Aktiviti Jualan Bazar Belia Youth Corner, Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kembali menjalani rutin membuat kuih/kek untuk jualan seperti biasa..sekarang ni aku tengah berehat..

Okey, kali ni aku mau kongsikan entri jualan bazaar belia yang aku join pada hujung minggu lepas..alhamdulillah, mendapat sambutan walaupun agak kurang promosi..

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Ni adalah antara "Hot seller" di booth Sweet red cherry..pelbagai kek budget yang aku jual..

Kek cheese leleh bentuk bar ( vanilla/ coklat/ strawberi )
Kek cheese leleh (kontena)
Kek red velvet cheese leleh (kontena)
Kek coklat moist (kontena)
Cupcake coklat dengan buttercream

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Layan ja gambar posing my niece, Mimie..gambar aku tak ada..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Antara booth di Youth Corner, Sipitang..

Insyaallah pada bulan hadapan akan ada karnival jualan lagi..insyaallah SRC akan join..

Terima kasih buat teman-teman blogger yang bagi kata-kata semangat/dorongan dan doa kalian pada aku..aku sangat menghargainya..

Sebarang pertanyaan mengenai produk kami, sila hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp. Tq


Sampai jumpa lagi di lain entri..bye

Sekian, wasalam.

Rezeki tempahan katering

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. Malam ni dapat update blog dengan santai..sambil baring..heheh.. Badan masih lagi rasa letih penangan sibuk panjang baru-baru ni..

Ketika dalam sibuk menyiapkan kek jualan, kek kahwin dan kek birthday tiba-tiba dapat tempahan mini katering dari ADUN Sipitang..alhamdulillah rezeki jangan ditolak kan..

Antara yang di tempah adalah Mee goreng, Minum goreng, Kelupis, Kek minyak dan dia jenis minuman panas iaitu Nescafe dan teh..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih kerana menempah dengan kami..Sebarang kekurangan mohon dimaafi..

Okeylah, sampai sini saja entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi..

Psst..aku dah mula blog walking..pada yang belum tu, tunggu kedatangan aku ya..daaaa

Sekian, wasalam




Segmen: Topup Giveaway by SukaGelak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join segmen ni..mana tau ada rezeki menang topup pula kan ^_^

End: 5 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
 http://juliajamaludin.blogspot.com/2015/03/segmen-topup-giveaway-by-sukagelak.html

ORDER KEK BIRTHDAY: KEK COKLAT FRESH CREAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah...akhirnya dapat juga aku update blog hari ni walaupun badan masih penat setelah menjalani beberapa hari yang sangat sibuk..semuanya berjalan dengan lancar dan syukur alhamdulillah, murah rezeki..

Banyak yang aku nak kongsi tapi biarlah satu-satu aku cerita..hari ni aku mau kongsikan tempahan kek pada hari jumaat baru-baru ni..

Di tempah oleh Nurul Nabilah untuk mama tersayangnya, Monica..Kek coklat fresh cream..Thanx banyak..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT FRESH CREAM
TOPPING: COKLAT GANACHE
BERAT: 1KG
HARGA: RM50

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Segala kekurangan mohon dimaafi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jika berminat, sila hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp
Lokasi penghantaran: Sekitar kota kinabalu, beaufort dan Sipitang.

Okeylah, sampai sini saja..jumpa lagi..

Sekian, wasalam.


Jom ramai-ramai ke Bazar Belia, "YOUTH CORNER" Sipitang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat kesekian kalinya, Bazar Belia Sipitang, dimana sekarang ini dikenali sebagai Youth Corner, dibawah seliaan Kementerian Belia & Sukan mengadakan aktiviti jualan bulanan..

Aktiviti ini dianjurkan bagi membuka peluang pada para belia untuk memperkenalkan produk yang diniagakan pada orang ramai di luar sana..

TARIKH: 28&29 MAC 2015
LOKASI: TEMPAT LETAK KERETA BERSEBELAHAN SHELL SIPITANG

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Pelbagai produk yang dijual seperti aneka kuih-muih tradisional/moden, kek, cupcakes, bun, minuman, pakaian, produk kecantikan dan pelbagai lagi.

