KEYWORDS POPULAR BLOG SRC TAHUN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku ingin kongsikan antara entri popular blog Sweet red cherry sepanjang tahun 2016 ni..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Banyak yang 'search' resepi coklat ganache, biskut ulat bulu, pelbagai resepi apam dan harga snow cheese cake.

Alhamdulillah..rasa gembira sangat apa yang aku kongsikan di blog ini dapat jadi rujukan dan panduan buat semua pengunjung. Semoga ianya bermanfaat buat semua.

Terima kasih pada kunjungan kalian semua..luv u all!!! Muahhhhhhhhh!!!! 😘😘😘

Sekian,  wasalam. 


                       🎉HAPPY NEW YEAR 2017🎉

TERIMA KASIH!!! TEMPAHAN BISKUT KRISMAS 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah..selesai projek membuat tempahan biskut krismas..ada 3 jenis biskut popular yang ditempah iaitu Tat nanas cheese, Tat nanas gulung dan Biskut Almond London.

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Hanya sempat snap sebahagian biskut saja..gara-gara terlampau sibuk sampai lupa snap yang sebahagian lagi.

Terima kasih banyak-banyak ya atas tempahan.

Berminat? WhatsApp => 0128244251 ~ bbwana
Delivery area => kk, beaufort, sipitang.

Sekian, wasalam.

Surprise birthday cake!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tempahan tempohari..sekali lagi kakak pada seorang kawan tempah Kek Red Velvet. Tapi kali ni mau bentuk 'love' untuk kejutan birthday teman sekerjanya..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CAKE
with cream cheese frosting
2Kg
Rm100

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Syukur sangat dengan feedback dari customer..yang teruja dengan bentuk kek dan rasanya yang buat 'non-stop' suap ke mulut..hehe..alhamdulillah..

Pada yang ingin mencuba boleh hubungi wana ya..
whatsApp => 0128244251
Delivery area: kk, beaufort, Sipitang

Sekian, wasalam.


TEMPAHAN: KEK BUTTERCREAM ( CLOWN CAKE )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Edisi tempahan yang lepas dari seorang teman untuk anaknya sebelum cuti sekolah hari tu. Baru sempat update hari ni. Sibuk yang amat sekarang menyiapkan tempahan biskut krismas..

Kak Nor tempah Kek buttercream dengan tema pink untuk Azieqa bawa ke tadikanya. Jom layan gambar..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK BUTTERCREAM ( BADUT )
KEK SPAN COKLAT
FILLING COKLAT
BERAT: 1KG
HARGA: RM40++ 
* bergantung hiasan/deko

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Feedbacknya sangat positif..alhamdulillah semua yang makan puji kek ni sedap..syukur..

Ingin order: whatsApp => 0128244251~bbwana~
Area: sekitar kk, beaufort, Sipitang

Sekian, wasalam.



Wordless Wednesday: BE Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Rezeki cpuv on going..alhamdulillah..

Klik- klik my nuff-nuff 😊

Sekian,  wasalam. 

RESEPI PUDING ROTI TANPA TELUR MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsi resepi Puding Roti Tanpa Telur. Ada yang tak sabar nak tau resepinya. Pada teman-teman ini untuk kalian. Nah, seperti yang dijanjikan aku kongsikan di sini..

Ini adalah projek habiskan roti yang hampir expired. Ini adalah percubaan kedua dan alhamdulillah ianya menjadi tidak sepeti pertama kali membuatnya. Ianya sangat mudah disediakan..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi aku intai di dapur Julia Homemade. Mohon izin dipanjangkan resepinya di sini. Jom semak..

