KEK BATIK

HAI SEMUANYA..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Untuk kali ni pula buat pertama kalinya aku meyiarkan entri mengenai kek yang pertama kali aku buat..maksudnya kek yang first aku belajar buat iaitu KEK BATIK. Kek ni pertama kali aku makan, memang sudah jatuh hati dengan rasa kek ni..memang time tu aku ketagih betul makan kek ni..dulu makcik aku yang selalu buat yang aku panggil Ucu ( adik mama yang bongsu )..so, aku belajar buat kek ni melalui Ucu aku ni lah..kalau time dia buat, hem time tu la aku dan kakak dengan sepupu2 aku yang lain tu menyibuk..haha..tapi memang bagus la pengalaman tu sebab aku suka buat sampai sekarang dan bisnes kek dan mengemabangkan bakat dalam buat kuih, mufin, apam, cupcakes dan biskut..

KEK BATIK
Mau cerita sikit, kek ni adalah kek yang HARUS kami buat setiap kali menjelangnya hari raya puasa..kalau tidak dapat buat kek lain pun tidak apa asalkan kek ni ada..banyak juga yang cari kek ni di rumah time hari raya terutamanya teman-teman rapat dan sedara mara..kalau hidang kek ni memang gerenti habis licin..hihi..

Kek batik yang aku buat ni menggunakan telur..antara bahan lainnya adalah milo dan nestum..marjerin tu harusla ada..penting sekali adalah biskut marie..


Memandangkan kek ni untuk aku bagi anak sedara aku, maka tiadala gambar kek yang di potong..harap maaf ya..




Info lebih lanjut untuk pertanyaan atau tempahan, terus email kami atau telefon kami yang tertera di atas. Tq.

KEK COKLAT MOIST LAGI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..


Hai, apa kabar semua? harapnya sihat la kan..sekarang ni kena jaga kesihatan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu..hujan, panas, hujan lagi dan panas..anak-anak la yang perlu dijaga supaya tidak sakit lagipun cuti sekolah suda hampir habis dan sesi persekolahan baru bagi tahun 2013 bakal di buka..

Okey la, sebelum aku melalut panjang tentang benda lain sekarang ni aku ingin kongsikan dengan semua gambar kek yang telah aku buat. Kek ni aku buat untuk anak sedara aku sempena sambutan krismas yang lalu selain buat biskut..ada 3 biji kek yang aku buat untuk dia..kali ni aku siarkan lagi mengenai Kek Coklat Moist..antara kek coklat yang menjadi kegemaran ramai..kalau aku buat, semua suka makan kek ni..syukur la..

KEK COKLAT MOIST
HARGA RM 35 ( 1KG)


 Rupa kek sebelum simbah dengan topping coklat

Ini pula rupa kek setelah disimbah dengan topping coklat yang lazat dan taburan coklat rice. Sedap sungguh..tidak tipu..

Yang ni pula, aku masukkan kek dalam kotak untuk memudahkan anak sedara aku tu bawa kek ni..












Jika anda ingin merasa dan menempah kek coklat yang sedap ni, sila la hubungi kami menerusi email dan telefon saja ke nombor yang tertera di atas ini. Terima kasih.

BISKUT COKLAT GULUNG

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Baru-baru ni aku ada buat biskut..biskut ni aku buat untuk bagi anak sedara sempena sambutan krismas yang baru-baru ni..adalah dalam 4 jenis yang aku buat..Antaranya adalah Biskut Coklat Gulung..

BISKUT COKLAT GULUNG
HARGA RM 0.50

Erm, pantang sangat tguk apa ja yang berkaitan dengan coklat ni..aku memang suka sangat la..yang ni pula biskut yang rangup disalut dengan coklat kemudian di tabur pula dengan coklat rice..


Biskut ni mengandungi kelapa kering, buah kismis yang di cincang halus ( sepatutnya buah prune, tapi tiada stok ) dan juga bijan goreng..ni adalah antara bahan yang terkandung dalam biskut..



Baiklah, dalam entri yang akan datang aku akan menyiarkan entri biskut lagi..jumpa lagi..babai..

 

SARI AYU

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera di ucapkan kepada semua pengunjung blog sweet red cherry..


Buat masa sekarang ni hingga la hujung tahun ni memang banyak betul keja yang perlu dibuat..sekarang ni pun asyik sibuk saja dengan bisnes membuat kuih..alhamdulillah la kerana banyak tempahan yang kami terima juga..terima kasih kepada yang telah menempah dengan kami..harap-harap untuk tahun 2013 ni akan lebih banyak rezeki yang masuk dan bisnes pula semakin maju..amin..

