MUFIN KOPI BERCOKLAT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Selamat malam diucapkan pada semua pengunjung blog sweet red cherry..terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengunjungi blog ini..kunjungan anda amatlah dihargai. Malam ni aku siarkan entri Mufin..iaitu Mufin Kopi Bercoklat.

MUFIN KOPI BERCOKLAT
HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ), SEBIJI
Coklat yang aku gunakan di sini adalah coklat cips..kalau mengikut resepi guna coklat susu yang di potong-potong kecil..memandangkan aku tiada stok coklat susu, maka aku bubuh coklat cips ja la..okey apa kan..hihi..


Penggemar mufin, boleh la cuba mufin ni..sedap..ada rasa kopi dan juga coklat..



Jika anda ada sebarang komen..kami amat mengalu-alukan komen anda..sila post ja komen anda tu..tq..


Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila email atau telefon ja kami yang tertera di atas ini yek..Terima kasih.

BINGKA CREAM CRACKERS

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Hai..hai..kita bertemu kembali..hem, aku sedang berehat santai ni tguk sinetron kegemaran aku sekarang ni..apalagi kalau bukan Sinetron Yusra & Yumna..suka tguk semua pelakon-pelakon sinetron ni..sambil-sambil tu menyempat juga update blog..hihi..
BINGKA CREAM CRACKERS

Entri kali ni adalah Bingka Cream Crackers yang aku buat baru-baru ni..sebelum ni aku pernah juga buat bingka cream crackers ni tapi kurang menjadi la..kali ni aku menggunakan resepi yang lain pula dan alhamdulillah kali ni menjadi..yeah..suka..suka sangat.hihi..aku menggunakan roti cream crackers cap ping pong yang mana biskut ni dikisar halus bersama tepung..sedap la bingka ni..wangi biskut..


Selalunya bingka ni orang akan bubuh flavour pandan untuk rasa wangi dan juga warna hijau..tapi, aku hanya bubuh pewarna kuning ja. Apapun bingka ni memang sedap..

Biasanya bingka cream crackers ni di tabur dengan bijan di atasnya tapi sekiranya tiada stok bijan..tidak mengapa juga kalau tidak tabur..tiada masalah pun..tidak menjejaskan rasa bingka yang sememangnya sedap ni.


So, kita jumpa next entri pulak..bye..

APAM DOT COM

SALAM SEJAHTERA..


Buat kesekian kalinya aku memasukkan mengenai entri apam dot com ni lagi..suka betul buat apam ni..apalagi men'dot-dot' tu..bagi yang baru tau apam ni selain buat dot-dot di atasnya kita boleh juga deko macam-macam di atas apam ni..samada buat gambar kartun seperti angry bird, gambar binatang macam ladybird, bunga dan tulisan pun boleh juga..lagi kreatif la kalau buat macam tu kan..tapi, kalau mau buat dot-dot biasa tu tiada masalah la..terpulang pada diri masing-masing..tu adalah deko paling simple dan senang dibuat.

APAM DOT COM
HARGA RM 1 ( 3 BIJI ) SMALL SIZE
 Kali buat dalam 3 warna iaitu hijau, oren dan juga biru..


 Terdapat inti jem blueberi dalam apam ini..rasanya sedap..ada manis dan masam.
 Yang ni buat dalam versi small.

Kalau ingin menempah tu, terus ja email atau call ke no kami yang tertera di atas. Tq..

KUIH LAPIS SERI WANGI

Hai, assalamualaikum n salam sejahtera semuanya..

Minta maaf la sebab baru mau update blog lagi..bukan juga kerana sibuk..tapi, kerana line internet yang tidak berapa bagus..so, malas la mau menunggu kalau terlampau lama ni kan..


KUIH LAPIS SERI WANGI

Okey entri yang aku siarkan ni adalah kuih lapis lagi..tapi kuih lapis yang berbeza dari yang aku buat resepinya iaitu Kuih lapis seri wangi..em, bukan main lagi nama resepi kuih lapis ni kan..hehe..tapi, time salin resepi ni namanya memang begini..kuih lapis ni berperisa coklat dan pandan..haa, ni la membuatkan kuih lapis ni wangi..nampak cantik kan..rasa pun sedap cuma perlu perbaiki lagi bahagian me'layer' tu la supaya layer nampak sekata..

Di bahagian atas kuih lapis ni aku taburkan dengan sedikit gula ising..fungsinya sebagai hiasan..saja-saja la.hehe..


Bagi aku kuih lapis ni sedap dimakan selepas disejukkan dalam peti sejuk..lagi terasa sedapnya..












Untuk pertanyaan dan tempahan, sila email dan telefon ke no. kami yang tertera di atas. Terima kasih.

