MEROTI: MEXICAN BUN ALA 'TUAH BAKER'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat semuanya..Hari ni aku mau kongsikan projek meroti aku. Kali ni aku cuba buat Mexican bun atau pun roti boy..

Kalau di sini kami gelar roti 'Tuah baker' sebab dulu selalu beli roti ni di Tuah baker yang terletak di Palm square, Center point..sedap sangat..asal lalu ja kiosk tuah baker ni pasti terbau aroma rotinya yang sangat wangi membuatkan hati ni mesti mau beli..ada 3 perisa boleh dipilih iaitu coffee, coklat dan vanilla.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah, percubaan aku menjadi. Cantik kembangnya..gebu ja..cuma mama cakap, untuk topping atas tu perlu tambah rasa coffee lagi baru umphh!! Hihi..ok, kritikan membina aku terima. *_^

Aku intai resepi dari K.Nor Secubit garam, jom tengok resepinya..

RESEPI: MEXICAN BUN @ ROTI BOY
SUMBER:K.NOR ( SECUBIT GARAM )
OLEH: SWEET RED CHERRY

FILLING:
200 g mentega
1/2 sk esen vanila
70 g brown sugar
  • Pukul mentega dengan mixer dengan medium speed selama 3 minit.
  • Masuk esen vanila dan gula perang.
  • Simpan dalam petisejuk hingga sedia digunakan.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FILLING
TOPPING: 
Sumber: Aku bukan masterchef
50 g mentega - suhu bilik
40 g gula icing
1 biji telur-pukul sikit
1 sk perisa coffee ( 1 sb nescafe + air panas )/ coklat emulco
50 g tepung gandum
  • Masuk mentega dan gula icing dalam mangkuk.
  • Pukul hingga kembang lebih kurang 5 min.
  • Masuk telur dan coffee/coklat emulco sikit-sikit. Pukul sebati.
  • Masuk tepung gandum dan pukul rata. Bila dah ok, masuk dalam piping bag dan letak dalam fridge sebelum guna.
DOH:
500 g tepung high protein - ayak
2 sk bread improver
2 sk bread softner
20 g susu tepung
75 g gula kastor
3 sk yis
1 sk garam
1 biji telur - pukul
250 ml air/susu segar ( jangan guna susu tepung sekiranya guna susu segar )
60 g mentega

CARA:
  1.  Masuk semua bahan dalam 1 bekas kecuali air,yis & gula kastor.
  2. Sebelum tu, bancuh air dengan gula baru letak yis, kacau dan biar berbuih, 5 min.
  3. Letak air bancuhan dalam bekas dan gaul rata. Keluarkan dan uli atas dulang, uli hingga lembut dan elastik 5-10 min.
  4. Bahagi kepada bebola kecil. ( aku timbang +/-50 g ) dan tutup dalam film cling selama 10 min.
  5. Leperkan doh atas tapak tangan & letak filling. Tutup rapat.
  6. Susun atas dulang yang dilenser dengan mentega. ( aku alas dengan baking paper )
  7. Rehatkan 45 min. Kemudian paipkan topping atas bun.
  8. Bakar dalam suhu 170'C selama 15 minit.
-Selamat mencuba-

* NOTA: Untuk filling dan doh roti aku buat 1/2 adunan sahaja.

Sila rujuk gambar di bawah ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Aku buat perisa coklat juga..bahannya masih sama..hanya topping sahaja perlu tukar..guna coklat emulco. Aku tambah serbuk koko sikit untuk rasa coklat yang lebih..^_^

Okey semua, thanx bertandang ke sini dan kawan-kawan yang buat komen pukal..sayang korang semua..ada masa aku terjah balik ya, insyaallah..Jumpa lagi..dadaaaa..

Sekian, wasalam.

ORDER KATERING PELADANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku rileks..lepas kemas bilik barulah aku dapat mengupdate blog dengan senang hati..hihi..

Okey lah, hari ni aku ingin siarkan tempahan katering untuk Pej.Peladang yang lepas..lama sudah berlalu, aku baru ingat mau siarkan..hihi..

