CONGO BARS

Asslamualaikum dan salam sejahtera..

Kek yang lama sudah aku buat tapi baru teringat untuk menayang hari ni..hehe..dah lama benar aku ingin mencuba Congo bars dan makan kek ni sebab rata-rata komen dari kawan-kawan yang telah buat kek ni mengatakan ianya sangat sedap..teruja aku dibuatnya!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Kata orang belum cuba belum tau..bila kek sudah masak bukan main tak sabarnya aku mau potong kek dan makan..haha..tengok la tu buruk perangai :)

Tapi betul,  kek ni ternyata sedap..mewah dengan limpahan coklat cips dan kepingan badam. Kalau mau rasa lebih enak, gunakan la butter yang berkualiti. Rasanya dijamin marvellous..serius!!!

Jom tengok resepinya..

RESEPI: CONGO BARS
SUMBER: ZALINZALINA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: ( Loyang 10x10 )
310 g tepung gandum
2 1/2 sk baking powder
250g butter
300g gula perang
3 biji telur gred B
1sk esen vanilla
Hiasan:1 cwn coklat cip & slice/almond nib

CARA:

  1. Pukul butter dan gula hingga sebati. Medium speed.
  2. Masukkan telur. Pukul sebati.
  3. Masukkan esen vanilla.
  4. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Selepas tepung rata, kaup balik adunan.
  5. Masuk coklat cip.
  6. Tuang dalam loyang yang telah digris dengan butter dan di alas dengan baking paper.
  7. Tabur coklat ckp dan badam.
  8. Bakar dalam suhu 180'c selama 30minit.
-Selamat mencuba-


http://dapurjiranuberasap.blogspot.com
Sebelum bakar

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Dalam proses..fuh, tak sabar..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom la try dan enjoy

Pada yang berminat boleh tempah ya, hubungi 012-8244251(bbwana)sms/whatsapp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com.Tq



Almond carrot cake & Tiramisu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lega rasa bila sudah siap buat kek tempahan pelanggan..dapat merilekskan diri..heheh..petang-petang macam ni bosan tak tau mau buat apa..tiada idea..huu..

Hari ni aku mau tayang kek yang aku buat untuk makan..saja buat sebab tekak rasa teringin mau makan..ada lebihan cheese dalam petisejuk sayang pula kalau tidak digunakan..kalau biar lama rosak jadi terus la jalan kan projek baking..hehehe..

Aku buat Tiramisu dan Almond carrot cake

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat dalam bekas yang kecil..buat dalam 3 bekas ja..hihi..cukup la kan untuk makan sendiri..sedap dimakan lepas sejukkan semalaman dalam petisejuk..yummylicious sungguh!!! :)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ada yang terliur tak? :p

Resepi boleh klik Kek Tiramisu .

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku penggemar carrot cake..bayangkan makan carrot cake dengan sapuan cream cheese..huu, alangkah bestnya kan..heheh..tepi-tepi kek aku salut dengan 'hawaiian coconut' yang rasanya sedap dan manis..nyum-nyum..

Aku buat 1/2 adunan saja..cukup buat makan.. ^_^ . Resepi kek aku pernah kongsikan di sini, Walnut carrot cake. Sila la terjah!! hihi..kot-kot ada yang teringin nak buat kek karot yang super sedap ni..


Yang ni pula aku bawa ke rumah sepupu..makan dan lepak hujung minggu di sana..lama nda jumpa..asyik sibuk dengan kerja dan aktiviti masing-masing..selalu lepak hujung minggu adalah aktiviti wajib kami sekeluarga bila lapang..

Aku ingatkan cukup, rupanya berebut-rebut makan dengan anak-anak buah aku makan..haha..kesian..

Okey lah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..jutaan terima kasih buat semua kawan yang singgah dan komen terutama buat hidayu ayumie yang buat komen meletops di blog SRC..tq dear sudi terjah blog kak wana..labiu bebeh!! jaga baby dan pantang elok-elok tau.. :)

Pertanyaan/order sebarang produk SRC, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) call/sms/whatsApp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com.Tq

LIEBSTER AWARD by CIK MIMIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Heheh..jangan bosan ya..liebster award kali ni di tag oleh cik mimie pula..memandangkan memang tengah 'free' apa salahnya buat..tq dear..

Jom tengok apa soalannya..

Dalam sehari berapa entry korang update dalam blog?
Bergantung pada keadaan sebenarnya.kalau tak sibuk selalunya update entri lebih dari satu entri

Biasa korang online blog dekat mana? *cth : pejabat, rumah, cafe
Rumah. Dalam bilik sebab best dan santai..boleh online sambil baring..best oh..golek-golek..hehe..

Sudah berapa lama korang terlibat dalam dunia blogging ni?
Belum lama. Start 24 may 2012..:)

Kenapa pilih untuk menjadi seorang blogger?
Sebenarnya x rancang pun jadi blogger.. Di awalnya plan lebih kepada promo produk SRC pada orang di luar sana tapi lama-lama macam terjebak jadi blogger..rasa seronok pula :)

Nyatakan kebaikan dan keburukan berblogging.
Baiknya dapat promo produk, biz online lebih mudah, dapat banyak tempahan/customer dan banyak dapat kawan blogger yang ada profession lain2..best!!