KEK PANDAN KELAPA

SELAMAT SEJAHTERA..


KEK PANDAN KELAPA




Untuk entri yang seterusnya ini adalah kek iaitu Kek pandan kelapa..aku suka google di internet untuk mencari resepi yang baru..last-last aku jumpa resepi ni dan kelihatannya agak menarik. So, aku pun cuba..ternyata kek ni sedap kerana gabungan pandan dan kelapa tu menjadikan kek ni bertambah sedap..


Kelapa yang aku gunakan adalah kelapa kering..


Bagi yang berminat untuk menempah tu sila la email atau telefon kami yang tertera tu yek..tq.

MUFIN MARBLE

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA..

Hello semuanya...

Hari ni aku agak rilek sikit..kurang keja yang perlu aku buat..so, dapat la duduk santai-santai depan tv..baiklah entri untuk hari ni adalah Mufin marble..mufin marble aku kali ni simple saja..aku bubuh pewarna merah dan hijau kemudian aku paipkan selang seli dan buat pusingan menggunakan lidi untuk mewujudkan kesan marble..mufin yang sedap dan senang dibuat..

MUFIN MARBLE
HARGA RM 0.80 ( MEDIUM ), RM 0.50 ( SMALL ) SEBIJI



Okey la..ni ja entri untuk kali ni. Kita jumpa pulak di entri seterusnya pulak ya..babai..

KEK COKLAT MUDAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..


Kebosanan melanda..tidak tau mau buat apa sekarang ni..selalunya kalau time-time begini aku layan sinetron di astro ria..apalagi kalau bukan tguk Nada cinta..tapi, lepas ja abis sinetron tu aku tidak berapa minat pula tguk cerita yang ganti Nada cinta tu..so, sekarang ni tangan aku ringan ja mau update blog..rancangan aku mau tidur tu aku tunda la dulu..lagipun, tidur time begini macam awal betul pula tu kan walaupun sebenarnya mata ni mengantuk..hehe..

KEK COKLAT MUDAH





Entri yang aku siarkan ni adalah kek coklat mudah..memang kek ni mudah dibuat macam namanya juga..sebenarnya kek ni perlu ada topping coklat di atasnya tapi kali ni aku tidak buat topping sebab kek ni memang sedap dimakan walaupun tanpa topping..lembut dan teksturnya sedikit lembab..memang sedap sangat..



Tapi kalau dapat makan dengan topping coklat lagi la umph..kek kejap ja abis licin..hihi..



Berminat dengan produk kuih-muih kami? Jangan malu dan segan, sila la email atau telefon no kami yang tertera di atas ini untuk pertanyaan mahupun tempahan. Terima kasih.

MUFIN PANDAN

SALAM SEJAHTERA...


Selamat petang diucapkan buat pengunjung blog sweet red cherry..terima kasih kami ucapkan kerana sudi mengunjungi blog kami ini..

Hem..mata ni buat hal pula time-time macam ni..rasa ngantuk pula..mungkin penat buat keja dari tadi pagi..so, sekarang ni macam suda 'low bat' pula..sebelum aku merehatkan mata aku ni..mari kita tguk entri yang aku publishkan untuk petang yang indah ini iaitu Mufin pandan..memang suda selalu sangat buat mufin ni tapi tidak pernah jemu kerana mufin ni sedap tau..moist lagi.Masa bake di oven tu memang keluar aroma pandan..wangi betul..
MUFIN PANDAN
HARGA RM 0.80 SEBIJI (MEDIUM), RM 0.50 ( SMALL )

Yang ni aku tabur dengan coklat rice..


Aku buat dalam dua saiz iaitu medium dan small..

Pertanyaan atau tempahan, terus saja email atau pun telefon kami yang tertera...terima kasih..
Okey la..kita jumpa di lain entri pula..wasalam.

KUIH LAPIS DWI WARNA

Hai, assalamualaikum dan salam sejahtera semua..


KUIH LAPIS DWI WARNA



Terus saja bercerita tentang entri yang aku siarkan ni iaitu kuih lapis dwi warna yang dibuat baru-baru ni juga..syukur la nampaknya kemahiran aku dalam membuat kuih-muih tradisional ni semakin meningkat..berkat rajin mencuba dan sikap tidak putus asa untuk mencuba menghasilkan kuih-muih tradisi ni dengan baik..dari segi potongan kuih pun semakin baik..kurang comot..lagipun, aku pernah terbaca tips untuk memotong kuih begini dan sejenis dengannya selain potong ketika betul-betul sejuk..kena potong pakai pisau plastik supaya potongan nampak cantik dan kemas..so, aku pakai la pisau potong kek harijadi..hehe..