Peladang ni merupakan regular customer kami, suka order dengan kami tiap kali ada mesyuarat atau majlis tertentu. Kali ni order menu simple saja anggaran untuk 15 orang.

Menunya adalah Ikan masak kicap, Sayur rebung masak lemak, telur masin dan buah tembikai..simple kan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Telur masin ni nda pernah 'miss' dalam senarai request..heheh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ini la dia antara yang diorder..apapun, terima kasih banyak kerana setia menempah dengan kami dan harap puas hati dengan perkhimatan kami..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..dadaaa..

Sekian


ORDER KEK BIRTHDAY: KEK RAINBOW, KEK BLUEBERI, KEK COKLAT FRESH CREAM & KEK COKLAT MOIST

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku menerima tempahan kek birthday dari customer, Pn.Julela..ni kali ke-2 beliau tempah dengan aku selepas stake cake frozen bulan lepas..boleh lihat entrinya di sini. Alhamdulillah, kali ni beliau tempah 4 biji kek birthday sekaligus..dan flavor kek adalah Kek Rainbow, Kek Blueberi, Kek coklat moist dan Kek coklat fresh cream..terima kasih sekali lagi kerana menempah dengan kami..

Jom layan gambar kek..


Alhamdulillah dapat siapkan semua kek tempahan pada masanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RAINBOW CAKE WITH FRESH CREAM
 HARGA: RM 40 ( HARGA BERGANTUNG PADA BERAT )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT FRESH CREAM
HIASAN: COKLAT GANACHE
HARGA: RM48
BERAT: 1KG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK BLUEBERI
FILLING: BLUEBERI
DEKO: FRESH CREAM
HARGA: RM 30
BERAT: 1/2 KG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT MOIST
FILLING: COKLAT FILLING
TOPPING: COKLAT GANACHE
HIASAN: BISKUT ROLL COKLAT/COKLAT RICE/GULA MANIK
HARGA: RM40 ( HARGA BERGANTUNG DEKO & BERAT )


Tengok la tu betapa meriah dan ramainya yang sambut birthday kan..best tengok..happening!!! 

" Happy birthday pada En. Emran, Pn.Norlela, Ms. Nisah, Ms. Sharmieda, Irwandy, Dhania & Mikhail "


Semua gambar ni adalah ihsan dari Pn. Julela, thanx  banyak sis sudi kongsi gambar sambutan birthday dengan kami Sweet red cherry..apapun, mohon maaf andai ada kekurangan..harap gembira dan puas hati la hendaknya..

Pada yang berminat untuk menempah kek atau sebarang produk SRC, sila hubungi 012-8244251 ( bbwana ) whatsApp @ email: sweetred_cherry@yahoo.com. Tq

Segmen New Friendlist Cikgu Farha

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam ni join segmen pula..support rakan blogger..jom ramai-ramai join meriahkan segmen ni..





http://cikgufarha.blogspot.com/2014/10/segmen-new-friendlist-cikgu-farha.html

Cikgu Farha perlu memilih blog saya untuk direview kerana blog saya comel serta cepat loading dan saya juga berkongsi aneka resepi. Selain tu, blog saya juga mempromosikan aneka kuih-muih, kek dan pelbagai lagi produk sweet red cherry. Terima kasih.

Rezeki menang SEGMEN!!

Assalamualaikum dan. alam sejahtera..

Alhamdulillah, rezeki menang segmen yang aku join tempohari..aku join segmen bersama Bazlia Amoza..jemput singgah ke blog beliau ya,www.bazliaamoza.com


Ni dia bungkusan yang aku terima tenghari tadi..teruja nak tau apa barang yang ada di dalamnya.. :p

Jeng..jeng..jeng..

Segala info tentang produk shaklee..jom selongkar apa pula ada dalam beg ni..^_^


Ini la dia hadiah yang aku dapat..bookmark, magnet, sachet collagen powder shaklee, sachet cinch energy tea mix dan bag transparent tu..best kan..aku happy sangat!! Thanx Mrs. Bazlia Amoza..

