Birthday stack cake: Snow cheese cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Siri entri tertunggak..banyak entri tengah 'queue' untuk dikongsikan..pelan-pelan la kan..aku cari ruang untuk update..;)

Okey ni cerita bulan november lepas. Buat kek untuk anak.buah aku, Izat dan buat majlis birthday di rumah..Aku buat kek 2 tingkat, Snow cheese cake sebab dah direquest sejak tahun lepas..huhu.

Jom layan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

STACK CAKE: SNOW CHEESE CAKE
HIASAN: EDIBLE IMAGE & PATUNG 
BERAT: 2KG
HARGA: RM100++


"SELAMAT ULANGTAHUN IZZAT AIRIL 11 TH.." MOGA MEMBESAR JADI ANAK YANG PINTAR, KUAT SEMANGAT, CERIA & SOLEH, AMIN..

Majlis dimeriahkan dengan anak-anak buah, sepupu-sepupu dan makcik..best sangat!!!

Okey masing-masing paling comel ^_^

Goodies bag untuk budak-budak: stick jagung & jelly

MAKAN TIME!!!

Bila buat majlis, harus ada makan-makan kan..semua menu simple tapi terlajak habis terutamanya Soto..antara menu yang ada mee goreng, soto, sosej, popia sayur, bubur labu, sirap dan pepsi..

Alhamdulillah kenyang dan happy bila dapat kumpul seisi keluarga..

Okeylah, sampai sini saja entri aku..jumpa lagi..dadaa!!

Order/pertanyaan: 012-8244251( bbwana ) ~ whatsApp. Tq

Sekian,wasalam.










Tempahan Apam Ladybird Bumble Bee

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Wow!!! Lamanya aku menyepi..banyak kawan-kawan blogger tanya kenapa blog semakin sepi..thanx banyak pada kawan-kawan yang masih sudi tanya khabar aku..huhu...terharu sangat!!!

Sebenarnya aku memang sangat-sangat sibuk..tak ada masa nak update blog hari-hari..sekarang ni pun masih siapkan order biskut krismas dan tempahan apam yang tak putus-putus..syukur alhamdulillah rezeki..

 Okey hari ini aku ingin kongsikan order Apam Ladybird & Bumble Bee sebanyak 300 biji untuk majlis kahwin..

Ditempah oleh Mrs. Ramizah..sebelum ni dah pernah tempah masa majlis kahwin beliau..tapi kali ni dia tempah untuk pakciknya pula..terima kasih banyak ya..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
HARGA: RM0.50, PCS( WITH FILLING )
Filling coklat dan strawberi

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Okeylah sampai sini saja..insyaallah jumpa di lain entri pula ya..

Order: Hubungi 012-8244251(bbwana)~whatsApp. Tq

p/s: rindu dengan semua geng blogger..T__T





SPAGHETTI CUCUK SOSEJ CARBONARA SIMPLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Setelah lama sepi hari ni aku kembali..mencari ruang yang semakin sempit untuk bersenang lenang menghadap laptop dan update blog seperti sebelum ni..rindu sangat dengan kawan-kawan semua..

Okeylah, hari ni aku mau kongsikan salah satu menu 'favourite' aku..spaghetti!! Spaghetti Cucuk Sosej Carbonara.

Buat sudah agak lama..dah lama hadam pun..malam-malam ni tengok, perut jadi lapar semula..huhuhu..

Pada siapa yang berminat untuk cuba buat resepi mudah,sila semak resepinya di bawah ni..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

SPAGHETTI CUCUK SOSEJ CARBONARA SIMPLE
OLEH: SWEET RED CHERRY

BAHAN:
Spaghetti secukupnya
Sosej secukupnya ( aku guna sosej cheese )
1 biji bawang besar - di hiris
2 batang sosej dihiris nipis-nipis
Capsicum merah/hijau/kuning - potong dadu ( jika suka )
Sos prego (Keju & herba ) secukupnya
 Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA:

- Sosej potong 3@6 bahagian. Setiap bahagian dicucuk 6 batang spaghetti. Rebus sampai lembut. ( bubuh sedikit garam dan minyak ).
- Tumis bawang besar hingga wangi. Tambah sosej dan capsicum. Tumis hingga layu.
- Tuangkan sos prego keju & herba. Biar mendidih sekejap. Matikan api.
- Tuang sos atas spaghetti dan sedia dihidangkan.

