ORDER: FRUIT COCKTAIL CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin kongsikan tempahan kek birthday yang lepas..baru sempat 'update' entrinya..kek yang ditempah adalah Fruit cocktail cake seberat 1 kg..di tempah khas untuk birthday daddynya..thanx kerana menempah..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

FRUIT CCOCKTAIL CAKE WITH MANGO FILLING
BERAT: 1KG
HARGA: RM55
HIASAN: MASHMALLOW

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pada yang suka dengan kek yang penuh dengan rasa buah koktel di dalam kek ni..boleh la tempah dengan aku..

ORDER: 012-8244251(bbwana)~whatsApp.Tq

p/s: Selamat bercuti dan selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN 2015

Sekian, wasalam.



WAIE & HARI POTENSI TABIKA KEMAS PERINGKAT ZON 3 , 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku , putri dan mama berpeluang menyaksikan Waie terpilih mewakili tabikanya untuk mengikuti Hari potensi kanak-kanak Tabika KEMAS di daerah Beaufort.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
HARI POTENSI TABIKA KEMAS 2015 ZON 3(PAPAR, KIMANIS, BEAUFORT, SIPITANG)
Waie terpilih mewakili Tabika Kemas Sipitang untuk acara olahraga 'Sprint Hurdle'..tak paham? Ok, aku pun mula-mula tak paham rupanya acara lumba lari berpagar..haha..

sebenarnya aku tak percaya waie boleh terpilih sebab perangainya yang agak nakal dan sangat 'hyper active'..tapi tulah jangan pikir nakal tak bijak..menurut cikgu waie, dia sangat cerdas dan cergas bila belajar..alhamdulillah...org kata biar nakal tapi pandai..;D

Waie dan medal yang dimenanginya..

Apa yang paling membanggakan adalah bila waie dan kumpulannya berjaya menjadi johan untuk acara 'sprint hurde' tu..mereka berjaya menewaskan 3 buah sekolah..dan mereka akan mara ke peringkat yang seterusnya dan tarikh akan diberitahu kelak..

Simbolik perasmian, Datuk Hjh. Azizah melontar bola keranjang ke jaring
Majlis dirasmikan oleh Datuk Hjh. Azizah Binti DSP Hj. Mohd. Dun ( Menteri pembangunan wanita. keluarga dan masyarakat merangkap ahli parlimen P.177 Beaufort )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Posing dulu sebelum bertanding..eh, ucu Bb pun tak ketinggalan posing..heheheh

Ini trek untuk Sprint hurdle@ acara lumba lari berpagar
Keadaan padang yang basah dan lecak akibat hujan buat banyak anak-anak kecil tergelincir dan jatuh kerana licin..

Sprinter kecil..comel-comel kan..
Masa ni ambik posisi masing-masing dan tunggu wisel ditiup..

Ada kisah lucu masa waie memulakan larian, tiba-tiba sebelah kasutnya terbang..nasib dia tak panik dan terus berlari dengan lajunya menamatkan larian..heheh..sebelah berkasut dan sebelah berstokin..:D

Tak sia-sia berlecak berpanas ikutpertandingan ni sebab berjaya  menjadi wakil zon 3..tahniah waie & the gang..

Okeylah sampai sini saja..jumpa lagi..

p/s: aku masih hutang hadiah dengan waie, sebab janji nak bagi dia hadiah..sabar ya waie, nanti ucu bb tunaikan..^_^

Sekian, wasalam.

















RAIKAN CINTA REENA & RAHMAN (PART 2): MAJLIS RESEPSI & POTONG KEK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kembali kepada sambungan entri Raikan cinta Reena & Rahman..entri >>Part 1<<. Aku mohon maaf pada pengantin baru sebab lambat update part 2.. jangan marah ya..nanti kena jual..Wink..wink!!! 

01/08/2015 ( Majlis sanding )

Tersenyum bahagia.. 

Pasangan pengantin kelihatan cantik berseri mengenakan persalinan rona biru di hari persandingan..

