMENANJUNG MALAYSIA RM255
SABAH/SARAWAK RM 270

1 BOTOL
 SM RM89
SS RM95

+ POSTAGE
SM : RM10
SS : RM7

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kebaikkan BeShine Premium Drink:
  • Beshine Premium Drink adalah makanan tambahan/supplement untuk kecantikan keseluruhan kulit dan kesihatan tubuh badan. Berperisa "Green Apple" yang lazat.
  • Tidak mengandungi sebarang gula tambahan
  • Boleh diambil dengan cara minum atau kemam bawah lidah, 2x sehari
  • Produk ini mampu merawat semua masalah kulit seawal 3 minggu
  • Mencerahkan muka, seluruh badan, dan pelipat secara alami
  • Membantu membersihkan darah kotor, sengugut dan menstabilkan hormon
  • Sangat sesuai untuk lelaki dan perempuan atas 10 tahun
  • Sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak/berpantang
  • Sesuai untuk pesakit kencing manis/darah tinggi/tiroid/ lain-lain
  • HALAL dan 100% SELAMAT
  • Harga MAMPU MILIK
Jika anda mempunyai masalah seperti di bawah ni di sarankan untuk mengambil produk ni. 

[x] Kulit yang gelap, menggerutu, bermasalah, parut, kusam, resdung.
[x] Badan terlalu kurus, berat badan berlebihan, selulit, menggelebeh.
[x] Kesihatan kerap terganggu dan mudah letih
[x] Rambut gugur, tidak bermaya, rosak.
[x] Hubungan intim bermasalah.
[x] Aura bocor, kecil dan kurang keyakinan dengan penampilan diri
"BESHINE PREMIUM DRINK" KANDUNGAN UTAMA terdiri daripada BAHAN-BAHAN AKTIF yang Berkualiti Tinggi GRED AA di import khas untuk menghasilkan 1 produk yang bermutu. Formulated by: DR. Suzyana Shakroni (Ph.D Reiki Beauty & Health) Aura Energized by: Prof.Dr.Mir Khalid B. Sabran (Ph.D Alternative Medicines)
  Cepat dapatkan sekarang!! Miliki kulit cantik, badan yang sihat dan beraura positif..dah ramai yang cuba tau!!!

CARA ORDER: Hubungi 012-8244251 ( bbwana) sms/whatsapp
@ email: sweetred_cherry@yahoo.com
 Tq

Segmen | Pencarian Bloglist oleh Mrs. Marble

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi ni join segmen anjuran rakan blogger Shima Hasan@Mrs. Marble..jom join ramai-ramai..

Beliau mencari 10 orang pemenang yang akan diletakkan dalam bloglist dan seorang top referral mendapat topup RM10..

End: 15 Februari 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://puanmarvelous.blogspot.com/2015/01/segmen-pencarian-bloglist-oleh-mrs.html

Hadiah dari ACIK WATIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Hadiah Segmen: Zaman persekolahan anjuran Cik Balqis hari tu dah pun sampai semalam..aku dapat Button keychain yang sangat comel yang di sponsor oleh acik watie.Thanx banyak-banyak acik dan penganjurnya cik balqis..semua yang join dapat hadiah..best kan..lain kali buat lagi ya ;D


Selain button keychain..acik bagi business card..cantik sangat..aku suka dengan design kad tu..


Di button keychain ni tertera logo bisnes acik watie..

Aku terpikat dengan design dan kaler bisnes kad ni..cantikkan..

Bagi warga kelantan..boleh la order pelbagai jenis kuih talam, kek, dessert, cream puff dan macam-macam lagi..korang boleh order dengan acik watie. Hubungi talian yang tertera di kad tu ya.. ;)

Okeylah, jumpa lagi semua..babai..

Sekian.

 




Segmen Berkenalan by: Dr. Shikin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sekali lagi Dr. Shikin buat segmen yang sangat simple..jom kawan-kawan ramai-ramai join segmen yang simple ni..Support rakan blogger..

End: Tamat bila-bila masa sahaja

KLIK BANNER UNTUK JOIN
 http://drshikinzainal.blogspot.com/2015/01/segmen-berkenalan-by-dr-shikin.html

Hadiah:
1. Top Referral - Cash RM20
2. Shiseido face mask hitam + FM
x 15 pemenang
 
TAG:

Spaghetti Marinara

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ni aktiviti aku hujung minggu baru-baru ni..mood rajin memasak sesuatu yang sangat simple tapi mengenyangkan perut..memandangkan ada stok udang dan sotong di peti sejuk maka terhasil lah Spaghetti Marinara ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hoyeahh..sedapnya..aku parut keju di atasnya..yummehh!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada udang, sotong dan  parutan cheese.. Fuh..sedap giler!!