Tadi aku sempat berwhatsapp dgn Bazlia, inform parcel dah sampai..sempat lagi dia bagi tips macamana nak minum collagen & cinch tea..hanya perlu bubuh dalam minuman kegemaran..macam tu ja?mudahkan...suka3x..

Aku sebenarnya teruja sangat dengan produk shaklee ni..sana sini memuji kebaikkan pengambilan produk ni buat aku pun excited sangat nak cuba..insyaallah nak juga amalkan gaya hidup sihat dan cantik bersama produk shaklee pada masa akan datang..heheh..

Sekian, wasalam.


REVIEW: PRODUK KECANTIKAN ESTHER CREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin review produk kecantikkan Esther cream..aku adalah pengguna krim ni dan menjual krim ni juga..ada yang pernah dengar? Kalau tidak, jom aku terangkan..

Esther cream

Apa itu Esther cream?
Merupakan satu produk kecantikkan untuk kulit wajah dan menjadikan kulit yang lebih cantik, cerah berseri, halus, bercahaya dan awet muda.

Siapa yang boleh menggunakan krim ini?
 Produk ini selamat digunakan oleh semua jenis kulit ( berminyak/sensitif/berjerawat/berjeragat/normal).

Apakah jenis produk esther krim?
Terdapat beberapa jenis iaitu set yellow(sabun,krim siang,krim malam) untuk kulit normal, set pink (sabun, krim siang,krim malam) untuk kulit berjeragat. Ada lotion, serum dan facial foam juga.

Ada kesan sampingan tak?
Bila guna krim ni tiada kesan sampingan.hanya pada peringkat awal pemakaian terdapat sedikit merah pada kulit tapi tidak semua mengalaminya, bergantung pada keadaan kulit masing-masing..

Adakah produk ini mendapat kelulusan SIRIM?
Ya. Produk ini ada cop SIRIM dan selamat digunakan.

Jom lihat manfaat produk kecantikan esther cream:
  1. Memutihkan dan mencerahkan kulit
  2. Menghilangkan jeragat dan jerawat
  3. Menghilangkan parut-parut hitam di wajah
  4. Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah
  5. Berfungsi sebagai alas bedak dan pelindung sinar matahari
  6. Mengecilkan pori-pori wajah
  7. Mengencangkan wajah
  8. Membaikpulih muka yang kemerahan akibat bertukar-tukar produk pengelupasan
  9. Menjaga kecantikkan kulit wajah agar wajah tetap bersih, halus, bercahaya dan awet muda
  10. Sesuai untuk kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata
Sekarang ni kami masih lagi melanjutkan harga promosi untuk 1 set percubaan krim esther!!

ESTHER CREAM ( RM100 ) > harga promo!!
Sabun
Krim siang
Krim malam
Cepat dapatkan sekarang dan anda juga berpeluang untuk memiliki kulit wajah yang halus, cantik berseri idaman semua wanita!!!
Untuk lebih lanjut, sila klik page aku di sini, untuk info tentang krim esther ni.. 

PERINGATAN: Pastikan anda dapatkan produk yang original!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jika berminat untuk beli/order/pertanyaan, sila whatsApp > 012-8244251 ( bbwana ). Tq

KEK PANDAN QUAKER OAT

Assalamualaquakerikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin kongsikan kek yang aku buat minggu lepas iaitu Kek pandan quaker oat..banyak sangat kebaikkan oat..aku sendiri penggemar oat..aku makan macam bubur tu bancuh dengan susu tepung..sedap dan mengenyangkan..yang penting baik untuk menurunkan kadar kolestrol dalam badan kita ni..

Oleh kerana banyak lebihan oat di dapur , sebenarnya adik aku salah beli, dia beli oat pek biru sedangkan selalunya kami makan oat yang pek merah tu jadi tidak berapa di sentuh oat biru tu..maka aku jadikan kek..alhamdulillah sedap..bagi yang tidak makan oat tu boleh la try makan kek ni..sedap..


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK PANDAN QUAKER OAT


Boleh buat minum petang..best juga makan kek dengan secawan kopi o, teh o atau milo panas..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Kek ni teksturnya agak rapuh..mungkin dengan adanya oat dalam kek ni..tapi sedap la..kek rasa pandan bersama oat..Resepi aku intai di blog aneka rasa..tq. Aku kongsi resepi di bawah ni..