- Selamat mencuba -

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Aku gunakan spaghetti kimball dan sos prego keju dan herba

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ada yang 'melting' tak tengok ?? Hee.. ^_^

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Makan tak cukup satu pinggan ni..memang yummehhhh!!!

Okeylah sampai sini saja dulu, insyaallah ada masa yang terluang sedikit aku akan update lagi..dan maaf buat kawan-kawan aku belum ada masa nak komen tapi aku masih juga blogwalking dan jadi 'silent reader' korang..labiu all!!!

Sekian, wasalam.



ORDER BISKUT DARI BLOGGER ASHA LYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah dapat lagi update pada hari ni..kali ni aku mau kongsi order dari seorang  lagi rakan blogger iaitu Asha Lya..pasti ada yang kenal kan sebab beliau ni rajin bw dan komen..jom berkenalan dengan blogger Asha Lya..

Tempahan ni dibuat dalam awal bulan yang lalu..kebetulan Asha jalan-jalan ke Kk dari Sandakan..jadi, teruslah menempah  biskut ni dengan aku..alhamdulillah biskut selamat sampai ke tangan beliau pada hari yang dijanjikan..sempat bersua muka walau hanya sekejap tapi aku terkilan sebab tak sempat nak ambik gambar bersama beliau...huhu..T__T..insyaallah panjang umur dapat la kita bertemu lagi kan asha.. :)

Apapun, terima kasih banyak sebab tempah dengan wana..

Okey, ini adalah antara biskut yang ditempah..

BISKUT TAT NANAS GULUNG
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Tat Nanas Gulung
Harga: RM28 sebalang
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

BISKUT SUJI SALJU
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Biskut Suji Salju
Harga: Rm26 sebalang
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kata Asha, biskut Suji salju adalah salah satu biskut kegemaran beliau dan tat nanas tu baru nak mencuba..alhamdulillah dapat feedback positif dari Asha..katanya sedap..Tq dan jangan serik tempah lagi ya..

OPEN ORDER BISKUT SEMPENA KRISMAS 2015!!!

Untuk lihat lebih banyak biskut dan harga, sila klik Biskut Raya 2015 ( Sweet red cherry ) 

Pertanyaan/order: 012-8244251 (bbwana)~whatsApp.

Sekian, terima kasih.




Order kek birthday: Kek Coklat Fresh Cream( Sponge bob)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Banyaknya yang aku nak kongsikan di sini..entri pun tenggelam timbul ja..adui..tak mampu rasanya nak update entri hari-hari..kalah dengan sibuk..huhu..

Hari ni aku mau kongsikan tempahan kek birthday tempohari. Ditempah oleh sepupu untuk anaknya, Eila yang ke-4th..Kek coklat fresh cream( edible image sponge bob).

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

KEK COKLAT FRESH CREAM(EDIBLE IMAGE)
BERAT: 1KG
HARGA: RM55++

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx selalu order dan support bisnes aku..luv u!!! ^_^

Order?? Hubungi 012-8244251(bbwana)~whatsApp.

Klik CAKE GALLERY & PRICE untuk lihat produk Sweet red cherry. Tq..

Selamat bercuti sekolah!!!

Sekian, wasalam.





MENERIMA TEMPAHAN APAM POLKADOT/APAM LADYBIRD BUMBLE BEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sweet Red Cherry menerima tempahan Apam Polkadot dan Apam Ladybird & Bumblee Bee..

Sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hidangan dalam pelbagai majlis seperti majlis perpisahan, kahwin, hantaran, Aqiqah/potong jambul, birthday, doorgift dan lain-lain.

APAM POLKADOT
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com 

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 
 http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
APAM POLKADOT WITH FILLING
FILLING: COKLAT/STRAWBERI/BLUEBERI/MANGO
HARGA: RM0.50, PCS
MIN ORDER: 100 PCS
 
APAM POLKADOT ( TANPA FILLING )
HARGA: RM0.40, PCS
MIN ORDER: 100 PCS 

APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
 
  http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

APAM LADYBIRD BUMBLE BEE
FILLING: COKLAT/BLUEBERI/STRAWBERI/OREN/MANGO
HARGA: RM0.50, PCS
MIN ORDER: 100 PCS

Berminat??? Jom order terus ke 012-8244251 ( bbwana ) ~ whatsApp.