Jom semak resepi..

RESEPI: SPAGHETTI MARINARA
SUMBER: DARI DAPUR KECAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( 3 orang makan )

Segenggam spaghetti/vercimilli

Kuah:
3 ulas bawang putih, dicincang
1 biji bawang bsar, dicincang
4 biji cendawan butang, dihiris nipis
1/2 botol sos traditional tomato prego- brand lain pun boleh
1sk serbuk pati ayam
3 ekor sotong buang kulit dan potong memanjang
10-15e ekor udang
Sedikit oregano- aku x bubuh
Sedikit italian herbs- aku x bubuh
Garam secukup rasa
2 sb minyak zaitun
Sedikit air
1/2 biji capsicum- potong dadu
Cheddar cheese parut-hiasan

CARA:

  1. Rebus spaghetti/vercimilli dengan garam sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
  2. Panaskan kuali, masuk minyak dan tumis bawang putih dadan bawang besar hingga naik bau. Masuk sotong dan udang.
  3. Apabila udang bertukar warna merah, masuk sos spaghetti dan campur air.
  4. Masuk serbuk pati ayam, cendawan, oregano dan Italian herbs. Kacau sebati.
  5. Apabila mengelegak, masuk garam secukup rasa dan tutup api.
  6. Letak spaghetti dalam piring dan tuang kuah marinara atasnya.
  7. Tabur parutan cheese.
- selamat mencuba-


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Alhamdulillah kenyang makan.. hehe..

Thanx buat adik anizz anissa yang buat 'serangan' di sini..meletup-letup komen..hihi..thanx juga buat  semua..sayang korang!!!

Jumpa lagi..dadaa..

Sekian


TERIMA KASIH...awanungu.blogspot.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hatiku bukan main gembira lagi apabila menerima parcel pada petang kelmarin..bila lihat nama pengirimnya aku sudah tau siapa..terima kasih banyak sahabatku pemilik blog awanungu.blogspot.com


Aku dapat hadiah dari awanungu sebab rajin komen di blog beliau..dan inilah dia dalam bungkusan tu..jeng jeng jeng..


3 item comel yang aku dapat..dari Shanghai pula tu..seronoknyaaa!!!! :D happy sangat-sangat..
Dapat fridge magnet dan keychain..comel kan panda tu..hihi..Dapat tambah koleksi..alhamdulillah..

Wana suka sangat!!! FM dah pun selamat melekat di peti sejuk..heheh..terima kasih banyak ya..moga murah rezeki awak dan persahaban kita kekal terjalin..^_^

Pada kawan-kawan semua, jom berkenalan dengan sahabatku, awanungu..ramai-ramai terjah blog beliau>>http://awanungu.blogspot.com<<


P/s: thanx pada kawan-kawan yang komen pukal di blog aku yang tak seberapa ni..anamizu, Jari manis, Cik Mimie, Deanna Morni..aku sangat-sangat menghargai kalian semua dan tak lupa pada rakan yang lain setia  singgah dan tinggalkan komen..insyallah kalian pasti kujejaki..

Sekian, wasalam.

Segmen Bloglist Februari - Jun by Cik Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Join segmen yang sangat simple anjuran rakan blogger Cik Manis..jom  la sama-sama support rakan kita ni..

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://cikmanissweet.blogspot.cz/2015/01/segmen-bloglist-februari-jun-by-cik.html

Cheddar Cheese Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin kongsikan resepi kek yang sedap terutama buat 'cheesecake lover' macam aku..mohon jangan jemu ya..siapa yang mengenali aku pasti sudah sedia maklum yang aku ni penggemar apa saja makanan yang berunsur cheese..