Raja & ratu sehari..

Cantik kan bila semua sedondon bertemakan biru..

Kain tema biru di sponsor sepenuhnya oleh Reena..so, terpulang pada diri masing-masing mau  buat fesyen apa pun..thanx banyak kazenku ...muahh..muahhhhh!!! Semoga murah rezeki..


Sebahagian dari keluarga..Tak muat kalau semua ahli keluarga masuk sekali..mau runtuh pelamin karang..hehehe..



Majlis potong kek

Sebelum potong kek, haruslah 'posing' dulu kan.hehe..


Sweet ja kaler kek ni kan..bertemakan biru pink..suka..suka..suka..eh, tapi kek ni bukan aku yang buat..ianya ditempah khas..cantik.

Okeylah, sampai sini saja entri untuk part 2, belum habis lagi tau..akan bersambung pula di part 3 (akhir)..hehe..

Ucapan khas buat pasangan pengantin, Reena & Rahman.." Selamat memasuki fasa baru, semoga jadi pasangan yang bahagia hingga ke jannah dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..amin"

Sekian, wasalam.














ORDER: KEK FRESH CREAM COKLAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni baru sempat nak  masukkan tentang tempahan kek birthday yang satu ni..asyik lupa saja..huhu..

Ditempah masa hari raya hari tu..Kek fresh cream COKLAT seberat 1kg..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT FRESH CREAM
BERAT: 1KG
HARGA: RM50
HIASAN: MARSHMALLOWS, COKLAT RICE

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx pada sepupuku cyah sebab promo produk aku pada orang lain..

Pertanyaan/order: 012-8244251(bbwana) ~ WhatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

PRODUK BARU BESHINE: BESHINE DUOTOUCH SKINCARE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

AGEN ID: D3-HBS0464

Setelah BeShine Premium Drink mendapat sambutan hebat kerana kebaikkan dan keberkesanannya, kini BeShine mengeluarkan produk baru khas untuk kecantikan kulit iaitu BESHINE DUOTOUCH SKINCARE.

Membantu menyelesaikan masalah kulit yang anda hadapi dan menjadikan kulit menjadi semakin cantik,cerah,  sihat berseri dan gebu.

http://dapurjirnkuberasap.blogspotcom

1 set BeShine DuoTouch SKINCARE mengandungi 4 item iaitu:

Cleanser
Night cream
Day cream
Serum aromatherapy

Apa pula kebaikkannya???

Jom tengok..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah..sangat banyak 'feedback' positif yang kami terima dari pelanggan yang menggunakan produk ni. 

TESTIMONI:



BESHINE DUOTOUCH ( SKIN CARE )
Harga sekotak ( 1 set )
RM120
Ada 4 item:
Pencuci muka
Serum
Krim malam
Krim siang

POSTAGE:
SM: RM13
SS: RM 9

Jom miliki kulit putih cantik sihat dan gebu sekarang!!!

Produk laris di pasaran.. Jangan ketinggalan!!!

Order: 012-8244251(bbwana)~whatsApp. Tq


Ayam Goreng Quaker Oat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mood rajin untuk kongsi resepi dengan kawan-kawan semua..kali ni aku buat Ayam goreng tapi nak yang lain sedikit..salut dengan oat..maka terhasillah Ayam goreng Quaker oat..

Teringat aku pernah  tengok rancangan  5 Rencah 5 Rasa masa bulan puasa hari tu..teringin pula nak cuba..tapi resepinya aku intai di blog kakinaKl..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Garing dan ranggup..serius sedap!!!!

Jom tengok resepi..