Aku salah seorang yang menyertai aktiviti jualan ni..pada yang teringin nak makan kek budget dengan harga yang murah bolehlah datang ke 'booth' jualan SWEET RED CHERRY..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom singgah booth jualan Sweet red cherry!! ;D

P/s: aku tengah sibuk menyiapkan tempahan kek birthday, kek kahwin, kek jualan dan menghadiri majlis kahwin sepupu aku. Jadual sangat padat!! Tak mampu nak 'bw'..harap maaf..doakan semuanya berjalan dengan lancar. Tq

Sekian, wasalam.

Giveaway 2015 Jubah, dress, leggings oleh Norzi Beautilicious House

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang  sangat menarik ni..apa yang menarik 11 barangan bakal dimenangi..jom la join mana tau ada rezeki kan..

End: 12 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Norzi Beautilicious House blog giveaway abaya jubah

TAG:

TESTIMONI BESHINE PREMIUM DRINK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agen ID: D2-HBS 0464

Alhamdulillah...Laju ja order masuk nakkan Beshine premium drink ni..ternyata dengan mengamalkan pengambilan Beshine dapat merawat pelbagai jenis masalah..paling best, hanya dengan 1 produk pelbagai masalah dapat di atasi..harga Mampu Milik pula tu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Antara masalah yang boleh diselesaikan dengan Beshine premium drink:

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Lihat kebaikkan Beshine premium drink >> 32 Kebaikkan BESHINE <<

Jom lihat testimonial pengguna Beshine premium drink:

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Testimoni 3:


Testimoni4:


Testimoni 5:


Testimoni 6:


Testimoni 7:

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Pengalaman aku sendiri setelah habis 3 botol Beshine premium drink: ( aku pakai baju yang sama supaya senang lihat perbezaannya )
  • Rasa lebih bertenaga
  • Kulit lebih cerah sekata seluruh badan
  • Pipi kelihatan 'pinkish', tak perlu pakai 'blusher'
  • Lebam bawah mata semakin cerah
  • Parut jerawat semakin pudar
  • Rasa kenyang berpanjangan
  • Pembuangan lawas
  • Rambut gugur sudah berkurangan
  • Kuku lebih sihat dan color pink
  • Berat badan dah normal ( sebelum ni 'underweight' )
  • Dah tak sakit sengugut
  • Tumit kaki cantik, tak merekah
Memang happy sangat bila banyak perubahan positif yang telah aku dapat dengan mengamalkan Beshine premium drink..sangat teruja dan pasti akan meneruskan pengambilan supplemen ni..dan banyak yang dah 'repeat' order BESHINE ni...

 Alhamdulillah, jika konsisten amalkan supplemen Beshine premium drink ni, anda juga boleh menjadi seperti mereka yang telah berjaya menjadi cantik dan sihat!!


Apa tunggu lagi..Jom order sekarang!!! 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

 HARGA BARU:
SM: RM89
SS: RM95

 + POSTAGE:
SM: RM13
SS: RM9
 HARGA NILAI BELIAN JIMAT!!!
BELI 3 BOTOL
SM: RM255
SS: RM270

CARA ORDER: HUBUNGI 012-8244251 ( Bbwana ) WhatsApp.
@
Email: sweetred_cherry@yahoo.com














Terima kasih Kak Suria Amanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tadi pagi terima sampul surat bewarna coklat..tertanya-tanya juga dari siapa sebab sekarang ni aku tengah tunggu hadiah dari beberapa blogger hasil aku join segmen dan giveaway..

Dapat keychain dan 'name card'..terima kasih banyak ya Kak..

Bila buka sampul, alhamdulillah hadiah pengomen tegar bulan februari dari Kak Suria Amanda dah pun selamat sampai..

Comel kad ni..siap ada gambar Kak Suria lagi..

Dan sekeping nota dari kak SA..

Jom la terjah blog kak Suria>>Suria Amanda<<

Sampai sini entri aku pada hari ni..jumpa lagi..

p/s: minggu ni sangat-sangat sibuk..maaf tak sempat nak terjah blog kawan-kawan..tapi, kalau ada masa aku lawat korang ya ;D

Sekian, wasalam.