RESEPI: PUDING ROTI TANPA TELUR

BAHAN: 
2 cwn susu segar/susu cair
2 sb gula pasir
1 sb butter
50g kismis
1 sk esen vanila
1 sb tepung kastad
1 peket roti gardenia ukuran sederhana - potong kiub

CARA:
- Sediakan bekas tahan panas/ loyang yang disapu nipis marjerin. Ketepikan.
- Dalam periuk, masukkan susu segar, butter, gula pasir dan tepung kastad. Kacau sebati.
- Masak hingga gula larut dan kastad mendidih. Masuk esen vanila. Kacau sebati. Matikan api.
- Tuang atas roti dan biar hingga roti kembang.
- Tekan sikit roti supaya roti meresap susu.
- Masuk dalam bekas/loyang. Tabur kismis.
- Bakar 30-35 minit ikut kepanasan oven masing-masing. Masak hingga puding keperangan.

* Aku buat 1/2 adunan sahaja dan guna loyang yang kecil.

~ Selamat mencuba ~

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebelum masuk oven

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Harap perkongsian ni bermanfaat buat semua..buat sarapan mudah dari rumah.

Sekian, wasalam.

Wordless Wednesday: Puding roti tanpa telur

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..

Sarapan puding roti yang enak..

Http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Alhamdulillah..

Resepinya di lain entri. Insyaallah
Sekian, wasalam.

Double chocolate chip muffin

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni mood 'baking' terlebih rajin..bosan tiada buat apa-apa. Kebetulan pula semua bahan ada di rumah..lagipun sudah lama tidak buat mufin. Jadi, terus ja buat Double chocolate chip muffin.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Buat sarapan atau minum petang sesuai sangat la kan..

Rasa coklat di dalam dan diluar..tekstur ranggup diluar dan 'moist' di dalam sedap😀


Hasilnya jadi banyak..makan pun tak habis..jadi, bagi-bagi pada teman dan jiran..tidak la membazir kan..

Okeylah, sampai sini saja. Insyaallah jumpa di lain entri pula.

Sekian, wasalan.


Wordless Wednesday: Kek Kukus Wana

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..

Keywords: Kek kukus wana

Comel ja keywords tu..hehe😍

Ok bai


Makaroni Cheese Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai..

Mengikut rasa tekak yang teringin betul mau makan Makaroni  cheese ni. Memang terliur sangat masa 'google' resepi. Bila ada masa dan cukup bahan, terus saja jalankan misi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Mac & cheese..nyum!!!

Aku kongsi resepinya di sini..

RESEPI: MAKARONI CHEESE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1/2 peket makaroni
1 cwn parutan cheddar cheese - boleh tambah
1/4 cwn parmesan cheese - jika suka
500ml susu segar
2 sb butter
1 sb tepung gandum
Black pepper secukupnya
Garam secukup rasa

CARA:
- Didihkan air dalam periuk kemudian setelah mendidih masukkan makaroni. Rebus hingga kembang dan lembut.
- Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya makaroni tidak melekat.
- Panaskan periuk dan masukkan butter dan tepung gandum. Kacau hingga tepung bertukar kekuningan dan masak.
- Dengan cepat masukkan susu dan biar sekejap kemudian masukkan parutan cheddar cheese serta black pepper dan kacau.
- Kacau sos atas api yang sederhana besar dan biar sos masak dan pekat.
- Masuk makaroni dan gaul sebati dengan sos.
- Tabur parmesan cheese.Sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hoyeahhh..

Alhamdulillah, kenyang makan.. ^_^

Okeylah sampai sini saja. Insyaallah jumpa dilain entri pula.

Sekian, wasalam.


Resepi Sup Kaki Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni ada kawan bagi seplastik penuh kaki ayam yang sudah siap dibersihkan dan dipotong- potong. Tambah senang kerja aku..hehe.. Agak lama juga tak makan kaki ayam. Maka projek masak pun bermula..