Lokasi penghantaran: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.
Tq

Sekian, wasalam.








MAKANAN ETNIK SABAH: BUDU TIBADAK@CEMPEDAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri pertama untuk bulan november..wow, akhirnya dapat jua menaip entri baru..sibuk mengalahkan menteri..huhu..;p

Hari ni aku ingin perkenalkan salah satu makanan etnik Sabah iaitu Budu Tibadak@Cempedak. Budu ni sangat popular dikalangan suku kaum Brunei@ Kedayan..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Bagi yang pertama kali mendengar budu ni..jom baca info ni lebih lanjut...

Budu ni diperbuat dari kulit buah cempedak yang masak dan telah dibuang bahagian luar yangg keras dan bergigi. Kemudian kulitnya di potong kepada bahagian yang lebih kecil dan direndam semalaman hingga kulit lembut. Kemudian dibubuh garam. Hari seterusnya  bubuh beras goreng yang telah ditumbuk halus. Dah siap!!! Hehe..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Budu ni sedap tau makan  dengan nasi..buat jadi cicah makan dengan ikan atau ambuyat yang juga merupakan makanan etnik sabah. Untuk lebih sedap boleh tambah cili padi dan belacan. Ikut suka masing-masing.

Bila musim buah cempedak, dapat la buat budu ni banyak-banyak. Tapi aku paling suka budu buatan arwah nenek aku..memang tiada bandingan..dan yang mewarisi kepakaran arwah nenek buat budu ni adalah kakak sepupu aku, kak yann dan tiap kali aku mau makan budu ni aku minta kak yann yang buatkan..nostalgia sangat..hehe..^_^

Okey lah, sampai sini saja..insyaallah bersua di lain masa lagi..maaf belum sempat nak bw lagi. Dadaa!!

Sekian, wasalam..


p/s: Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Deepavali!!!

WAIE JOHAN PERINGKAT NEGERI SABAH KATEGORI SPRINT HURDLE( HARI POTENSI)


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Cerita yang sudah lama terperap dalam draf..tak ada masa nak menaip panjang-panjang..aduhai..

Sambungan dari Hari Potensi Tadika KEMAS Peringkat Zon 3.

Setelah Waie & the gang johan untuk acara Sprint hurdle peringkat zon 3, mereka mara pula ke peringkat seterusnya iaitu peringkat negeri dan nasib sangat menyebelahi mereka apabila mereka dinobatkan sebagai johan peringkat negeri pula.

Bertempat di Kompleks Sukan Likas.

Waie & the gang wakil Tadika Kemas Zon 3 untuk acara Sprint hurdle( lari berhalangan )..dan dorang muncul juara untuk acara tu..tahniah!! Memang tak sia-sia berlatih hari-hari di padang dan di rumah..huhu..

Mereka berjaya menewaskan beberapa zon yang lain yang datang dari seluruh Sabah yang hebat-hebat semuanya..

Waie ~ depan sekali dari kiri. Bergambar dengan guru pengiring dan rakan-rakan yang lain

Waie 'happy' sangat sebab 'team' dorang muncul juara peringkat negeri Sabah 2015 acara Sprint hurdle


Sangat bersemangat pada hari tu..walaupun cuaca yang sangat panas..semua pun berlari sangat pantas dan tak ada satu pun tiang halangan yang jatuh..

kami sekeluarga datang menyaksikan dan menyokong waie dan rakan-rakan..

Atas ~ bergambar kenangan di padang bersama guru dan rakan selepas acara tamat



.



Gong dipalu oleh YB.Datuk Hjh.Jainab sebagai simbolik perasmian

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah dibuat di Dewan Mini Putrajaya yang dirasmikan oleh YB.Datuk Hjh. Jainab Datuk Seri Panglima Hj. Ahmad Ayid ( Menteri pembangunan masyarakat dan Hal ehwal pengguna  Negeri Sabah.

Hadirin yang sangat ramai pada malam tu dipenuhi dengan murid-murid tadika dan guru pengiring serta ibu bapa yang hadir yang bagi sokongan..

