APRIL datang lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..






http://www.lovethispic.com/uploaded_images/thumbs/77361-Hello-April-We-Missed-You.gif


Alhamdulillah bulan April muncul kembali..

Bulan ni adalah bulan yang istimewa kerana bulan kelahiran aku, maka bertambah lah usiaku lagi..syukur masih diberi peluang untuk bernafas di dunia ini..

Bulan ni juga banyak insan yang rapat dan dekat dengan aku menyambut hari kelahiran masing-masing  iaitu anak-anak buahku tersayang, sepupu, ipar dan Bff..wow ramaikan!!!

Apapun,  moga dalam bulan ni meninggalkan momen-momen yang indah..

pssttt!! kalau ada yang nak bagi hadiah tu di alu-alukan..heee ;p * tak malu betul * ahaks..

Sekian, wasalam.











Aku nak berniaga kek dari rumah!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Search keywords

Macam-macam keywords yang di cari di blog SRC dan kebanyakkannya adalah pencarian resepi yang aku kongsikan di sini dan dalam banyak-banyak keywords tu yang menarik adalah keywords ni..

" Aku nak berniaga kek dari rumah.."

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Eh..macam comel ja keywords ni kan...hihi..

Aku memang buat dan berniaga kek, kuih-muih dan beroperasi di rumah kalau tiada acara jualan di luarmungkin bila google boleh keluar blog aku kot kan..

Apapun, aku gembira apa yang aku kongsikan di blog ni dapat dijadikan manfaat buat semua..terima kasih atas sokongan kalian terhadap blog SRC. 

Luv you all!!

Sekian, wasalam.

Butterprawn basah vs Butterprawn berkuah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless wednesday..

Nampak sama tapi tak serupa..

BUTTERPRAWN BASAH
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Makan di kedai..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Buat sendiri

p/s: Ternyata aku lebih suka makan yang aku masak sendiri sebab boleh 'adjust' segalanya..

Sekian, wasalam.




Sandwich telur kacang panggang cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Menu sarapan yang sangat mudah, cepat, sihat dan mengenyangkan..Sandwich telur kacang panggang cheese..boleh tahan lapar hingga tengahari tau..

Sesuai bagi mereka yang tak punya banyak masa menyediakan sarapan..kalau tak ada idea nak buat sarapan apa..buat ja sandwich mudah ni..tak sampai berapa minit dah siap..takkan makan nasi lemak ja..sekali sekala kena makan menu sihat juga..ya tak?? ;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
SANDWICH TELUR KACANG PANGGANG CHEESE
RESEPI: SANDWICH TELUR KACANG PANGGANG CHEESE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:

Roti putih ( buang kerak roti )
Telur mata kerbau
Kacang panggang cheese ( jenama Ayam brand )
Bawang besar ( dihiris )

CARA:
  1. Panaskan kuali dan bubuh sedikit minyak. Tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Tuang kacang panggang cheese. Gaul sebentar dan matikan api.
  3. Sedia dinikmati bersama telur mata dan roti.

Ini lah kacang panggang yang aku guna..

Yummy!!!! ^_^


Sekian, wasalam.

ORDER: KEK ROBOCAR POLI & APAM LADYBIRD BUMBLE BEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah..rezeki menerima tempahan kek birthday dari seorang guru untuk anaknya yang menyambut ulangtahun yang ke-2 tahun..

Sebelum ni  beliau dah pernah order dan sangat puas hati dengan hasilnya..ini tempahan kali kedua yang aku terima dari beliau setelah beberapa kali terpaksa menolak atas sebab yang tidak boleh dielakkan..

Kek yang ditempah adalah Kek Robocar Poli..budak-budak kecik tau la cerita kartun ni kan..comel ja kartun ni..huhu

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK ROBOCAR POLI
KEK SPAN OREN WITH CHOCOLATE FUDGE BUTTERCREAM
FILLING: COKLAT FILLING
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM 40 ( HARGA BERGANTUNG PADA DEKO )
http://dapurjirankuberasap.blosgspot.com

APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FILLING: BLUEBERI & COKLAT
HARGA: RM0.50, PCS
MIN ORDER: 100 PCS

Apapun, terima kasih banyak kerana menempah dengan aku..jangan serik dan maaf jika ada sebarang kekurangan..aku mendapat feedback yang positif mengenai order ni..syukur alhamdulillah..

ORDER: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Lokasi penghantaran: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Siptang. ( Boleh self pick up ).

Sekian, wasalam.




Soto daging kegemaranku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Aku adalah penggemar tegar soto..paling aku suka makan adalah hasil air tangan mama dan beberapa gerai yang aku selalu pergi dan menepati piawaian selera aku..

Salah satunya ini..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
SOTO DAGING

Sedap sampai hirup habis sup semangkuk..hehe..

Sekian, wasalam.



Resepi Chocolate Fudge Buttercream

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin berkongsi resepi Chocolate Fudge Buttercream yang mudah dan sedap..ia sangat sesuai digunakan untuk mendeko atas kek ataupun cupckaes kerana  senang dibentuk dan hasilnya nampak cantik..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom kita lihat resepinya..aku intai di blog Paty kitchen..mohon izinkan wana share resepinya di sini..tq.