Buruknya selalu kalau dah blogging sampai x henggat dunia..huhu

Berikan 3 ciri-ciri blog yang korang suka singgah.
Blog yang ada share resepi kek/masakan/cara deko kek/pelbagai info
Blog cepat loading
Blog kawan-kawan

Korang lebih suka komen entry atau tinggalkan jejak dekat shoutbox?
Jujurnya lebih suka komen di entri sebab komen tu nampak dan senang bersoal jawab.

Apa pendapat korang tentang blog Cik Mimie?
Blog cik mimie cantik..kaler merah lambang keberanian

Perlu ke Cik Mimie ubah mana-mana bahagian dalam blog Cik Mimie?
Tak payah ubah sebab dah cantekkk..*_^

Ada tak apa-apa yang korang nak bagitahu dekat Cik Mimie?
Cepat-cepat kawen..hihi

Soalan Cik Mimie susah ke senang?
Sangat senang..:)


Sekian.

Produk BeShine Premium Drink

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini aku nak war-warkan produk baru iaitu " BESHINE PREMIUM DRINK".

Kami adalah agen sah untuk produk ini. ID: D2-HBS0464



Pernah dengar? Kalau tak, meh sini aku bagitau korang apa sebenarnya Beshine Premium Drink ni dan  antara kelebihannya..

  • Beshine Premium Drink adalah makanan tambahan/supplement untuk kecantikan keseluruhan kulit dan kesihatan tubuh badan. Berperisa "Green Apple" yang lazat.
  • Tidak mengandungi sebarang gula tambahan
  • Boleh diambil dengan cara minum atau kemam bawah lidah, 2x sehari
  • Produk ini mampu merawat semua masalah kulit seawal 3 minggu
  • Mencerahkan muka, seluruh badan, dan pelipat secara alami
  • Membantu membersihkan darah kotor, sengugut dan menstabilkan hormon
  • Sangat sesuai untuk lelaki dan perempuan atas 10 tahun
  • Sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan anak/berpantang
  • Sesuai untuk pesakit kencing manis/darah tinggi/tiroid/ lain-lain
  • HALAL dan 100% SELAMAT
  • Harga MAMPU MILIK
Jika anda mempunyai masalah seperti di bawah ni di sarankan untuk mengambil produk ni. 

[x] Kulit yang gelap, menggerutu, bermasalah, parut, kusam, resdung.
[x] Badan terlalu kurus, berat badan berlebihan, selulit, menggelebeh.
[x] Kesihatan kerap terganggu dan mudah letih
[x] Rambut gugur, tidak bermaya, rosak.
[x] Hubungan intim bermasalah.
[x] Aura bocor, kecil dan kurang keyakinan dengan penampilan diri

"BESHINE PREMIUM DRINK" KANDUNGAN UTAMA terdiri daripada BAHAN-BAHAN AKTIF yang Berkualiti Tinggi GRED AA di import khas untuk menghasilkan 1 produk yang bermutu. Formulated by: DR. Suzyana Shakroni (Ph.D Reiki Beauty & Health) Aura Energized by: Prof.Dr.Mir Khalid B. Sabran (Ph.D Alternative Medicines)

 

Terdapat 32 kebaikkan BeShine Premium Drink:

 

Cara pengambilan BeShine Premium Drink:

 
KANDUNGAN UTAMA BESHINE PREMIUM DRINK

PURE GREEN APPLE EXTRACT

* Mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut bagi memastikan kecantikan dan diet seimbang terpelihara.

HYDROLIZED COLLAGEN ( COD FISH )

* Kolagen diimport khas dari FRANCE yang telah dihidrolisis dari ikan laut dalam iaitu "Cod Fish" bagi menggalakkan pertumbuhan tisu, kulit, kuku dan rambut yang sihat.

BASIC GLUTHATHIONE N-ACETYLCYSTINE (NAC)

* NAC dapat memberi isyarat kepada hati untuk menghasilkan glutathione ASLI yang lebih banyak dengan kadar penyerapan BOOSTER 3x ganda lebih cepat untuk memberi kesan yang optimum kepada pengguna seawal 3 minggu.

PURE L-GLUTHATHIONE

* Merupakan master kepada semua antioksidan yang berfungsi sebagai penyokong semula jadi untuk antibodi, anti-penuaan. Rahsia kekal sihat, cantik dan cerah.

VITAMIN E

* Merupakan SUPERVITAMIN yang sangat diperlukan oleh setiap individu untuk merangsang sistem imun, kesuburan, anti kanser, merawat kulit, mencerahkan mata, merawat masalah resdung, menstabilkan tekanan darah dan sistem kardivaskular.

FIBER

* Mengandungi serat ASLI yang tinggi TANPA bahan pengawet bagi membantu proses penghadaman, pembuangan toksin, meningkatkan tenaga dan anti-kolestrol.

HONEY

* Madu asli HALAL yang sangat berkualiti terbukti bertindak sebagai "NO.1 MIRACLE ANTIBIOTIK" yang menjadi asas kepada kecantikan dan kesihatan sejak dulu lagi.

PURASWEET

* Merupakan salah satu bahan utama di dalam BESHINE bagi membantu proses BOOSTER (kesan pantas). Rasanya 3x lebih manis dari gula tetapi sangat berkhasiat untuk pengguna termasuk penghidap kencing manis/darah tinggi dan tidak mempunyai sebarang kalori. Jadi jangan risau! DIJAMIN 100% SELAMAT! Rasa manis bukan dari gula tapi dari cystal powder PURASWEET.