Malam tu kami memang tak ada kerusi jadi dapat duduk di tangga sahaja sebab bilangan orang yang hadir melebihi jangkaan..wow!!

Kami tak tunggu acara habis sebab mata dah mengantuk dan perut masing-masing kelaparan..sebaik saja Waie penyampaian hadiah kami pun balik. 

Entri seterusnya??? tunggu tau!!! ;p

Sekian, wasalam









JUAL KRIM KECANTIKAN 'ESTHER CREAM'

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Anda ingin memiliki kulit wajah yang cerah berseri, gebu, licin, bebas cela dan jerawat/jeragat. Jom beli krim kecantikan Esther Cream..

Esther cream semakin dikenali dan semakin ramai yang mengunakan dan mengakui keberkesanannya..

ESTHER CREAM
http://dapurjirankuberasapp.blogspot.my
ORIGINAL DARI INDONESIA
 
Jom lihat manfaat produk kecantikan Esther Cream:
  1. Memutihkan dan mencerahkan kulit
  2. Menghilangkan jeragat dan jerawat
  3. Menghilangkan parut-parut hitam di wajah
  4. Menghilangkan bintik-bintik hitam di wajah
  5. Berfungsi sebagai alas bedak dan pelindung sinar matahari
  6. Mengecilkan pori-pori wajah
  7. Mengencangkan wajah
  8. Membaikpulih muka yang kemerahan akibat bertukar-tukar produk pengelupasan
  9. Menjaga kecantikkan kulit wajah agar wajah tetap bersih, halus, bercahaya dan awet muda
  10. Sesuai untuk kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata
  Jom baca kelebihan ESTHER CREAM!!

TESTIMONI:

1)."Aku menjadikan diri sendiri sebagai testimoni..telah mengunakan produk Esther Cream lebih dari setahun..telah berjaya menyelesaikan masalah jerawat, parut jerawat, mengatasi kulit kusam dan berminyak, kulit makin cerah dan licin!!! Alhamdulillah aku sangat puas hati dan akan setia dengan produk ini." ~ Bbwana
 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.my

2). " Saya menghadapi masalah kulit kusam. Setelah berhenti pakai Produk 'X' kulit susah nak cerah. Alhamdulillah setelah bertukar kepada produk Esther cream dan pakai selama sebulan, saya dah nampak kesan yang positif, kulit makin cerah dan tak kusam lagi." ~ Miza

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

3). " Saya mengalami masalah jerawat yang teruk, parut jerawat yang kehitaman, kulit wajah kusam dan tona kulit tak sekata tapi selepas menggunakan Esther cream, masalah jerawat semakin pulih, parut jerawat pudar, kulit wajah berseri dan wajah lebih bersih dan makin cerah.."~ Cik 'A' & Cik 'B'

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Teruja tak?????

Dapatkan sekarang ESTHER CREAM!!

HARGA:
( SABUN/KRIM SIANG/ KRIM MALAM )
 = RM 100
POSTAGE: RM13 ( SEMENANJUNG MALAYSIA / SARAWAK )
RM 10 ( SABAH )
 
* Ada perkhidmatan 'COD' untuk kawasan Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.
 
ORDER? WHATSAPP: 012-8244251 ( BBWANA ). TQ
 
Sekian, wasalam.

Tempahan Biskut dari Mrs. Ros

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Blog bersawang!!! Serius rindu gila mau menaip di sini dan share entri dengan kawan-kawan dan pengunjung blog SRC..maaf..sibuk tak berkesudahan..bila keadaan stabil nanti aku pasti akan selalu 'up' entri baru dan jenguk kawan-kawan blogger..insyaallah..

Ni cerita tempahan yang lepas..aku menerima tempahan biskut dari salah seorang 'agen biskut' aku masa bulan puasa yang lalu. Mrs. Ros tempah 3 jenis biskut popular produk Sweet red cherry iaitu Biskut Semperit Susu, Biskut Cerelec dan Biskut Tat Nanas Cheese..  Beliau order untuk makan-makan saja..

Jom layan gambar..

