Akhirnya terjebak juga dengan OAT CHOCO!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah syukur..hari ni sudah masuk 2 ramadhan, hari kedua seluruh umat islam berpuasa..rasa seronok berpuasa..terdapat pelbagai ganjaran yang kita dapat dalam bulan yang penuh barokah ni..semoga hari-hari seterusnya boleh dijalani dengan baik serta dapat melakukan pelbagai amal kebaikan..insyallah, amin..

Baiklah, entri aku pada malam ni bukanlah entri resepi atau order..cuma mau kongsikan tentang Oat Choco yang menjadi fenomena sekarang ni..sana-sini bercakap tentang oat choco ni dan banyak juga teman blogger yang tayang pasal ni..aku mula-mula tu macam nda kisah tapi bila tengok ada ja cerita pasal oat choco ni buat aku jadi teruja pula mau merasa..hati ni bagai digaru-garu pula ingin mendapatnya..huhu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Akhirnya, aku pun terjebak sama membeli oat choco ni..hihi..di sini sangat susah untuk dapatkan benda ni..kalau ada pun harganya sangat mahal hingga mencapai rm18 - rm22..adui, nda sanggup aku beli..mahal betul..sabar ja la..ada sepupu bagitau di Labuan ianya dijual dengan harga yang sangat murah iaitu rm6.50..hum, malas pula mau bejalan jauh-jauh semata-mata untuk dapatkan benda alah ni..hihi, tapi mungkin nasib aku baik..aku jumpa oat choco ni di satu tempat dengan harga rm10.90..ok, boleh la kan..masih murah lagi sebab kepingin betul mau makan ni..haha..^_^


Ternyata memang tidak sia-sia aku dapatkan oat choco ni sebab bukan saja rasanya sedap dan ranggup dimakan..tapi ia juga mempunyai protein dan vitamin..so, bagus la makan snek macam ni kan..

Okey la, sampai sini saja entri aku pada malam ni..sampai jumpa lagi di lain entri..bye, wasalam.

'Ramadan Giveaway by WeLoveSusuIbu ( Pengedar Shaklee Paling Popolar )'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom teman-teman join GA yang menarik ni yang di anjurkan oleh WeLoveSusuIbu..

Hadiah pun best-best tau..

Hadiah 1st - Voucher Tunai Zalora Rm150
Hadiah 2nd - Duit raya Rm40
Hadiah 3rd- Duit raya RM20

Tamat pada 18 julai 2014

 http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/06/ramadan-giveaway-by-welovesusuibu.html

Menang keychain GA pertama & sambutan hari lahir anak bongsu ana yg ke2 tahun

Assalamualaikum dan selamat malam..

Hai semuanya, malam ni aku mau bt quick entry ja..hadiah Ga yang aku join tempohari sudah pun sampai..hadianya adalah keychain turtle color purple yang comel bertulis pangkor..walaupun kecil, tapi bermakna buat aku sebab ni pertama kali menang GA..huhu..apapun thanx ya Ana..jom la blog walking ke blog Ana..kita merapatkan ukhwah sesama blogger..http://adna2029.blogspot.com.



Okey la ya, sampai sini entri aku pada malam ni..bye..sekian.

TEMPAHAN KEK FATHER'S DAY: KEK FRESH CREAM COKLAT & EGGLESS MOIST CHOC. CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, selamat malam semuanya..mengambil kesempatan untuk post satu entri sebelum tidur..hihi, sempat lagi kan..satu lagi entri tertunggak yang aku siarkan pada malam ini..tempahan adalah dari sepupu iaitu cyah, dia request Kek coklat fresh cream sempena sambutan father's day yang lalu tu untuk suami ( aming ) dan bapanya ( En.Mat Nor )..dan tempah Frozen theme cupcakes( chocolate moist cupcakes ) untuk anak-anaknya yang minat gila dengan kartun ni..hihi..to Lela & Yaya.. 

Jom layan gambar..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
 CHOCOLATE FRESH CREAM CAKE
HARGA: RM48 ( 1 KG )
HIASAN: MARASCHINO CHERRIES, COKLAT RICE & COKLAT CIP



http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FROZE THEME CUPCAKES
 FROZEN THEME CUPCAKES
CUPCAKES COKLAT MOIST WITH FRESH CREAM FROSTING
HARGA: RM 2.50, PCS
SIZE: MEDIUM

Yang ni pula anak buah aku yang request minta buatkan..dia minta kek yang simple-simple ja..so, masa tu aku memang sangat sibuk..so, ni la jadinya kek yang simple aku buatkan untuknya iaitu Eggless moist choc.cake with coklat topping..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
EGGLESS MOIST CHOC.CAKE


Apapun, terima kasih kerana mengorder dengan kami ya..