AURA

* Dipertenagakan Aura oleh Prof.Dr.Mir.Khalid Sabran (Ph.D Alternative Medicines IBAM Kolkata). Aura positif menjana keseimbangan kecantikan,kesihatan,persekitaran dan wajah awet muda.
Kandungan beshine cukup HEBAT..jom mencuba untuk kesihatan kita.

 Berikut adalah soalan yang sering ditanyakan:

20 SOALAN LAZIM TENTANG " BESHINE PREMIUM DRINK ":

1. Jangan Terkejut! Kenapa serbuk BeShine Premium Drink bewarna putih dan air Crystal Clear (colourless)?
Beshine tidak diletakkan sebarang pewarna makanan dan tiruan bagi mengekalkan keaslian semua bahan-bahan aktif.

2. Apa beza BESHINE dengan produk keluaran lain?
KANDUNGAN  UTAMA terdiri daripada BAHAN-BAHAN AKTIF yang Berkualiti Tinggi GRED AA di import khas untuk menghasilkan 1 produk yang bermutu bagi memastikan keberkesanan optimum kepada pengguna. Formulated by: DR. Suzyana Shakroni (Ph.D Reiki Beauty & Health) Aura Energized by: Prof.Dr.Mir Khalid B. Sabran (Ph.D Alternative Medicines).
Kualitinya setanding dengan produk antarabangsa namun dijual dengan harga mampu milik!

3. Berapa gram setiap botol dan tahan berapa lama?
550 gram
45x bancuhan. Sebotol tahan 3 minggu jika minum 2x sehari

4. Bagaimana dengan cara pengambilan?
Bancuh SEPARUH scoop(10 gram) BeShine bersama 200 to 250ml air sejuk (cawan penuh). TIDAK PERLU SHAKE, SERBUK MUDAH LARUT
ATAU
Kemam separuh scoop(10 gram) BeShine bawah lidah secara perlahan dan biarkan ia larut bersama enzim air liur. Amalkan 2x sehari untuk kesan terbaik minum ketika perut kosong (pagi sebelum sarapan & malam sebelum tidur).
SARANAN: Untuk pengguna 35 tahun ke atas. Sukatan adalah 1 SCOOP bersama 350-400ml air sejuk (1 gelas penuh).
Minum air secukupnya untuk kesan lebih dan super cepat. Wajib ke?? Seperti yang dikata, minum air secukupnya hanya untuk pada siapa yang mahu kesan EXTRA + SUPER CEPAT. Pada yang tidak, jangan risau!! Beshine masih beri kesan yang memuaskan mengikut dalaman individu masing-masing. Air membantu saja tapi air sememangnya keperluan badan.

5. Bolehkah saya ambil lebih dari 2x sehari? Sebab sedap sangat!
Boleh. Beshine merupakan makanan tambahan dan bukan ubat! Jika ubat, ada perlu saranan doktor dan mengikut dos yang ditetapkan. Untuk makanan tambahan, penambahan dos dapat bantu kesan yang super cepat.
Maksimum 3 SCOOP SEHARI

6. Apakah perisa BeShine Premium Drink?
Perisa "Green Apple" yang sangat lazat!
 
7. Saya rasa agak manis lah? Pesakit kencing manis boleh minum ke?
Haa..cuba anda perhatikan diserbuk terdapat butiran crystal powder PURASWEET. Beshine TIDAK menggunakan sabarang gula tambahan (gula tebu/gula buah-buahan/gula buatan/ lain).
PURASWEET merupakan salah satu bahan utama di dalam BESHINE bagi membantu proses BOOSTER (kesan pantas). Rasanya 3x lebih manis tetapi sangat berkhasiat untuk pengguna termasuk penghidap kencing manis/darah tinggi dan tidak mempunyai sebarang kalori. Jadi jangan risau! DIJAMIN 100% SELAMAT!

8. Berapa lama untuk lihat perubahan?
Bezanya produk kami..beshine menggunakan bahan yang aktif..setiap individu kesan positif yang berbeza.Alhamdulillah buat masa ni kami menerima semua feedback kesan lebih pantas. 32 kebaikan, anda tidak akan rasa semua kebaikan dengan SERENTAK tetapi Anda boleh merasakan perubahan positif seawal 1-3 minggu dari segi pelbagai kelebihan Beshine Premium Drink antaranya masalah kulit/rambut/kuku berkurangan, lebih berseri, badan lebih bertenaga, pembuangan lawas dan lain-lain.
Kesan pencerahan pula bergantung kepada dalaman individu kerana proses pencerahan ini adalah semulajadi bukan melalui suntikan. BeShine mencerahkan dan beri effek merah jambu kepada muka, seluruh badan dan pelipat secara berperingkat SEAWAL 3 minggu.
KULIT SAWO MATANG:1-3 bulan pencerahan stage by stage
KULIT HITAM MANIS: 3-5 bulan pencerahan stage by stage
Perubahan SUPER DUPER cerah jika konsisten amalkan hingga 6 bulan. PASTI PUAS HATI!
Kesan berat badan pula dapat dirasakan seawal 3 minggu. Bagi yang berat badan berlebihan, BeShine dapat bantu untuk loose weight. Bagi yang kurus, ia dapat bantu untuk gain weight ke berat ideal.