Okeylah, ini dia Cheddar cheese cake..sudah lama aku buat tapi baru teringat nak buat entri..hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi pun mudah ja pun..korang pun boleh buat punya.. ^_^

Jom semak resepi

RESEPI: CHEDDAR CHEESE CAKE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250g mentega
230g gula halus
4 biji telur gred A
80g  cheddar cheese, didadu secara sederhana besar
100ml susu UHT
280g tepung gandum
1 sk baking powder

CARA:
  1. Putrar mentega dan gula halus hingga berkrim. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang.
  2. Tambah kiub keju dan gaul adunan hingga sebati.
  3. Satukan tepung bersama baking powder dan diayak. Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu UHT hingga habis. Gunakan speed perlahan. Gaul rata.
  4. Tuang adunan dalam loyang yang telah digris dengan mentega yang dialas baking paper pada dasarnya.
  5. Bakar dalam suhu 170'C selama 45 minit-masak.
 -Selamat mencuba-


Cheddar cheese yang dipotong dadu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tekak tiba-tiba teringin nak makan kek ni..kebetulan memang ada stok cheddar cheese ni..

http:??dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni aku siap packing untuk dibawa ke rumah makcik..buat minum petang di sana..aktiviti paling best hujung minggu lepak bersama keluarga, sepupu, anak-anak buah yang ramai dan sentiasa meriahkan suasana..

Sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi semua..bye

Sekian, wasalam.

Roti Putih ala Gardenia

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat cuti hujung minggu semuanya..hari ni mood rilek..tiada buat apa-apa..malas mau berjalan..lepak rumah saja..mungkin layan novel dan blogwalking ja la hari ni..

Okey lah, hari ni aku mau tayang projek meroti aku hari khamis baru-baru..Aku buat Roti Putih..teringin nak mencuba buat sendiri roti ala gardenia tu..

So, jadi tak? Hehe..alhamdulillah menjadi dengan sukses..yahooo!!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Rotinya lembut..aku sapu jem coklat..boleh bayangkan tak sedapnya..hehe..Mama dan anak-anak buah aku puji kejadian roti aku yang menjadi dengan kembangnya..Sekembang hatiku ini.. ;D

Aku guna resepi paling mudah..tapi agak leceh sikit la sebab kena rehatkan kemudian uli lagi dan rehatkan lagi..banyak kerja..tapi, kalau rajin jom la semak resepi..

RESEPI: ROTI PUTIH
SUMBER: wanie-theatozofmylife.blogspot.com
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
450g tepung roti
11/2 sk yis segar ( aku guna instant yis )
1 biji telu
1 biji kuning telur
2 sb mentega
1 sk garam
2 sk gula
Air suam secukupnya

CARA:
  1. Telur dipukul sekadar teradun.
  2. Campur yis dan air suam hingga mencapai 300ml. ( aku rehatkan selama 10 minit - hingga berbuih )
  3. Adunkan tepung roti, garam dan gula serta mentega hingga membentuk tekstur seakan serbuk roti.
  4. Masuk adunan telur sikit demi sedikit. Kemudian tuang air campuran yis dan adun tepung hingga jadi doh kenyal dan lembut. Uli selama 10 minit.
  5. Rehatkan doh dalam bekas yang diminyakkan selama 1 1/2 jam, sehingga doh naik 2x ganda.
  6. Uli lagi 5 minit dan bentukkannya mengikut bekas.
  7. Sapukan minyak dalam  loaf pan. Kemudian masukkan doh dan rehatkan selama 30 minit.
  8. Panaskan oven 220'C, bakar selama 30-35 minit.
  9. Roti masak jika bahagian bawah diketuk dan dengar bunyi. Kalau padat, bakar lagi.
-Selamat mencuba-
Boleh tengok gambar langkah demi langkah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Roti naik 2x ganda setelah direhatkan selama 30 minit

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Proses membakar roti ..nampak tak roti tadi naik cantik ja kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lepas ni kalau rajin boleh lah buat lagi..hee..

Okeylah, sampai sini saja entri kali ni..sampai jumpa lagi semua..

Terimma kasih banyak pada Hikayat seorang budak, Mama3farhanah, Dr.Shikin, Mama papa amir dan Ros Rezza yang komen MALATOP  di blog wana..terkejut tengok berderet komen kalian. Tak lupa juga buat teman-teman yang lain sudi singgah dan komen di sini. Aku sangat menghargainya..Insyaallah, aku akan terjah semula blog kalian pula..tunggu ya!! :D

Dadaa..sekian.


Giveaway Travellog Oman IIUM by Blog Iqa

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang simple ni..anjuran blogger Iqa..jom ramai-ramai support beliau..