JOM ORDER BESHINE PREMIUM DRINK!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agen ID: D2-HBS 0464

Alhamdulillah..Kini Beshine premium drink sudah semakin dikenali ramai dan sudah banyak yang tahu tentang kebaikkan Beshine ni..stok di butik pun cepat ja telajak habis ..terima kasih semua..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Beshine terbaru yang telah di upgrade..lebih banyak dan 5x ganda keberkesanan!! Jom jadi cantik, sihat dan beraura positif dalam hanya 3 minggu!!

Pada yang tak tahu tu, jom lihat kebaikkan Beshine premium drink:

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Cara minum Beshine premium drink:

1. Campurkan 1/2 scoop atau 1 scoop serbuk beshine dengan 200ml air sejuk.
2. Ambil 1/2 atau 1 scoop dan kemam.
3. Ambil 2x sehari. Pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur.

10 Tips untuk keberkesanan yang SUPER CEPAT:
  1. Banyakkan minum air bersih. Sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
  2. Elakkan atau kurangkan minuman berkafein ( kopi/nescafe )
  3. Elakkan atau kurangkan minum air kelapa
  4. Makan/minum supplemen waktu perut kosong.
  5. Makan/minum supplemen pada waktu period walaupun pada kadar serapan paling sedikit kerana ia membantu menstabilkan hormon bagi masalah kulit.
  6. Makan makanan seimbang
  7. Konsisten makan/minum supplemen.
  8. NIAT POSITIF PEMANGKIN KEBERKESANAN. Selawat 7x ketika bancuh atau makan supplemen, Niat " aku makan supplemen ni supaya aku makin sihat dan makin cantik, insyaallah ".
  9. Wajib yakin dan jangan ragu-ragu dan putus amalkan supplemen.
  10. PILIH SUPPLEMEN TERBAIK.
* INI BUKAN PANTANG!! Cuma ini perlu diamalkan untuk kesan yang cepat dan terbaik. Andai tidak ikut, produk masih berkesan tapi tidak secepat dengan orang yang jaga pemakanan.


http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

 HARGA BARU:
SM: RM89
SS: RM95

 + POSTAGE:
SM: RM13
SS: RM9

 HARGA NILAI BELIAN JIMAT!!!

BELI 3 BOTOL
SM: RM255
SS: RM270

Anda masih tercari-cari suppleman untuk kulit yang cantik, slim, beraura positif dan badan yang sihat? BESHINE PREMIUM DRINK adalah penyelesaiannya. HARGA MAMPU MILIK!! Jom dapatkannya..

PERINGATAN!!!
SILA DAPATKAN/BELI/ORDER DENGAN AGEN/STOKIS BESHINE PREMIUM DRINK YANG SAH SAHAJA!!!

CARA ORDER: HUBUNGI 012-8244251 ( Bbwana ) WhatsApp.
@
Email: sweetred_cherry@yahoo.com





First Giveaway By Aishah Badrulhisham

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join simple ga by Aishah ni...syarat pun simple-simple ja..jom suport dan meriahkannya..

End: 3 April 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://myownlifemyself.blogspot.com/2015/03/first-giveaway-by-aishah-badrulhisham.html

FIRST GIVEAWAY DARI BLOG " ALL ABOUT ME & MY LIFE "

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join GA yang simple ni..syaratnya pun mudah saja..jom support..

END: 14 APRIL 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://yanishak.blogspot.com/2015/03/first-giveaway-by-blog-all-about-me-my.html?m=0

URAP PEGAGA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Minggu yang sangat sibuk..macam-macam perkara yang perlu diuruskan..sekarang ni aku ambik kesempatan 'update' blog kejap supaya blog tidaklah sunyi sangat..

Hari ni aku kongsikan salah satu menu hidangan tengahari tadi..aku buat Urap pegaga..first time tengok di blog Kak Farrah..terus terliur..terus pasang niat nak buat.hari ni baru kesampaian..memang sedap lagipun aku memang suka makan pegaga..urm..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi aku intai dari tower Kak farrah..tq for sharing kak..^_^ ..aku kongsikan resepinya di sini..jom semak..

RESEPI: URAP PEGAGA
SUMBER: FAMF TOWER
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Segenggam daun pegaga
4 ulas bawang merah, dimayang
1 ulas bawang putih
Serbuk kunyit- aku guna 3 hiris kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
2-7 biji cili padi, di potong
1/4 kelapa diparut, sangat
Sedikit garam

CARA:
  • Bersihkan daun pegaga dan potong pendek
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tidak perlu lumat.
  • Panaskan kkali dan tuang sedikit minyak. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi.
  • Masukkan daun pegaga. Masak hingga layu.
  • Kemudian Masukkan kelapa parut dan cili padi. Perasakan dengan garam. Matikan api. Sedia untuk dihidangkan.

- Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pegaga ni selalu aku buat ulam dengan sambal belacan atau buat sambal asam limau..sekali sekala buat urap pun sedap juga..suka, suka, suka...heheh..

Okeylah, samapi sini saja..jumpa lagi di lain masa..insyaallah.

p/s: semalam dah 'bw' beberapa blog teman-teman..bila ada masa free aku sambung 'bw' ya..daaaa..

Sekian, wasalam.



NAK LINK BLOG BOLEH ?? #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join segmen ni..mudah ja..sambil support rakan-rakan dapat juga kenalan baru dan dapat naikkan trafik blog korang..

http://myimpiannaad.blogspot.com/2015/03/nak-link-blog-boleh-1.html

BIRTHDAY CAKE: YAM CAKE FOR MY SIS, Liza..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni aku buatkan Yam Cake sebagai kek birthday untuk my sis Liza..selalu aku buat yam cake untuk customer..jadi kali ni aku buat untuk kami makan..heheh.. memang layan habis..

Kami 'celebrate' di rumah saja dan buat makan-makan yang simple..beli KFC ja..walaupun simple janji hati happy..^_^…

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

YAM CAKE
BERAT: 1KG
HARGA: RM50
HIASAN: BUAH CERI

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Sedap kek ni..rasa macam aiskrim yam pun ada..Jom order!! :D


My beloved sister, niece & nephew..

Waie dan putri la selalu meriahkan acara potong kek..semangat betul depan kek!!! Kikiki..


Jamu mata..^_^

Okeylah sampai sini saja entri kali ni..jumpa lagi nanti..


Berminat untuk order: Hubungi 012-8244251(bbwana) whatsApp. Tq

P/s: mohon maaf, aku tak sempat 'bw' lagi..masih ada urusan yang perlu diselesaikan..


Cucur susu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku mau kongsikan satu resepi yang sangat mudah dan paling  penting sedap pula tu..^_^

Kelmarin aku buat Cucur susu buat kudapan minum petang kami sekeluarga..anak-anak buah aku sangat suka makan..dorang la yang bersemangat betul makan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kalau teringin nak buat, jom intai resepinya..

RESEPI: CUCUR SUSU
SUMBER: AZLITA AZIZ
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN : 
3 cawan tepung gandum
1 sk garam
1/2 susu pekat manis 
3 cawan air panas

CARA:
  • Masukkan tepung gandum dalam mangkuk. Bubuh garam
  • Kemudian masukkan susu pekat manis.
  • Tuang air panas dan gaul dengan senduk kayu. Kacau hingga sebati. Biar sejuk
  • Panaskan minyak dalam api yang sederhana
  • Jemput adunan guna tangan. Banyak adunan sebesar bola golf.
  • Goreng hingga keemasan. Sentiasa dibalik-balik supaya cucur kembung dengan cantik.
  • Angkat dan toskan
-Selamat mencuba-
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Senang kan? :)

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Layan cucur susu ni memang best..sambil pula hirup kopi 'o' panas..erm..nikmat rasanya..tak sedar dah banyak masuk mulut..

Okey lah semua, sampai sini saja entri aku pada hari ni..sampai jumpa lagi..dadaa..

p/s: minggu ni dan minggu depan aku agak sedikit sibuk, aktiviti 'blogwalking' jadi tergendala sebentar..mana yang sempat aku terjah, mana yang tak sempat tu harap bersabar ya..terima kasih atas kunjungan kalian ke sini..aku sangat hargai kalian.

Sekian, wasalam.



JOM JOIN CONTEST: HIJAB. LET'S WEAR IT RIGHT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak promosikan satu contest yang sangat menarik tau iaitu Contest: Hijab. Let's Wear It Right  terutamanya buat kaum muslimah..contest ni anjuran seorang rakan blogger, cik enonimus. 