9. Bolehkah saya kurus jika amalkan BESHINE?
BOLEH! Beshine mengandungi formula booster + advanced yang memberikan kesan multifungsi iaitu kecantikan, kesihatan dan berat badan ideal. Fiber yang terkandung di dalam Beshine dapat memberikan serat dan nutrisi kepada badan untuk bekerja dengan normal sekaligus meningkatkan metabolisme individu.

10. Saya dah terlalu kurus, jika saya minum adakah saya menjadi lebih kurus tapi saya pun nak sihat dan kulit cantik juga?
Bahan yang terkandung di dalam BeShine adalah bahan aktif yang boleh menyesuaikan diri mengikut dalaman consumer. Jadi Beshine bukan hanya untuk selim melim tetapi ia dapat menstabilkan berat badan yang ideal. Jika anda terlalu kurus, ia akan menaikkan berat hinga IDEAL.

11. Adakah kulit atau badan saya akan kembali kepada asal selepas berhenti amalkan BeShine Premium Drink?
Tidak JIKA anda menjaga pemakanan dan persekitaran anda. Dalaman badan anda akan menjadi kotor jika tidak menjaga pemakanan. Dalaman sihat, luaran pun sihat. Supplement hanya membantu memulihara dan memelihara kesihatan serta kecantikan secara semula jadi.
Anda tidak perlu berhenti, tetapi boleh kurangkan dos bagi mengekalkan kesan yang baik. Beshine bukan ubat tapi makanan tambahan untuk membantu proses pemulihan dan pemeliharaan saja.

12. Saya ada ambil ubat doktor/ pil perancang / supplement lain, bolehkah saya minum produk ini?
Boleh. Anda boleh mengamalkan 1-3 supplement dalam 1 masa. Manakala UBAT dengan SUPPLEMENT perlu dijarakkan 30min antara pengambilan.
Bagaimana nak menentukan ubat dengan supplement? Supplement adalah makanan/minuman tambahan untuk kecantikan dan kesihatan yang tidak memerlukan nasihat doktor untuk menentukan dos nya, supplement bukan di bawah kawalan doktor tetapi dibawah beauty & health consultant. Ubat pula mengandungi herba-herba kawalan (drugs) seperti panadol, ubat batuk, pil perancang dan lain-lain.

13. Adakah terdapat sebarang kesan sampingan?
BeSHINE Premium Drink ialah produk MAKANAN TAMBAHAN (supplement) yang selamat dan 100% semula jadi tanpa bahan kimia, tanpa pewarna tiruan dan tanpa gula putih (tebu) tambahan. Tiada sebarang kesan sampingan  bahkan ia baik untuk kesihatan anda.

14. Siapa yang boleh amalkan produk ini?
Semua golongan LELAKI dan WANITA atas 10 tahun
Ibu mengandung / breastfeed/ berpantang
Berpenyakit seperti tiroid/kencing manis/ darah tinggi/ lain-lain

15. Adakah minum BeShine Premium Drink boleh menggemukkan?
Tidak! Beshine membantu untuk dapat berat ideal secara semula jadi. Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, BeShine akan bantu anda untuk dapatkan tubuh yang slim dan IDEAL.

16. Bolehkah ibu mengandung atau menyusukan bayi mengamalkan BeSHINE?
Boleh! Disarankan kandungan berusia 3 bulan ke atas kerana kandungan di bawah 3 bulan adalah seelokknya dibiarkan membesar secara natural. Jika mahu amalkan juga, 100% TIADA kesan sampingan pada ibu mahupun kandungan.
Ibu yang menyusukan bayi juga boleh mengamalkan produk ini tanpa ragu.

17. Bolehkah ambil BeShine Premium Drink kerika period?
Boleh kerana ia membantu proses pembersihan darah kotor, mengurangkan masalah senggugut dan menstabilkan hormon.

18. Adakah BeShine Premium Drink halal dan mendapat kelulusan KKM?
Kilang kami sudah diiktiraf dan mendapat kelulusam halal dari JAKIM dan buatan muslim.
Semua produk makanan kesihatan (supplement) tidak pernah dan tidak akan didaftarkan di bawah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM). Hanya ubat-ubatan kosmetik, skin care dan produk berbentuk (kapsul/tablet) yang mempunyai bahan chemical, herba (drugs) tertentu sahaja perlu didaftarkan di bawah KKM. BeShine adalah sejenis MAKANAN KESIHATAN ( supplement ) dan telah mendapat kelulusan dari Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
* anda boleh refer portal rasmi KKM untuk kepastian. Klik link ini http://www2.moh.giv.my/v/faq LIHAT NO 10,12 DAN 13

19. Apakah saya perlu berpantang apa-apa?
Tidak. Tiada sebarang pantang larang cuma jika mahu kesan yang SUPER CEPAT adalah disarankan supaya elakkan atau kurangkan minuman berkafein. Kafien bukan pantang. Tetapi kafein mempunyai kadar ruapan yang tinggi yang boleh menyerap khasiat sebarang makanan/ubat/supplement. Sebelum badan dapat serap nutrisi, kafein tersebut telah serapnya terlebih dahulu. Jika anda penggemar kopi, nescafe, teh atau minuman berkafein lain, jangan risau ini cuma tips untuk kesan lebih cepat. 
Produk masih memberi kesan positif cuma mungkin akan melambatkan keberkesanan. Disarankan anda dijarakkan 1jam pengambilan makanan bernutrisi dengan minuman berkafein.