End: 26/01/2015 ( 12.00 Tgh malam waktu Malaysia )

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://hurinnadhirah.blogspot.com/2015/01/giveaway-travelog-oman-iium-by-blog-iqa.html

SENARAI HADIAH:

- Tshirt I Love Oman.
- Button badge Oman
- Pen I love Oman
- Keychain Oman
- Postcard Oman
- Hiasan dadu Oman

Terima poskad dari SITI AISYA..tq!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada hari rabu petang tu aku dapat sesuatu yang istimewa.paling best ianya datang dari jauh pula tu..

Masa anak buah aku, waie nak bagi..dia sempat sorok dibelakang badannya..suruh aku tutup mata dulu baru dia bagi 'hadiah'..Haha, nakal kan..sempat lagi mainkan 'ucu'nya ni..aku pun layankan saja..dan...

Tadaaaa...


Aku dapat poskad dari Jerman..sapa lagi kalau bukan cik adik manis Siti Aisya yang bagi..sangat teruja dapat poskad ni..terima kasih Aisya cayang..kak wana suka sangat tau dapat poskad ni..labiu bebeh!!! ;D


Poskad ni diberikan adalah sebagai penghargaan sebab aku selalu singgah baca dan komen di blog aisya..paling aku terharu sebab aisya rajin try resepi yang aku kongsikan di blog ni..sampaikan husband aisya tegur..aisya dah makin rajin masak sekarang..heheh, bagus la tu dik..husband pun makin tambah sayang kat aisya.. ^_^

Apapun, semoga persahabatan kita ni tetap terjalin..

Bagi yang belum mengenali Siti Aisya ni..pergilah terjah blog beliau di sini>>jindrisska.blogspot.com<< aisya ni mudah mesra dan periang..tapi sudah bersuami..jangan ada yang berani kacau daun ya..hehe..

Okey lah, sampai sini entri ni..jumpa lagi ya..byee

Sekian



Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Teruja sangat nak join GA ni..menarik sangat tau sebab GA ni anjuran dari Nile.com.my..siapa yang tak tau, Nile.com.my adalah online shopping Malaysia yang menjual aneka barangan seperti baju lelaki/perempuan, tudung, aksesori, kasut dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut cara-cara join giveaway ni, kalian boleh klik link >>LYSSA FAIZUREEN <<

Jom la join, mana tau ada rezeki kan..^_^

http://www.nile.com.my/page.php?cd=96
Klik banner untuk join..

END: 15/02/2015 ( 11.59 PM )

HADIAH:

5 x Pemenang Bertuah yang akan mendapat RM 150 barangan dengan PERCUMA


Kalau diberi pilihan, di bawah ni adalah antara barang-barang yang aku nak.


http://www.nile.com.my/images/4215/sd.jpg




http://www.nile.com.my/images/5596/sf.jpg

3.HANDBAG (RM22.89)
 http://cdn.nile.com.my/images/13088/DP.JPG

 http://www.nile.com.my/images/12446/24809.jpg


http://www.nile.com.my/images/7363/fe12g.jpg

Jumlah harga barangan: RM23.60+RM32.10+RM22.89+RM56.30+RM13.90= RM148.79
 

APAM SUSU BELANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak ketinggalan sedikit mencuba Apam Susu yang tengah famous ni..nampak dah ramai kawan-kawan yang tayang.. Rasa terpanggil pula untuk membuat apam yang dikatakan sedap ni..buatnya pun mudah ja..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pertama kali aku buat apam susu ni..alhamdulillah menjadi dengan gebunya..suka aku tengok kalerful tu..cantikkan? ;D Aku buat versi belang-belang..

Resepi aku intai di blog Kak ita Masam Manis. Jom semak..

RESEPI: APAM SUSU BELANG
SUMBER: AZLITA AZIZ

BAHAN:
2 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder   }ayak
4 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk esen vanila
1 sb ovallete
4 sb susu pekat manis
4 sb minyak jagung
Perasa dan pewarna:
1 sk Coklat emulco + 1 sm serbuk koko
1 sk Strawberi paste + pewarna pink
1 sk esen oren + pewarna oren
1 sk esen lemon + pewarna kuning