Aku merupakan salah seorang sponsor untuk contest ni..mohon jangan pelik ya..walaupun aku seorang yang 'freehair', tapi tak salah aku promosikan perkara yang baik kan..insyaallah, aku juga pasti akan mengenakan hijab satu hari nanti..saatnya pasti akan tiba..kawan-kawan doakan aku ya..tq. : )

END: 30 APRIL 2015
 
KLIK BANNER UNTUK JOIN
http://lovingnur.blogspot.com/2015/03/contest-hijab-lets-wear-it-right_13.html


Syarat-syarat penyertaan:
  1. Muslimah.
  2. Mempunyai sama ada blog, instagram ataupun facebook. 
  3. Ikut syarat-syarat dan cara-cara penyertaan.
  4. Berakal. Eheh.
Apa yang menarik??
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan ucapan dakwah paling superb
  • Sebanyak 85 hadiah menanti anda!!
Jom ramai-ramai join dan support contest ni..

 "Jika kita mahu orang yang sempurna sahaja untuk menyampaikan dakwah, nescaya tiada pendakwah di muka bumi ini."



Telur gulung cornbeef

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siapa yang pernah makan cornbeef? Sedap kan..dulu masa tinggal menyewa bersama BFF aku, Lia selalu buat Telur gulung cornbeef..tu pun masa bulan 'tua' sebab selalunya kami makan di luar..nampak tak kemalasannya di situ tapi sekarang ni baru rajin masak..yalah orang perempuan macamana pun tinggi belajar kena la pandai masak kan ;D

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Resepi pun sangat mudah..budak sekolah rendah pun boleh buat ;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Jom intai resepinya pula

RESEPI: TELUR GULUNG CORNBEEF
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Cornbeef dalam tin
Bawang besar, dihiris
1 biji telur
Sedikit garam

CARA:
- Tumis bawang besar hingga naik bau
- Masukkan cornbeef. Ikut banyak yang disukai. Masak hingga lembut.Matikan api.Ketepikan.
-  Goreng telur dadar kemudian letak cornbeef di tengahnya dan gulung telur tersebut.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.

- Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Ni makan makan malam aku yang sangat sempoi..masak telur gulung coornbeef, makan dengan nasi dengan hirisan timun dan cicah sos cili..hehe..alhamdulillah kenyang..syukur..


Okeylah ya, sampai sini saja entri pada hari ni..jumpa di lain entri pula ya..

Sekian, wasalam.

Segmen Bloglist by JINDRISSKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom sama-sama join dan support segmen adik manis Aisya pemilik blog Jindrisska..

Sebanyak 20++ blog dicari sebagai pemenang untuk disenaraikan dalam blogslist beliau..jom cuba nasib..

END: 19/03/2015

http://jindrisska.blogspot.com/2015/03/segmen-bloglist-by-jindrisska.html

p/s: kak wana join dan support aisya tau..dapat masuk bloglist tak?? ;p

Resepi Kuih Puteri Mandi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku ingin kongsikan satu lagi kuih-muih tradisi yang aku suka sangat makan..Buat yang tak pernah tengok tu, inilah dia Kuih Puteri Mandi..memang salut dengan kelapa yang di masak dengan gula perang atau gula biasa..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kuih ni memang kering..tak letak santan atau sebarang kuah..di sini senang jumpa kuih ni . Contohnya, di tamu-tamu..

Jom lihat resepinya..

RESEPI: KUIH PUTERI MANDI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:

1 bungkus tepung pulut
Air secukupnya, untuk menguli
Kelapa parut, dari 1 biji kelapa
Gula halus secukupnya

CARA:
- Goreng kelapa parut dan gula halus tanpa minyak. Guna api sederhana.
- Goreng hingga perang
- Bancuh tepung bersama air. 
- Uli hingga menjadi doh yang boleh digentel bulat. 
- Panaskan air dan bubuh sedikit garam dalam periuk.
- Bila mendidih, masukkan doh yang digentel bulat sebesar guli.
- Bila doh timbul dipermukaan, angkat dan toskan.
- Golekkan kuih dalam kelapa parut yang telah digoreng tadi.
- Siap

- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Boleh rujuk gambar..

Senang ja buatkan..bahan pun simple ja..try la buat..Jangan buat besar sangat nanti susah nak telan..hihi..

Okeylah, aku nak siapkan kek ni..sampai jumpa lagi..dadaaa!!!

Sekian, wasalam.