20. Kenapa BeShine Premium Drink lambat berkesan kepada saya?
BeShine pasti berkesan! Ini semua bergantung kepada metabolisme badan pengguna yang berbeza, berat badan juga merupakan faktor kenapa sesetengah orang mendapat kesan yang segera, dan sesetengah orang pula agak lambat.
Anda kurang minum air masak! Air bersih membantu mempercepatkan proses keberkesanan. Minum 2-3 liter air bersih setiap hari.
Tidak konsisten atau tidak mengikut dos yang ditetapkan! Anda sering tertinggal untuk ambil Beshine setiap hari. Pastikan ambil dos yang sesuai 1-2x sehari.
Waktu pengambilan tidak teratur! Anda minum produk ikut mana sempat saja.
Pengambilan waktu perut kosong adalah yang terbaik.
Pengambilan minuman berkafein/berkabonat! Minuman kafein ini boleh melambatkan proses keberkesanan kerana ia bukan saja boleh menghilangkan khasiat. BeShine malah semua khasiat termasuk makanan-makanan lain.

TESTIMONI:



 

 

 

PROMOSI!!!

 
  
BELIAN NILAI HEBAT UNTUK WANG ANDA!!!

Ramai yang sudah mencuba dan memberi respon positif..anda bila lagi??? Jangan ketinggalan untuk memiliki kulit yang cerah,sihat dan tubuh badan yang sihat.

JOM SIHAT DAN CANTIK!!!

HARGA MAMPU MILIK!!

Harga sebotol:
SM: RM84
SS: RM90

+ Postage: SS = RM10
SS= RM6

BERMINAT???

CARA ORDER: Hubungi 012-8244251 ( bbwana) sms/whatsapp
@ email: sweetred_cherry@yahoo.com

 Tq



LIEBSTER AWARD TAGGED by ACIKWATIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entri liebster award lagi..mood tengah rajin buat award ni..kali ni tagging by acikwatie..acik jemput semua kawan-kawan buat award ni terutama teman bloglist..harus la kita support kan.. ^_^

SOALANNYA :

1. Apakah kekuatan blog korang?
Rasanya ada perkongsian resepi kot..

2. Warna tema untuk blog korang?
Merah + pink = sweet-sweet bebeh..hehehe..

3. Sebab apa warna tu? Bukan warna lain?
Sebab wana suka sangat dengan kaler tu..sweet sangat

4. Blog korang cerita pasal apa?
Lebih kepada promosi bisnes kek/apam/kuih-muih dan pelbagai lagi dan ada share resepi

5. Cakap betul-betul...cantik tak blog Acik ni?
Blog acik simple dan cepat loading..


6. Kalau tak cantik, sebab apa? Kalau cantik, belah mana yang cantik?
Rasanya lebih cantik kalau acik tambah sedikit kaler yang ceria pada blog acik ni..ni sekadar pendapat wana..

7. Ada letak tak blog Acik dalam bloglist korang Cakap je, tak marah pun.
Yup, blog acik ada dalam bloglist SRC..:)

8. Kalau join segmen / BW / GA orang, awak update entri saja pastu terus tinggalkan atau buat jugak BW?
Bergantung pada mood, masa dan kelajuan internet. Kalau semua tu ada, wana akan bw juga..hihi

9. Setakat ni, follower dah berapa orang?
Ada dalam 385 orang..syukur la..ada juga follower..

10. Rasanya, perlu tak Acik letak blog korang dalam bloglist Acik?
Kalau boleh memang nak blog wana ada dalam bloglist acik..perlu..hehe

11. Sebab apa perlu letak blog korang dalam bloglist Acik?
Sebab senang acik nak bw ke blog wana..hehehe..


Tiada tag dan soalan..tapi, pada yang telah di tag di entri liebster award tagged by nur as tu sila la buat ya kalau boleh..tak paksa..:D


Sekian..daaaa

LIEBSTER AWARD TAGGED by NUR AS

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Liebster award..kali ni di tagged oleh nur as..haha..sambil gelak jahat ngko yee..kena jawab juga kalau tak nanti cikgu nak rotan..haha :p..apapun, thanx  dear..

Ni soalannya:

1. Sekarang pukul berapa?
Pukul 10.04 pagi..morning bebeh..

2. Hari ni dah update blog ke belum?
Belum lagi..ni baru entri 1st untuk hari ni :)

3. Dah makan?
Dah breakfast. Makan chicken porridge..hehe

4. Dah solat?
Bulan mengambang..cuti. Paham-paham je la ya ;)

5. Dah minum air suam/ putih / air jernih hari ni?
Sudah. Setiap pagi lepas bangun tidur mesti minum air suam.

6. Dah ucap alhamdulillah untuk harini?
Alhamdulillah ada..

7. Kalau diberi dua pilihan: kereta atau rumah, mana yang korang nak?
Nak dua-dua boleh..hihi..tapi rasanya penting rumah sebab kak wana dah ada kereta..nak ada rumah sendiri bila dah kawen nanti *_^

8. Korang dah isi belum linkies ni?
Dah isi..akak org 2nd..hehe..dapat something tak?haha..

9. Dalam banyak-banyak aktiviti DIY, korang rasa teman patut buat apa lagi? Yang simple dan bajet yang bersesuaian buat penganggur ni.
Akak cadang nur as try pula buat felt craft macam buat dompet, pouch, keychain atau brooch..mesti comel..

