KEK STRAWBERI MARBLE

Hai semua..

Untuk hari ni entrinya ialah Kek strawberi marble..sblm tu, aku pikir2 apa kek yang aku mau buat ari ni..last2 bila bukak buku resepi, akhirnya aku memutuskan utk membuat kek nih..lagipun, aku pun suda lama x buat kek ni..jd, aku pun teruja la juga nak me'marble' ni..hehe..

Okey, untuk tekstur kek ni plak dia seakan akan kek span coz agak ringan dan lembut. Utk flavour, aku bubuh strawberry paste dan jugak koko untuk coklat..dan hasilnya ni lah dia kek yang aku buat td..



KEK STRAWBERI MARBLE
HARGA RM 28 ( SEBIJI ), RM 15 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )


Pada yg berminat, anda boleh hubungi email atau telefon kami spt yg tertera. Terima kasih..

MUFIN COFFEE WITH CHOC MILK

Salam sejahtera semua...


Entri utk kali ni adalah mufin coffee with choc milk..time masak mufin ni dlm oven, aroma kopinya memenuhi rmh..erm,wangi sangatt..terdapat choc milk yg tlh di dadu dlm mufin ni dan ditabur skit di atasnya..cam biasa aku nak jual mufin ni di restoran dan jugak tamu..

MUFIN COFFEE WITH CHOC MILK
HARGA RM 0.80 EACH ( MEDIUM SIZE )

Kalau ada sapa2 yang teringin nak mkn mufin nih, sila la order dgn kami melalui email dan telefon..tq..





KEK OMBAK RINDU..??

Assalamualaikum..

Haa..pada hari ni aku ada buat kek. Namanya Kek ombak rindu..ei, biar betul..kek pun ada nama ombak rindu ka?ingatkan tudung dan kain ja nama ombak rindu.hehe..actually, nama kek ni kek alunan kasih tapi oleh kerana skang ni pun masi top lgi dgn ombak rindu..maka, aku pun namakan kek aku ni KEK OMBAK RINDU..lagipun, apbila kek ni di potong, rupa lapisan kek ni berombak-ombak..So, mmg nmpk cantik..rasanya pun sedap.

So, penasaran nak tguk gambar kek ombak rindu..okey jom..

KEK OMBAK RINDU
HARGA RM 35 SEBIJI, RM 20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )



Untuk tempahan, hubungi kami menerusi email dan telefon..terima kasih..

BANANA CAKE

Salam sejahtera..

Hai..kali ni entri yang aku nak masukkan adalah banana cake..tekstur kek ni lembut dan rasanya pun sedap..

BANANA CAKE
HARGA RM 28 SEBIJI, RM 15 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )



Pada yg suka makan pisang tu, bleh la try kek ni n order ngan kami..tq

MUFIN COKLAT BADAM

Hai n salam sejahtera...

Kali ni aku nak masukkan entri MUFIN COKLAT BADAM plak..so, ni la dia mufin coklat badam tu..

MUFIN COKLAT BADAM
HARGA RM 1 EACH ( MEDIUM SIZE )


Hubungi kami untuk pertanyaan atau order..tq.

KEK SPAN VANILA

Salam sejahtera..

Hari ni aku buat kek span vanila. Aku buat kek ni utk jual di tamu dan juga restoran..teksturnya lembut n mcm span..

Ni la dia kek span vanila..














KEK SPAN VANILA
HARGA RM20 ( SEBIJI ), RM 10 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )













Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah menerusi email dan telefon kami. Terima kasih.








KEK LAPIS HAWFLAKES ( ASAM MANIS )

Assalamualaikum..

Hai, semua..

Entri kali nie aku buat kek lapis hawflakes ( asam manis ) lagi..aku mmg suka buat kek ni..wpun buat kek ni mkn byk masa coz kna melapis dan tiap lapisan tu perlu msk terlebih dulu bru bleh lapis lg tapi aku enjoy bt kek nih..kek ni juga selalu customer aku order..


KEK LAPIS HAWFLAKES ( ASAM MANIS )
HARGA RM35 SEBIJI, RM20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )


Kalo teringin nak mkn kek ni, tempah la yea..tq.

BIRTHDAY CAKE LAGI...

Hai, semua...


Entri pd kali ni pun birthday cake jgak..Kek ni aku buat tuk anak buah aku, Rabiatul Nadzirah @ mimie yg ke-17..kira aku bt kek ni xpress jgak coz pas dari majlis bday dhiyan n amie aku perlu siapkan kek ni.