Okey la, sampai sini saja entri aku malam ni..di kesempatan ni aku ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan dan selamat berpuasa..

Tempahan atau pertanyaan, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp.Tq

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join segmen kapas putih ni..sapa yang join akan dimasukkan dalam bloglist..boleh la menaikkan trafik blog korang kan..

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist

ORDER KEK BIRTHDAY: FROZEN THEME CAKE

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Salam ceria dan salam manis diucapkan buat semua yang bertandang ke sini..minta maaf la ya sebab on off update blog..kesibukkan yang melanda sekarang ni buatkan aku tidak sempat post entri baru hari-hari..apapun, semua ni rezeki..syukur la..bila ada masa sekejap, aku akan post entri mana yang sempat ya kawan-kawan..

Okey lah, hari ni aku mau kongsikan entri kek birthday iaitu Frozen theme cake..kartun yang jadi fenomena dan jadi kegilaan anak-anak sekarang ni..semua benda kalau boleh mau yang ada gambar karekter kartun ni..huhu..sebenarnya, aku pun minat juga..haha..Kek ni ditempah oleh kakak sepupu tersayang, kak adi untuk anak saudara iaitu Dhiyan yang menyambut ulangtahunnya yang ke-7 tahun.sambutan memang meriah sebab semua keluarga, sepupu dan anak-anak buah berkumpul kerana kebetulan pada hari tersebut kami mengadakan majlis kenduri arwah dan sambutan bulan ramadhan..jadi, memang happening dan pening juga melayan karenah anak buah yang ramai..hihihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
FROZEN THEME CAKE
 FROZEN THEME CAKE
KEK: FRUIT COCKTAIL CAKE + EDIBLE IMAGE
BERAT: 1KG++
HARGA: RM58

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Laju ja habis kek ni..yang lucunya..setiap sorang mau potongan kek ni yang ada gambar..gambar ada 8..abis mau potong kek kepada 8 bahagian ja ka?so, yang lain tak dapat makan kek ni? huhu..


Tengok la aksi anak-anak buah bila dapat berkumpul semua dan potong kek..semua nampak teruja mau memotong..sorang-sorang excited bila nampak gambar frozen ni..^_^


Birthday girl ( tengah baju merah ) di apit sepupu-sepupunya.."Happy birthday 7th to Ifti Liyana Dhiyan Zahra Bte Zoolhilmi..semoga jadi anak yang pintar, anak yang baik dan solehah..amin"

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BERMINAT UNTUK ORDER? SILA HUBUNGI TALIAN INI UNTUK INFO LANJUT, 012-8244251 ( BBWANA ), CALL/SMS/WHATSAPP. TQ.

Sampai sini saja entri aku pada hari ni ya, jumpa lagi di lain entri..sekian.

MAJLIS BACAAN DOA & MAKAN-MAKAN KENDURI ARWAH IBU SAUDARA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Selamat pagi semuanya..alhamdulillah bersua kembali pada pagi isnin ni..sebelum melakukan kerja, aku mengambil kesempatan untuk mengupdate blog..thanx pada kawan-kawan yang telah bertandang ke sini dan tinggalkan komen..tidak lupa juga buat pengunjung SRC..tqtq.

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan majlis bacaan doa dan makan-makan sempena kenduri arwah makcik iaitu Pn. Zaharah Bt. Ghafar yang telah kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lalu akibat kanser..semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin..al-fatihah..

Antara menu yang ada masa kenduri tersebut..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
PUDING COKLAT

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
IKAN SALAI ( BAKAR )
Ini menu yang paling aku tunggu-tunggu, ikan salai..memang sedap giler tambah lagi cicah dengan kicap dan cili padi..Yang buat ikan salai ni sangat istimewa adalah ianya di salai atas dapur kayu macam zaman dulu-dulu tu..so, bau dan rasa ikan ni sangat berbeza dengan ikan bakar yang dipanggang atas api gas atau oven..nampak hitam tapi dalam nda hangus okey..hihi

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
UDANG REBUS
 Ni juga merupakan menu favourite..dimasak dengan cara yang sangat simple tapi sedap oh..memang laju ja habis udang rebus ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
SAYUR CAMPUR

CICAHAN KICAP DAN LADA PADI



Okey la, sampai sini saja entri aku hari ni..jumpa lagi di lain entri..byeee

-wasalam-

KEK FATHER'S DAY UNTUK 'SUPERHERO'KU...