10. Kalau gigi korang sakit, korang buat apa?
Telan ubat tahan sakit dan tidur

11. Agak-agak kalau teman nak buat business, korang nak support tak?
Harus la support bisnes kawan-kawan kan..benda baik tu. :)

12. Korang rasa teman ni jahat tak?
Jahat tu tak tapi gelak jahat tu ya..haha..

13. Korang rasa teman ni macam mana orangnya?
Nur as ni budak baik orangnya dan anak ayah kot.

14. Apa yang melayakkan teman nak masuk bloglist korang?
Aktif blogging..don't worry dear, CAM dah masuk dalam blog list akak tau :D

Jom tengok nama siapa pula yang naik(tag):

Nur as (tag sambil ketawa2 ni..kekeke)
Kak farah
Mama3farhanah
AmyJ
Cik Mimie
Naddya
Cik Fafa
Kak Diana
Dr.shikin
Acik watie
Sue
Hikayat seorang budak

Soalan wana untuk korang semua:

1. Karakter anda macamana?
2. Tabiat korang yang orang lain rasa pelik tapi bagi anda biasa-biasa saja?
3. Bila kali terakhir korang shopping? Beli apa?
4. Bila kali terakhir anda melancong? Di mana?
5. Jika diberi peluang untuk bertukar jadi 'seseorang', nak jadi siapa dan kenapa?
6. Mana lagi penting. Duit, ic atau hand phone?
7. Tiba-tiba anda tersesat di dalam hutan kemudian terjumpa simpang, yang satu jalan pergi ke rumah misteri yang nampak menyeramkan dan satu jalan lagi terus masuk ke dalam hutan yang dikatakan ada tombiruo(penunggu hutan). Anda pilih jalan yang mana? Kenapa?
8. Jika ada modal berniaga, bisnes apa yang korang nak buat?
9. Pernah nampak burung hantu secara 'real' tak?
10. Hadiah impian anda dalam hidup?
11. Pernah tak korang berkorban untuk orang lain semata-mata nak tengok dia bahagia dan anda pula menderita dalam diam?

-Tamat-

OPEN ORDER UNTUK KRISMAS: KEK, BISKUT & KUIH-MUIH KERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pengumuman!!

Sweet red cherry terima tempahan untuk krismas..antara yang boleh di tempah adalah:




Kami menawarkan harga yang istimewa sempena krismas ni..

Terdapat pelbagai lagi pilihan kek, brownies dan biskut selain dari gambar di atas..

Jom tempah!!!

Pertanyaan/order: 012-8244251(bbwana).sms/whatsapp
Email:sweetred_cherry@yahoo.com
Tq.


LIEBSTER AWARD TAGGED by KAK FARAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Yeay..liebster award lagi..sebenarnya Kak farah tag semua adik-adik yang rajin lepak di tower beliau..so, aku rasa terpanggil buat liebster award ni..hehehe..apapun, tq akak..

Ni soalan kak farah:
  1. Jika boleh pilih mana-mana tempat di dunia ni untuk tinggal dan settle down (and bring along someone with you), anda akan pilih,...Mengapa?
Soalan akak ni perah otak juga..:D..setakat ni wana belum terpikir lagi nak tinggal di mana mana tempat di dunia ni, sangat selesa tinggal di tempat tinggal sekarang ni..kampung, kiri,kanan, belakang rumah semua pokok buah-buahan dan dipenuhi dengan tanaman bunga mama yang mekar selalu..sedap mata memandang, bunyi kicau burung, cengkerik..tenang rasa..wana nak tinggal dengan kesayangan wana dalam hidup semestinya keluarga dan mr.love ( harap dah kawen masa tu, doakan ya ) 

2.Tempat kegemaran anda [restoran/kafe] apabila makan di luar. 

Ada beberapa tempat wana suka makan antaranya :
1.Kedai Kopi Happy ( selalu gelar soto endut ja sebab asal pegi sana mesti nak order soto dan endut tu pula nama pekerja kedai yang suka layan bila kami datang..haha..glemer kan dia )

2. Lan Satay ( Sipitang terkenal dengan keenakkan satay dan kuah kacangnya )
Memang kami sekeluarga suka makan sini..satay dan kuah kacangnya serius sedap. Sayap ayam panggangnya pun sedap giler. :)

3. Restoran Malaysia, Beaufort
Selalu singgah sini bila dalam perjalanan ke KK..terkenal dengan paunya yang besar dan sedap..wana paling suka makan pau ayam..kena dengan selera..pau tempat lain kurang menepati selera wana.. 

3.3 orang [tidak kisah siapapun] yang anda akan jemput untuk makan malam bersama anda. Mengapa?

 Pening jap pikir..haha..my darling,my dad & mama..sebabnya tak penah lagi kami makan malam bersama..selalu makan malam beramai-ramai..hehe 

4.Satu makanan yang anda pretend suka (tetapi sebenarnya tidak!) semata-mata untuk jaga hati orang lain or simply nak nampak cool! Hahahah!

