Hai, salam ceria dan selamat petang diucapkan buat semua teman dan pengunjung SRC yang disayangi..hari ni sudah agak sihat sedikit berbanding kemarin..kepala pula nda la sudah berdenyut-denyut macam kemarin..
Untuk hari ni, aku mau kongsikan satu resepi kek yang telah aku buat dalam minggu yang lepas..pernah buat kek ni sebelum ni tapi belum pernah tayang di sini..resepinya cukup simple dan sedap pula tu.. Bahan-bahannya pun cari ja di dapur tu..sikit ja bahan untuk buat kek ni kan. Keknya adalah Kek Susu Kukus..teksturnya memang moist dan terasa lemak manis susu tu..sesuai dimakan untuk minum-minum petang atau ikut suka masing-masing la kan kalau mau makan bila-bila masa..nda la semestinya time minum petang ja boleh makan kek ni..haha ..resepi ni aku google di internet..lupa pula dari sapa aku ambik resepinya..maaf la ya..hihi..
KEK SUSU KUKUS |
Tengoklah tekstur keknya..gebu dan cantik ja kan..Kek rasa susu yang sedap..
Ni aku kongsikan resepinya di bawah ni. Jom kita semak sama-sama.
RESEPI: KEK SUSU KUKUS
DI CUBA OLEH: SWEET RED CHERRY
BAHAN:
125 g butter
3 biji telur
1/2 cwn gula halus
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
3/4 cwn susu pekat manis
1/4 sk esen vanilla
1/4 cwn susu cair / air
2 sk ovallete
CARANYA:
- Pukul butter dan gula halus sehingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu. Masuk esen vanilla. Putar lagi.
- Masuk ovallete. Putar adunan.
- Masukkan tepung selang seli dengan susu cair/air.
- Tuang dalam Loyang yang telah digris dengan minyak dan lapik dengan baking paper.
- Kukus adunan selama 30-45 minit atau hingga masak.
- Selamat Mencuba-
Mudah ja kan cara buatnya..
So, berakhir suda entri aku untuk hari ni..kita jumpa lagi di entri yang lain pula ya..tunggu..babai..
Msti moist ni kan...simpel je buatnya...
ReplyDeleteyalah kak..best juga buat kek yang simple2 tapi sedap ni..kek ni memang moist kak..try la nanti.
Deletekek susu...suka bau susu..tidak kat hubby ha..ha..
ReplyDeleteyalah kan kak..x semua org sukakan susu..
DeleteNampak macam sedap je kek susu ni..... Wana. Bolehlah dicuba nanti.
ReplyDeleteMemang sedap kek ni..sila la try ya..;)
DeleteSedap ni. bahan pun ade..
ReplyDeleteOk nnti nur as try la bt ya
Deletesusu tin ke kotak..br nk try nie sis
ReplyDeleteUntuk susu pekat manis tu guna yg dlm tin.utk susu cair pula, guns dlm kotak ( cth: dutch lady)pun boleh..tin pun boleh(cth:susu sejat f&n)
DeleteWah ! Nak mencubalahh ツ
ReplyDeleteKalau tiada tepung naik sendiri,bagaimana ya kak?
ReplyDeleteOk kalau x tepung naik sendiri boleh guna tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder. Try la buat.. :)
Delete