Resepi mudah saja..jom tengok resepi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: SUP KAKI AYAM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
10 ketul kaki ayam ( dibersihkan dan potong 2 )
1 biji bawang besar }
5 ulas bawang putih } dihiris
1 inci halia } 
Sedikit rempah ratus 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang, biji pelaga )
Sedikit garam dan lada sulah
Sayuran: tomato, lobak merah, kentang ~ ikut suka
Air secukupnya

CARA: 
- Tumis bahan yang dihiris bersama rempah ratus hingga naik bau. 
- Masukkan kaki ayam gaul seketika kemudian masukkan air secukupnya.
- Perasakan dengan garam, lada sulah, serbuk perasa. 
- Reneh hingga kaki ayam betul-betul empuk.

- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Slurp!!! Sedapnya..

Okeylah sampai sini saja..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.

ORDER: KEK RED VELVET

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah..terima tempahan kek lagi. Kek yang sangat disukai oleh pelanggan sweet red cherry sejak akhir-akhir ini.

Tempahan datang dari kakak temanku..dia bagi kejutan pada hari ulangtahun teman sekerjanya.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek ni sangat berat dan besar kerana hampir 2kg beratnya atas permintaan..

Alhamdulillah..feedback yang sangat positif😍😍😍.  Customer suka sangat dengan rasa kek dan nak repeat order next time.  Syukur dan terima kasih banyak ya😘. 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Harga kek bermula dari rm55.
* Harga berubah mengikut berat.
-> Cream cheese frosting

Order❔📱WA: 0128244251~bbwana
Delivery service: sekitar kk,  beaufort,  sipitang.   Tq

Sekian, wasalam. 








Tempahan Red velvet cupcakes & Apam Polkadot

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri tempahan bulan lepas. Apam polkadot dan Red velvet cupcakes untuk majlis ulangtahun yang ditempah oleh Ms. Zira. Alhamdulillah..thanx ya ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET CUPCAKES
SAIZ: MEDIUM
HARGA: RM2.20, PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM POLKADOT
HARGA: RM0.50, PCS
MIN ORDER: 50 PCS


Pertanyaan/tempahan: 0128244251(bbwana)~whatsApp.
Lokasi penghantaran: kota kinabalu, beaufort, sipitang. Tq

Sekian, wasalam.



RESEPI MEE KOLOK BASAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari tu wana janji mau kongsi resepi mee kolok basah ni. Sebelum tu, pada yang tak tau mee kolok ni  adalah masakan yang berasal dari Sarawak.  Memang sering makan jika my sis pergi Lawas, dapat la kirim. Sedap tapi  sebelum ni aku selalu makan mee kolok goreng.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kali ni aku buat pertama kalinya versi basah pula. Alhamdulillah walaupun baru mencuba menjadi juga.Wink2 😉

Jom semak resepi..

RESEPI: MEE KOLOK BASAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN: 
1 gulung mee kolok ( boleh tukar mee sanggul )
3 ulas bawang putih ( dimayang )
2 sb minyak masak
2 sb sos tiram
2 sb kicap pekat
2 sb kicap cair
4 helai daun sawi ( potong 1 inci )
1/2 cwn hirisan ayam ( rebus dengan sup bunjut )
3 cwn air rebusan ayam
1/2 labu bawang besar ( hiris nipis )
Garam, gula, lada sulah & ajinamoto secukup rasa.
Hiasan: Daun bawang & bawang goreng

CARA:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masuk bawang besar. Kacau seketika hingga layu. Masuk sos tiram, kicap pekat, kicap cair & air rebusan ayam.
  2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula & ajinamoto secukup rasa.
  3. Kacau seketika. Masuk sawi dan hirisan ayam. Masak hingga mee lembut dan sawi layu.
  4. Angkat & hidang segera. Hias dengan daun bawang & bawang goreng.
- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ini la mee kolok

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Mudah ja kan. Boleh la buat sendiri..hehe..

Okeylah, sampai sini saja. Jumpa lagi.

Sekian, wasalam.