Apa ya? em, rasanya cendol kot..eh, cendol makanan ke minuman..ala, boleh la kan kak..yang penting hijau2 dalam cendol tu dimakan kan..haa, sebab ada hijau2 tu la wana x suka..sebab imagine lain..huhu..  

5. Filem 'romantic comedy' kegemaran anda?

Lama x tengok filem..jadi lupa pula.. maafkan wana.. 

6. Filem/TV Show dalam koleksi anda yang paling banyak ditonton.  

Wana koleksi cite Harry potter..suka sangat tengok dunia magic..:)  

7.Bad mood. Apa yang boleh buat anda kembali senyum?

Main dengan kucing kesayangan atau layan karenah anak-anak buah yang bermacam ragam tu..

8.Orang pertama yang anda akan cari jika perlukan bantuan atau teman bicara.

My fiance  

9.Perkara paling 'adventurous' yang pernah anda lakukan.

Panjat anak tangga di Batu Caves sampai penghujungnya sebab nak kira berapa banyak anak tangga dan tengok dalam gua..fuh, gila penat..bila turun tangga tu lutut rasa dah begegar..  

10.Satu skill/kemahiran yang anda ingin kuasai. Mengapa?

Nak belajar bahasa mandarin sebab selain bahasa malaysia dan inggeris, bahasa mandarin sangat penting dalam dunia pekerjaan..kalau mohon keja dan ada kelebihan dalam mandarin senang sangat nak dapat keja..wana pernah belajar basic mandarin..boleh paham sikit-sikit la..yang lucunya selalu ada yang salah anggap wana ni chinese dan siap bawak cakap cina tapi wana balas dalam bahasa melayu ja..hihi

11.Satu benda/tool/gadget milik anda yang rosak atau perlu dibaiki.

Laptop kesayangan wana..perlu dibaiki sebab ada masalah software..sekarang ni pinjam laptop mama..huhu..
 
-Tamat-
 
Tiada tag sapa-sapa..:)

Segmen: Happy Followers by Nunu Nonsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua..

Pagi-pagi ni join segmen lagi..support segmen kawan-kawan..jom meriahkan segmen ni..dapat menambahkan kenalan dan bilangan follower anda anda semua..:)

End: 30/11/2014

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://nununonsense98.blogspot.com/2014/11/segmen-happy-followers-by-nunu-nonsense.html

Tempahan kek & apam polkadot

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau siarkan order kek dan apam pada minggu lepas. Baru hari ni dapat masukkan entri ni..

Mendapat tempahan Kek coklat moist sebanyak 3 biji, Kek coklat cheese leleh dan apam polkadot..

Jom cuci mata..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ditempah oleh sepupu, Kak Adi.
Dia memang peminat cheese cake macam aku juga..dah lama teringin makan kek ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT CHEESE LELEH
BERAT:1/2KG
HARGA:RM30

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni pula ditempah oleh sepupu juga, Fatin untuk anaknya Fatihah yang memang peminat fanatik kek coklat..time ambik kek di rumah, Fatihah sudah makan separuh..alala, kesian anak buah aku..:)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST ( SIMPLE )
TOPPING COKLAT GANACHE
HIASAN: COKLAT RICE
HARGA:RM25
SAIZ 8


Apam polkadot ditempah oleh kawan mysis Liza..tq ya..

APAM POLKADOT
FILLING: COKLAT FILING
HARGA: RN0.40 SEBIJI
MINIMUM ORDER: 100 BIJI

Terima kasih pada sepupu-sepupuku yang telah order dengan aku..Thanx juga pada teman kakak..

Pertanyaan/order: 012-8244251 (bbwana).call/sms/whatsapp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com. Tq



Segmen Pencarian Bloglist November

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Thanx buat kak diana sebab tag wana..

Jom kita join segmen ni..anda berpeluang dimasukkan dalam bloglist selama 2 bulan..

End:28/11/2014
 

Tag:

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://faris-ris.blogspot.com/2014/11/segmen-pencarian-bloglist-november.html

Segmen Bloglist Cun December 2014 by Ekinnuar

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Macam dah lama rasanya nda join segmen..jadi, hari ni aku join segmen blogger ekin..jom la kita ramai-ramai join segmen ni juga ya..

10 blog berpeluang menghiasi bloglist cik ekin ni..jom-jom!!

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://nurulasyikinmohdanuar.blogspot.com/2014/11/bloglist-cun-december-25-30-nov-2014.html

CABARAN NOVEMBER #2: GAMBAR HAIWAN KESAYANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cabaran terakhir..hoyeeaaahhh!!!

 

Inilah dia gambar kucing kesayangan kami. Kami 1 family pecinta kucing..

Comot@omot
Comot yang nakal dan kuat tidur..penghibur dan peneman dikala sunyi..

Endut@dut dut
Endut dalam kenangan

Endut kucing yang sangat manja dan tak takut orang..
Dah lebih sebulan hilang..serius sedih sangat dan paling terasa kehilangannya adalah waie dan putri sebab mereka paling sayang endut ni..selalu tanya bila endut mau balik rumah..huhu :(


Pusy merupakan kucing paling tua dan panjang umur di rumah ni. Usianya sudah mencecah 13 tahun..tak suka dengan orang yang baru dikenali..dah tak boleh makan yang keras..makanan kucing tu pun ditelan saja..sangat suka makan ikan rebus dan nasi.. :)

Omot dan dutdut memang rapat..suka tidur sama-sama..