Assalamualaikum w.b.t..

Hai, selamat malam semuanya..baru berpeluang untuk post entri baru dan 'blogwalking' ke blog teman-teman..baru ada ruang sedikit untuk melakukan aktiviti macam ni..maaf la ya sebab nda dapat mau update entri hari-hari kerana aku sangat sibuk membuat biskut sekarang ni..maklumlah, aku sudah start membuka tempahan..jadi, untuk warga Sabah khususnya area kk, beaufort, sipitang boleh la tempah kuih raya dengan kami jika berminat ya..sekarang ni kami ada harga promo untuk kuih raya..

Okey la, malam ni aku mau siarkan entri tentang kek father's day yang aku buat untuk 'superhero' kesayangan kami iaitu my dad..aku buatkan Kek lapis coklat cheese dan menyambutnya dalam suasana yang cukup simple pada hari minggu yang lalu..memandangkan my dad kurang sihat aku memang sengaja nda buat kek berkrim sebab my dad sakit tekak..macamanapun,  syukur alhamdulillah kesihatan my dad semakin membaik sekarang..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KEK LAPIS COKLAT CHEESE
Kek ni memang sedap..gabungan coklat cheese tu memang mantap..paling best, sejukkan dulu dalam petisejuk baru makan..nyum-nyum..walah!! ^_^..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Ini la my dad tersayang..En. Mohamad Ballas Hj. Dullah..seorang bapa yang baik, sangat-sangat penyayang pada keluarga terutama anak dan cucu-cucunya, sangat penyayang pada haiwan terutama kucing, seorang yang sangat bekerja keras, suka bekebun dan tidak tahu duduk diam walaupun sakit..' Pa, kami sangat sayang bapa, semoga bapa sentiasa sihat dan diberikan kesihatan yang baik ', amin..


Macam biasa, dua orang cucu kesayangan atok ni, memang suka menyibuk bab potong-potong kek ni..hihi..putri dan waie memang excited..haha..tengok la aksi dorang tu berposing..cucu yang menceriakan suasana rumah dan peneman mama dan my dad..


Tepi-tepi kek ni aku trim supaya nampak lapisan cheese di tengah tu..

 Selamat hari bapa diucapkan pada seluruh bapa di dunia ni..buat teman-teman yang masih mempunyai bapa, hargai la bapa anda semantara mereka masih ada..sayangilah mereka kerana banyak pengorbanan yang telah dibuat buat anda..

HAPPY FATHER'S DAY

Okey la ya, sampai sini saja dulu entri aku pada hari ni..jumpa lagi di entri yang lain..thanx kerana berkunjung ke sini..dadaaa..-wasalam-

GIVEAWAY NISFU SYA'BAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join dan meriahkan GA Rexha Ahmad ni..kita sama-sama support rakan blogger..

 http://rexhashoppe.blogspot.com/2014/06/giveaway-nifsu-syaban-by-rexhashoppe.html


BISKUT BRIGHT EYED SUSAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..alhamdulillah kembali bersiaran untuk hari ni..kebelakangan ni memang akan melalui hari-hari yang sibuk dengan pelbagai tempahan..apapun, syukur atas rezeki Allah..terima kasih pada semua pelanggan yang telah menempah dengan kami ya..

Jadi, semantara tengah berehat ni aku mau kongsikan satu entri biskut dengan teman-teman dan pengunjung blog SRC iaitu Biskut Bright Eyed Susan..salah satu biskut klasik yang sedap dan kena dengan selera aku. Dulu masa kecik-kecik, mama rajin buat setiap kali tiba lebaran..aku suka betul makan biskut ni..lepas tu bila sudah besar ni mama nda buat sudah biskut ni sampai la raya tahun lepas aku jumpa biskut ni masa beraya di rumah sepupu aku, punya main gembira aku rasa bila dapat makan biskut ni..haha..dan tahun ni aku bercadang buat sendiri biskut..aku google di internet, akhirnya aku jumpa juga di My Resepi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BISKUT BRIGHT EYED SUSAN
 Biskut ni ranggup dimakan..tambahan lagi dengan rasa jem strawberi di atasnya dan di salut dengan badam cincang membuatkan rasa biskut ni sangat menarik..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 Jom kita lihat resepinya pula..