CARANYA:
  1.  Panaskan kukusan.
  2. Satukan telur, gula halus, ovallete dan esen vanila.
  3. Putar hingga gebu dan putih.
  4. Masukkan susu pekat manis.
  5. Putar lagi hingga sebati.
  6. Tambah  minyak jagung dan putar lagi.
  7. Masukkan canpuran tepung. Kaup balik hingga rata.
  8. Bahagikan aduanan kepada 3 atau 4 bahagian dan letakkan pewarna dan esen/paste/emulco.
  9. Gris loyang dengan minyak.
  10. Tuang adunan secara selang seli.
  11. Kukus selama 40 minit. (  Bungkus penutup dengan kain bagi mengelakkan air jatuh atas permukaan kek )
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CARA MELAPIS:
  • Tuang 2 sudu makan adunan coklat ditengah loyang.
  • Kemudian tuang 2 sudu makan adunan pink atas adunan coklat.
  • Tuang  2 sudu makan adunan oren atas adunan pink.
  • Tuang 2 sudu makan adunan kuning atas adunan kuning.
  • Ulangi langkah tersebut hingga adunan hampir habis.(3/4 adunan )
  • Akhir sekali tuang 1 sudu makan adunan coklat atas adunan kuning.
  • Kemudian tuang 1 sudu makan aduanan pink atas adunan coklat.
  • Ulang langkah hingga adunan habis.
Cara melapis boleh rujuk gambar di bawah ni ya..

-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Senang ja kan..tak lah susah mana pun kan..kawan-kawan boleh la try buat juga nanti ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap..lembut pula tu..Boleh la makan sambil kopi-kopi..heheh..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..babai..

Sekian.



Resepi Potato Wedges

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cuaca mendung dan hujan  buat perut cepat ja bunyi..erm, pikir apa nak buat untuk dibuat kudapan..teringat ada lebihan ubi kentang yang mama beli untuk buat inti karipap..yes!!! Mata aku bersinar dapat idea..hihi..

Ok misi 'menggoogle' cari resepi..dan akhirnya aku teringin mau buat Potato wedges ala-ala KFC tu..hehe..alhamdulillah menjadi juga walaupun ada bahan yang kurang dan aku pandai-pandai tambah ikut suka aku..ish ish maaf menderhaka pada resepi..huu ;p

Tadaa..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Makan panas-panas sedap dan ranggup..Cicah sos cili ja..kalau ada mayonis atau sos 'thousand island' lagi best.. 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita semak resepinya..simple ja tau..

RESEPI: POTATO WEDGES
SUMBER: JULIA HOMEMADE

BAHAN:
1/2 kg ubi kentang
1 sk serbuk lada sulah
1 sk serbuk pati ayam
1 biji putih telur - pukul ringan
1 kotak/peket tepung goreng kfc - ayak ( aku ada sikit saja jadi aku campur dengan bread crumb )
1 sb serbuk kari - ayak
Bread crumb (kuning) secukupnya- aku tambah
Garam

CARANYA:
  1. Bersihkan kentang dengan air suam. Kemudian potong berbaji. Kulit kentang tak perlu buang.
  2. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga 3/4 empuk. Angkat dan toskan.
  3. Satukan serbuk lada sulah dan pati ayam dalam plastik. Masukkan kentang dan goncang sebati dan semuanya tersalut.
  4. Keluarkan kentang dari plastik dan letak dalam mangkuk kemudian taburkan serbuk kari. Pastikan semuanya tercampur.
  5. Kocok putih telur. Masuk kentang dalam telur dan salut dengan tepung kfc + bread crumb.
  6. Goreng hingga keemasan.
  7. Sedia untuk dihidangakan bersama sos kegemaran anda.
-Selamat mencuba-

Enjoy..

Baiklah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi semua..daa..

p/s: kelmarin seharian mendung dan hujan lebat hingga ke malam. Ada beberapa kawasan rendah telah mula dinaiki air dan banjir begitu juga di daerah beaufort dimana paras air sungai Padas telah menlebihi paras bahaya dan ada beberapa dewan telah dibuka sebagai pusat pemindahan mangsa banjir. 

Sama-sama kita berdoa..



Kek birthday: Kek Coklat Cheese Meleleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejuk ja cuaca berapa hari ni kan..nak buat kerja pun rasa malas..tapi tak boleh ikut kan rasa..bisnes tetap bisnes..harus rajin la kan..kalau tak mana datangnya duit..

Okeylah, kali ni entri kek birthday.. My sis Liza request Kek Coklat Cheese Meleleh untuk diberikan pada teman baiknya iaitu Kak Anisah sempena ulangtahun temannya itu..

Layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sambutan yang sangat simple di KFC..