Okey la, entri kali ni adalah kuih Sari ayu..buat kuih ni tidak la susah sangat pun tapi ada sesetengah orang merasakan kuih ni banyak kerja sikit..mungkin bab taruh kelapa parut tu agaknya..Aku pun suka sangat makan kuih ni..rasanya yang lemak manis tu kalau makan tidak cukup sebiji..hihi..Jom la kita tguk gambar kuih sari ayu..

SARI AYU
HARGA RM 0.35 SEBIJI

Sari ayu ni memang sangat lembut teksturnya..

Pernah juga tguk kuih sari ayu yang bewarna-warni selain dari warna hijau..mungkin tu adalah kreativiti dan terpulang la pada diri masing-masing mau simpan warna apa kan..
So, kalau ada sebarang pertanyaan, tempahan atau ingin tahu lebih lanjut mengenai produk kuih-muih kami, sila email atau telefon ke nombor yang tertera di atas. Terima kasih.. 

APAM PANDAN

SALAM SEJAHTERA..


Hai, hai..kita bersua lagi nampaknya..kalau ada masa lapang walau sedikit aku tidak akan lepaskan peluang untuk update blog kesayangan ni..kerana semakin banyak pula gambar yang masi tersimpan yang belum sempat untuk ditayangkan..banyak lagi yang masi 'queue' ni nampaknya..

Hari ni aku tayang entri mengenai apam pula..apam yang aku buat baru-baru ni iaitu Apam Pandan..hem, tengoklah apam aku tu..mekar semacam ja kan..haha..apapun, apam ni memang menjadi..alhamdulillah..

APAM PANDAN
HARGA RM 0.35 SEBIJI
Untuk pengetahuan semua, nama resepi asal apam ini adalah Apam gula merah..memandangkan ketika itu aku tidak ada stok gula merah maka aku tukarkan gula pasir biasa saja dan bubuh pandan emulco..so, jadila apam pandan yang mekar sejambak ni..hehe..kita harus la lebih kreatif untuk menghasilkan sesuatu tu kan..betul tak? 

Rasa hepi sangat bila yang kita buat ni menjadi dan cantik..yang penting, sedapp.. 



Jika mau order, email atau telefon kami di nombor yang tertera di atas ini ok..jumpa lagi..babai..

KEK KUKUS COKLAT PISANG COKLAT CIP

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..


KEK KUKUS COKLAT PISANG COKLAT CIP
Terus saja bercerita tentang entri yang aku siarkan ni iaitu Kek Kukus Coklat Pisang Coklat Cip..hem, bukan main panjang lagi nama kek ni kan..hehe..tidak kisah la pasal nama kek tu kan yang paling penting kek ni sedap kerana gabungan 3 bahan utamanya iaitu pisang, koko dan juga coklat cip..bayangkan la rasa kek ni..sedap betul..kalau kami orang brunei cakap..'nyaman banar eh'..hihi..


Tengok la tekstur kek ni sangat lembut dan apabila dimakan terasa ja coklat cipnya cair dimulut..em, so yummy..


Okey la semua, ini la entri aku kali ni..so, kita jumpa lagi dalam entri yang akan datang pulak..pada yang ingin order kek ni atau kuih-muih yang lain..jangan malu jangan segan, sila la email atau telefon nombor kami yang tertera di atas. Tq..

BLENDED ORANGE CAKE

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hello..tengah buat apa tu? mungkin sekarang ni adalah yang tengah berehat-rehat bersama keluarga di rumah atau keluar dengan teman-teman atau orang tersayang..aku pula sekarang ni tengah tguk sinetron kegemaran aku di saluran pelangi..Yusra & Yumna..best la ceritanya..

BLENDED ORANGE CAKE
Untuk kali ini, aku menyiarkan mengenai Blended Orange Cake..kek ni sangat senang untuk membuatnya kerana semua bahan-bahannya hanya perlu di blend..sebelum ni aku pernah juga buat kek ni..agak lama juga aku tidak buat kek ni..


Tekstur kek ni lembut..menggunakan buah oren yang asli..dan warna kek ni juga asli..aku tidak ada bubuh sebarang pewarna pun dalam kek ni.. 


 Rasa kek ni pun sedap..rasa masam manis


Kalau ada yang teringin makan kek ni dan mahu tempah, terus saja email atau kol ke nombor telefon kami yang tertera di atas ini Tq..

BINGKA TEPUNG

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..


Hai, kembali bersiaran untuk hari ini..memandangkan bsuk adalah cuti krismas maka kami pun offday dari membuat kuih-muih ataupun kek..so, hari ni dapat la berehat sebentar..memang perlu rehat sebenarnya kerana badan terasa amat letih kerana sibuk yang melampau dalam beberapa minggu yang lepas..