Tempahan kek birthday: Russian Black & White Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni mau kongsikan tempahan kek birthday. Kali ni customer pilih Kek Russian Black & White. Kek ni merupakan kek yang popular juga. Apa yang buat kek ni sangat menarik adalah kemewahan rasa coklat ganache dan cream cheese. Memang rasa kek ni sangat memukau. Wow!!!

Layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RUSSIAN BLACK & WHITE CAKE
BERAT: 1.2KG++
HARGA: RM75


Tq Ms, Suhaini kerana menempah dengan SRC. 

Pada yang berminat, sila whatsApp/sms -> 0128244251 ~ bbwana.
Delivery area: kota kinabalu, beaufort, Sipitang. Tq

Kek Nikah: Kek Red Velvet

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kek tempahan lagi..alhamdulillah rezeki tak putus-putus..syukur pada allah.

Kali ni tempahan kek nikah dari seorang teman my sis Liza..kek red velvet dengan deko 'roses' yang simple.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK NIKAH
KEK RED VELVET ( cream cheese frosting )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tahniah buat Kamarul dan Natassya..

Terima kasih kerana menempah dengan Sweet red cherry..

Order? Hubungi 0128244251(bbwana)~whatsApp.
Lokasi: Kota kinabalu, papar, Sipitang

Sekian, wasalam.


Wordless Wednesday: Mee Kolok Basah


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sedap tau..^_^

Insyaallah aku kongsi resepinya di lain masa..

Sekian, wasalam.

JEMPUT-JEMPUT CHEESE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan resepi. Lama tidak kongsi apa-apa resepi di sini.

Menu sarapan atau minum petang yang ringkas dan mudah tapi sedap. Sesuai buat peminat cheese dimana kalian boleh menikmati rasa cheese dalam variasi lain pula..kali ni dalam bentuk cucur. Jemput-jemput cheese..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tabur lebih banyak cheese lebih umphhhh!!!!

Untuk resepinya boleh tengok dibawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: JEMPUT-JEMPUT CHEESE
SUMBER: MYBAKINGWORKSHOP.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
(A)
250g tepung naik sendiri }
1/4 sk soda bikarbonat } ayak
4 sb gula kastor
(B)
Buttermilk/susu segar
(C)
Brown sugar secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

CARA:
- Panaskan minyak dalam kuali (deep fryer). Guna api sederhana.
- Satukan bahan A, gaul guna handwhisk. Masukkan bahan B sikit-sikit hingga adunan menjadi seperti adunan pancake/waffle. Tidak terlalu pekat atau cair. Sesuai diceduk guna sudu.
-  Bila minyak panas,masuk adunan sedikit-sedikit dengan sudu. Jangan masukkan terlalu banyak. Adunan akan kembang dan terapung.
- Terbalikkan dan biar hingga perang. Toskan minyak. Buat hingga habis.
- Susun atas pinggan, tabur brown sugar dan parutan cheese. Hidangkan panas-panas.

Mudah ja kan..^_^
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Siap!! 

Okeylah..sampai sini saja..insyaallah jika ada kelapangan..aku kongsi resepi kek pula..thanx semua sudi singgah sini..daaa!!

Sekian, wasalam.








Tempahan Kek budget/Kek kontena

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni berkongsi entri tempahan lagi..alhamdulillah murah rezeki..

Tempahan baru-baru ni dari customer yang sama iaitu Sis Dayang. Tapi sebelum ni tempah kek birthday dan kali ni tempah kek budget versi kontena..tq sis..muahhmuahhh!!!

Jom layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pelbagai perisa kek popular yang sedap dan bersaiz individu.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK KONTENA:

JENIS KEK: KEK COKLAT MOIST, RED VELVET CAKE, SNOW CHEESE CAKE, KEK.NESTUM CHEESE, LAYER CHEESE

HARGA: RM5, EACH
MIN ORDER: 5 KONTENA

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini "feedback' yang aku terima dari customer..syukur..

Haa, kalau teringin makan kek saiz mini dan jimat kek ni sangat sesuai..