AYAM GORENG QUAKER OAT
SUMBER: KAK INA KL
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 ekor ayam-potong 16 bahagian (aku guna sayap ayam)
Serbuk kari secukupnya
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Tepung kentucky secukupnya
Quaker oat secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Telur-pukul sedikit dengan garpu

CARA:
  1. Ayam dicuci bersih dan toskan. Gaul rata tepung kfc dengan serbuk kari, garam dan lada hitam.
  2. Lumur ayam dengan tepung campuran tadi dengan sudu/tangan.
  3. Kemudian celupkan ayam ke dalam telur dan golek/lumur dengan quaker oat.
  4. Goreng ayam dalam minyak yang panas dan masak hingga garing.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Sedia untuk dihidangkan. Boleh makan dengan sos cili/mayonis.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ayam sudah disalut dengan oat dan tunggu untuk digoreng..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kitorang makan malam tu dengan begitu berselera sekali..alhamdulillah, kenyang ^_^

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.


Souvenirs dari Europe Giveaway Contest

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom support Giveaway Contest adik manis yang baik lagi peramah, Aisya yang jauh nun di Jerman sana..GA ni agak menarik sikit sebab perlu jawab beberapa soalan yang diberikan oleh Aisya..Hadiahnya pun sangat menarik sebab di beli ketika beliau bercuti menjelajah tempat-tempat menarik sekitar Europe!!! 

TAMAT: 31 OGOS 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://jindrisska.blogspot.com/2015/08/eh-eh-raya-dah-habes-ker-giveaway.html

 


 

MUDAHNYA BUAT KEK AISKRIM KIT KAT!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua..

Ini adalah entri ke-1000, alhamdulillah.. Tak sangka sudah banyak yang aku kongsikan di blog ini..semoga saja apa yang aku kongsikan di sini bermanfaat buat semua..

Okeylah, Hari ni mood aku agak rajin nak ajar korang macamana nak buat Kek aiskrim kit kat yang tersangat mudah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Siapa yang suka makan aiskrim angkat tangan??? Hehehe, pasti ramai yang suka makan kan termasuklah aku..Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Perisa aiskrim kesukaan dancoklat kit kat

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Hanya perlukan 'cake ring' macam dalam gambar tu..

KEK AISKRIM KIT KAT MUDAH
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Perisa aiskrim jagung/coklat - ikut suka
Sepeket besar coklat kit kat
2 peket kecil bebola coklat kit kat
Papan/tapak kek
Cake ring

CARANYA:
- Sediakan papan kek sebagai alas paling bawah
- Letakkan 'cake ring' berbentuk bulat di atas papan kek
- Susun coklat kit kat di sekeliling 'cake ring'
- Kemudian masukkan aiskrim pilihan anda ke dalamnya hingga penuh. Ratakan dengan sudu.
- Taburkan bebola coklat kit kat di atasnya. Sejukkan dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman.
-Setelah sejuk, buka 'cake ring' tadi. Sedia untuk dihidangkan.

* NOTA: Sebaiknya sejukkan selama 4 jam atau semalaman.

-Selamat mencuba-

Untuk lebih jelas, sila rujuk gambar di bawah..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Susun coklat kit kat di sekeliling 'cake ring'

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Masukkan aiskrim ke dalam hingga penuh dan ratakan

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Taburkan bebola coklat kit kat dan sejukkan untuk 'set' kek

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Bila kek sudah set, boleh la di potong..jangan kasi lama!! heheh ;p

Okeylah, harap perkongsian ni dapat bagi ilham pada kawan-kawan yang tengah buntu cari idea nak buat kek untuk 'someone special' dalam hidup anda..senang ja kan.. ^_^

Nak order pun boleh..hubungi 012-8244251(bbwana) ~ whatsApp. Tq

p/s: kepala tengah berdenyut..rasa kurang sihat sikit..insyaallah, aku bw blog kawan2 kemudian ya..

Sekian, wasalam.



















RESEPI MAGGI GORENG SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kelmarin tekak ni terasa mau makan maggi..tapi tak mau yang berkuah.. kebetulan pula stok maggi goreng dah habis..tinggal maggi kari ja ada di rumah..nak beli malas pula nak berjalan..

Teringat pula aku punya buku resepi Senangnya memasak hadiah 'top komentor' dari Kak Suria Amanda beberapa bulan yang lalu..hahh!!! Apalagi aku godek la resepi yang sesuai..berguna sangat buku tu dapat tambah ilmu masakan aku..alhamdulillah..