BINGKA TEPUNG
Baiklah, entrinya adalah Bingka Tepung . Bingka tepung ini aku perisakan dengan pandan..kemudian aku taburkan pula dengan bijan untuk kelihatan lebih menarik..

Bingka ni sedap tau..


Jika ada sebarang pertanyaan dan maklumat dengan lebih lanjut tentang produk kuih-muih kami..anda boleh email dan telefon ke nombor kami yang tertera di atas. Terima kasih.

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Hello semua..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Selamat bersua kembali untuk entri kali ni..terima kasih banyak-banyak kerana sudi menjenguk ke blog kami ni..sebarang kekurangan mohon dimaafi..

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

Baiklah, entri yang aku publishkan ni adalah kek iaitu Kek Karamel Coklat Moist. Sebenarnya aku tidak terpikir pun untuk membuat kek ni tapi keinginan mencuba tu timbul apabila aku membuat rainbow kek tempohari..rasa sayang pula kuning telur tu kalau dibuang..Untuk pengetahuan, rainbow kek hanya menggunakan putih telur. So, daripada aku buang kuning telur tersebut baik aku gunakan untuk membuat kek karamel coklat moist yang aku dapat resepinya dari blog  sorang blogger yang aku tidak ingat apa nama blognya..


Ketika buat kek ni, rasa bedebar juga la takut kek ni tidak menjadi kerana ni pertama kali aku buat karamel..sebelum ni tidak pernah pun buat karamel tapi aku cuba juga buat dan apabila kek ni diterbalikkan, alhamdulillah menjadi..horey..suka sangat..hehe.. 


Dari rupa kek nampak menarik kan..cantik ja kek ni..tapi yang penting ia bukan saja menarik dan cantik tapi rasanya juga sedap tau..betul..tidak tipu. Tapi lain kali, aku ingin mengurangkan kuantiti koko untuk resepi kek ni kerana bagi aku rasanya pahit sedikit tapi kalau makan sekali dengan karamel tu rasanya menjadi seimbang la pula.. 


Kalau ada yang teringin makan kek ni, anda boleh la tempah dengan kami yea..



Sila email kepada kami atau hubungi telefon kami untuk maklumat lanjut mengenai produk kuih-muih kami. Terima kasih..

TALAM PANDAN

SELAMAT SEJAHTERA...


Hai, kali ni entri yang aku siarkan adalah Kuih Talam Pandan..aku sekarang ni memang suka mencuba resepi-resepi baru untuk membuat kuih tradisi ni..aku rasa seronok pula buat kuih tradisi yang dulunya aku anggap susah untuk membuatnya..tapi, tulah kata orang kan..belum cuba belum tau..dan bila suda buat kuih-muih tradisional aku ketagih pula cuma selalunya untuk membuat kuih sebegini perlu sabar kerana kadangkala menjadi dan kadangkala tidak..apapun, ini akan menjadikan kita orang yang penyabar dan dapat menghasilkan sesuatu tu dengan baik..

TALAM PANDAN
Kuih Talam Pandan yang aku buat ni menggunakan 100% jus pandan..so, rasa pandannya asli sangat la kan..aku tidak bubuh pewarna sebab tulah rupa talam pandan aku ni pucat sikit..hehe..


 Bagaimanapun, kuih talam pandan ni memang belemak dan sedap tau..


Okey semua, nantikan entri akan datang pulak..babai..

KEK BIRTHDAY: KEK RAINBOW

Hai, assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya..


Sebelum menulis mengenai entri terbaru..aku ingin mohon maaf pada semua pengunjung  blog sweet red cherry kerana sepi tanpa sebarang entri baru selama seminggu ni..masa yang begitu terhad membuatkan aku langsung tidak sempat untuk mengupdate blog..


RAINBOW KEK
Bercerita mengenai entri yang aku siarkan ni adalah Rainbow kek iaitu kek yang dibuat khas untuk adik tersayang, Dayang Zarina yang menyambut ulangtahunnya ke-4 pada tarikh yang begitu cantik pada tahun ini iaitu 12/12/12..sebelum membuat kek ni, aku banyak buat research mengenai kek ini di internet kerana kek rainbow ini mempunyai banyak versi..oleh itu, aku membuat keputusan untuk membuat rainbow kek versi bakar dan frosting dengan cream cheese..em, yummy..jom kita lihat gambar kek..


Birthday girl, Dayang yang begitu teruja dengan keknya..hihi.. 