RESEPI: BISKUT BRIGHT EYED SUSAN
SUMBER: MY RESEPI
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
260 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
secubit garam
250 g butter
125 g gula kastor
1 sk esen vanila
1 biji kuning telur
HIASAN:
1 biji putih telur
Almond nibs- tidak perlu panggang
Jem strawberi

CARANYA:
  1. Ayak tepung gandum, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula kastor hingga sebati.
  3. Masuk kuning telur dan terus kacau.
  4. Kaup balik adunan tepung dalam mentega dan uli sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Sukat adunan sebanyak 1 sudu kecil dan bulatkan untuk dapatkan bentuk yang sama.
  6. Celup permukaan biskut dalam putih telur dan celup dalam almond nibs. ( boleh sapu keliling biskut dengan putih telur dan celup bahagian tepi dengan almond ).
  7. Susun dalam loyang/dulang pembakar dan buat lubang ditengah biskut dan paipkan jem strawberi.
  8. Bakar dalam suhu 200'C, 10 minit. ( boleh guna suhu 160'C, 15 minit, ikut oven masing ).
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la semuanya, sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni. Sampai jumpa lagi di lain entri pula ya..bye..

Untuk tempahan biskut/produk kuih-muih kami, sila hubungi talian ini untuk info lanjut, 012-8244251 ( bbwana ). Call/sms/whatsApp. Tq.

ORDER KEK BIRTHDAY: KEK TIRAMISU

Assalamualaikum w.b.t..

Selamat petang teman-teman dan pengunjung blog SRC..kesibukkan yang tidak dapat dielakkan sejak akhir-akhir ni menyebabkan aku tidak dapat blogwalking ke blog kawan-kawan..harap maaf ya..insyaallah aku akan cuba mencari masa untuk melawat blog kalian ya..

Baiklah, hari ni aku mau siarkan entri tempahan kek birthday dari seorang teman kakak yang selalu menempah dengan kami iaitu Uci..selalunya dia order yam kek tapi kali ni ubah selera pula dengan menempah Kek Tiramisu seberat 1/2 kg untuk di bawa balik ke Brunei Darussalam..jauh kek ni berjalan..huhu..apapun, terima kasih banyak ya Uci..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
TIRAMISU CAKE
KEK TIRAMISU
HARGA: RM48 ( 1KG ), RM 30 ( 1/2 KG )

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

" HAPPY BIRTHDAY TO MOHD. DANISH HAKIM YANG KE-8 TAHUN "..

Jika minat untuk menempah, sila hubungi talian yang tertera ni ya, 012-8244251 ( bbwana ). Boleh call/sms/whatsApp/tq.

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Riang Ria Hari Raya Give Away by Cik Abbit

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 http://iniidopaku.blogspot.com/2014/05/riang-ria-hari-raya-giveaway-by-cik.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN!!

Kisah  hari raya aku yang paling seronok adalah zaman kanak-kanak..aku masih ingat lagi, selepas kami sekeluarga balik dari sembahyang raya di masjid..aktiviti pertama yang akan kami lakukan adalah menziarahi atok dan nenek yang masa tu mereka masih hidup lagi..salam bermaafan dan menikmati hidangan hari raya  yang sangat istimewa bersama..memang sangat indah kenangan itu..macam sebak pula rasa bila ingat kembali..huhu..

Kemudian,  aku, kakak dan sepupu-sepupu lain akan keliling kampung berhari raya..paling lucu bila mau bagi salam tu mesti bersuruh-suruh antara satu sama lain untuk memberi salam..haha..kadang-kadang tu untuk lebih adil, kami akan memberi salam serentak..sampaikan tekejut tuan rumah mendengar suara kami..^_^..masa yang sangat di tunggu adalah masa kena bagi 'angpow'..wah time tu dapat 50 sen pun bangga..haha..zaman sekarang dapat rm1 pun nda besyukur..hem, bezanya budak dulu dan sekarang kan..