RESEPI: KEK PANDAN QUAKER OAT
SUMBER: ANEKA RASA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g mentega/marjerin
250 g gula halus
150 g tepung gandum
100 g quaker oat
4 biji telur
2 sk baking powder
1 sk pandan paste

CARA:
  1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung, baking powder, oat, dan pandan paste. Gaul.
  4. Bakar dalam suhu 180'C selama 50 minit - 1 jam.
-Selamat mencuba-




Okey la semuanya, sampai sini saja entri aku pada petang ni..sampai jumpa lagi..babai.

Sekian, wasalam.

OCT 10 DAYS CHALLENGE (DAY 10): 10 RANDOM FACTS ABOUT ME

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Horeyyy!! Cabaran terakhir..hari ke-10, paling senang..kacang!!! Hehe..

10 perkara yang korang harus tau tentang aku..

1. Sabahan blogger

2. Horoskop Aries

3. Paling penyabar

4. Minat gila dengan baking!!

 

5. Pecinta kucing

 

3 ekor kucing kesayangan kami..tapi sekarang ni sudah tinggal 2..endut dah sebulan hilang..sedih gila ni..huwaaa!!!

6. Suka tengok sinetron

7. Cheese cake lover

 http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com

Fuh, memang sedap gilerrrr!!!!

8. Suka membaca

9. Penyimpan rahsia yang baik

10.  Suka color pink, purple dan putih

Alhamdulillah cabaran 10 hari berjaya aku habiskan pada hari ni..legaaaaaa sangat..heheh..

Jemput baca:

-Tamat-

Sekian,wasalam.

Kuih getas-getas susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semuanya bersua lagi pada malam ni..tengah berehat dalam bilik..semalam lepas makan jeruk epal asam boi yang menggiurkan dan sedap tu, tiba-tiba aku terbayang sejenis kuih yang aku teringin mau makan..Haha, macam-macam punya teringin mengalahkan orang mengandung..:p

Lepas aku google dapat la resepinya, ni dia Kuih getas-getas..sebelum ni aku pernah makan..dijual dengan salut gula icing dan susu tepung..sedap giler..makan panas-panas..kenyal-kenyal pula tu memang best!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KUIH GETAS-GETAS SUSU
Sebelum ni aku memang nda tau apa nama kuih ni..selalu panggil kuih pulut ja..lepas tengok kak linapg tayang kuih ni di blog beliau, baru aku tau nama sebenar kuih ni..heheh..

Petang tadi aku mejalankan misi membuat kuih ni buat minum petang kami sekeluarga..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jom tengok resepinya..senang ja pun buat kuih ni sebenarnya

RESEPI: KUIH GETAS-GETAS SUSU
SUMBER: SERIPAYAKU.BLOGSPOT.COM
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
250 g tepung pulut
20 g tepung gandum
150 g kelapa parut putih
130-150 ml air
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Gula icing - untuk salut ( aku tambah )
Susu tepung - untuk salut( aku tambah )

CARANYA:
  1. Campurkan kedua-dua jenis tepung, kelapa parut dan garam.
  2. Tuangkan air sedikit demi sedikit.
  3. Gaul adunan hingga menjadi doh. Adunan jangan terlalu lembik
  4. Biarkan 10 minit.
  5. Ambil adunan dan bulat-bulatkan, bentuk lonjong dan leperkan. Letak dalam dulang/talam yang di sapu dengan minyak. Untuk elakkan adunan melekat.
  6. Goreng dalam minyak yang panas atas api sederhana. Perlu selalu dibalik-balikkan bagi mengelakkan kuih menjadi mengelembung dan meletup.
  7. Angkat dan toskan. 
  8. Salut kuih dengan gula icing dan susu tepung. ( aku guna susu tepung nespray ).
Bagi yang suka salut dengan sira gula, sila semak resepinya dibawah ni ya..