Jeng jeng jeng..hasilnya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Fokus kat udang..heheh..;p


Jom tengok resepinya..resepi telah diubahsuai sedikit ikut selera aku..

MAGGI GORENG
SUMBER: Senangnya Memasak Bersama Chef Hanieliza
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
1 bungkus mi segera ( rebus dan toskan )
3-4 ekor udang saiz besar ( buang kulit )
Sedikit kubis ( hiris nipis )
Sedikit tauge
1 biji cili merah-ditumbuk
1 ulas bawang putih-ditumbuk
1 ulas bawang merah-ditumbuk
1 sudu makan kicap
Serbuk perasa secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak

CARANYA:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang ditumbuk. Goreng hingga naik bau.
  2. Masukkan udang. Kacau rata dan biarkan hingga masak. Masuk sayur, kicap, serbuk perasa, garam, gula dan air.
  3. Kacau rata. Kemudian masukkan mi dan biar hingga lembut.
  4. Sedia dihidangkan.
- Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku share makan dengan putri dan waie, anak-anak buah aku suka sangat makan..ni versi tak pedas ya..kalau suka pedas boleh tambah cili padi..

Ok bai..

Sekian, wasalam.








TEMPAHAN KEK BIRTHDAY: FRUIT COCKTAIL CAKE & SNOW CHEESE CAKE(DISNEY PRINCESS)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah sebulan, hari ni baru sempat buat entri tentang kek tempahan birthday dari kakak sepupu tersayang, Kak adi..maafkan adikmu ini..huhu..

Okeylah, Kak Adi tempah kek birthday untuk anaknya, damia yang biasa disambut hari raya kedua setiap tahun..2 biji kek ditempah iaitu Snow cheese cake dan fruit cocktail cake..cheese untuk anak-anak riang dan kek cocktail khas buat 'ibu-ibu, bapak-bapak' haha..

Terus sambut birthday Dian walaupun dah berlalu sebelum puasa hari tu & Yaya yang birthdaynya jatuh tiap raya pertama..so, 3 orang punya birthday.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SNOW CHEESE CAKE WITH EDIBLE IMAGE(DISNEY PRINCESS)
BERAT: 1 KG
HARGA: RM70

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

FRUIT COCOCKTAIL CAKE
BERAT: 1KG
HARGA: RM55
HIASAN: MASHMALLOW & MANGO FILLING

Kek sudah selamat dipotong..tunggu masa untuk pembahagian pula..hehe

Kanak-kanak riang..ada beberapa orang anak buah tiada dalam gambar..
Semua pun suka bergambar..'kaki posing'..comel tengok dorang ni..


Ini saja gambar yang sempat snap..situasi agak kelam kabut sikit..mungkin perut masing-masing dah lapar nak makan dan karenah anak-anak..huhu..

Menu pun semua sedap..ada faberet aku soto, lamb chop, sate, tom yam, kuih cara, puding dan macam-macam lagi..malangnya aku lupa snap gambar..huhu..memang time tu sibuk mau makan..ambik gambar sampai lupa..

Paling penting, tahun ni kami dapat berkumpul semua..semua sepupu, anak-anak buah ada..memang best dan sangat meriah. Paling best acara pembahagian 'ang pow' ..semua berebut nak berbaris..haha..

Okeylah, sampai sini saja entri ini. Terima kasih kerana membaca.

Pertanyaan/order: 012-8244251(bbwana)~whatsApp.
Tq





UNIFORM/T-SHIRT KE-2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini adalah uniform/t-shirt kedua untuk aktiviti jualan 'open booth' sweet red cherry masa karnival hari tu..

Semua peniaga yang join, diwajibkan memiliki T-shirt ni..So, aku beli 2 helai..satu untuk aku dan satu lagi untuk my sis.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Nampak tak betapa merahnya baju ni..huhu..

Depan logo Karnival SRS..belakang pula boleh bubuh nama..