Dulu-dulu boleh main macam-macam jenis mercun dan bunga api..memang sangat meriah..bunyi mercun saling bersahutan dengan rumah-rumah jiran yang lain..happening sangat..tapi sekarang ni mercun sudah diharamkan sebab sering berlaku kejadian yang tidak diingini..apapun, yang kita lakukan..sentiasa la ingat insan yang kita sayangi..sekian, kisah hari raya aku..

KUIH MAKMUR VERSI SABAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai, semuanya..kembali bersiaran pada hari ni..ikutkan nda larat rasanya mau update blog gara-gara kepenatan kerana harus menyiapkan beberapa siri tempahan kuih-muih..tapi kuatkan semangat juga menghadap laptop..huhu..

Okeylah pada hari ni aku ingin kongsikan satu resepi biskut yang sangat popular dan memang ada di setiap rumah setiap kali menjelang hari raya iaitu Kuih Makmur..aku memang suka sangat makan kuih makmur ni..paling suka hasil buatan mama dan ucu aku..sangat perfect rasanya bagi aku..dengan inti kacang ditengahnya memang sangat mantap rasanya..apatah lagi bila guna ghee yang berkualiti tinggi..korang pun pasti suka makan juga kan..heheh..kalau mau tau, di sabah kebanyakkan kuih makmur ada inti kacang dan tepungnya harus digoreng dulu tanpa minyak..itu yang membuatkan kuih makmur versi sabah berbeza dan unik rasanya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
KUIH MAKMUR
 Di bawah ni aku kongsikan resepi kuih makmur di mana resepinya aku intai dari blog Evelyn Gemina kerana resepinya lebih kurang sama ja macam yang mama aku buat ..mama aku buat tiada sukatan..main campak ja tapi sedap..hihi..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

RESEPI: KUIH MAKMUR
SUMBER: EVELYN GEMINA
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
1 kg tepung gandum, digoreng tanpa minyak hingga gebu
400 g minyak sapi
B:
500 g kacang tanah, digoreng dan tumbuk kasar ( aku panggang dalam oven hingga garing dan blender )
200 g gula kastor
C:
200 g susu tepung ( aku x bubuh )
250 g gula icing

CARANYA:
  • Satukan bahan A hingga jadi doh.
  • Dalam bekas lain, satukan bahan B. Bentukkan bulat dan leperkan sedikit, masuk sedikit inti kacang. Bulatkan kemas. Susun atas dulang pembakar.
  • Panaskan oven suhu 160 'C, bakar selama 15-20 minit.
  • Angkat dan biar suam, salut dengan bahan C.
  • Untuk elakkan biskut pecah, masukkan dalam papercup kecil.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okey la ya, sampai sini saja dulu entri aku pada malam ni..jumpa lagi di lain entri..thanx singgah sini dan baca entri hingga habis..insyaallah aku akan blogwalking blog kawan-kawan bila ada masa nanti ya..

Ingin menempah biskut atau aneka produk sweet red cherry? sila hubungi talian tertera ini untuk info lebih lanjut ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp..tq

2nd GIVEAWAY SAYA NAK: STRIPED SKIRT

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 http://kasutkaca15.blogspot.com/2014/06/2nd-giveaway-saya-nak-striped-skirt.html


SAYA NAK STRIPED SKIRT.
SEMOGA MURAH REZEKI SAYA.

BISKUT SEMPERIT SUSU

Assalamulaikum dan selamat pagi..

Mood pagi ni sangat baik dan sebelum buat beberapa tempahan yang perlu disiapkan..aku menyempatkan diri update blog pagi-pagi ni..Aku ingin siarkan entri biskut lagi dan kali ni aku buat Biskut Semperit Susu..sebenarnya dari tahun lepas lagi aku ingin mencuba biskut ni tapi masa pula tidak mengizinkan..huhu, so tahun ni dapat juga aku buat..

Sangat simple buat biskut ni..bahan-bahan pun sikit ja..tapi yang penting rasanya sedap dan bila dimakan cair dimulut tau..nyum-nyum..Aku bubuh kaler pink sedikit untuk kelainan..so, nampak lebih menarik..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BISKUT SEMPERIT SUSU
Aku intai resepinya dari blog MasDuniaku..mohon izin panjangkan resepinya di sini ya..jom kita semak..