SIRA GULA:
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air

CARA:
  • Masukkan gula dan air kedalam kuali yang agak besar. Masak dengan api sederhana......api sederhana ye bukan api kecil atau api yang kuat.
    Jika anda perhatikan buih-buih tu mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak kebahagian tengah.
    Biarkan ia selama 7 minit.
    Apabila sudah 7 minit, cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari. Lekat-lekatkan beberapa kali.....ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa ia melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari. Kalau tak.....biarkan satu minit lagi. Ketika saya buat ia dalam 9 minit baru saya tutup api. So pastikan pada sukatan diatas, tempoh masak air gula supaya ia pekat adalah dalam 8-10 minit. Jika lebih 10 minit anda akan dapat gula hangus.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Selalu orang buat digaul dengan sira gula kan..kalian cuba pula salut dengan susu..gerenti ketagih makan..haha..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Yang ni disalut dengan sira gula..kurang cantik salutan tu di situ..nda pa..next time try buat lagi sira gula ni cantik-cantik..heheh..yang penting rasanya masih sedap..

Okey lah,sampai sini saja entri aku pada malam ni..jumpa lagi..bye..insyaallah mau blogwalking..kotak komen aku diserang oleh beberapa rakan blogger..sampai berpuluh komen..heheh, apapun aku suka dan terima kasih banyak kawan..chow..bye.

Sekian, wasalam.


OCT 10 DAYS CHALLENGE ( DAY9 ): 10 THINGS THAT I WANT TO DO

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Yes, cabaran hari ke-9, lalalala..mood happy ni sebab hampir habis cabaran aku sudah buat..

Hari ni, 10 benda yang aku teringin sangat mau buat..kena perah otak sikit cabaran ni..^_^

1. Buka kedai kek
 cartoon cupcakes : Cute shop or cafe design Illustration
 Impian aku untuk membesarkan lagi bisnes aku yang sedia ada. Aku ingin punyai kedai kek..kerana selama ni aku hanya beroperasi dari rumah sahaja. Insyaallah akan tercapai..

2. Berjaya dalam hidup

3. Jadi lebih baik

Berusaha untuk jadi yang lebih baik dari semalam

4. Kahwin

kredit: google
 Setiap orang akan mengimpikan benda ni..sapa la yang tidak mau kahwin kan..begitu juga dengan aku..kalian doakan aku semoga urusan ke arah itu dipermudahkan ya..

5. Bahagiakan my parents

Aku ingin lihat ibu bapa aku gembira dengan pencapaian aku dalam bidang yang aku ceburi ni..dan aku berusaha untuk jadi anak yang baik.

6. Balik masa silam

7. Sedarkan 'seseorang'

Aku ingin cakap pada 'sesorang' tentang janji dan kata-kata yang pernah diucapkannya dulu dan aku ingin katakan berhentilah menyalahkan dan mencari kesalahan  orang lain atas masalah yang sudah ia cipta sendiri sedangkan lebih baik ia melihat dan perbetulkan diri terlebih dahulu. Aku sudah penat melayan kerenahnya dan cubalah belajar untuk menerima keadaan dan aku tidak mau ada salah paham tercipta lagi..


8. Jadi professional baker

 

Aku ingin jadi profesional baker macam Buddy Valastro ( cake boss )..

9. Nak Cari duit lebih

Sebagai tabungan pada saat kecemasan dan juga untuk masa hadapan

 10.  Konsep Wasatiyyah

 Ingin bersederhana dalam segala hal

Cabaran ke-9 sudah selesai, esok adalah cabaran akhir, 10 random fact about me..

Sekian, wasalam.

 

Fenomena jeruk mangga/epal asam boi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam maal hijrah semuanya..aku mohon maaf pada semua rakan blogger dan pengunjung blog SRC jika selama aku dalam dunia blogging ni ada perkataan atau komen yang menyinggung hati kalian..maafkan aku ya..moga tahun baru ni jadi tahun yang lebih baik dari sebelumnya..insyaallah amin.