Kek ni perlu di hantar ke asramanya coz anak buah aku ni tinggal d asrama. Aku deko simple ja. Aku buat Super moist eggless choc cake n tambah topping coklat dan skit buttercream di atas kek.

SUPER MOIST EGGLESS CHOC CAKE + TOPPING CHOC N SIMPLE DEKO
HARGA RM 38 1 KG

Sila hubungi email n telefon kami jika ingin menempah. Tq..


BIRTHDAY CAKE, CHOCOLATE MOIST CAKE..

Assalamualaikum...

Entri untuk kali nie adalah choc.moist cake dgn topping coklat.. Ni kek yg aku buat utk anak buah aku, dhiyan atau nama penuhnya, Ifti Lyana Dhiyan Zahra Zoolhilmi..hem, myebut nama pun nafas jd semput..hehe..dhiyan sambut bdaynya yg ke-5..


CHOC MOIST CAKE WITH CHOC TOPPING
HARGA RM 40 ( 1.5 KG )


Selain dhiyan, adik sepupu aku, Amie atau nama penuh Ak.Khalil Azmi Pg.Tuah, pun sambut bdaynya jgak yg ke-20..so, sekalikan ja dlm 1 majlis..majlis mkn tghari yg dihadiri oleh family..

Di bwh ni adalah gambar2 yg di ambil ketika majlis bday dhiyan & amie..Jom layan gambar..


  Ni lah bday girl, Dhiyan..
 Ni gambar bday girl dgn abgnya n cousin2..

 Ni gambar bday girl n bday boy, pastu ada lg yg interframe..hehe

Menu adalah bertemakan masakan kg..ada ikan bakar, ikan masin ( liking ),ulam dan sambal belacan, sambal mangga, sayur nangka, ayam goreng, soto dan buah-buahan..em,sedap. Ada yg tambah sampai 2-3 kali..hehe..

SUPER MOIST EGGLESS CHOC.CAKE

Hallo..

Untuk ari nih aku ada buat kek coklat tanpa mggunakan telur. Nama kek ni Super moist eggless choc.cake..em, nama kek ni mmg panjang.hehe..kek ni sesuai pd yg tdk mkn telur atau sebarang produk tenusu..kek ni moist sgt..


SUPER MOIST EGGLESS CHOC.CAKE
HARGA RM28 SEBIJI, RM15 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )



 Ingin order? okey..anda bleh hubungi kami menerusi email dan kol kami di no telefon yang tertera..terima kasih.

KEK LAPIS KUKUS PELANGI

Salam sejahtera..

Kek yg aku buat kali ni plak adalah kek lapis kukus pelangi. Actually, aku nak bt kek lapis kukus hawflakes..tapi tgh syok2 melapis beberapa lapisan..baru aku sedar yang aku lupa taruh hawflakes...hahaha..lucu,so tejadik la kek lapis kukus pelangi. Walaubagaimanapun, kek ni tetap jadik n sedap..

Ini la dia kek lapis kukus pelangi...

KEK LAPIS KUKUS PELANGI
HARGA RM 35 SEBIJI, RM 20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )

Untuk tempahan, sila hubungi email atau telefon kami seperti yang tertera di atas. Tq..

MUFIN STRAWBERRY CHOC.RICE

Hai...

Entri pd kali nih adalah mufin strawberry choc.rice..


MUFIN STRAWBERRY CHOC.RICE
HARGA RM0.80 EACH ( MEDIUM SIZE )

Cam biasa..aku buat mufin nie utk jual di restoran dan tamu..

Kek coklat urai

Ini kek coklat urai yg aku buat utk jual di tamu n restoran..

KEK COKLAT URAI
HARGA RM 28 SEBIJI, RM15 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )


Kalo mkn kek ni terasa crunchy coklat ricenya..

CUPCAKES ORDERED BY ADIQ

Hai, entri pd kali nie adalah cupcakes choc moist yg tlh di order oleh ms. adiq utk belated bday kwnnya..dgn tema pink n simple deko..


Cupcakes choc moist+buttercream-medium size = RM1.50 each


Thanx pd ms adiq krn tlh menempah dgn kami..

CHOC MOIST CAKE AGAIN..

Hai, salam sejahtera semua..

Beberapa hari kebelakangan nie, aku mmg bz la.. Selepas ja karnival sukan baru2 ni, aku perlu siapkan beberapa tempahan dr customer2 aku. Antaranya ialah choc moist cake  with choc topping...kek ni adalah salah satu kek yg popular dan slalu di tempah.

CHOC MOIST CAKE WITH CHOC TOPPING
HARGA RM 35 ( SEBIJI ), RM 20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )



Seperti biasa, pada yang ingin menempah kek ni..anda boleh hubungi email dan telefon kami spt yang tertera di atas. terima kasih...