Sebenarnya untuk membuat kek ni memerlukan kesabaran yang tinggi la juga..sebabnya adalah kek ni perlu dibakar selapis demi selapis..


Ni adalah rupa kek sebelum disalut keseluruhan kek dengan frosting cream cheese yang lazat..


Actually, sebelum aku membuat kek ni, aku suda plan macamana bentuk deko yang aku inginkan..hem, malangnya cream aku tidak mencukupi..cheese pulak tidak ada stok lagi..so, ni la hasil kek aku..apapun, birthday girl memang suka sangat dan hepi dengan kek ni..hehe,syukurla..


Begini la rupa kek setelah dipotong..cantik kan warna pelanginya..cuma bagi aku kek ni terlalu manis..so, kalau buat lagi akan datang..aku akan mengurangkan gula..



Buat adik tersayang Dayang..kami ucapkan Happy Birthday, semoga panjang umur, jangan nakal-nakal, dengar cakap Mama dan Babah dan selamat menempuh alam persekolahan tahun depan..pertama kali mau masuk tadika dia ni..hehe..Okey semua, kita jumpa lagi entri akan datang pulak yea..

MUFIN PEPPERMINT COKLAT

Selamat sejahtera di ucapakan buat pengunjung blog sweet red cherry..


MUFIN PEPPERMINT COKLAT
HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ) SEBIJI
Entri kali ini pula adalah Mufin Peppermint Coklat..so, flavour mufin ni tentulah berperisa pudina kan..so, kalau makan tu ada rasa sejuk-sejuk ja di tekak..tambah lagi ada coklat susu yang di potong dadu dan di tabur atas mufin menjadikan mufin ni semakin mantap dengan gabungan rasa mint dan coklat.


Bagi yang minat makan coklat tu, mufin ni adalah salah satu mufin yang patut anda cuba dan makan..kerana terdapat rasa coklat dan juga mint dalam mufin ni.


Tekstur mufin pun moist..


Ingin mencuba produk kuih-muih kami? Email atau telefon kami untuk maklumat lebih lanjut..alamat email dan nombor telefon ada tertera di atas..terima kasih.

LAGI ENTRI MENGENAI KEK OMBAK RINDU

Halo, halo..

Assalamualaikum w.b.t n salam sejahtera..


Good morning..em, cerah ja cuaca pagi ni kan..baiklah tanpa membuang masa kita terus kepada entri yang aku post kali ni iaitu sekali lagi entri mengenai Kek Ombak Rindu..rasanya sudah lama aku tidak buat kek..macam rindu pula mau membuatnya..dan baru-baru ni aku pun 'baking' la kek ni..dan lihat la hasilnya..

KEK OMBAK RINDU

Bagi yang belum tau tu, kek ni memang sedap dan sangat lembut kejadian kek..adunan dibahagi 3 warna yang disukai dan tuang selapis-selapis dalam loyang..ayak serbuk koko secukupnya di atas setiap lapisan bagi menampakan lagi layer kek..so, apabila kek sudah masak dan sejuk..begini la hasil kek yang sudah dipotong..nampak unik kan ombak kek ni..tulah aku namakan kek ni kek ombak rindu..bagi la nama glamer skit kan..hihi..asalnya, nama resepi adalah kek alunan kasih..


Mau cerita sikit..time aku potong kek ni ada anak buah aku tguk ( putri )..dia cakap kek ni macam harimau..haha, lucu juga..rupanya dia tguk warna kek ni kuning dan oren tu macam belang harimau..hem, ada-ada ja la kan budak-budak punya imiginasi..


Kalau ada yang ingin menempah tu, terus ja email kepada kami atau pun boleh call di nombor yang tertera di atas ini. Terima kasih. 

KEK COKLAT CIP

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera..


First sekali mau minta maaf sebab baru menyiarkan entri baru hari ni..memang masa betul-betul cemburu dengan aku..aku bz sangat sampaikan tiada masa mau 'berblogging'..sekarang ni pun aku mengantuk tapi sebelum aku tidur aku siarkan dulu 1 entri untuk tatapan pengunjung blog SRC..Entrinya adalah Kek Coklat Cip..

KEK COKLAT CIP
Kek ni teksturnya agak lembut juga..menggunakan milo untuk adunan ni dan semestinya la ada coklat cip di campur dalam adunan kek ni..Kek ni memang sedap..

 Anda pun patut cuba kek ni..order ja dengan kami..
Em, kalau makan kek ni terasa ja coklat cip tu cair dimulut..














Okey la, ni saja la dulu entri yang aku siarkan buat masa ni..mata pun sudah mengantuk so, aku pun mau 'bobok' dulu..gdnite n see ya..wassalam.