BISKUT SEMPERIT SUSU
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Merupakan antara biskut yang jadi pilihan pelanggan..rasanya yang sangat lemak manis susu dan cair dimulut..siapa yang pernah rasa tau la macamana sedapnya..wallah!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
HARGA SEBALANG: RM26
BISKUT TAT NANAS CHEESE
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Biskut yang mendapat sambutan HEBAT masa bulan puasa yang lalu..menggunakan butter yang berkualiti. Gabungan rasa nanas dan cheese yang sangat mantap..tak sedar makan habis sebalang.. ;p

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
HARGA SEBALANG: RM28
BISKUT CERELEC
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Biskut 'favourite customer'..juga mendapat permintaan yang sangat tinggi..menggunakan ghee dan susu tepung berkualiti..yummy..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
HARGA SEBALANG: RM28
Terima kasih pada Mrs.Ros menempah biskut dengan kami buat kesekian kalinya..

Untuk lihat lebih banyak biskut, sila klik ANEKA BISKUT SWEET RED CHERRY

PERTANYAAN: HUBUNGI 012-8244251 ( BBWANA ) ~ WHATSAPP. TQ

p/s: rindu kawan2 blogger dan blogwalking T_T
 
Sekian, wasalam.









ORDER: RED VELVET SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Salam jumaat..

Wahhhh!!! Lamanya tinggalkan blog..rindu sangat nak share entri di sini..blogwalking pun lama tak buat ..akhir-akhir ni aku sibuk yang amat dan ada beberapa perkara yang berlaku..semoga semuanya kembali seperti sediakala..amin..pada kawan-kawan aku mohon maaf ya lama tak lawat korang..rindu sebenarnya!!!

Hari ni aku mau kongsikan tempahan kek anniversary.. Ni kali kedua Ms.N order dengan aku..dan nak kek yang sama juga tapi deko yang lain..iaitu Red velvet snow cheese cake untuk anniversary perkenalan mereka yang ke-4thn..wow!!! Tahniah..semoga hubungan kalian sampai ke jinjang pelamin..amin.

Jom layan gambar..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
RED VELVET SNOW CHEESE CAKE
BERAT: 1.6KG
HARGA: RM75
HIASAN: PARUTAN CHEDDAR CHEESE DAN KERETA PLASTIK

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Ms.N memang nak ada hiasan kereta atas kek untuk insan kesayangannya tu.dan nak kereta 4wd..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx banyak pada Ms.N yang tempah buat kali ke2..jangan serik tempah dengan wana ya..sebarang kekurangan wana mohon maaf..

Berminat untuk order? Hubungi 012-8244251 ( bbwana )~ whatsApp.Tq
Lokasi penghantaran: Sekitar Kk, Papar, Beaufort & Sipitang.

Sekian, wasalam.








ORDER CHEESE CAKE LELEH BY BLOGGER DILLA

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni dapat mesej WhatsApp dari seorang blogger yang memperkenalkan dirinya sebagai blogger dila..time tu langsung tak kenal dilla yang mana satu..dijadikan cerita blogger dila nak tempah kek..

Awalnya dilla nak kek tiramisu tapi aku cadangkan kek yang sangat popular di tempah di Sweet red cherry iaitu Cheese cake leleh..akhirnya dilla setuju..

Nak tau, dilla adalah pemilik blog dilaella.blogspot.com
Blogger Sabah, Dilla yang sangat comel, ramah dan punya kemahiran menjahit baju termasuklah baju pengantin yang cantik- cantik dan terkini. Kalau nak tempah sila la risik-risik dilla ya.. :)

Jom layan gambar kek..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
Ada yang 'melting' tak tengok??? ^_^

CHEESE CAKE LELEH
BERAT: 1/2 KG
HARGA: RM30
 
http://dapurjirankuberasap.blogspot.my
 Sayangnya aku tak sempat bertemu empat mata dengan blogger dilla yang kebetulan ada di Sipitang pada masa tu  oleh sebab aku ada urusan lain dan aku minta my sis Liza yang tolong hantar order kek..insyaallah panjang umur dapat jumpa di lain masa dengan dilla..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Alhamdulillah dapat 'feedback' positif dari dilla yang mengatakan kek sedap..syukurlah..terima kasih kerana menempah kek dengan wana ya dan jangan serik tau order lagi..heheh.. ;D

Okeylah sampai sini saja dulu ya..jumpa lagi..

ORDER?? HUBUNGI 012-8244251( BBWANA ) ~ WHATSAPP. TQ

Sekian, wasalam.