Tempahan biskut raya, Terima kasih semua!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Syukur alhamdulillah, biskut raya Sweet red cherry sangat mendapat sambutan yang hebat dari pelanggan hinggakan ada tempahan yang terpaksa ditolak kerana tempahan yang sangat banyak.. Kalau terima takut tak siap pula. Maafkan kami ya..insyaallah tahun depan boleh tempah awal.. ^_^

Kami mula buat biskut sebelum bulan puasa yang lalu hingga la malam takbir. Tak menang tangan dibuatnya. Overtime sampai jam 3 pagi..fuh, mata dan badan tak cukup rehat dibuatnya..huhu..nasib la aku ada pembantu. Mama, my sis, anak-anak buah Putri, Mimie, kuya dan kakak sepupu, Kak Yann turut membantu..labiu all!!!!

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Banyak juga tempahan dari semenanjung yang terpaksa kami tolak atas sebab tertentu..maaf ya..kami akan meningkatkan servis penghantaran kami..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com
Sebahagian dari biskut raya yang ditempah..

Alhamdulillah, tahun ni kami banyak menerima tempahan biskut raya Sweet red cherry untuk dihantar ke Tawau, Lahad Datu, Kota Marudu, Beaufort, Kawasan KK dan Sipitang..

Tat nanas cheese adalah antara biskut yang paling tinggi permintaan..
http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Siapa yang pernah rasa memang mengakui kesedapan tat nanas cheese ni.sampaikan ada yang asyik 'repeat order' biskut yang sama saja...antara bahan utamanya kami menggunakan 'butter' yang berkualiti..so, rasanya 'super sedap'..
Aku pun penggemar tat ni..sedap tau!!.harus cuba..hihi

Ini adalah antara biskut yang di packing dalam kotak dan sedia untuk dikirim ke tempat yang jauh menggunakan bas seperti Tawau & Lahad Datu..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Terima kasih banyak pada semua agen-agen biskut Sweet red cherry atas kerjasama kalian. Aku sebagai wakil warga Sweet red cherry ingin memohon maaf atas segala kekurangan atau kesilapan yang tidak sengaja. Semoga tahun depan kita boleh berkerjasama lagi. Insyaallah.

Buat semua pelanggan persendirian yang menempah dengan kami thanx banyak ya..semoga kalian berpuas hati dengan produk kami..jangan serik tau..peace!! ^_^

Sekian, wasalam.







TOPUP MINI GIVEAWAY BY CIK MIMIE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebulan lebih aku tak join GA..tadi dapat 'invite'  dari Cik Mimie untuk join mini GA beliau..dengan sangat besar hati Kak wana join Mini GA ni..kalau Cik Mimie tak invite pun dengan rasa tak malunya Kak wana join..kekeke..

Jom kawan-kawan yang lain join dan support adik manis Cik Mimie ni..tak lama tau tempoh GA ni..mari join ramai-ramai..syarat mudah ja..

TAMAT: 04 OGOS 2015

KLIK BANNER UNTUK JOIN

 http://norshamimi.blogspot.com/2015/07/topup-mini-giveaway-by-cik-mimie.html

Cik Mimie mencari 5 orang pemenang bertuah..

Semoga rezeki menyebelahi aku...amin.. ^_^

Akhirnya status Non-Glitterati Nuffnang bertukar GLITTERATI!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tadi terdetik rasa hati mau 'check' akaun nuffnang..maklumlah, sebulan lebih tak jenguk..nak juga tengok perkembangannya kan..

Ternyata penantian aku selama ni berakhir..yes!!! Akhirnya setelah bertahun-tahun aku menunggu..status GLITTERATI Nuffnang telah jadi kenyataan..perasaan aku happy sangat..haha..first time ni dapat..*mood rasa nak lompat-lompat* kekeke..


Ni bukan mau menunjuk-nunjuk tapi aku 'over excited'..dulu selalu tengok kawan-kawan update tentang status glitterati dan Cpuv masing-masing..kini giliran aku pula..syukur alhamdulillah..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com


Sekarang ni ada 3 Cpuv yang tengah 'on going'..kalau ada yang ternampak tu..ringan-ringan kan la  tangan klik-klik ya..Sila inform kalau ada kawan-kawan yang klik nuff2 wana, wana juga akan buat demikian..tq..muahhmuaahhh!!!

Cpuv yang masih 'on going'..

1. Wall's Magnum Raya
2. Vaseline Vavavoom
3. Fair & Lovely Raya

Thanx banyak-banyak nuffnang..moga rezeki tambah murah lagi lepas ni..amin..


SALAM 0-0

Sekian, wasalam.


