MUFIN YAM/KELADI

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hai, nampaknya kita bersua lagi pada petang ahad yang mendung dan redup ni..dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa buat rasa nyaman ja masa tengah beristirehat ni..memang best duduk santai2 time macam ni kan..hehe..rasa mau tidur pun ada juga..

Pada petang ni aku mau kongsikan satu resepi mufin yang mana aku telah buat mufinnya beberapa minggu yang lepas..hari ni baru siar entri mufin ni..hihi..Mufin yang aku buat tu adalah Mufin Yam/Keladi..resepinya sudah tersimpan agak lama..pernah buat sekali dulu beberapa tahun yang lalu tapi baru kali ni kongsikan di sini..haha..lama kan..resepinya aku dapat dari Ida Bakery..mufin ni memang best dan sedap dengan rasa yam..so, bagi peminat yam tu harus rasa mufin ni..

MUFIN YAM/KELADI, RM 0.80 ( MEDIUM )


Aku kongsikan juga resepi ni dengan teman-teman semua bagi yang berminat untuk mencuba..


RESEPI: MUFIN YAM/KELADI
SUMBER: IDA BAKERY
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN :
1 3/4 cwn tepung naik sendiri ( aku guna tepung gandum + 1 sk baking powder )
2/4 cwn marjerin cair/minyak
1 cwn susu segar
1 biji telur
1/2 sk garam
1/2 cwn gula icing
1 sb yam paste
1 sk pewarna ungu
1 sb perasa yam ( aku x bubuh )

CARA MEMBUATNYA:
- Satukan minyak, susu segar dan telur. Pukul guna whisk.
- Kemudian masukkan yam paste, pewarna dan perisa keladi. Gaul sebati.
-Dalam bekas lain, tepung naik sendiri, garam dan gula. Kacau sebati.
- Buat lubang dalam adunan tepung dan masukkan bancuhan yam tadi.
- Sudukan dalam papercup dan bakar dalam oven suhu 190 degree selama 25 minit.

-Selamat Mencuba-



Entri ni sampai sini sajala dulu ya..aku akan siarkan entri baru pada siaran akan datang pula..okey la, jumpa lagi..babai..

SENARAI BISKUT/KUIH RAYA DAN HARGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari jumaat ni..memang lambat post entri..sibuk dengan projek buat biskut..hehe..so, sekarang ni memang tengah free dan rileks depan laptop..okey, hari ni aku siarkan senarai biskut/kuih raya dan harga bagi yang berminat menempah dengan kami..sebelum ni ada juga yang sudah bertanya apa jenis biskut yang aku buat dan harganya sekali.. aku minta maaf la ya kerana kelewatan menyiarkan senarai ni atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..

Baiklah, mari kita lihat senarai jenis biskut/kuih raya untuk tahun 2013 ni..jom..

BISKUT OREO
 1. BISKUT OREO : RM 0.40 ( SEBIJI )

BISKUT BLACK BEAUTY & SNOW WHITE
2. BISKUT BLACK BEAUTY & SNOW WHITE : RM 0.50 ( SEBIJI )

BISKUT SNOW ALMOND
 3. BISKUT SNOW ALMOND : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT MAMA CARRIES
 4. BISKUT MAMA CARRIES : RM 0.35 ( SEBIJI )

BISKUT SUJI SALJU
 5. BISKUT SUJI SALJU : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT NESTUM
 6. BISKUT NESTUM : RM 0.45 ( SEBIJI )

SHORTBREAD COOKIES
 7. BISKUT SHORTBREAD : RM 0.40 ( SEBIJI )

BISKUT BEBOLA CRYSTAL
 8. BISKUT BEBOLA CRYSTAL : RM 0.45 ( SEBIJI )

TAT GULUNG NANAS
 9. TAT GULUNG NANAS : RM 0.50 ( SEBIJI )

BISKUT KACANG CRISPY
 10. BISKUT KACANG CRISPY : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT BEBOLA SULTANA



 11. BISKUT BEBOLA SULTANA : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT ALMOND LONDON
 12. BISKUT ALMOND LONDON : RM 0.50 ( SEBIJI )

BISKUT CERELEC
 13. BISKUT CERELEC : RM 0.45 ( SEBIJI )

BISKUT CELUPAN COKLAT
 14. BISKUT CELUPAN COKLAT : RM 0.45 ( SEBIJI )

POPIA SERUNDING UDANG
15. POPIA SERUNDING UDANG : RM 50 ( 1 KG ), RM 25 ( 1/2 KG )

So, ni la antara jenis biskut/kuih raya yang aku buat..ada beberapa lagi yang belum aku siarkan..so, aku akan update senarai ni dari masa ke semasa..kalau ada yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, sila hubungi email: siti.salwana@yahoo.com atau call/sms ke talian 012-8244251 ( Bbwana )..

Sampai sini sajalah dulu entri aku ya..chow..-wasalam-

DOUBLE KATERING

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hello semuanya..selamat malam..

