RESEPI SALAD MAKARONI SIMPLE
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entri pertama di tahun baru..alhamdulillah.
Entri pertama di tahun baru..alhamdulillah.
Musim cuti sekolah baru-baru ni aku jalankan misi tunaikan salah satu permintaan anak buah aku, putri yang sudah lama 'request' salad makaroni ni..
Lama betul sudah teringin..kesian pula asyik janji ja kan. Lepas siap semua tempahan biskut hari tu aku terus buat. Ops, bukan aku yang buat, putri yang buat dengan 'direction' dari aku. Hee, aku nak turunkan ilmu dengan dia sikit-sikit. Sebab putri ni tunjuk minat nak jadi 'baker' macam aku..alhamdulillah boleh tolong aku kemudian hari.
Jom tengok resepi mudah ni..
Salad Makaroni Mudah
Oleh: sweet red cherry
Bahan:
1 peket sederhana makaroni
Buah epal merah/hijau ~ potong dadu
Fruit cocktail ~ ambil buah
Susu pekat secukupnya
2 sudu besar mayonis ~ boleh tambah
Sedikit susu cair ~ jika suka
CARA:
- Rebus makaroni hingga lembut. ( Bubuh sedikit garam dan minyak semasa merebus ).
- Toskan makaroni dan masukkan dalam mangkuk/bekas.
- Masukkan buah epal, fruit cocktail, susu pekat, susu cair dan mayonis. Gaul sebati.
- Sejukkan mayonis dalam peti sejuk seketika.
- Sedia untuk dimakan.
~ Selamat mencuba ~
Mudah saja kan..boleh la buat sendiri di rumah..
Okeylah sampai sini saja dulu. Insyaallah jumpa lagu di lain entri.
Sekian, wasalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)