Tempahan kek hari raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cak!!! Hai semua..muncul lagi hari ni..alhamdulillah dapat lagi menaip entri  untuk hari ni..memang tenggelam timbul sekarang ni..huhu..blogwalking pun belum sempat buat..Thanx pada semua teman yang jenguk dan 'wish' hari raya  untuk aku.. 

Okeylah, entri hari ni aku mau kongsikan tempahan kek hari raya ..ada yang tak sempat mau snap..lupa!! Boleh? Heee...

Antara yang ditempah adalah Red velvet marble cheese brownies, kek coklat moist dan kek red velvet dengan cream cheese..

Kek ditempah oleh 'regular customer' iaitu Sis Julela dan anak buahnya Ms.Anum..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Kek coklat moist dan kek red velvet dengan cream cheese ditempah oleh sepupu iaitu Mrs.Anim..

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

Thanx semua sebab menempah dengan aku di Sweet red cherry..harap kalian berpuas hati. Maaf jika ada sebarang kekurangan..

Berminat untuk menempah? Hubungi 012-8244251(bbwana) WhatsApp. Tq

Jumpa lagi..sekian, wasalam.


SALAM AIDILFITRI 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hai semua!!!! Kembali bersiaran pada hari khamis bersamaan dengan hari raya ke-6. Waaaaaa!!! Rindu gila mau menulis blog, share resepi dan cerita dengan kawan-kawan semua. Blogwalking pun dah lama tak buat. Serius rindu gila dengan Kak Farrah, cik Mimie, Sue, mama3farhanah, Amy, Aisya, siti yang menaip dan kawan-kawan semua yang tak mampu nak sebut sorang-sorang. Maafkan aku ya..sebulan lebih blog terbiar sepi. Kesibukkan yang melampau jadi penyebab utama.

Hari ni baru sempat menaip entri. Penat pun sudah beransur hilang walaupun ada beberapa lagi tempahan kek yang perlu dibuat. Alhamdulillah rezeki yang tak putus..syukur padamu ya Allah..

Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua. Maafkan aku jika ada perkataan yang kurang sopan atau menyinggung hati semua ya. Segala kekurangan itu datang  dari diri aku sendiri..segala yang baik datang dari Allah SWT..

SALAM AIDILFITRI 2015 DARI WANA & KELUARGA

MAAF ZAHIR BATIN

Salam 0-0 ya.. ^_^

Insyaallah lepas ni akan lebih kerap update blog..thanx pada kawan-kawan yang masih ingat pada wana..sayang korang selalu!!! Muahhmuahhhhh!!!

Sekian, wasalam.



BISKUT RAYA 2015 (SWEET RED CHERRY)

"STICKY POST" Sila scroll ke bawah untuk entri baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

BISKUT RAYA 2015 ( SWEET RED CHERRY ):

TEMPAHAN DIBUKA 

Biskut raya GUARANTEE sedap, berkualiti, buatan tangan (homemade) dan 100% produk Muslim bumiputera.
1). Produk berkualiti tinggi pada harga terendah di pasaran.
2). Pembekal berpengalaman hampir 10 tahun dalam bidang pembuatan biskut.
3). Biskut yang dipilih adalah yang 'HOT' & terlaris jualannya sepanjang tahun.
4). Kuantiti sebalang 40biji-50biji, muat-muat bekas.

Kami menawarkan 18 jenis biskut yang laris jualannya untuk pilihan anda..

List biskut raya & harga:
  1. Biskut almond london, rm28
  2. Biskut tat nanas cheese, rm26
  3. Biskut tat nanas gulung, rm26
  4. Biskut suji salju, rm26
  5. Biskut semperit susu, rm26
  6. Biskut snow almond, rm26
  7. Biskut ulat bulu, rm26
  8. Biskut shortbread, rm26
  9. Biskut smarties, rm26
  10. Biskut mama carries, rm26
  11. Biskut bangkit cheese, rm26
  12. Biskut cerelec, rm28
  13. Biskut bebola crystal, rm26
  14. Biskut nestu, rm26
  15. Biskut bebola sultana, rm26
  16. Biskut cornflakes madu, rm26
  17. Biskut makmur kacang/susu, rm28
  18. Biskut tat blueberi gulung, rm28
Kami menawarkan harga promosi!!

BELI 4 BALANG, HANYA RM100!!

Promosi sah sehingga 15 RAMADHAN

Tempahan ditutup pada: 08/07/2015

Boleh lihat gambar biskut di bawah ini:

http://dapurjiranluberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com

http://dapurjirankuberasap.blogspot.com




















Cepat jangan lepaskan peluang untuk menempah biskut kegemaran anda!!!

BERMINAT??? HUBUNGI: 012-8244251 (bbwana) whatsApp.


Terima kasih