Ini adalah gambar terakhir endut yang sempat aku snap..

Gambar ni diambil pada petang sebelum kehilangan endut..petang tu dia temankan aku minum petang di balkoni dapur..time tulah aku ambik gambar ni..sedih pula aku rasa bila ingat..macam mau nangis..

Jemput baca:

Tamat cabaran november part 2..


Sekian.

Dapat keychain!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat pagi semua..


Baru-baru ni aku dapat kiriman sampul surat.. Mula-mula tu terkejut juga pikir sampul apakah ini..tapi lepas refresh otak baru ingat keychain yang aku dapat dari Cik Viva..tq dear..


Dapat keychain ni pun senang ja..hari tu hanya letak URL link di kotak komen cik viva..tak perlu join segmen atau apa..best kan..thanx banyak cik viva..moga tambah murah rezeki awak.. :D

Sekian.

ORDER KEK:KEK BUTTERCREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau tayang kek yang diorder pada hari selasa yang lalu..sekali lagi sepupuku Dayang order kek untuk anaknya Fareez..kali ni untuk dibawa ke sekolah pula. Dayang request buat kek buttercream yang simple saja..

Dan inilah hasilnya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


KEK BUTTERCREAM
KEK SPAN COKLAT
BERAT:1/2KG
HARGA:RM25 ( penambahan harga bergantung pada permintaan deko)
HIASAN: COKLAT GANACHE,COKLAT RICE & BISKUT ROLL

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Deko simple atas permintaan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Apapun thanx pada sepupu sebab order dengan aku..

Okey pada yang minat, boleh order dengan kami. Sila hubungi talian tertera, 012-8244251(bbwana )call/whatsapp/sms. Tq

CABARAN NOVEMBER #2: GAMBAR SALAH SATU AKAUN SOSIAL YANG DIMILIKI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Cabaran dah masuk hari ke-9..

Ini lah salah satu akaun sosial yang paling sering aku gunakan..memang penting sangat la untuk aku..

 

Urusan bisnes/tempahan aku gunakan ni..senang customer nak hubungi aku..

Sekian, wasalam.

Kerabu Maggi Tomyam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu buat semua..nampaknya semua orang tengah dalam mood bercuti..ada yang plan jalan makan angin..bestlah kan..aku juga yang duduk di rumah..huhu..

Hari ni mau tayang menu yang best..nampak cheq da tayang terus berkenan dan terliur..mula la aku menjalankan misi membuat Kerabu Maggi tomyam..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Fuh, sedaplah..seriusss!!!

Sini susah la mau cari orang jual kerabu maggi..oleh kerana aku teringin sangat mau makan jadi aku buat lah sendiri..banyak juga resepi yang aku google dan rujuk selain resepi cheq da..

Jom tengok resepi

RESEPI: KERABU MAGGI TOMYAM
OLAHAN SEMULA: SWEET RED CHERRY

1 peket maggi perisa tomyam/maggi siam
beberapa ekor udang/sotong -bersihkan udang dan sotong dipotong cincin
cendawan butang dalam tin - dihiris ( jika suka )
kubis yang dihiris nipis ( secukupnya )
tauge secukupnya
1/2 labu bawang besar dihiris
1 biji tomato - belah 4
perahan air limau kasturi
2-3 biji cili padi dipotong - kalau suka pedas tambah lagi
Sedikit daun sup-hiasan

CARA:
  1. Rebus maggi di dalam kuali. Masukkan sekali udang dan sotong. Toskan.
  2. Celur kubis dan tauge.
  3. Ambil pes tomyam dalam bungkusan dan bancuh dengan air. Banyak air terpulang.
  4. Gaul maggi, kubis,tauge,bawang besar,tomato,udang,sotong,cendawan,cili padi dan tuangkan air bancuhan tomyam. Gaul sebati.
  5. Perahkan sedikit jus limau kasturi.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kerabu ni pedas sangat..aku sekarang sudah tidak tahan makan pedas..tapi pedas pun habis juga aku makan..tapi sedia la air menunggu..hihi..

So, pada kawan-kawan yang teringin mencuba, sila try resepi ni..senang ja buatnya pun kan ^_^. 

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada kali ni. Jumpa lagi..dadaaaa..

p/s: cheq da, di sini bb tak jumpa maggi jenama ruski..tu yang guna maggi tomyam biasa tu..asal boleh la kan..huhu :D

CABARAN NOVEMBER #2: GAMBAR BELOG YANG SELALU DIKUNJUNGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebenarnya ada banyak blog yang aku suka singgah..di bawah ni hanya sebahagiannya saja..mana yang tidak tersenarai tu jangan pula kecil hati ya..aku suka singgah blog yang lain-lain juga..

GAMBAR BELOG YANG SELALU DIKUNJUNGI

TERATAK MUTIARA KASIH
 Cheq Da
 AMIE'S LITTLE KITCHEN


 AA-Hiatus.

 Little Weirdo

 From FAMF Tower
 Watever I Like To Write
  Mama3Farhanah ♥♥♥
 Life is beautiful...don't waste it.


 Okey hanya sebahagian saja yang aku sempat senaraikan..

Jumpa di cabaran yang lain pula ya..

Sekian, wasalam.