Syukur la kerana jerebu sudah berkurangan dan hujan telah turun dengan lebatnya kemarin..alhamdulillah..sekurang-kurangnya cuaca pun tidak la terlalu panas seperti beberapa hari yang lalu..

Malam ni aku mau siarkan entri mengenai tempahan katering pada minggu yang lalu..memang time tu sangat-sangat la sibuk kerana kami menerima tempahan katering untuk 3 hari di Dewan Pepustaakaan Negeri Sabah Cawangan Sipitang bermula pada 21hb-23hb Jun yang lalu dan perlu memberi makan untuk  25 orang peserta yang mengikuti kursus Program Keusahawanan Anjuran PETRONAS..di mana kami perlu menyediakan minum pagi dan makan tengahari..menu adalah bebas maksudnya mereka tidak menetapkan apa menu yang patut kami buat..so, agak mudah la bagi kami menyediakan semua menu dan untuk makan tengahari, mereka request untuk nasi 'tapau' saja..so, lagi la mudah kan..cuma pada hari pertama kami katering tu kami juga menerima tempahan katering untuk 'Peladang'..so, memang sibuk sangat menyediakan semuanya kerana perlu mengurus dua katering pada hari yang sama..dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan syukur dengan rezeki yang datang ni..

Ini adalah antara menu untuk peserta kursus Program Keusahawanan selama 3 hari tersebut..

KEK BUTTER ZEBRA

APAM GULA HANGUS
POPIA

KEK PISANG MUDAH

KUIH LAPIS ROS

SARI AYU

APAM ISABELLA

KELUPIS INTI SAMBAL UDANG

AGAR-AGAR SANTAN PERISA ROS
NASI TAPAU: TELUR MASIN, SAYUR KUBIS & AYAM MASAK MERAH

NASI TAPAU: PACERI NANAS, IKAN MASAK KICAP & SOSEJ MASAK SOS CILI DAN BUAH BETIK


Sudah siap dibungkus dan ready untuk dihantar..

Alhamdulillah pihak penganjur kursus tersebut sangat berpuas hati dengan menu dan perkhimatan kami selama 3 hari tersebut..syukur la..

Di bawah ni pula adalah menu yang diminta oleh Peladang di mana kebanyakkan menu adalah sama macam yang selalu mereka tempah..favourite katanya..mereka tempah katering ni untuk majlis bacaan yasin dan juga kenduri arwah..jom kita lihat menunya..

POPIA

AGAR-AGAR SANTAN PERISA ROS

ACAR NANAS

KARI AYAM

IKAN MASAK 3 RASA

TELUR MASIN

KELUPIS KOSONG
Sedap makan kelupis kosong dengan kari ayam..sedap sangat dan terbaik tau..heheh..

So, ini la antara menu yang kami sediakan masa katering untuk Peladang hari tu..memang licin semuanya..apapun, terima kasih kepada Peladang yang tidak pernah jemu order dengan kami dan terima kasih juga pada yang telah menempah dan mempercayai khimat katering kami..thanx banyak-banyak..jika pelanggan suka, kami pun gembira..

Okey la ya, sampai sini ja dulu entri aku pada malam ni..aku mau dinner dulu..lapar sudah ni..jumpa lagi nanti..bye..-wasalam-

KEK CAWAN NESCAFE

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat malam..maaflah baru update blog..pada teman-teman yang rajin ziarah ke sini dan meninggalkan komen-komen yang manis tu, terima kasih banyak ya..aku juga akan buat kunjungan balas ke blog teman-teman..seronok rasanya bila dapat berbalas komen..terasa persahabatan tu semakin rapat walaupun hakikatnya tidak pernah pun bersua muka..

Baiklah, untuk malam ni aku ingin siarkan cupcakes yang aku buat pada minggu lalu iaitu Cupcakes Nescafe..resepinya aku dapat dari blog diari cik pipi. Resepinya sangat mudah dan senang ja mau buat cupcakes ni..apapun, rasanya sedap dan sangat sesuai dimakan bersama secawan kopi or milo panas dengan taburan hirisan badam di atasnya..memang best.

KEK CAWAN NESCAFE, RM 0.80 (MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), EACH


Kalau ada yang mau resepinya, aku sharekan di sini..mohon ya Cik Pipi untuk panjangkan resepinya di sini pula..tq.

RESEPI: KEK CAWAN NESCAFE
SUMBER: DIARI CIK PIPI
DICUBA OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
300 g tepung naik sendiri
250 g butter
200 g gula kastor
5 biji telur
sedikit esen vanila
1 sb nescafe bancuh dengan air panas ( agak2 cair ja )

CARA MEMBUATNYA:
  1. Pukul gula kastor dan butter sehingga kembang.
  2. Kemudian masukkan esen vanila. Kacau rata.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.
  4. Masuk bancuhan nescafe dan putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sikit-sikit dan gaul sehingga sebati.
  6. Sudukan adunan dalam papercup 3/4 penuh.
  7. Bakar dalam oven suhu 190 degree selama 25 minit.
-Selamat Mencuba-


Untuk yang berminat untuk menempah atau ada sebarang pertanyaan, terus saja hubungi kami menerusi email atau talian telefon kami yang tertera di atas tu ya..terima kasih..okey semuanya, sampai sini saja dulu..kita jumpa lagi..bye..