RESEPI: BISKUT SEMPERIT SUSU
SUMBER: MAS DUNIAKU
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
125 g susu pekat manis
125 g butter
230 g tepung jagung
Tambahan: Pewarna pink
Hiasan: Manik gula

CARA:
  • Pukul susu pekat dengan butter guna handwhisk sahaja. Tidak perlu kembang.
  • Tuang tepung jagung sedikit-sedikit hingga adunan sebati.
  • Masukkan dalam acuan piping semperit.
  • Paipkan atas dulang yang telah dilenser dengan butter.
  • Bakar dalam suhu 170'C selama 11-15 minit.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Anda boleh la cuba buat biskut yang simple ni..sebarang pertanyaan mengenai biskut/kuih-muih/produk sweet red cherry sila hubungi talian ini ya, 012-8244251 ( bbwana ), call/sms/whatsApp.

Okey lah, sampai sini saja entri aku pada hari ni..chow..-wasalam-

Giveaway Ramadhan 1435H

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jom join dan meriahkan GA yang dianjurkan oleh Dr.ShikinZainal ni..syarat sangat simple dan akan tamat pada bila-bila masa..pelbagai hadiah menarik dan comel yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah..

KLIK BANNER UNTUK JOIN

 http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/06/giveaway-ramadhan-1435h.html


BISKUT SMARTIES @ M&M

Assalamualaikum w.b.t..

Hallo..hallo semuanya..

Alhamdulillah kembali bersua pada hari ni..rindunya mau menulis dalam blog ni..minta maaf banyak-banyak ya sebab biarkan entri tidak bertukar selama seminggu ni..huhu, seperti yang pernah aku bagitau hari tu, sepanjang minggu lepas aku memang sangat-sangat sibuk menyiapkan tempahan dan kuih-muih jualan karnival yang aku join tempohari..lepas karnival aku berehat beberapa hari dari membuat order..sangat penat dan keadaan aku yang kurang sihat tidak mengizinkan aku update entri baru..

Baiklah, hari ni aku mau kongsikan entri biskut pula memandangkan kita sudah menghampiri bulan ramadhan..pasti ada yang tercari-cari resepi biskut yang ingin dicuba..apa kata korang cuba buat Biskut Smarties @ M&M ni..memang sangat sedap dengan taburan gula-gula yang colorful dan ada rasa coklat dalamnya..ranggup dimakan..ni antara biskut yang popular pada masa ni..budak-budak yang paling suka pastinya..heheh..cuma yang sedikit terkilan adalah bila cari-cari gula-gula smarties atau m&m ni tiada la pula bila mau beli..jadi, aku guna jenama lain..dalam gambar nampak bulat tapi bila tengok dalam bentuk lonjong pula..huhu, geramnyaaa!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
BISKUT SMARTIES @ M&M
 Jom kita semak resepinya..

RESEPI: BISKUT SMARTIES @ M&M
SUMBER: CITARASAWAN
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN A:
250 g mentega
30 g shortening
250 g gula perang
2 sk esen vanila
2 biji telur gred B

BAHAN B:
460 g tepung gandum
1/2 sk baking powder
1 sk emplex
1/4 sk garam
60 g badam cincang - panggang
HIASAN:
Coklat smarties/ m&m dan lain-lain

CARANYA:
  1. Pukul bahan A hingga kembang dan berkrim, masuk esen vanila dan terlur satu persatu dan pukul rata.
  2. Masuk bahan B dan uli hingga jadi doh lembut. Rehatkan doh 15-20 minit.
  3. Ambil 1/2 sudu besar atau sudu kecil, gentel bulat dan tekan 3-6 biji gula-gula coklat.
  4. Panaskan oven, susun dalam dulang. Jarakkan 5 cm.
  5. Bakar 150'C selama 15-20 minit.
-Selamat mencuba-

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pasti meja hidangan anda pada hari raya nanti akan nampak warna-warni dan menarik dengan biskut ni..^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Pada yang berminat untuk menempah dan ingin tau senarai biskut raya yang aku buat dan terima tempahan..aku akan siarkan entri tentang senarai biskut pada masa yang terdekat jika tiada halangan ya..insyaallah..so, tunggu.....

Jika ada sebarang pertanyaan, sila email dan hubungi kami menerusi talian yang tertera ini. Tq. Email: siti.salwana@yahoo.com. Sms/call/whatsApp: 012-8244251 ( bbwana ).