Ni hasil kuih setelah sejuk dan dikeluarkan dari loyang.. 
Potong untuk melihat lapisan.. 
Syukur la..kuih lapis aku nampak cantik ja bila dipotong..kuih lapis ni agak tebal juga la..

Kalau ada yang ingin try dan merasa kuih ni, sila la order dan email atau telefon no. kami yang tertera di atas ini yek..tq.

CHOC.CUPCAKES WITH CHOC.FUDGE BUTTERCREAM

ASSALAMUALAIKUM W.B.T..

Hallo..hallo..kita bertemu kembali di blog sweet red cherry ni..okey la entri yang seterusnya ini adalah salah satu koleksi entri tertunda aku..Entrinya adalah Choc. Cupcakes with Choc. Fudge Buttercream frosting..em, bukan main panjang lagi nama entri ni kan..hehe..buatnya dalam minggu lepas..biasalah kan..sibuk memanjang.kalau ada masa pun dapat update beberapa entri  saja..jadi, makin banyak lagi la entri tertunda aku yang sedang 'queue' untuk disiarkan..

Okeylah..jom kita tguk gambar cupcakes..
CHOC.CUPCAKES WITH CHOC.FUDGE BUTTERCREAM
HARGA RM 1.50 EACH ( MEDIUM SIZE )

Ini adalah antara cuppies aku yang sangat laku dan banyak permintaan..
Jika anda juga berminat untuk menempah cupcakes ini samada untuk makan, birthday, hantaran atau doorgift..sila hubungi email kami atau no.telefon yang tertera di atas. Terima kasih.

KEK BATIK ARORA

SALAM SEJAHTERA...


KEK BATIK ARORA

Kek batik arora..secantik nama, seindah rupa dan sesedap rasa..wow, jangan main-main..hehe..apapun, cantik kan kek ni..aku suka betul buat apa saja kek atau kuih yang berwarna-warni..ntah kenapa tapi aku suka dengan warna yang colorful ni..ceria ja nampaknya..kek ni teksturnya lembut dan emm nyum-nyum..sedapp..


Ni first trial aku buat kek ni dan syukur alhamdulillah ianya menjadi..horeyy..hihi..kek ni memang senang membuatnya..


Untuk order, boleh email atau call kami di no telefon yang tertera di atas. Tq..

MUFIN KELAPA DENGAN BUTTERCREAM

Hai, semuanya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sekarang ni baru aku berpeluang untuk mengupdate blog kesayanganku ini..apa tidaknya, dari tadi pagi aku sibuk menyiapkan kek, mufin, cupcakes, apam dan bingka..semua yang aku  buat ni adalah tempahan dan seperti biasa untuk jual di tamu dan restoran..so, entri aku pada petang ni adalah Mufin kelapa..mufin ni memang sedap la ada rasa lemak kelapa tu..kelapa kering aku warnakan dengan 3 pewarna iaitu merah, kuning dan hijau..aku bubuh kelapa yang bewarna ni dalam adunan mufin..actually, dalam resepi tidak suruh warna tapi aku saja suka-suka bagi pewarna supaya nampak meriah sikit isi dalam mufin..hehe..
MUFIN KELAPA DENGAN BUTTERCREAM
HARGA RM 1.50 EACH ( MEDIUM SIZE )

Mufin ni aku paipkan dengan buttercream kemudian aku taburkan dengan kelapa kering yang telah diwarnakan..nampak menarik kan..

Ni la rupa mufin kelapa cream..ni buat versi  kecil ( small )


Harga mufin tanpa cream adalah rm 0.80 sebiji ( medium ), rm 0.50 ( small )..harga boleh dirundingkan..







 

Ada juga mufin yang aku taburkan dengan coklat rice dan juga sprinkle beads..


Yang ni sedia untuk dijual..
Kalau ada yang teringin untuk mencuba mufin dengan buttercream ni, jangan la malu untuk menempah dengan kami yek..sila email atau telefon kami di nombor yang tertera di atas ni. Terima kasih..

KEK LAPIS KUKUS VELVET HAWFLAKES LAGI

ASSALAMUALAIKUM W.B.T & SELAMAT SEJAHTERA...


Entri aku untuk malam ni adalah kek lapis yang sering aku buat iaitu Kek lapis kukus velvet hawflakes..sudah beberapa kali aku siarkan mengenai kek ini. Aku memang rajin buat kek lapis ni..memang perlu sabar la kerana mengambil masa untuk mengukus selapis demi selapis..kek yang sangat sedap dan mempunyai rasa masam manis kerana adanya hawflakes yang disusun di lapisan kek..

KEK LAPIS KUKUS VELVET HAWFLAKES
Di atas kek aku buat corak marble supaya kelihatan menarik lagi..



Okeylah..kita berjumpa di entri yang lain pula la ya..selamat malam..