" Happy birthday Kak Anisah..moga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu disamping keluarga tersayang "


Alhamdulillah, menurut my sis Liza, temannya tu suka sangat dengan kek yang aku buat tu..happy aku dengar..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT CHEESE MELELEH
BERAT: 1KG
HARGA: RM60
HIASAN: PARUTAN CHEDDER CHEESE

Pertanyaan/order: Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp @ Email: sweetred_cherry@yahoo.com
Lokasi: Untuk sekitar Sipitang, Beaufort dan Kota Kinabalu. Tq

 Okey lah, jumpa lagi di lain entri. Thanx singgah sini..bye

Sekian.









Makanan Etnik Sabah: Rumpai laut @ Agar-agar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin memperkenalkan satu lagi makanan etnik Sabah iaitu Rumpai Laut atau pun di sini lebih dikenali dengan panggilan agar-agar..sedap oh..rugi tak cuba makan..

Agar-agar ni adalah makanan etnik suku kaum bajau di sini..dihidangkan dengan pelbagai menu bakar seperti ikan/sotong/udang/ketam yang dibakar..fuh..telan air liur menyebut semua tu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Agar-agar salah satu makanan 'favourite' aku

Agar-agar yang dicampur dengan mangga muda, hirisan bawang besar dan tomato. Kemudian bubuh garam, perahan limau kasturi, kicap dan cili padi. Lagi pedas lagi umph..memang sedap sangat tu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ok..ini makanan tengahari aku..walaupun sangat simple..nasi+ikan bakar+agar-agar saja tapi sangat sedap dan menaikkan selera makan aku..alhamdulillah kenyang..

Atas pemintaan temanku Cheq Da, aku selitkan resepi agar-agar ni..Jom semak.,

RESEPI: RUMPAI LAUT@AGAR-AGAR

Rumpai laut
Sedikit mangga muda - potong nipis
1-2 biji tomato - potong halus
Sedikit bawang besar - hiris nipis
Cili padi - banyak ikut suka
3-4 biji limau kasturi
Sedikit garam
Kicap

CARANYA:
- Bersihkan rumpai laut dan potong. Ramas dengan garam dan celur dengan air panas kemudian toskan.
- Gaulkan semua bahan dan perah air limau
- Sedia untuk dimakan

- Selamat mencuba -
sumber: google

Jom baca khasiat rumpai laut ni:

1. Menguatkan sistem imunisasi tubuh
2. Menjaga kesihatan hati, jantung dan buah pinggang
3. Kaya dengan protein kolagen
4. Mengandungi kebaikan Omega-3 yang baik untuk sel-sel otak
5. Meningkatkan kesihatan tulang dan fungsi sendi
6. Mengandungi anti-oksidan
7. Mencegah dan mengurangkan selulit

Khasiat utama rumpai laut ialah kaya dengan vitamin dan mineral seperti vitamin C, magnesium dan kalsium. Merupakan tumbuhan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan dan sangat baik untuk kulit. Nilai rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung, sirip yu dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu.( sumber: baniza.com )

Best kan banyak khasiat rumpai laut ni..

Okey sampai sini saja entri aku pada hari ni..jumpa lagi..bye

Sekian

Kek Karot Badam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buat Kek Karot Badam aka Almond Carrot Cake.. Ni pasal mau menghabiskan frosting cream cheese aku yang masih berbaki dalam petisejuk..sayang kalau tak digunakan..sudah la cream cheese mahal kan? Heheh.. ^_^ 

Intai resepi sila klik sini >> resepi Walnut Carrot Cake <<

Kenapa aku buat kek karot? Haa, ni kes teringin sangat nak makan punya pasal..asyik buat kek customer..sampaikan mau makan pun terpaksa telan liur..yalah, sudah nama kek customer takkan nak makan pulak.. Huu.. ;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku deko simple-simple ja sebab nak makan sendiri.. 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat siang..malam baru potong sebab tunggu semua orang ada di rumah..alhamdulillah disukai ramai..berebut makan..aku sendiri makan berslice-slice..ish..ish..diet hilang entah ke mana..Aiyoo!!

Aku potong 2 bar bagi anak  buah aku, Mimie bawa balik kampung mamanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

ALMOND CARROT CAKE ( with cream cheese frosting )
BERAT: 1.2 KG
HARGA: RM60
HIASAN: HIRISAN BADAM DAN HAWAIIAN COCONUT

Berminat untuk menempah? Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp
Email: sweetred_cherry@yahoo.com
 Lokasi: menerima tempahan sekitar Sipitang, Beaufort & Kota Kinabalu. Tq

Sekian, wasalam.