AGAR-AGAR KERING BERPERISA

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM..

Hai, bersua kembali pada malam ni..ada semangat sikit untuk mengupdate blog walaupun masih lagi kurang sihat..sebelum aku tidur aku mau kongsikan satu lagi entri untuk malam ni dengan kawan-kawan dan pengunjung semuanya iaitu Agar-agar kering berperisa..sebelum ni aku pernah siar dan kongsikan entri agar-agar kering tapi time tu hanya terdapat satu perisa saja..dan kali ni aku buat agar-agar kering pelbagai perisa seperti oren, mangga, laici, pandan, strawberi dan keladi..so, banyak flavour la..

Masa buat agar-agar kering ni tidak sampai seminggu sudah kering..kalau tidak silap aku dalam 5 hari la agar-agar ni kering..apa tidak kering cepat, cuaca pada masa tu panas sangat-sangat dan hujan pun jarang turun..so, cepat la kering..cuma kalau ada potongan agar-agar  yang sedikit tebal tu lambat la kering..

AGAR-AGAR KERING BERPERISA


 Ni rupa agar-agar sebelum dijemur..


Ni pula selepas 3 hari dijemur..

Ni agar-agar yang telah kering sepenuhnya..

Di bawah ni aku sharekan resepinya..sila la semak ya..

RESEPI: AGAR-AGAR KERING BERPERISA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
50 g agar-agar tali
400 g gula pasir
1 cwn gula batu
8 gelas air
Emulco dan pewarna pilihan

CARA MEMBUATNYA:
- Rendam agar-agar terlebih dahulu untuk melembutkannya.
- Rebus agar-agar dalam periuk yang berisi air hingga mendidih dan hancur.
- Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih dan gula hancur.
- Tuang adunan dalam loyang dan bubuh emulco dan pewarna yang disukai.
- Setelah sejuk, potong ikut saiz yang diingini. Jemur hingga kering.
- Selalu dibalik-balikkan supaya kering sekata.
- Jemur hingga tidak melekat selama 1 minggu atau hingga kering.

-Selamat Mencuba-

AGAR-AGAR KERING BERPERISA, RM 2 ( 100GM )
Agar-agar kering yang telah siap dipek dan ready untuk dijual..

Okey la ya..mau tidur sudah ni..ngantuk suda..jumpa lagi nanti semuanya..sekiranya ada yang berminat untuk menempah, sila email or call ja ke talian kami yang tertera tu ya. Tq. -wasalam-

SNOW CHEESE CAKE For My Niece..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya..

Alhamdulillah kita bersua lagi pada hari isnin ni..hari ni aku kurang sihat sikit tapi aku kuatkan juga semangat untuk siarkan entri baru buat tatapan teman-teman semua dan juga pengunjung SRC..hari ni aku siarkan entri mengenai kek birthday yang aku buat khas untuk anak buah sulung dalam keluarga kami ( anak abang ) iaitu Rabiatul Nadzirah Ridzuan atau lebih mesra dengan panggilan Mimie sempena ulangtahunnya yang ke-18 pada 17hb Jun yang lalu..memang sudah lama berhasrat mau buatkan dia kek ni sebab dia teringin sekali mau merasa kek cheese salji yang sememangnya sedap dan famous ni dan juga merupakan kek favourite kami sekeluarga..so, aku buat dan berikan pun sudah lambat kerana pada 17hb Jun tu adalah hari Mimie mendaftar di Politeknik Kota Kinabalu..so, kebetulan pula pada hari jumaatnya tu dia balik kampung barulah aku berikan kek ni padanya..

So, pada Mimie..aunty ucapkan "Happy Birthday to you, sweet 18th"..semoga diberikan kesihatan yang baik, jadilah anak yang baik dan rajin, hormat orang tua, sentiasa sukses dalam apa jua bidang yang diceburi terutama dalam pelajaran dan berjaya capai cita-cita yang diimpikan..amin..dan tahniah juga kerana dapat sambung belajar di Politeknik KK..(hari ni adalah hari pertama Mimie kuliah )..

Okey..jom kita tengok gambar pulak..

SNOW CHEESE CAKE, HARGA RM 60 ( 1KG ), RM 30 ( 1/2 KG )




Kalau ada yang teringin menempah snow cheese cake ni, sila la email atau hubungi terus kami di talian yang tertera ini..012-8244251.tq..

Okey, sampai sini ja la dulu ya..mau rehatkan badan yang kurang sihat ni dulu..jumpa lagi di entri yang akan datang pula ya..bye..