CHEESE CAKE

Entri kali ni plak adalah Cheese cake. Kek ini di tempah utk birthday..

HARGA RM 22 ( 1/2 KG )

Kek ni sedap..kalo mkn, tidak rasa muak tapi rasa mau lagi..hehe..kek di salut dgn krim cheese dan di tabur dgn cheese yang telah di parut.

Rasa nak makan cheese cake, bolehlah order dan hubungi kami melalui email dan telefon yg tertera. tq..

COCKTAIL CHEESE CAKE

HARGA RM 25 ( 1/2 KG )
Ini adalah gambar  cocktail cheese cake yang telah di tempah sempena FATHER'S DAY baru2 nie..

Jika berminat utk order, sila hubungi kami melalui email dan telefon..terima kasih.

Jualan kuih untuk karnival sukan..

Assalamualaikum..

Hai semua..minggu ni aku agak bz skit krn perlu buat kuih utk jualan sempena karnival sukan yg di adakan di sipitang baru2 nih..syukur la, nampaknya sambutan pelanggan terhadap kuih jualan aku tu laris...pada yg tlh beli tu, makasih byk2 yea..lain kali beli lagi..hehe..

Ini adalah antara yg aku buat n jual..

KEK SPAN VANILA NESTUM.
HARGA RM35 ( SEBIJI ),
RM 20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )

























CUPCAKES CHOC MOIST with CHOC TOPING
HARGA RM 1 SEBIJI















KEK KOKO BASAH
HARGA RM 35 ( SEBIJI ),
RM 20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )

Tekstur kek ini agak basah dan moist..

























MUFIN MINT INTI COKLAT
HARGA RM 1 SEBIJI



Mufin ni kalo mkn ada rasa sejuk2 skit coz ada mint dan ada coklat di tengahnya..























Ingin tempah? bleh email atau kol kami seperti yg tlh tertera di atas.tq..

KEK LAPIS KUKUS COKLAT

Salam...

Hai, untuk entri pada kali nie aku buat kek lapis kukus coklat dgn coklat cip..wow, panjangnya nama kek ni kan..hehe..Ni adalah slh satu kek favorite yg aku suka buat dan mkn..bukan aku ja yg suka mkn..anak2 buah aku yg 2 org tu pun suka mkn.siap berebut lg..sedap sgt..kek ni moist dan terasa coklatnya coz setiap lapis aku tabur dgn choc cip.

Kek ni jugak jd favorite pelanggan2 aku. So, pd pengemar2 kek tu jgn tunggu lama2..tempah la kek ni coz ia dijamin sedap.









KEK LAPIS KUKUS COKLAT dgn COKLAT CIP
HARGA RM35 ( SEBIJI ),RM20 ( 1 BAR @ 1/2 BIJI )

AGAR-AGAR KERING

Assalamualaikum n salam sejahtera semua...

Entri pd kali ni adalah agar-agar kering. Penah nmpk agar-agar kering? Rasanya manis dan sedap. Kalau ingat time dulu2, ketika arwah nenek masih hidup..nenek sangat rajin buat agar2 ni..dan setiap kali hari raya, nenek mesti buat punya la..


Sebenarnya ini adalah agar2 yg telah dijemur di bawah matahari sehingga kering..untuk jdkan teksturnya btl2 kering, haruslah di jemur sehingga agar2 tu kering sepenuhnya dgn slalu di balik2kan agar2 tersebut supaya sama rata keringnya. Apabila sdh kering, agar2 ini tdk lg melekat dan bewarna sedikit keputihan.



Ni adalah 1st day aku jemur..
Sebenarnya buat agar2 kering ni haruslah sedikit sabar sebab proses pengeringan agar2 ni memakan masa. Ia bergantung dgn cuaca sebenarnya. Jika cuaca panas, maka proses pengeringan tdk smpai seminggu. Bagi saya pula, proses ni memakan masa selama 5 hari..erm, ni krn cuaca yg slalu mendung dan hujan so prosesnya agak lama skit. Sekiranya cuaca panas terik, hanya makan masa 3 hari jer agar2 ni kering sepenuhnya..


Perisa agar2 ni bleh dipelbagaikan..yang aku buat ni, merah adalah perisa strawberi dan hijau putih tu perisa pandan..
AGAR-AGAR KERING
Ni agar2 yg telah siap pek
Harga RM2 ( 1 pek kecil )

Berminat dan ingin tempah? sila hubungi email dan telefon kami yg tertera. tq..