Meh, jom order!!!
WA: 0128244251~bbwana
Area: Sipitang, Beaufort, kota kinabalu

Sekian, wasalam.





ORDER: RED VELVET CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dapat tempahan kek yang punya peminatnya tersendiri..buat 'cheesecake  lover' terutamanya..Kek ini punya tarikan dari segi warna merah baldunya dan rasa krim keju yang pastinya memikat dan sukar dilupakan..sungguh!!!

Ini antara tempahan Kek red velvet..jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tempahan dari kawan my sis..untuk ulangtahun ibunya..'request' tulisan jawi..alhamdulillah suka dengan feedback sebab kek habis berebut makan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK RED VELVET
2KG
RM85

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Tempahan dari Sis Dayang buat suami tercinta dan anak buah tersayang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK RED VELVET
1KG
RM55

Terima kasih kerana menempah dengan Sweet red cherry..

Pada yang mau merasa keenakkan kek ni..jom tempah!!!
Sebab❔❔❔
√ Murah😱
√ Sedap😍
√ Berbaloi💜

Hubungi 👉 0128244251 (bbwana)~whatsApp. 
Area Delivery: Sipitang,  Beaufort,  Kota Kinabalu. 

Okeylah, jumpa lagi semua..

Sekian, wasalam.









Tempahan Apam Polkadot ( Colorful )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..baru-baru ni menerima tempahan Apam Polkadot dari Ms. Sharifah sebanyak 100 biji untuk majlis ulangtahun..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

TEMA: COLORFUL
FILLING: COKLAT/MANGO/BLUEBERI

Harga: Rm0.50,biji
Min order: 100biji
Delivery area: kota kinabalu, beaufort, sipitang

Berminat? Hubungi: WA→ 0128244251~bbwana

P/s: sibuk sangat





Happy birthday Mum!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



~10 september~

" Selamat ulangtahun ma..bb doakan agar mama diberikan kesihatan yang baik,sentiasa  kuat melakukan aktiviti harian mama, selalu tersenyum, murah rezeki dan sentiasa berada dibawah lindungan Allah. Amin"

Kami sayang mama!!!!

And our new family..
Baby girl ~ 03 september 2016
Baby boy ~ 10 September 2016



Sekian, wasalam.




Order: Coklat cheese cake leleh

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..menerima tempahan kek birthday dari seorang teman buat ulangtahun kakaknya..Dia mahukan kek yang sedap dan simple. Dan aku cadangkan Coklat cheese cake leleh..kek ni merupakann antara kek yang sering ditempah di SRC..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

COKLAT CHEESE CAKE LELEH
BERAT: 1/2KG(RM30), 1KG (RM60)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Melting cheese yang nyummmmm..

Feedback dari kawan yang tempah tu, dia suka sangat dengan kek ni terutama bentuk dan lelehan cheese yang terbentuk macam burger..haha..dan pastinya dia sangat sukakan rasa kek ni..gerenti yummy!!

Hah, kalau nak order tu boleh hubungi nombor tertera di bawah ni ya..

WhatsApp: 0128244251~bbwana
Area: Sipitang, Beaufort, kota kinabalu.
Tq.

Sekian,wasalam.




Order dari jauh, Kek Nestum

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menerima tempahan BFFku, Lia yang teringin sangat   makan Kek Nestum sejak tahun lepas lagi..alooo, cian kan..

Demi seorang teman aku buatkan juga kek tu dan bungkus cantik-cantik kemudian kirim ke Lahad Datu menggunakan bas..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek siap dipotong-potong dan letak dalam kontena atas 'request' Bff..dan alhamdulillah kek sampai dengan selamat di LD..tq dear!! ^_^

Order?? WA: 0128244251~bbwana~

Sekian, wasalam


Wordless Wednesday: Mudahnya buat Roti gulung sosej

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..

Sarapan pagi ni, Roti gulung sosej..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Step by step
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

~SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA[

Sekian, wasalam.