Okeylah, malam ni aku ingin kongsi tentang fenomena jeruk mangga/epal asam boi yang sedang hangat sekarang ni..sana-sini tayang jeruk..ui, terliurnya aku..Serius terliur!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Jeruk epal asam boi
Jadi petang tadi aku menjalankan misi mencari epal dan asam boi di kedai..hihi..sebab malas cari mangga boleh? :p


Bila sampai rumah aku terus buat jeruk ni..sekarang tengah sejukkan dalam peti sejuk..nda sabar sudah mau makan ni..ahaks..

Jom kita tengok resepi yang sangat simple ni..

RESEPI: JERUK EPAL ASAM BOI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN;

6 biji epal ( terpulang mau buka kulit atau tidak )
14 biji asam boi
Garam secukup rasa
3-4 sudu makan gula
6 biji cili padi dipotong - (lebihkan jika suka pedas)

CARA:
- Cuci epal dan potong. Simpan dalam balang/bekas
- Bubuh garam,gula dan cili padi potong ( aku x potong cili tu sebab mama dan anak buah x makan pedas )
- Goncang balang tersebut supaya semua bahan bercampur sebati.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 4 jam

- Selamat mencuba -

*Nota: Aku dapat sebalang besar untuk resepi ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Boleh la makan nanti sambil post entri/blogwalking/tengok tv dan lain-lain..kudapan sihat ni..banyak vitamin c..heheh..^_^

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada malam ni..babai..

Sekian, wasalam.

OCT 10 DAYS CHALLENGE ( DAY 8 ): 10 DREAM PLACE TO VISIT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dalam cabaran lepas, klik sini..aku pernah buat entri tentang tempat yang aku ingin pergi jika ada peluang..aku copy paste ja.heheh..cuma kurang 5..lebihnya aku tambah..

1. Piramid Giza, Mesir

Pyramids MESTI LIHAT! 7 BENDA AJAIB DI DUNIA!!
kredit:gilerkentang
  Benda ajaib di dunia..teringin sangat aku nak datang sana dan tengok sendiri piramid ni..

2. Tembok besar China

tembok besar china MESTI LIHAT! 7 BENDA AJAIB DI DUNIA!!
kredit: gilerkentang
 juga salah satu benda ajaib di dunia..memang teringin mau ke sana..

3. Taj Mahal, India

taj mahal wallpaper MESTI LIHAT! 7 BENDA AJAIB DI DUNIA!!
kredit: gilerkentang
 Lambang cinta Shah Jahan kepada isterinya, Mumtaz Mahal..nak tengok seni binanya..juga benda ajaib di dunia..

4. Gunung Kinabalu

MtKinabalu view from kundasan.jpg

Teringin aku mau panjat gunung ni..heheh, orang luar sudah naik, takkan aku sebagai orang Sabah belum lagi sampai..aduyai..paling jauh pun aku sampai di kaki gunung Kinabalu ja..pondok Timpohon..gate 1 untuk laluan ke gunung..kaki gunung pun giler sejukkkk!!! tapi memang best tengok keindahan ciptaan Allah..

5. Pulau Baros, Maldives


Kami sekeluarga suka jalan-jalan dan habiskan masa bersama, tempat ni cantik sangat dan nampak tenang..

6. Mekah
Setiap orang islam yang mampu akan datang ke sini untuk menunaikan haji. Begitu juga aku..insyallah..

7.  Jepun
Aku ingn melihat keindahan bunga sakura yang mekar di Jepun. Ni gara-gara terpengaruh dengan movie 'Para-para sakura' yang pernah top suatu ketika dulu..siap boleh hafal lagi gerak tari para-para sakura tu..huhu..

8. Seoul, korea
Cantik kan tempat ni..aku memang teringin mau pergi Seoul..

9. Paris

Sebuah ibu kota yang seringkali dikaitkan dengan cinta..teringin menjejakkan kaki di Effiel Tower tu bersama orang yang dicintai..hehe..^_^

10. Disneyland

Sebuah pusat hiburan keluarga yang terkemuka..teringin mau pergi bersama seluruh ahli keluarga..berhibur melepaskan tension..dan ingin menemui watak kartun kegemaran aku..suka tengok Mickey mouse & friends ni..best!!!

Cabaran hari ni sudah selesai, cabaran akan datang pula, 10 thing that you want to do..

Jemput baca:

Sekian, wasalam.