Kasi 'close up' sikit..hehe..

Setakat ni baru dua helai baju uniform untuk aktiviti jualan yang aku ada..yang satu lagi adalah baju uniform rasmi logo Sweet red cherry..di sini>>uniform sweet red cherry<<insyaallah nak tambah lagi buat koleksi..supaya boleh tukar-tukar selalu masa buat jualan 'booth'.. :)

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi

Sekian, wasalam.






MENERIMA TEMPAHAN ANEKA KEK/KUIH-MUIH UNTUK RUMAH TERBUKA AIDILFITRI

STICKY POST, SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRI BARU.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berita baik!!

Bagi yang tercari-cari 'bakers' Muslim dan produk Halal..

Kami di SWEET RED CHERRY adalah pilihan anda..

Kami menerima tempahan aneka kek, brownies, mufin, cupcakes, agar-agar mini dan kelupis serta kuah kacang sempena rumah terbuka aidilfitri 2015..

Harga adalah sangat berpatutan..sesuai untuk hidangan majlis rumah terbuka atau sebagai 'doorgift' pada tetamu yang datang..Insyaallah, kami tidak akan mengecewakan anda..

Antaranya adalah:

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CHEESE CAKE LELEH/ RED VELVET CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
RM55 ( 3 LAYER )
BERAT: 2KG++
SAIZ: 9"

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CHEESE CAKE LELEH
AVAILABLE ( VANILA/COKLAT )
HARGA: RM55
BERAT:1KG++

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

WALNUT CARROT CAKE + CREAM CHEESE FROSTING
HIASAN: SLICE ALMOND, HAWAIIAN COCONUT
  HARGA: RM55
BERAT: 2KG
SAIZ:9"

 http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES
HARGA: RM55
SAIZ: 10 x 10

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BROWNIES COKLAT WITH ALMOND NIB  + COKLAT GANACHE
HARGA: RM35
SAIZ: 10 x 10

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST WITH COKLAT TOPPING
HIASAN: COKLAT RICE
HARGA: RM30
BERAT:1KG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

CUPCAKES
AVAILABLE ( COKLAT/RED VELVET/CARROT )
PILIHAN: PLAIN/TOPPING( BUTTERCREAM/CREAM CHEESE)
HARGA: DARI RM1, PCS
SAIZ: MEDIUM
MIN ORDER: 20 PCS

* BOLEH REQUEST CUPCAKES BOX ( harga akan bertambah mengikut pilihan pelanggan )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM POLKADOT
FILLING: COKLAT/STRAWBERI/BLUEBERI/MANGO
HARGA: RM0.45, PCS
SAIZ: SMALL
MIN ORDER: 100 PCS

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KELUPIS/FROZEN
HARGA: RM0.45(KOSONG), RM0.50(INTI SAMBAL UDANG), PCS
MIN ORDER: 100PCS

* BOLEH ORDER KUAH KACANG
( Gerenti sedap )
HARGA DARI RM15

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

AGAR-AGAR/PUDING
AVAILABLE: VANILA,COKLAT,BANDUNG, PANDAN, YAM
MINI CUP: RM1, 4PCS
KONTENA DADIH: RM0.80,PCS

Jom tempah hidangan kegemaran anda untuk rumah terbuka aidilfitri!! Warna-warnikan meja hidangan anda..

LOKASI PENGHANTARAN: SEKITAR KK, PAPAR, BEAUFORT & SIPITANG
Untuk area Tawau, Sandakan & Lahad Datu, order boleh dikirim melalui bas.
Caj penghantaran/pengangkutan akan dikenakan mengikut jarak/jumlah kotak.
 Self pick up/ambik di 'pick up' point: Tiada bayaran dikenakan.

BERMINAT?? SILA HUBUNGI: 012-8244251 ( bbwana ). Call/whatsApp. Tq


Untuk lihat lebih banyak gambar kek dan harga sila klik CAKE GALLERY & PRICE

Sekian, terima kasih.