RESEPI: CHOCOLATE FUGDE BUTTERCREAM
SUMBER: PATY KITCHEN
 
BAHAN:
1 cawan gula icing
1/2 cawan butter
90 g coklat masakan
1 sudu kecil esen vanila

CARA:
  1. Cairkan coklat masakan sehingga cair dengan kaedah double boiler. Ketepikan.
  2. Pukul mentega hingga pucat.
  3. Masukkan gula icing  dan pukul hingga sebati.
  4. Masukkan coklat yang disejukkan tadi serta esen vanila.
  5. Pukul rata dan siap digunakan.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey sampai jumpa lagi..

Sekian, wasalam..

Kek Graham Cheese untuk ulangtahun Fatiha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Awal bulan lalu kami sekeluarga menerima jemputan sepupu ke rumahnya..dia buat majlis sederhana sambutan birthday anak sulungnya Fatiha..kali ni  ada kelainan sedikit untuk kek birtday di mana kek di tempah dengan kakak sepupu iaitu Kek Graham Cheese..kek ni sangat popular di sini..enak dengan gabungan biskut graham dan cheese..erm, yummyyyyyy!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
bebola tergolek atas kek ni adalah Ferrero rocher..berebut nak ngap..huhu

Birthday Girl malam tu merajuk tak nak potong kek..terpaksa pujuk..macam-macam drama la..ish..ish..

Macam biasa semua anak buah berkumpul depan kek..masing-masing ia-ia nak tiup lilin..

Menu special pada malam tu adalah Mee basah, Tom yam dan beberapa hidangan sampingan lain seperti cucur udang..aku makan mee basah..repeat makan berapa kali..hehe..lapar.. ;p

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..

p/s: esok dah buka sekolah semula..pasti akan lebih sibuk.. :)

 
Sekian, wasalam.

Sandwich SUBWAY!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tiba-tiba rindu nak makan Subway ni..tapi di Sabah ni mana nak jumpa Subway..huu..sedih..

Pertama kali makan Subway masa jalan-jalan ke KL 2 tahun yang lalu kalau tak silap..masa tu ipar tyang ajak makan..sedap..paling best boleh pilih apa nak letak dalamnya..

Kali kedua makan masa di Arau, perlis..macam mau melompat ja bila ternampak Subway!! hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku pilih Roasted chicken..letak salad banyak-banyak..yummy!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jumpa lagi..dadaaaa..

Sekian, wasalam.

Wordless Wednesday: Makanan etnik Sabah, Latok ( Rumpai laut )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..

Latok@Anggur Laut
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
credit

p/s: perah dengan limau kasturi, cili padi, mangga muda dan garam..perghhh!!!

Booth Sweet Red Cherry, terima kasih!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu lepas aku ikut aktiviti jualan yang dianjurkan oleh BELIA Sipitang..aktiviti bulanan Youth corner dan ini merupakan aktiviti pertama untuk tahun 2016..

Sekali lagi SRC bergabung dengan HCB dimana terdapat aneka homemade coklat yang comel-comel dan pelbagai jenis kek budget yang 'hot' di pasaran, apam dan mufin..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Syukur alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari pelanggan..terima kasih semua pada yang singgah dan membeli produk kami..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Antara gerai yang ada..gerai baju kanak-kanak dan bundle..yang lain tak sempat snap..heee ;)

Tempahan aneka kek budget atau homemade coklat, hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian, wasalam.

ORDER KEK BIRTHDAY: RED VELVET CHEESE CAKE LELEH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kali ni aku menerima tempahan Red velvet cheese cake leleh untuk birthday..ditempah dari jauh nun Sarawak untuk tunang tersayang yang berada di Beaufort, Sabah..katanya nak bagi kejutan pada tunangannya..wow, best kan!!!

Apapun, terima kasih kerana menempah dan mempercayai aku..Feedback sangat positif dari customer..alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RED VELVET CHEESE CAKE LELEH
SAIZ 9"
BERAT : 1KG++
HARGA: RM65
 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah kek telah selamat sampai ke tangan tuannya..


http://dapurjirankuberasap.blogspot,com

Berminat? Hubungi 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Delivery service: kawasan kk, papar, sipitang & beaufort.


Sekian, wasalam.

ORDER KEK BIRTHDAY: YAM SPONGE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Mendapat tempahan kek birthday pada minggu lepas..rasanya minggu lepas aku sibuk dengan tempahan dan juga join aktiviti jualan..alhamdulillah rezeki.

Kek yang ditempah adalah Yam sponge cake..antara kek yang mendapat tempat di hati peminat kek yam..terima kasih pada yang sudi menempah..

Layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

YAM SPONGE CAKE
BERAT: 1 KG
HARGA: RM55

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pertanyaan/order: 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp. Tq
Lokasi penghantaran: Sekitar kk, papar, beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.




PROMO BOOTH JUALAN SWEET RED CHERRY!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom datang beramai-ramai ke booth jualan Sweet red cherry yang bermula pada:

Tarikh: 5&6 Mac 2016
Lokasi: Tempat parking kereta bersebelahan Shell Sipitang.

Sempena aktiviti bulanan Youth Corner Sipitang..

Pelbagai kek popular dalam bentuk 'budget' dengan harga mampu milik kami jual seperti cheese cake leleh, kek coklat moist,  graham cheese, salted cheese, kek batik,  apam ladybird dan mufin coklat..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom support jualan Sweet red cherry..tq

Sekian, wasalam.



Wordless Wednesday: Kamera Lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wordless Wednesday..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kamera lama..

P/s:Jumpa kamera ni masa bersihkan rumah lama arwah nenek.